Showing posts with label rugi. Show all posts

PENIAGA KOPIAH MENDAKWA DI FITNAH DATO ALIFF SYUKRI DALAM RANCANGAN #OhAbangKosmetik SEHINGGA PERNIAGAANNYA MEROSOT

PENIAGA KOPIAH MENDAKWA DI FITNAH DATO ALIFF SYUKRI DALAM RANCANGAN #OhAbangKosmetik SEHINGGA PERNIAGAANNYA MEROSOT. Gosip lagi malam ni.. hahaha.. Bila mood dok membaca blog hiburan macam ni la.. Ada saja gosip2 nakal nak share katanya. hahaha... Tapi kadang2 apa yang di tulis dalam gosip pun boleh menjadi pengajaran kepada orang lain..

Abang Kopiah Yang Teraniaya. Lepas ni boleh buat drama rintihan Abang kopiah pulak

Kontroversi pasal Dato Aliff Syukri terlajak laris ni rasanya bukan kali pertama kot.. Sampai kadang2 aku terfikir maybe saja dia buat perkara boleh menjadi kontroversi supaya benda tu nanti akan bagi publisiti & promosi secara tak langsung kepada produk dia.. Yelah.. kena ada strategi marketing katanya. Kontroversi je paling mudah nak buat seseorang atau sesuatu di kenali dengan cepat. Nak2 sekarang ni zaman viral.

Kontroversi terbaru melibatkan seorang peniaga kopiah di pasar tani bazarena stadium shah alam. Abang kopiah meluahkan perasaan terkilan dengan tindakkan Dato Aliff Syukri yang mengaibkan dia dalam rancangan #OhAbangKosmetik... Aku sendiri tak tahu wujudnya rancangan ni sebab rasanya tak nampak trending langsung kat media sosial. Mungkin dengan kontroversi ni akan menaikkan rating rancangan tu. Lagipun aku tak langgan esteruk kan.. So, memang tak dapat la nak tengok.

Katanya Dato Aliff ada membuat rakaman secara sembunyi kat situ. Dia menyamar sebagai peminta sedekah & meminta kopiah dari peniaga tersebut. Dari kenyataan Dato Aliff dalam rancangan tu katanya peniaga tersebut bersikap biadap dengan dia padahal yang berlaku sebaliknya.. Dato aliff seolah olah kata peniaga tu berpura pura baik dengan menjual produk berunsur islamik. Tapi menurut cerita abang kopiah.. ketika dato Aliff menyamar sebagai pengemis.. Dato Aliff cuba melarikan 3 kopiah.. sebagai peniaga dah tentu dia mempertahankan hak dia dengan menghalang dari barang jualan dia di curi. Tapi dia sedekah juga 1 kopiah pada Dato Aliff yang menyamar jadi pengemis waktu tu. Apapun alasan perbuatan mencuri tu tetap salah ok.. Nak2 lagi tak ada kepentingan atau keperluan kau nak curi benda tu. Tak kira la kau peminta sedekah ke siapa.. kan? Melainkan otak kau dah tak betul & di sahkan gila jer boleh di maafkan. Orang gila jer buat perkara di luar kewarasan.

Video Rakaman dalam rancangan #OhAbangKosmetik

Paling kesian katanya selepas rakaman tu di siarkan dalam rancangan tu.. Perniagaan dia turut merosot. Kalau ye pun dia bersalah.. perlu ke mengaibkan sampai merosakkan perniagaan orang. Dia peniaga kecil je kot kau nak khianat sangat kan.. Agak2 la nak prank orang pun kan.. Nak lebih sadis lagi katanya Dato Aliff Tak bagitau pun abang kopiah bahawa ada rakaman yang di buat di gerai jualannya & rakaman tu di tayangkan dalam rancangan tersebut sehinggalah kawan kawan dia memaklumkan perkara tu kepada dia.


Dalam rakaman tu memang la tak tunjuk keseluruhan kejadian.. Dorang ambil part2 yang tertentu jer kan.. Jadi kalau betul Kenyataan Dato Aliff dalam rancangan tu.. better tunjuk keseluruhan rakaman tanpa editing sebagai bukti kalau tak bersalah. Tapi kalau rakaman tu dah di manipulasi untuk memburukkan peniaga tu.. Sila la berdepan dengan kesalahan sendiri yer...


Apapun kita kena dengar dari kedua belah pihak dulu sebelum nak kecam ke hapa. Pun macam tu aku rasa betul atau salah abang kopiah tu, sebagai orang yang berpengaruh tindakkan Dato Aliff syukri memang keterlaluan. Over sangat pun boleh mendatangkan kebencian jugak Dato Ooi...

Memang la ramai mengkagumi Dato Aliff Syukri yang membuktikan kekurangan yang dia ada tak menjadi alasan untuk dia gagal.. Dia berusaha dengan kemampuan dia sendiri untuk berada di level sekarang. Tapi jangan la bila dah berjaya, Dah banyak duit.. Boleh Buat rancangan realiti TV sendiri & gunakan orang lain sebagai publisiti nak meraih rating tu TV show tu. Kalau yang baik ok la.. Tapi sampai menjahanamkan perniagaan orang lain pun tak elok jugak kan?

Lepas ni mungkin rating rancangan tu akan naik so boleh la Dato aliff & Astro tersenyum gembira kan... hehehehe

Moral of the story.. Apapun kita nak buat nak2 lagi orang berpengaruh ni fikirlah kesannya kepada orang lain jugak. Jangan sampai satu masa orang boikot baru kau nak rasa macam mana perasaan orang lain bila perniagaan dia merosot akibat dari perbuatan kita.

RISIKO MEMBELI BELAH DI EZBUY YANG MESTI ANDA TAHU

RISIKO MEMBELI BELAH DI EZBUY YANG MESTI ANDA TAHU. Memandangkan aku dah banyak membuat pembelian secara online di website ezbuy malaysia ni.. Rasa aku dah layak menulis kekurangan & kelebihan bila membeli belah di ezbuy. Tak di nafikan harga di ezbuy memang buat kita rambang mata.. Dah la murah design2 dia memang la cantik2 terutama pakaian,aksesori, kasut.. Sebab tu je setakat ni aku membeli kat situ. Ditambah lagi memang banyak pilihan.


Tapi ada beberapa perkara yang korang mesti tahu yang tak best bila membeli belah di ezbuy. Pengalaman pertama membeli belah kat ezbuy aku pernah tulis harga yang di paparkan bertukar bila kita pilih & nak add to cart (boleh baca kat sini entri berkenaan perkara tu >> Pengalaman Membeli Belah Di Ezbuy, Murah Tapi Meragukan <<)..  Walaupun harga tetiba jadi lebih dari harga di paparkan tapi masih murah. Yang tu maybe kita anggap perkara kecil sebab kita baru select belum buat payment.

Ni bukti aku dah banyak membeli di ezbuy. 6 tu dah selamat terima.. lagi 2 yang dalam status prepare shippment tu memang tak bergerak progress dia lagi. Maybe tengah cari pembalut parcel bunga2 tak jumpa kot

Tapi risiko yang anda mungkin hadapi selepas dah buat pembayaran untuk pembelian dia ezbuy adalah.. Tetiba barang yang korang order out of stock so pihak ezbuy akan cancel & refund balik duit korang ke account prepay ezbuy. Bukan account bank ok! Account prepay ezbuy.. sebab nak membeli di ezbuy kena register dulu.. Lepas tu nak bayar kena topup duit dalam account prepay ezbuy baru boleh membeli belah. Yang tak best sebab pihak ezbuy hanya refund harga barang yang di beli & duit shipping yang kita bayar je. Tahukah anda.. bila berlaku perkara macam tu kita dah rugi kos delivery. Sebab delivery di caj RM8 tak kira korang beli 1 item atau banyak. Bila berlaku ezbuy tak update dengan seller barang apa yang ada & tak ada stock kita dah ter order & terbayar.. tetiba barang tak ada. Duit tu refund masuk ke account  prepay ezbuy. Nak tak nak kau kena beli barang lain la kalau kau tak nak duit tu lebur kat situ. Bila membeli kau terpaksa bayar lagi kos delivery yang RM8 tu. Kau beli banyak sebab nak jimat tetiba salah satu barang kau order tak ada kau jadi rugi balik.

Mula2 beli ada item out stock so dia refund balik ke account ezbuy. Ada balance aku pun membeli lagi.. Pun ada item out of stock. Nampak ezbuy ni macam nak suruh aku tak berhenti membeli je. Asyik dok refund dalam account ezbuy.. Tak beli rugi la duit aku tak dapat balik.

Yang paling sadis dua kali beb aku order barang yang dah out of stock.. Bila ada balance dalam account aku terpaksa membeli lagi sebab tak nak duit aku burn macam tu. Aku kena bayar lagi kos delivery.. nak beli 1 item rasa macam rugi kos delivery.. alang2 nak beli aku suka beli banyak sikit. Kalau barang asyik out of stock, rugi la aku. Lain la ezbuy refund masuk account bank so aku ada piliha.n.. nak beli atau tak sebab duit tu dah masuk account bank. Ni masuk account prepay ezbuy memang takde pilihan la selain kau membeli dengan ezbuy jugak.

Ni contoh order summary dia. Dulu mula2 beli memang ada agent fee.. sekarang dah takde pulak. Tapi bukan nak highlight agent fee tu.. nak highlight kat delivery fee tu je. Kau beli 1 tetap delivery dia RM8 & kalau beli 5 atau banyak pun tetap sama. So, pilihan nak jimat & untung mesti la kau pilih beli lebih dari satu item kan? Tapi bila berlaku barang out of stock kau dah rugi kat delivery kos tu sebab depa tak refund balik. Depa kira banyak mana pun kau beli tetap kau kena bayar RM8. Nak jimat tapi jadi rugi atas kelalaian pihak mereka sendiri & mereka tak bertanggungjawab atas kerugian anda itu.

Please la ezbuy.. kali pertama warna seluar anak aku beli out of stock ok boleh tukar dengan warna & corak yang available, kali kedua barang out of stock sebab aku sayang nak burn duit macam tu aku beli lagi tapi kali ketiga selepas seminggu aku order kau email lagi barang out of stock lagi. Watdehek kau!!!. Tolong la alert & update dengan seller2 supaya delete barang2 yang dah out of stock. Benda ni merugikan pembeli & aku rasa macam teraniaya tau!! Atau guna konsep macam lazada & zalora refund terus ke account bank customer. Dah sampai 2 3 kali macam ni pun kau takde rasa bersalah.. kot2 nak sejukkan hati pembeli bagi voucher ke hapa. Ni kalau aku email pun jawab macam minta kaki. Ezbuy punya customer service memang hancuss ok! Pernah aku tanya barang aku yang lambat sampai.. dia jawab kalau tak sampai dalam tempoh yang sepatutnya suruh aku check dengan family atau jiran samada mereka ada terima tak parcel aku. Family tu ok la.. Jiran tu aku tak boleh nak hadam. Aku rasa kalau aku tak ada kat rumah sesenang je la dia bagi kat jiran untuk tolong accept barang aku walau tanpa keizinan aku.

Dulu masa mula2 beli memang aku wah.. cepatnya ezbuy delivery. 7 hari macam tu dah dapat barang yang order dari china walau aku ambil shipping economy air je. Selepas tu jadi 2 minggu.. yang terbaru ni tak tau la berapa minggu dia nak ambil masa. lepas seminggu pun nampak tak ada apa2 progress kat system. Dulu lepas 3 hari tu ada juga la progress dah naik kapal terbang bagai.. ni rasa dok melepak kat china lagi kot. Sebab masih ada balance yang ezbuy refund tu kena jugak membeli lagi. Tak tau lepas ni apa pulak nak jadi.

Bila jadi masalah macam ni aku rasa ezbuy kena selalu update dengan seller supaya customer tak terbayar barang yang dah out of stock. Kalau dah sampai 2 3 kali asyik terbeli barang yang dah tak ada pun masalah jugak. Kedua ezbuy kena sekalikan shipping & delivery kos tu supaya bila berlaku benda macam ni customer tak rugi. So boleh refund balik semua. Kenapa perlu shipping & delivery di kira sebagai 2 harga. Nak senang buat macam lazada free shipping walau kita tahu semua kos dah include dalam harga barang. Bila nak refund.. kita dapat semua harga yang kita bayar. Dan aku harap lepas ni ezbuy boleh ubah sistem, refund terus ke account customer supaya kalau customer rasa tak puas hati dia ada pilihan samada nak membeli atau tidak dengan ezbuy. Yang last tolong reply complaint customer dengan lebih bijak. Jangan la bagi jawapan yang minta kena pijak. Sakit hati kita ni, wak..!!!

Apapun.. dari segi berjimat memang ezbuy menawarkan harga yang murah tapi sayangnya dari segi service nampaknya ke laut juga walau aku selalu ambil shipping economy air. Rasanya ezbuy kena upgrade balik kekurangan service mereka baru mantap & customer puas hati, anda untuk berganda ganda.

Entri lain berkaitan tentang service ezbuy boleh baca kat sini
Kali Ketiga shopping di ezbuy makin lambat service penghantaraan
Barang yang sampai tak sama seperti di website, ezbuy hanya bayar pampasan RM1.96

8 PERKARA YANG BUAT ORANG RASA MENYESAL MENJELANG USIA 30AN

8 PERKARA YANG BUAT ORANG RASA MENYESAL MENJELANG USIA 30AN. Sapa kat ini umur dah masuk 30an? Jangan memalu nak mengaku.. Insya Allah kalau umur panjang semua orang akan melalui usia 30an. Tapi jangan la tanya umur aku.. Aku baru sweet seventeen katanya. Ni curi masa mentelaah pejalaran jab update blog. Almaklum la tahun ni SPM katanya... Kena study hard sikit. Ok.. ok.. Jangan maki aku di bulan puasa. nanti kurang pahala hangpa. hehehe


Bila dah masuk usia 30an ni serius memang akan ada banyak perkara kita kesal. tak kira la perkara yang kita tak sempat buat atau perkara yang kita dah buat. Contoh macam sebelum 30an.. Kita rasa macam awal sangat la nak bercinta walau ada yang cuba memikat & orang tu pun memenuhi kriteria pasangan idaman kita api sebab rasa muda sangat nak ada serious relationship kita lepaskan peluang tu.. tetiba masuk 30an masih tak jumpa jodoh. Mungkin benda tu akan jadi kesalan sikit la dalam hidup kita. Mesti terdetik jugak keluhan.. " Kalau la aku accept dia dulu.. mungkin sekarang dah main dengan anak anak kat rumah." Biasa la kita manusia.. even jodoh pertemuan tu aturan Allah tapi bohonglah sebagai manusia kita tak pernah rasa menyesal melepaskan sesuatu tu. Betul tak?

Kita manusia ni kadang2 suka rasa masih muda, masih awal sebab tu bila masuk usia 30an banyak perkara kita menyesal. Termasuklah 8 perkara ni yang kebanyakkan menjadi penyesalan pada mereka yang dah melepasi usia 30an. Nak tahu apa perkaranya meh baca kat sini >> 8 perkara yang buat orang menyesal bila masuk usia 30an << Salah satu perkara yang aku sebut tadi. Memang antara penyesalan yang paling popular menjelang usia 30an tak berani memulakan hubungan rapat dengan seseorang yang mereka suka.

Moral of the story.. menyesal dulu pendapatan, menyesal kemudian tiada berguna. Apapun 30an bukan pengakhiran kita mencapai impian malah mungkin menjadi satu permulaan kita untuk berjaya. Jangan rasa dah masuk umur 30an kita dah tak banyak peluang seterusnya mensia sia kan hidup begitu sahaja.

TAK SUSAH SANGAT LA KALAU MASIH MAMPU BELI SUSU ANAK

TAK SUSAH SANGAT LA KALAU MASIH MAMPU BELI SUSU ANAK. Kita kadang2 susah untuk rasa bersyukur bila kita sentiasa rasa kita susah sedangkan kita sendiri tahu sesusah manapun kita ada lagi orang lebih susah dari kita. Kadang2 manusia ni suka duduk merintih kesusahan mereka tanpa ada usaha lebih untuk ubah nasib. Sekarang ni pulak musim semua benda nak naik.. Lagi banyak la rungutan pasal bebanan hidup. Merungut tu tak salah.. Tapi kalau asyik merungut atas katil depan smartphone 24/7 seminggu pun rasa macam tak berapa layak merungut la. Makan pakai berak kencing semua orang tanggung.. Gamaknya dia susah celah mana, ye dak??


Aku ni pun bukan orang kaya.. Sampai ada anonymous keji aku orang susah, miskin hina & di benci masyarakat.. Hahahaha.. Tu la kan jadi orang susah ni asyik kena hina je. Tapi sebab aku tak pernah anggap aku susah sangat, so aku tak rasa sangat la macam perlu merintih, merungut, merayu setiap masa. Apa yang aku buat cuba la cari apa2 yang boleh jadi sumber rezeki. tak banyak.. sikit pun ok la dari takde langsung kan. lepas la nak topup skincare yang dah abis.hehehe

Bila tengok kisah sepasang suami isteri yang pada mulanya dah hidup dengan selesa dengan kerjaya masing2 boleh jatuh susah sampai tak mampu beli susu anak.. Sangat2 menginsafkan & memberi motivasi pada aku. Walaupun kita pernah berada di Zon selesa tak mustahil kita boleh tersungkur dalam satu situasi yang kita sendiri tak pernah hadapi atau bayangkan. 

Jadi jangan rasa down sangat dengan kesusahan hari ni atau rasa bangga sangat dengan kemewahan yang kita nikmati sebab semua tu boleh berubah sekelip mata tanpa kita jangka. Selagi kita mampu beli makan pakai & anak kita minum susu pun tak pernah skip.. Tu tak susah sangat la. Kita pun masih mampu makan kat luar.. makan western food bagai. Boleh windows shopping kat mall tu tak berapa susah sangat la tu. Sebab zaman sekarang nak gerak setapak pun semua kena bayar. Orang susah ni kadang2 walau kerja tak ada cuti pun masih tak cukup.. Jangankan nak beli susu anak.. nak beli beras pun tak ada duit. Bersyukurlah.. apa yang kita ada masih cukup menampung hidup kita.

Moral of the story.. Kadang2 orang yang suka merungut, merintih ni hidup dia tak susah mana pun tapi sebab jenis taste tu melebihi kemampuan tu yang buat dia rasa susah. Macam aku ni serius aku sentiasa sedar diri kemampuan aku takat mana sebab tu sampai tak berani nak mengidam benda bukan2 hahaha. takut kempunan terus majuk minta batu belah telan hidup hidup. hahahaha

WAJIB BACA KALAU KAWAN ATAU PASANGAN ANDA KAKI MAKAN

WAJIB BACA KALAU KAWAN ATAU PASANGAN ANDA KAKI MAKAN. Aku dulu ada jugak kawan yang kaki makan tapi sekarang kami dah putus kawan setelah di ijabkabulkan kami tidak lagi di gelar sebagai kawan oleh orang2 sekeliling tapi lebih di kenali sebagai laki bini. Dia kategori suka makan maka tempiasnya kena aku jugak. Sejak kenal dia macam2 tempat makan dia bawa aku pergi. Tapi yelah jenis aku bukan semua tempat aku pergi makan aku canang kat media sosial.. Jadi tak ramai tahu sebenarnya area kl/selangor ni banyak tempat dah aku pernah pergi makan


Laki aku jenis kalau bab makan tak kedekut sangat sampai kadang2 aku rasa macam nak bagi kuliah kat dia. Sebab aku jenis tak suka makan banyak2, dia pulak kalau makan suka banyak menu atas meja. Tapi yelah.. bising2 pun bila dah hidang kau melantak jugak tak pandang kiri kanan kan. Tu cerita tentang bekas kawan aku yang suka makan.

Bila kita dapat kawan yang suka makan ni kita jangan ingat jenis kaki makan ni tolak batu dengan kayu je.. yang lain2 semua dia rembat. Tak jugak. Macam asben aku la.. even suka makan tapi bukan semua dia makan. Salah satu benda dia takkan makan even sedap macam mana pun daging haiwan berkaki empat. Melalui cara makan pun kita boleh tahu mood seseorang nak2 lagi mood seorang kaki makan. Banyak sebenarnya perkara yang kita selalu salah anggap tentang orang yang suka makan ni.. Kalau aku nak tulis memang entri aku jadi entri berepisod. Point jer dah ada 10 perenggan tak campur lagi cerita2 konar baring yang aku selitkan. Jadi untuk tidak buat anda semput baca entri aku panjang berjela apa kata anda baca je kat sini >> Perkara Yang Anda Perlu Tahu Jika Anda mempunyai Kawan Yang Kaki Makan <<

Sangat penting kita tahu jenis kawan suka makan ni selain kita boleh tahu apa kelebihan kawan yang suka makan supaya kita tak rasa was was untuk rapat dengan dia. Mungkin menjadikan perkara tu sesuatu yang sangat seronok bila bersama dia. Sememangnya setiap perkara tu ada baik & buruk.. dan penting untuk kita tahu kebaikkan & keburukkan kawan kita yang suka makan ni bagi mengimbangi keadaan bila kita berdepan dengan sesuatu yang buruk dia buat berkaitan dengan makan. Sebab kita dah tahu dari awal so kita boleh prepare ye dak.

ROKOK SELUDUP SUMBANG DANA KEPADA AL QAEDA & TALIBAN

Kempen rokok seludup sekarang semakin rancak di perkatakan.  Pelbagai kajian terhadap rokok seludup di dedahkan.. termasuk kandungan yang di katakan ada najis manusia. Watdehek kan? Dok sedut najis la perokok seludup selama ni.hahahaha

Kalau pasal merbahaya ni tak payah cerita, katanya lebih bahaya 3 kali ganda dari rokok yang masuk secara sah. Malaysia di iktiraf sebagai negara kedua terbesar dalam jenayah rokok seludup ni. Kira kategori Champion jugak la.

Macam macam cara nak bawak masuk rokok seludup

Tapi masalah paling terbesar Malaysia apabila rokok seludup ni menyebabkan kerugian RM1.9 bilion setahun kepada kerajaan. Bukan sikit tu.. sebab tu kempen membenteras rokok seludup giat di jalankan sekarang ni.

Orang yang membeli rokok seludup jugak di sifatkan sebagai mereka yang menyumbang pada penjenayah global sebab katanya rokok seludup antara penyumbang kepada Dana kumpulan Al Qaeeda, Taliban & pertubuhan jenayah yang lain di dunia. Ni bukan aku reka reka cerita ok. Tak caya baca sendiri kat sini >> Tahukah Anda Perdagangan Rokok Seludup Ada Kaitan Dengan Jenayah Terancang Dunia? <<

Moral of the story kat Malaysia ni merokok tak salah tapi yang jadi salah adalah bila korang hisap rokok seludup. Peace Yo!


BLOG MENGUNTUNGKAN ATAU MERUGIKAN MASA

Mesti ramai yang bukan blogger nak tahu pasal ni kan sebab persepsi blogger dengan bukan blogger mestilah berbeza, betul tak? Umpama orang yang suka makan sambal belacan & dengan orang yang tak suka.. Mustahil la yang tak suka akan cakap sambal belacan tu sedap. Kalau dia rasa benda tu sedap.. confirm la dia pun suka makan. Bagi mengupas kupis & kopek dengan rakusnya isu ni.. Nak bagitau ini adalah task dari segmen #bloggertalk yang di anjurkan oleh group Sahabat Blogger.


Untung atau Rugi bukan dari berapa sen yang korang dapat dari hasil berblog tapi dari dalam diri korang sendiri bila buat sesuatu. Kalau korang rasa suka, puas & enjoy buat sesuatu takde istilah rugi buat apa yang kita suka. Mungkin bagi orang yang tak suka atau tak minat berblog nampak perkara ni macam buang masa.. Tapi sebagai blogger yang minat membebel dalam blog aku tak rasa apa yang ruginya pun. Sebab aku buat apa yang aku suka. So, masa lapang aku terisi dengan buat sesuatu yang aku sukai. Macam korang hobi memasak ke, mengumpat ke, atau bertandang kat rumah orang.. Korang rasa enjoy mustahil korang rasa benda tu merugikan even orang lain rasa tak berfaedah. Tu sudut dari pandangan sendiri.

Yang jadi rugi kalau.. masa yang patut di gunakan pada perkara yang lebih penting tapi sebab terlalu obses dengan blog semua masa untuk perkara penting di gunakan untuk berblog. Contoh masa bersama family.. Pergi shopping sibuk dengan blog.. pergi holiday sibuk dengan blog.. sampai macam tiada masa untuk family semuanya habis dengan blog. Itu mungkin akan jadi satu kerugian besar dalam hidup. Macam aku berblog bila aku free2 kat rumah jer.. Takde makna pergi holiday bagai nak buat live update. Sebab tu aku tak pernah berniat buat masa ni untuk jadikan blog satu kerjaya (tak tau la masa akan datang tetiba aku jadikan blogger satu kerjaya maybe time anak dah besar atau terpaksa tanggung hidup sendiri & tu je sumber pendapatan aku, siapa tahu akan datang ye dak??) sebab aku tak nak bagi komitmen terlalu besar untuk blog. Duit kadang2 boleh di cari tapi kalau kita terlepas moment2 penting dalam hidup takkan boleh turn back dah.

Kesimpulannya.. apapun kita buat termasuk berblog adalah cara kita handle dia yang memberi hasil untung atau rugi. Kadang2 kita untung dari segi material tapi kita rugi dari sudut lain.. hubungan, perasaan atau kita akan kehilangan sesuatu yang lebih berharga. Jadi pilih atau buat sesuatu yang memberi keuntungan pada semua perkara dalam hidup. Selamat berblog.


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com