Showing posts with label terlajak laris. Show all posts

DUGAAN DATO ALIFF SYUKRI TERPAKSA DUDUK RUMAH KECIL 8 BILIK

DUGAAN DATO ALIFF SYUKRI TERPAKSA DUDUK RUMAH KECIL 8 BILIK. Tu dia.. berat betul ujian buat seorang yang bergelar jutawan ni kan? Tak terbayang aku kesusahan dia yang terpaksa duduk di rumah kecil katanya.. Rumah kecil tu cuma ada 8 bilik & lokasi rumah tu katanya sunyi & suasananya agak sejuk. Alahai.. Sedihnya baca cerita Dato Aliff Syukri terlajak laris ni tau... Bercucuran airmata aku membasahi pipi. Syukur aku masih mampu menyewa rumah 3 bilik. Berbanding dato aliff syukri yang dah biasa hidup dalam banglo mewah tetiba terpaksa duduk sementara di rumah kecil yang mempunyai 8 bilik sementara nak tunggu rumah baru dia siap..


Hangpa tak sedih ka? Hangpa tak sedih sebab baca balik cerita tu dari penulisan aku.. Kalau hangpa baca direct terus dari penulisan yang di kongsikan Dato Aliff Syukri kat page dia confirm 7 hari 7 malam hangpa menangis tak henti henti. Confirm hangpa akan bersyukur dengan kehidupan hangpa sekarang yang lebih baik katanya dari Dato Aliff Syukri tu..


Bukan apa 3 bilik je terpaksa guna untuk simpan baju bajan. Kat situ jugak la orang gaji & tukang kebun dia nak tidur pun. Bersyukur kita tak yang mampu pakai orang gaji ni.. Takde la derita sangat kan sebab tak cukup space dalam rumah nak letak orang gaji. Itulah ujian orang kaya katanya.. Ujian yang kita sendiri tak dapat nak bayangkan macam mana depa rasa susah tu kan. Sebab kita2 orang semekin ni.. Definisi susah tu lain.. Orang kaya persepsi dia tentang kesusahan ni lain. Sungguh la darjat membezakan segalanya. Yang selesa bagi kita belum tentu selesa bagi orang2 kaya.

Yelah.. maybe dato aliff syukri lahir2 je tidur bertilamkan emas dalam rumah banglo 3 tingkat. Cerita2 pasal kesusahan dia sebelum berjaya maybe kisah dogeng je tu.. Sebab duduk rumah ada 8 bilik pun dia rasa tersiksa sangat. Kat situ nampak maybe dia tak biasa kot tinggal rumah ada cuma ada 3 bilik macam kita. Apatah lagi rumah beratapkan zink tak ada siling. Hujan je bunyi air hujan jatuh macam nak pecah bumbung. hehehehehe

Apapun semoga Dato Aliff Syukri Bertabah dengan Ujian yang seketika terpaksa tinggal kat rumah kecil 8 bilik tu. Tak dapat aku bayangkan mereka berhimpit himpit dalam rumah tu sampai terpaksa berlanggar bontot sesama sendiri. Allahu.. kesiannya. Jadi aku syukur masih mampu bayar sewa untuk apartment lama 3 bilik ni.. Kalau rumah macam ni dia rasa dugaan dah.. Gamaknya kalau Tuhan tu nak tarik balik semua kekayaan dia sampai terpaksa tinggal di flat 2 bilik gamaknya macam mana la dia rasa kan? tak terbayang aku perasaan dia ketika itu.

Moral of the story.. Orang kaya & terkenal pun masih suka publisiti murahan.. So berlakulah apa yang berlaku. Attention seeker berada di mana mana saja. Peace Yo!

D'HERBS TERLAJAK LARIS DI DAPATI BERSALAH KERANA MENGIKLAN PRODUK DENGAN AKUAN KESIHATAN YANG MENYALAHI UNDANG UNDANG

D'HERBS TERLAJAK LARIS DI DAPATI BERSALAH KERANA MENGIKLAN PRODUK DENGAN AKUAN KESIHATAN YANG MENYALAHI UNDANG UNDANG. Semua orang tahu kot pemilik syarikat D'Herbs Ni adalah Dato Aliff Syukri Terlajak laris tu. Yang selalu mencetuskan kontroversi dengan perangai perangai tak semegah dia kat media sosial atau media elektronik. Pun macam tu walau nampak macam lemah lembut orangnya sangat kental sehingga mampu membuka sebuah empayarnya sendiri dengan jenama D'Herbs & tagline dia Terlajak Laris. Bagus dia buat tagline macam tu sebab kata2 tu kan satu doa. Bila orang sebut jadi la doa2 yang baik melariskan jualan produk dia. heheheehe


Terbaca kat astro awani katanya Syarikat D'Herbs di denda RM11,000 oleh mahkamah majistret atas kesalahan mengiklankan kenyataan yang mempunyai akuan kesihatan yang bertentangan dengan akta makanan. Ada 2 produk dari syarikat D'herbs ni di saman..

Yang pertama produk Jus perawan Gold di mana dia menggukan kenyataan iklan 'Membantu meningkatkan sistem Imuniasasi. Di denda sebanyak RM5,000. Yang kedua Air Masyur dengan menggunakan kenyataan iklan membantu meningkatkan peredaran darah" dan "membantu melancarkan peredaran darah dan oksigen dalam badan kerana terdapat gingko biloba di dalam madu. Di denda sebanyak RM6,000.


Pengeluar produk kesihatan atau apa2 produk makanan ni sila ambil perhatian yer... tak boleh simply2 nak buat kenyataan iklan macam tu. Macam Dato Terlajak laris ni apalah sangat RM11,000 dia nak bayar katanya. Dia duit berkepok kepok.. kalau yang usahawan kecil baru nak menapak dalam dunia perniagaan tu please la penting untuk anda tahu garis panduan sebelum membuat sebarang kenyataan iklan.

Moral of the story.. Ambil je apa2 moral yang korang rasa baik. Ok bai... hahahaha

NAK MINTA TOLONG DATO ALIFF SYUKRI TAPI MEMBACA PUN MALAS

NAK MINTA TOLONG DATO ALIFF SYUKRI TAPI MEMBACA PUN MALAS. Awal tahun lepas (Januari 2016) aku ada tulis satu entri berkenaan Dato Aliff Syukri terlajak laris yang menyatakan hasratnya untuk membantu orang orang susah yang terpilih & layak menerima bantuan daripadanya. Masa tu dia announce benda tu kat FB page dia.. Ada la syarat syarat dia letakkan bagi sesiapa yang ingin memohon bantuan daripada dia atau mana2 individu yang tahu sesiapa saja yang perlu di bantu.


Sebagai juruhebah melalui blog katanya.. Atas dasar prihatin aku pun tulis la entri tu untuk di war warkan keseluruh alam maya supaya mereka2 yang memerlukan bantuan dapat mencuba nasib. Mana tau ada rezeki.. Sampai hari ni entri yang aku tulis masih mendapat views & komen dari mereka2 yang ada macam macam masalah & memerlukan bantuan yang kebanyakkan berbentuk kewangan la. Depa komen seolah olah Dato Aliff Syukri dok baca hari hari entri ni >> PERLUKAN BANTUAN CUMA HASHTAG ALIFF SYUKRI TERLAJAK LARIS << Tu tak termasuk komen2 mengambil kesempatan yang konon menyediakan khidmat pinjaman wang bagai. Yang tu semua aku delete.Banyak sangat ceti haram dok tinggal contact number.. Taknak orang lain terjebak dengan ceti haram ni so aku terpaksa delete semua komen2 tu. Dah la tumpang iklan free hahahaha

Kat situ aku nampak ramai yang tak baca pun kesemua apa yang aku tulis atau aku lampirkan dalam entri tu yang berbentuk screenshoot. Depa baca taju then terus komen jer... Tu yang penuh ruangan komen kat blog aku macam2 orang dok minta bantuan. Siap tinggal contact number untuk di hubungi semula. Ingat aku PA Aliff Syukri ke hapa.. aku cuma blogger je ok! Tiada terikat dengan mana2 pihak atau individu. Aku blogger lone ranger. hahahaha

Nampak sangat la memasing malas nak baca tapi nak jalan pintas untuk senang. Kalau membaca pun hangpa malas.. Tak heran la hidup hangpa susah. Orang pemalas memang susah nak hidup senang. Aku dah tulis kat situ macam mana cara kalau nak mohon bantuan.. Entri tu pun dah setahun. Tapi masih yang tinggalkan komen untuk mohon bantuan dari Dato Aliff Syukri. Kalau entri aku tulis panjang lebar pun malas nak baca apatah lagi nak belek berapa haribulan entri tu di post memang tak la bagi golongan yang malas membaca ni.

Macam2 masalah aku baca kat komen entri tu.. yang pinjam ceti haram tak dapat bayar.. yang nak beli rumah.. yang nak start meniaga.. yang anak sakit.. anak ramai.. suami kena buang kerja.. bla.. bla.. masalah zaman pemerintahan Najib Tun Razak katanya.

Aku faham zaman ekonomi tengah down.. yang selesa pun akan rasa susah apatah lagi yang susah memang semakin terasa kesusahannya tapi yakinlah.. Allah yang memberi rezeki maka berusaha la apa yang mampu. Nak tukar kerajaan kena tunggu pilihanraya tapi selalunya lepas pilihanraya pun kerajaan still yang sama. Kena sogok beras sekampit, gula sekilo pun boleh berubah pendirian so,how??.. Jadi nak tak nak apa yang kita dapat dari kerajaan pemerintah sekarang hadapi je dengan senyuman yer. At Least ada BR1M cukup beli kereta katanya. hikhikhik. Apapun Jangan sesedih sangat sebab 2017 masih ada perkara yang mungkin buat kita tersenyum. Tak caya tengok kat sini >>12 Perkara yang luar biasa hebat Untuk kita di tahun 2017 ni <<

Moral of the story.. Orang rajin campak dalam belantara pun dia hidup.. Orang malas campak atas gunung emas pun boleh tinggal spender je. Semuanya terpulang pada diri sendiri.

DI KOCOK KOCOK DATO ALIFF SYUKRI & ISTERI MENGGELIKAN

DI KOCOK KOCOK DATO ALIFF SYUKRI & ISTERI MENGGELIKAN. Dah lama sebenarnya aku nak tulis pasal ni tapi entah kenapa asyik lupa jer... Dari awal episod drama bersiri adaptasi novel Biar aku jadi penunggu aku dah rasa annoying dengan benda ni.. Walau kita dah sedia maklum Aliff Syukri terlajak laris dengan publisiti murahan memang dah sinonim kan.. Even dah jutawan pun katanya depa still mengamalkan cara hidup sederhana walau tinggal di dalam banglo mewah berjuta juta harganya.


Cuma bab publisiti je dia agak berjimat... Still dia suka yang murah2 jugak sebab tu dia suka sesuatu yang boleh cetuskan kontroversi. Iklan2 produk dia dari dulu pun banyak yang di kecam.. tak tau la kenapa Dato Aliff ni suka buat iklan2 yang nampak low class Yer. Antara iklan produk dia yang pernah di kecam satu masa dulu adalah produk kosmetik yang menampilkan seorang perempuan konon berniqab. Bila di solek mata dia menyerlah & cantik sampai laki orang pun tergoda. Lepas buka niqab tu sampai heart attact laki yang tengok sebab gigi rongak & jonggang. Ramai yang tak puas hati sebab ramai beranggapan macam satu penghinaan bagi wanita bernijab.

Bila di kecam.. Yup secara tak langsung dia akan dapat promosi free dari pengkritik cuma cara tu serius sangat nampak macam tak ada harga diri. Kadang2 tak paham aku.. Orang yang sanggup di caci & di hina hanya kerana sebuah populariti untuk strategi marketing. Belajarlah jadi seperti Arwah Yasmin Ahmad.. Yang karya2 dia sentiasa menjadi perhatian walau dia tak guna cara low class macam Aliff Syukri ni. Tak kira Iklan Tv atau Filem.. Semuanya ada berkualiti, bemoral & bermesej.

Terbaru iklan produk dia.. di kocok2 apatah.. Sepanjang drama Biar aku jadi penunggu di tayangkan.. maka berkali kali la kena hadap iklan di kocok kocok tu. Dalam iklan tu dialog dia banyak guna ayat pickup line yang tengah trend sekarang. Yang tu ok la.. Tapi sampai part dia tergedik2 macam orang naik nafsu syahwat sambil dok sebut di kocok kocok dengan tarian goncang dada tu auto aku rasa morning sickness di senja hari. Hahaha.. Tapi sebab aku selalu tengok sampai 7.30 jer.. so selalunya rasa mual & nak muntah tertengok iklan tu akan berakhir juga la selepas 7.30. hehehehe. Sekarang pun dah lama aku tak layan drama pukul 7. hahahaha

Aku tahu seorang Aliff Syukri memang akan terus buat iklan2 yang macam tu walau 1 dunia mengkritik dia sekalipun. Sebab dia sendiri tahu.. Benda2 macam tu memang boleh jadi kontroversi... Kontroversi bagi dia adalah satu publisiti buat dia & produk dia. Macam baru2 ni dia di dakwa memfitnah seorang peniaga kopiah.. Bila jadi kontroversi simply je dia minta maaf. Sekaligus kontroversi tu maybe menaikkan rating rancangan dia tu.. So aliff syukri & publisiti murahan berpisah tiada. Nak kata kebetulan bukan perancangan pun rasanya selalu sangat dia ni jadi kontroversi sebab macam tu.. hehehehe

Bagi aku produk D'herbs tu local produk yang biasa biasa je cuma sebab pengasas dia yang berpewatakkan macam cacing kerawit.. terlentok liuk.. terkiat kiat.. tergedik gedik macam tu.. Produk secara tak langsung semakin di kenali sebab perwatakkan pengasas dia yang macam tu. Orang pelik memang akan senang di kenali & di ingati katanya hahahaha.

Pun macam tu.. Dalam bisnes aku rasa dia antara yang terbaik. Walaupun seorang disleksia tapi dia membuktikan benda tu bukan penghalang untuk dia menjadi seorang yang berjaya memiliki empayar sendiri bukan saja di dalam negara malah di luar negara. Tak kisah la orang nak mencebik.. Alah baru masuk pasaran Thailand je pun. Thailand pun kau mampu ke? Yang tu aku memang kagum dengan usaha gigih dia. Cuma please la jangan terlampau cari publisiti murahan tak sesuai dengan gaya hidup seorang jutawan macam tu. hehehehe

Moral of the story... kalau tak pernah tengok iklan di kocok2 tu sila la melangut depan TV pukul 7 malam kat tv3. Selagi tak habis episod drama biar aku jadi penunggu tu selagi tu iklan tu ada.. Kalau pukul 7 tu bukan masa menonton korang patut ada benda ni supaya boleh tengok balik rancangan tv yang korang terlepas >> Dengan Ada Benda Ni anda takkan terlepas lagi rancangan TV atau drama kegemaran anda <<

PENIAGA KOPIAH MENDAKWA DI FITNAH DATO ALIFF SYUKRI DALAM RANCANGAN #OhAbangKosmetik SEHINGGA PERNIAGAANNYA MEROSOT

PENIAGA KOPIAH MENDAKWA DI FITNAH DATO ALIFF SYUKRI DALAM RANCANGAN #OhAbangKosmetik SEHINGGA PERNIAGAANNYA MEROSOT. Gosip lagi malam ni.. hahaha.. Bila mood dok membaca blog hiburan macam ni la.. Ada saja gosip2 nakal nak share katanya. hahaha... Tapi kadang2 apa yang di tulis dalam gosip pun boleh menjadi pengajaran kepada orang lain..

Abang Kopiah Yang Teraniaya. Lepas ni boleh buat drama rintihan Abang kopiah pulak

Kontroversi pasal Dato Aliff Syukri terlajak laris ni rasanya bukan kali pertama kot.. Sampai kadang2 aku terfikir maybe saja dia buat perkara boleh menjadi kontroversi supaya benda tu nanti akan bagi publisiti & promosi secara tak langsung kepada produk dia.. Yelah.. kena ada strategi marketing katanya. Kontroversi je paling mudah nak buat seseorang atau sesuatu di kenali dengan cepat. Nak2 sekarang ni zaman viral.

Kontroversi terbaru melibatkan seorang peniaga kopiah di pasar tani bazarena stadium shah alam. Abang kopiah meluahkan perasaan terkilan dengan tindakkan Dato Aliff Syukri yang mengaibkan dia dalam rancangan #OhAbangKosmetik... Aku sendiri tak tahu wujudnya rancangan ni sebab rasanya tak nampak trending langsung kat media sosial. Mungkin dengan kontroversi ni akan menaikkan rating rancangan tu. Lagipun aku tak langgan esteruk kan.. So, memang tak dapat la nak tengok.

Katanya Dato Aliff ada membuat rakaman secara sembunyi kat situ. Dia menyamar sebagai peminta sedekah & meminta kopiah dari peniaga tersebut. Dari kenyataan Dato Aliff dalam rancangan tu katanya peniaga tersebut bersikap biadap dengan dia padahal yang berlaku sebaliknya.. Dato aliff seolah olah kata peniaga tu berpura pura baik dengan menjual produk berunsur islamik. Tapi menurut cerita abang kopiah.. ketika dato Aliff menyamar sebagai pengemis.. Dato Aliff cuba melarikan 3 kopiah.. sebagai peniaga dah tentu dia mempertahankan hak dia dengan menghalang dari barang jualan dia di curi. Tapi dia sedekah juga 1 kopiah pada Dato Aliff yang menyamar jadi pengemis waktu tu. Apapun alasan perbuatan mencuri tu tetap salah ok.. Nak2 lagi tak ada kepentingan atau keperluan kau nak curi benda tu. Tak kira la kau peminta sedekah ke siapa.. kan? Melainkan otak kau dah tak betul & di sahkan gila jer boleh di maafkan. Orang gila jer buat perkara di luar kewarasan.

Video Rakaman dalam rancangan #OhAbangKosmetik

Paling kesian katanya selepas rakaman tu di siarkan dalam rancangan tu.. Perniagaan dia turut merosot. Kalau ye pun dia bersalah.. perlu ke mengaibkan sampai merosakkan perniagaan orang. Dia peniaga kecil je kot kau nak khianat sangat kan.. Agak2 la nak prank orang pun kan.. Nak lebih sadis lagi katanya Dato Aliff Tak bagitau pun abang kopiah bahawa ada rakaman yang di buat di gerai jualannya & rakaman tu di tayangkan dalam rancangan tersebut sehinggalah kawan kawan dia memaklumkan perkara tu kepada dia.


Dalam rakaman tu memang la tak tunjuk keseluruhan kejadian.. Dorang ambil part2 yang tertentu jer kan.. Jadi kalau betul Kenyataan Dato Aliff dalam rancangan tu.. better tunjuk keseluruhan rakaman tanpa editing sebagai bukti kalau tak bersalah. Tapi kalau rakaman tu dah di manipulasi untuk memburukkan peniaga tu.. Sila la berdepan dengan kesalahan sendiri yer...


Apapun kita kena dengar dari kedua belah pihak dulu sebelum nak kecam ke hapa. Pun macam tu aku rasa betul atau salah abang kopiah tu, sebagai orang yang berpengaruh tindakkan Dato Aliff syukri memang keterlaluan. Over sangat pun boleh mendatangkan kebencian jugak Dato Ooi...

Memang la ramai mengkagumi Dato Aliff Syukri yang membuktikan kekurangan yang dia ada tak menjadi alasan untuk dia gagal.. Dia berusaha dengan kemampuan dia sendiri untuk berada di level sekarang. Tapi jangan la bila dah berjaya, Dah banyak duit.. Boleh Buat rancangan realiti TV sendiri & gunakan orang lain sebagai publisiti nak meraih rating tu TV show tu. Kalau yang baik ok la.. Tapi sampai menjahanamkan perniagaan orang lain pun tak elok jugak kan?

Lepas ni mungkin rating rancangan tu akan naik so boleh la Dato aliff & Astro tersenyum gembira kan... hehehehe

Moral of the story.. Apapun kita nak buat nak2 lagi orang berpengaruh ni fikirlah kesannya kepada orang lain jugak. Jangan sampai satu masa orang boikot baru kau nak rasa macam mana perasaan orang lain bila perniagaan dia merosot akibat dari perbuatan kita.

PEMINJAM ALONG ANTARA YANG HARAP BANTUAN DATO ALIFF SYUKRI

PEMINJAM ALONG ANTARA YANG HARAP BANTUAN DATO ALIFF SYUKRI. Awal tahun haritu DatoAliff Syukri ada memuat naik status untuk memberi bantuan kepada sesiapa sahaja yang memerlukan cuma perlu hashtag #abangterlajak tolong & #aliffsyukriterlajaklaris jadi aku memanjangkan isu tu ke blog aku bagi tujuan me war war kan kepada orang ramai. Kita sedia maklum kat Malaysia ni masih ramai orang susah.  Dengan kos sara hidup yang tinggi sekarang.. yang sebelum ni cukup cukup makan pun jadi tak berapa cukup la jugak.


Aku cuma up isu tu kat blog lekatlekit.com sekadar untuk memberitahu tapi ramai pulak yang tinggalkan komen untuk mohon bantuan dari Dato Aliff syukri terlajak laris. Macam la Dato Aliff tu nak baca blog picisan aku, ye dak. Antara yang memohon bantuan dari Dato Aliff Syukri seorang peminjam Along yang katanya pinjam along masa nak kahwin. Sekarang dah ada anak, pinjaman bleum settle. Alahai.. kenapa la sampai pinjam along nak kahwin.Aku ada bagitau melalui komen di FB page dato aliff syukri tapi tak tau la dia baca ke tidak. Ada juga yang komen katanya cuba hubungi no pejabat dato aliff tapi tak berjawab. Semuanya dengan tujuan untuk minta pertolongan.


Ramai nampaknya mula mengharapkan pertolongan seperti yang Dato Aliff janjikan pada status2 di FB page dia. Mohon bersabar lah yer.. Mungkin dato aliff tengah pilih sapa yang betul2 layak untuk menerima bantuan dari dia. Almaklum la.. takut ada yang ambil kesempatan. Cuma tak tahu samada ada yang dah terima bantuan dari program yang di anjurkan tu ke belum. Hope Dato Aliff tak bagi harapan kosong lah yer.. Kesian mereka2 yang berharap tu.

Antara komen yang di tinggalkan kat entri ni >> PERLUKAN BANTUAN CUMA HASHTAG ALIFF SYUKRI TERLAJAK LARIS <<

Hope Dato Aliff Syukri sudi sudi la meluangkan masa meniliti permohonan mereka2 yang mungkin tak tahu cara yang sepatutnya membuat permohonan bantuan ni. Mungkin dalam ramai2 tu ada yang betul2 perlu di bantu.

Banyak jugak aku tengok yang memohon bantuan di ruangan komen post di FB dato Aliff syukri selepas kali kedua dia mem war war kan untuk mencari sesiapa yang perlukan bantuan dari dia. Tengok dia takde update apa2 pasal tawaran untuk permohonan bantuan ni. Sekadar nampak dia dok share aktiviti harian dia jer. Mungkin sibuk kot..

Antara komen kat FB page dato Aliff yang aku sempat screenshot. Sebenarnya banyak yang memohon bantuan dari komen di FB page dia. Tak larat aku nak attach semua.

Apapun selagi kita boleh usaha sendiri.. usaha la dulu jangan terlampau meminta minta bantuan orang lain. Kalau loan bank tu nak minta orang tolong settlekan tengok jugak la kan keadaan pemohon tu. Betul2 tak mampu atau tak. Zaman sekarang ni banyak cara kita boleh cari sumber pendapatan sampingan. Tersangkut dalam traffic jam pun boleh buat duit. Tak caya meh tengok kat sini >> Ini cara nak buat duit ketika terperangkap dalam traffic Jam << Jadi, selagi ada kudrat tu berusaha dulu. Zaman hujung jari ni orang rajin memang boleh buat duit.

PRODUK D'HERBS TERLAJAK LARIS MASUK PASARAN THAILAND

PRODUK D'HERBS TERLAJAK LARIS MASUK PASARAN THAILAND. Walaupun aku tak berapa gemar dengan perangai pengasas produk ni yang terlampau show off hidup dia yang konon low profile & 'orang kampung' tu kat media sosial.. Sebab kadang2 over sangat cara kampung dia sampai nampak sangat nak menunjuk nunjuk tapi bermakna aku dengki dengan kejayaan dia yang mampu membina empayar terlajak laris dia tu. Apa yang baik mesti la kita tumpang bangga dengan saudara seagama & sebangsa kita kan. Tapi apa yang tak kena tu tetap la kena kritik. Apa ingat orang kaya & terkenal kena puji2 je ke? Itu mustahil katanya hahahaha...


Kagum jugak la dengan dia berjaya membawa produk dia masuk ke pasaran Thailand. Alhamdulillah at least ada produk orang melayu dah mampu di pasarkan kat negara lain. Hope produk terlajak laris tak ada klon la kat sana. Almaklum la Thailand antara negara yang aktif jugak mencetak rompak produk2 kosmetik & skincare ni.


Selain meluaskan pasaran produk dia ke Thailand Dato Aliff Syukri jugak dah keluarkan buku biografi dia sendiri. Yang minat membaca boleh la dapatkan di pasaran. Katanya kalau kat pasaran harga buku tu RM35. Bab baca buku ni aku memang tak berapa nak rajin sangat Almaklum la sekarang ni bahan bacaan banyak secara online jer.. Maka aku lebih banyak membaca di online. Dulu sebelum celik IT memang suka jugak la membaca.. Habis buku teks sastera aku baca. Buku teks sastera je aku baca sebab tu mata pelajaran peberet aku masa sekolah. hahahhaa.. Konon nak jadi sasterawan la tapi hanya mampu jadi bloggerwan je. Apapun tak lari dari bidang penulisan jugak kan.

Apapun kalau korang nak berjaya jadi jutawan yang terkenal macam Dato Aliff syukri walau education dia sampai SPM jer syarat pertama kena pandai selfie. Tak caya tengok dato aliff syukri tak habis bergambar & gambar2 dia selalu je mencetuskan kontroversi. Tak reti selfie meh belajar kat sini >> TIPS: Cara Hasilkan Selfie Awesome Yang Sentiasa Meraih Banyak 'Love' Di Instagram << lepas tu jadi kontroversi maka jenama korang sekaligus mendapat publisti. hahahaha... Takde la gurau jer.. Nak berjaya semua kena usaha. Kalau nak tahu macam mana Dato Aliff Syukri boleh sampai ke level dia sekarang rajin2 la baca buku biografi dia tu.

Moral of the story.. Dalam hidup apapun kita buat jangan cepat down @ putus asa. Orang yang berjaya kebanyakkan jatuh berkali kali baru dia tahu jalan mana untuk pilih. Orang tak pernah jatuh susah untuk berjaya. Selalunya dia akan statik kat satu level je. Jadi nak berjaya kena berani berdepan dengan risiko. Sama jugak macam kita tulis blog.. tengok traffic blog rendah, nuffnang earning tak membiak, tak dapat banyak peluang menjana pendapatan kita dah rasa down.. Sepatutnya usaha lebih sikit naikkan traffic Insya Allah yang lain2 akan datang selepas tu.

MAKAN DURIAN DI KLIA, DATO ALIFF SYUKRI TAK HORMAT PERATURAN & ORANG AWAM

MAKAN DURIAN DI KLIA, DATO ALIFF SYUKRI TAK HORMAT PERATURAN & ORANG AWAM.  Ni bukan la dengki dengan orang kaya. Sebab kalau kritik orang kaya atau public figure memang akan di tuduh dengki. Bermakna golongan macam ni kita kena angguk2 je tak kira la depa salah atau betul. Tapi zaman sekarang Perdana menteri Malaysia pun selamba je kena hentam, apalah sangat pengasas produk popular bergelar jutawan. Asalkan kritikan tu berasas & ada bukti. Alah.. bukan nak maki hamun pun. Kritik je takkan tacing kot sampai ke court kot..


Alkisahnya tadi tengok Dato Aliff Upload gambar dia sedang bersila atas lantai KLIA bersama beberapa individu lain menikmati durian musang king tanpa rasa bersalah terfikir jugak aku. Tak beragak langsung dia ni punya nak tunjuk betapa kehidupan dia walaupun bergelar jutawan sangat low profile. Bagus la.. Walaupun jutawan tak demand nak makan kat tempat high class.. Tu patut di puji. Cuma yang tak bagusnya dia makan durian tak kena pada tempatnya. Tak kisah nak makan apa2 kat mana2 pun tapi kena tengok jugak sesuai ke tidak dengan keadaan sekeliling tu.

Low profile sampai hilang rasa hormat pada peraturan & orang lain pun tak boleh jugak. Aku bukan tak pernah ke KLIA cuma aku tak sure boleh ke tidak makan kat ruangan menunggu. Tapi setahu aku memang tak boleh la. Cuma yang aku tau ramai yang buat macam tu. Bersila atas lantai sambil makan. Setakat makan nasi,roti & lauk pauk yang tak berbau kuat & bau dia cepat hilang.. Mungkin pengawal kat situ boleh tolak ansur tapi kalau makan durian. Kita sedia maklum la.. Durian tu jenis buah dia berbau kuat. Dan kita kena tahu bukan semua orang suka makan durian & suka bau durian. Jadi kalau kat tempat2 macam tu.. Tak berapa sesuai sangat la kau nak buat perangai amazon makan durian dengan bangga konon nampak kau sangat Melayu & low profile walau nak pergi bercuti ke negara omputih.


Tolong la.. Kalaupun pengawal kat situ bagi muka kat kau, hormati jugak hidung orang lain. Kesian orang yang memang tak suka bau durian ni. Saya pun orang kampung malah adik beradik saya pun orang kampung tapi kebanyakkan adik beradik saya tak makan durian apatah lagi bau durian. Bukan semua orang kampung yang berperangai selekeh macam tu. Saya faham dato nak tunjuk kat orang lain yang kehidupan dato sangat low profile tapi please la Dato.. Durian kot.

Ni kalau pengawal kat situ tegah pun boleh jadi isu jugak. Almaklum la orang terkenal ni. Silap sepatah perkataan pun boleh jadi masalah negara katanya. Serba salah jugak la kan.. Ni bukan sebab dengki dato boleh holiday kat oversea.. Tapi Dato Sebagai orang ada ada jagalah imej tu sikit.

Moral of the story.. low profile sampai sama level dengan tanah sekalipun tak semestinya kita kena bersikap selekeh tak kira tempat. Cara dato aliff syukri tu bagi aku tak nampak low profile tapi nampak dia tidak menghormati orang sekeliling & peraturan yang di tetapkan.

INILAH RUPA DATO ALIFF SYUKRI TERLAJAK LARIS YANG TEMBAM KETIKA KALI PERTAMA MUNCUL DI KACA TV

INILAH RUPA DATO ALIFF SYUKRI TERLAJAK LARIS YANG TEMBAM KETIKA KALI PERTAMA MUNCUL DI KACA TV. Ramai orang mula mengenali Dato Aliff Syukri yang terkenal dengan tagline dia Terlajak laris bila selalu keluar kat TV3 tapi rasanya tak ramai yang pernah tengok macam mana rupa & fizikal ketika kali pertama muncul di kaca tv. Memang berbeza jugak la dulu & sekarang. Kalau sekarang tengok dia kurus & tinggi tapi dulu.. Lain sangat size badan dia.


Almaklum la dia pun jual produk kesihatan kan.. Mungkin sebab tu dia berusaha kot slim kan badan dia agar nampak kacak menawan. Baru sesuai dengan title pengasas produk kesihatan & kecantikkan. Kadang2 bukan nak kutuk.. Orang jual produk slimming pun tak slim.. Orang jual produk skincare pun kulit tak berapa nak cantik jadi orang nak beli pun rasa was was. Kalau produk tu berkesan seperti yang di canang mesti yang menjual tu kena jadi model testimoni, ye dak? Kalau kat diri sendiri pun orang tak nampak keberkesanannya.. Susah sikit orang nak yakin.

Jadi tak terkejut la bila nampak perubahan sangat ketara dato aliff syukri dulu & sekarang. Mungkin dia selalu jadikan diri dia model & testimoni macam iklan.. dulu kulit saya berparut akibat kemalangan.. selepas guna gel parut. Terkejut.. ok Bye! Tu sebab dia jaga diri dia sebaik mungkin. Dari berat badan sampai la pada kesihatan & kecantikkan kulit. Mesti korang tak sabar kan nak tengok macam mana Dato aliff Syukri ketika kali pertama muncul kat tv. Ok la meh tengok kat bawah ni..

Dato Aliff Syukri Terlajak Laris Satu Ketika Dulu

Moga gambar ni menjadi motivasi sesapa yang kurus. hahahaha... Dato Aliff syukri sekarang dah slim bak tiang elektrik katanya. Maybe size S dah sekarang. hahahaha

Ni Dato Aliff syukri punya size sekarang

Apapun nak berjaya macam Dato Aliff Syukri tak kira berjaya kuruskan badan atau berjaya jadi jutawan kosmetik korang kena baca ni >>5 kisah Selebriti Terkenal Yang Mungkin Anda Tidak Pernah Tahu Apa yang Mereka Buat Di sebalik Kejayaan Mereka<< Di sebalik kejayaan mereka ada sesuatu yang korang takkan sangka pa yang mereka buat. Kalau membaca pun malas memang susah la nak berjaya apatah lagi kaya kan? jadi baca la bukan panjang sangat pun kisah 5 manusia ni.

Moral of the story.. Mungkin tak semua orang ada peluang jadi kaya tapi setiap orang ada peluang untuk berjaya. Tak kira la berjaya dalam apapun termasuk berjaya kuruskan badan kalau ada usaha yang bersungguh. Tapi kalau bukan berjaya lariskan diri & produk dengan kontroversi murahan yer.. Walaupun tu pun kategori berjaya jugak tapi berjaya memalukan & memperbodohkan diri sendiri.

BLOGGER DI HENTAM GARA GARA BAGI CADANGAN DATO ALIFF SYUKRI BELA STRAY CATS

BLOGGER DI HENTAM GARA GARA BAGI CADANGAN DATO ALIFF SYUKRI BELA STRAY CATS. Nak juga letak title blogger kat situ katanya. Baru gempak sikit kan tajuk berita. Nak gempak aja kau kan lekatlekit. Harus la.. Kalau tulis tajuk orang jeling hujung hujung mata takde fungsi la aku tulis blog. Blog tanpa pembaca lagi bagus tulis diari dah tentu memang bukan untuk jadi bacaan umum. Tapi kalau dah tulis blog harus kena ada daya tarikkan untuk orang datang membaca, ye dak?


Kita terus ke berita selanjutnya pasal kes kena hentam bertubi tubi.. kiri kanak depan belakang atas bawah katanya. Gara2 bagi komen macam ni kat post kucing RM30K Dato Aliff Syukri Terlajak Laris...

Sebab komen Mak Aii RM30K tu mungkin orang anggap sebagai dengki & komen yang cakap RM30K kalau di gunakan untuk bantu kucing gelandangan banyak manafaat tu pun mungkin ada yang anggap aku pertikai Dato Aliff beli kucing RM30k & seterusnya Bila aku tanya "Dato Tak minat ke bela stray cats yang di jalanan. Lagi banyak pahala dapat" Tu mungkin penyokong Dato Aliff Syukri anggap aku nak jadi Tuhan ukur pahala orang. Padahal.. Tu just nak tunjukkan RM30K?? Speechless.. Then selebihnya adalah pertanyaan & cadangan. Tapi biasa la penulisan aku tak kira di blog atau di komen page2 popular macam tu memang selalu jadi kontroversi. Menulis tanpa nada memang perkara biasa jadi salah faham. Aku dah biasa.  

Niat tu sebenarnya bukan la nak mempertikai dia beli kucing RM30K tu.. Dia jutawan mesti la RM30K tu dalam kemampuan dia. Cuma yelah sebab dia minat kucing manatau dia boleh jadi penyumbang membantu kucing2 terbiar di jalanan. Almaklum la stray cats ni bukan semua orang nak pandang dengan penuh minat. Tak sama dengan kucing RM30K ni.. Tapi lain pulak pemahaman penyokong Dato Aliff Syukri ni dengan komen aku.

Orang cerita pasal kucing dia merepek sampai tolong orang miskin bagai. Aku cukup tak gemar berdebat dengan orang2 macam ni. Dia akan kaitkan benda2 yang tak ada kaitan asal boleh berhujah je. Takde sapa pertikai pun pasal kebajikan Dato Aliff syukri buat. Orang cerita pasal KUCING. Ni kes bajet2 pandai padahal 'nan hado' pun kebijaksaan kat situ. hahhaa. Tapi tipikal masyarakat sekarang.. asal kita tegur satu benda dorang akan list 70juta lagi perkara baik lain yang idola depa buat seolah2 1 kesilapan tu boleh jadi betul dengan membuat 70 juta kebaikkan lain. Yang silap tetap la silap. Dengan membetulkan kesilapan je boleh membetulkan apa yang salah bukan dengan mengungkit kebaikkan dapat menghalal semua benda yang salah. Ubah mentaliti tu dulu Fahmi Hazril

Maka berpusu - pusu la orang menghentam. Nak2 lagi komen aku tu antara komen terawal kat post tu makin banyak la perhatian di beri tak kira yang menghentam atau menyokong. Yang paling tak boleh blah ada 2 komen kat situ.. Satu komen yang cakap lagi bagus bagi makan anak anak yatim dari kucing terbiar. Kedua komen yang konon kata aku nak jadi Tuhan mengukur pahal orang.


Alahai.. Betul la memberi makan anak anak yatim tu memang banyak pahalanya tapi harus di ingat kucing pun amanah Allah kepada manusia. Jangan ingat Allah menjadikan kucing tanpa manafaatnya kepada manusia. Kita sedia maklum.. Kucing antara haiwan kesayangan Nabi. Jadi kucing juga perlukan pembelaan, perlindungan & kasih sayang. Kalau Anak anak yatim.. ramai yang menyumbang berbanding sumbangan dari memberi perlindungan kepada haiwan terbiar seperti kucing & anjing. Yang banyak dok kempen nak membunuh macam makhluk tu makhluk perosak. Manalah tahu kalau jutawan macam Dato Aliff syukri ni minat kucing boleh berkolabrasi dengan aktivis sukarelawan penyelamatan haiwan terbiar untuk membantu memberi perlindungan & makanan pada haiwan haiwan yang memerlukan. Alang2 dah ada minat kat spesis kucing kan. Sebab yang minat je boleh menjebakkan diri dalam aktiviti macam ni. Kalau tak minat macam mana nak datang rasa sayang & simpati tu kan.. Nampak kucing pun dia dah lari katanya.

Siap ada yang tuduh komen aku semata mata nak dapat like. Macam la like boleh convert ke duit atau traffic blog kan? Tak hadap sangat la like. Bukan first time komen aku kat page popular dapat like macam ni. Takde benda nak heran sangat setakat like tu beb!

Tapi tu la.. pencinta dengan peminat kucing ni tak sama. Yang minat kucing normally minat mereka lebih kepada kucing2 yang cantik2 & unik & mahal berbanding pencinta haiwan.. Mereka lebih kepada menyelamatkan haiwan. Bukan semata mata nak bela sebab hobi tapi atas dasar tanggungjawab sebagai manusia kepada makhluk lain. So tak boleh nak paksa kalau orang tak berminat nak buat kan.. Tapi komen aku tu sekadar bertanya. Almaklum la aku suka follow aktivis penyelamat haiwan ni. Aku tahu masalah utama mereka adalah dana untuk menyelamatkan haiwan & tempat untuk menempatkan haiwan haiwan yang di selamatkan. Kebanyakkan mereka bukan dari golongan kaya tapi tetap berusaha mencari dana sendiri. Jadi kalau ada penglibatkan di kalangan orang2 koprat & jutawan macam Dato Aliff Syukri ni rasanya boleh meringankan beban mereka. Tapi komen aku tu sekadar bertanya tak sangka yang touching lebih2 penyokong dia. Padahal Dato Aliff Syukri sepatah pun tak kata apa apa. hahaha


Komen yang aku highlight tu antara komen lawak. Kesian kau kan.. Sampai rasa tak boleh beli baju baru padahal sekarang orang cakap pasal kalau ada kemampuan yang berlebihan boleh la tolong. Kalau kau dah tak mampu kau buat belanja sendiri sudah la. Takde sapa letak pisau kat leher kau suruh tolong pun. Hahaha
Ok dah tak larat nak printscreen komen2 kat komen aku tu.

Aku ni bukan sekali kena hentam kat page2 popular.. Apa yang aku nampak mentaliti orang ramai bila kita menegur atau bagi cadangan pada orang2 ternama macam Dato ALiff syukri, dato vida, artis bagai.. Majoriti akan anggap dengki sebab depa kaya. Maka orang ingat ramai yang dengki je la. Ayat paling tipikal.. "Inilah melayu, dengki dengan kejayaan orang melau' padahal komen tu takde kaitan dengan dengki pun. Tak semua teguran tu berniat dengki. Kita kena ubah persepsi kita bukan sikit2 asyik tuduh orang dengki. Kalau semua teguran tu dengki maka tak ada siapa layak menegur orang lain.

Kita orang kebanyakkan ni nak beli kucing RM30K rasa macam mustahil sangat la. Kadang2 hujung bulan tinggal RM20 je sementara nak tunggu next gaji kan? Tapi jangan ingat RM20 tak boleh dapat barang ala2 RM30K katanya. Boleh.. Tapi kena tau caranya. So, berapa pun pendapatan kita sebenarnya kita boleh enjoy je kalau kita tahu cara menggunakan duit mengikut kemampuan.

Apapun tahniah Dato Aliff Syukri berjaya beli kucing RM30K.. Yelah.. apa dia beli dengan usaha keras dia. Aku pun tak pertikai.. cuma sekadar bertanya tak minat ke dengan stray cats. Kalau minat mungkin Dato Aliff boleh taja satu rumah kebajikan untuk kucing jalanan ni. Dia kan mampu kalau dia nak buat la. Kalau dia tak nak buat pun tu hak dia kita tak boleh cakap apa. Memang mustahil dapat menempatkan semua kucing2 jalanan di tempat perlindungan at least masih ada juga yang mampu di selamatkan & di beri penempatan yang baik. Insya Allah, perbuatan yang baik mendapat ganjaran yang baik juga dari Allah. Berapa banyak pahala tu kalau tanya aku memang aku sendiri tak tahu.. Tapi kita pun di ajar dari kecik banyak benda baik kita buat banyak pahala kita dapat. ye dak.

PERLUKAN BANTUAN CUMA HASHTAG ALIFF SYUKRI TERLAJAK LARIS

PERLUKAN BANTUAN CUMA HASHTAG ALIFF SYUKRI TERLAJAK LARIS.

TAWARAN BANTUAN INI SUDAH DI TUTUP. SILA RUJUK TARIKH POSTING SEBELUM MENINGGALKAN KOMEN. PENULIS BLOG TIDAK TERLIBAT DENGAN PEMBERIAN BANTUAN INI.

Aku cuma buat post  khidmat masyarakat jer. Tolong mem war war kan benda baik. Manalah tau ada antara pembaca blog yang memerlukan pertolongan kewangan atau apa2 bantuan untuk hidup & belajar. Kita tak tahu zaman internet ni walau kita tengok dia ada account FB pun belum tentu dia cukup makan pakai.. Nak2 lagi student. Ada yang sampai usus terkoyak sebab terpaksa ikat perut tak cukup budget nak makan. Ada orang susah yang terpaksa bayar jugak bill internet sebab nak meniaga. Itu je yang termampu dia buat dalam kudrat dia yang tak sekuat kita yang sihat macam Kak Alia Haryani. ramai orang susah di sekeliling kita tak kira alam maya atau luar alam maya.


Jadi.. dengan cara Dato aliff Syukri cuba mencari orang susah untuk di bantu melalui media sosial bagi aku satu usaha yang bagus jugak. Kalau anda memerlukan bantuan atau mengetahui sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan cuma perlu hashtag #abangterlajaktolong & aliffsyukriterlajaklaris. Kalau ada rezeki anda di pilih sebagai seseorang yang menerima bantuan dari Dato Aliff Syukri, Alhamdulillah. Kang ada yang pertikai pulak.. Nak tolong pun kena hashtag bagai.. Kita positif sudah la. Mungkin senang dia nak search denga hashtag tu nanti kat media sosial. Apa?? Ingat hashtag tu sesaja ke? Nak tahu fungsi hashtag sila search kat FB tengok..  Apa saja post yang ada hashtag tu akan keluar..


Kalau tak tau macam mana nak hashtag kat facebook.. sebagai contoh aku attach komen2 yang nak minta bantuan dari Dato terlajak laris ni...


Lebih kurang macam tu la cara nak minta pertolongan dari beliau. Bagitau apa masalah & pertolongan yang macam mana di perlukan kemudian hashtag la apa yang beliau suruh. Bukan susah sangat pun permintaan beliau. Dia tak suruh pun pakai serba pink buat posse dua jari tepi pipi dengan muka duck face. Cuma hashtag je kot.

Tu la kan.. sesiapa sahaja boleh jadi hero penyelamat tak kira orang kaya atau orang miskin yang penting dalam hati ada niat ikhlas untuk membantu sesama makhluk. Jadi tak semestinya kita perlu jadi jutawan dulu untuk melakukan kerja menyelamat bak superhero.

Moral of the story.. Biarlah apa niat sekalipun tangan yang memberi tu tapi apa yang penting tangan yang menerima dapat manafaat dari pertolongan tangan yang memberi. Niat & tujuan seseorang membantu tu biarlah Allah yang menilainya. Kita hanya manusia.. Mustahil mampu membaca niat di hati seseorang.

PASUKAN BOLA SEPAK KEDAH BAKAL DI TAJA DATO TERLAJAK LARIS

PASUKAN BOLA SEPAK KEDAH BAKAL DI TAJA DATO TERLAJAK LARIS. Betoi ka ni? Tu dia berlumba2 Pengasas produk kesihatan & kecantikkan nak taja pasukan bola sepak. Gamaknya sebab pemain bola sepak sekarang pun dah macam selebriti kalau yang popular.. nak2 lagi yang hensem & banyak kontroversi jadi mungkin sebab tu kot pengasas produk kesihatan & kecantikkan rasa mereka ada publisiti yang boleh melariskan produk.


Tak salah pun sapa2 nak taja pasukan bola sepak cuma tu la kalau betul la Dato Terlajak Laris nak taja pasukan bola sepak hijau kuning jangan la buat syarat kena tukar dari jersi warna hijau kuning dengan warna pink atau warna bukan bukan pulak. Atau minta nak duduk dengan referee tengah padang ke atau nak tukar warna stadium jadi warna tema Dherbs. Hope syarat2 yang di berikan tak melampaui batas pasukan bola sepak la.

Tajalah dengan seikhlas hati & berhemah. Nawaitu menaja tu kena betul la.. Taja bola sepak ni bukan macam taja retis kahwin. Pasukan bola sepak melibatkan identiti, maruah & harga diri seorang lelaki sebab yang main bola sepak pun orang lelaki. Jangan la sebab dah keluar budget juta2 sampai memondankan mereka pulak yer.. Kalau nak buat sweet2, cute2 dengan teman romantika di tampoi tu better taja retis kawen je lah. Lagi senang nak jual produk. Sesuai sangat la kan... hahhahaa

Hijau kuning tu negeri kelahiran & tempat cheq membesar tau Dato Aliff.. Sebab Dato Aliff pun lelaki hope syarat tajaan pun bersifat kelakian jugak la. Jangan jadi gila glamour macam makcik sorang tu.. asal taja semua kena jadi duta produk dia. Yang tu biaq pi la kat dia.. Jangan tiru ok!


Tapi sejauh mana kebenaran Dato Aliff Syukri nak taja pasukan kedah ni belum ada kenyataan rasmi cuma status kat FB dia macam tak menidakkan cuma tak mengiyakan jer. Apapun.. Semoga Dato Aliff Syukri lebih Ong tahun ni.. Kalau kurang Ong kat sini ada cara macam mana nak buat jadi lebih Ong Tahun ni >> 8 Perkara Yang Boleh Anda Buat Untuk Lebih Ong Sempena tahun Baru Cina Tahun Ni << Moga yang menaja & di taja di murahkan rezeki. Amin...

DATO ALIFF SYUKRI TERLAJAK LARIS MENGAMUK BANGLO 7 JUTA BOCOR

DATO ALIFF SYUKRI TERLAJAK LARIS MENGAMUK BANGLO 7 JUTA BOCOR. Rumah juta2 pun kalau bocor sana sini.. Pun tak guna jugak kan? Yelah sapa tak geram beli rumah mahal mahal.. alih2 banjir dalam rumah. Lain la aku menyewa rumah kos rendah katanya.. Kadang2 hujan lebat kalau angin kuat menghala ke rumah tempias jugak la tapi takde la bocor sebab rumah aku tak ada bumbung. Almaklum la duduk rumah mangkuk tingkat ni kan. Syiling rumah aku, atas lantai rumah orang.


Dari semalam lagi dok tengok Dato Aliff syukri membebel kat FB dia pasal rumah dia yang bocor. Dok marah kat kontraktor buat kerja tak betul. Dah banyak kali repair pun dok bocor jugak. Apakata try tampal pad kot2 tak bocor.. hehehehe...


Sapa tak marah ye dak.. Beli rumah juta2 alih2 dok kena tadah besen dalam rumah. Dah macam orang duduk rumah pondok atap berlubang sana sini. Jangankan 7 juta kalau kita beli rumah 70 ribu pun kalau bocor kita rasa nak menyumpah jugak kan. Yelah.. bukan beli pakai daun yang berguguran di pusara.. Beli pakai kertas ada gambar muka Agung gitu.


Sabarlah Dato terlajak laris Ooi.. Kalau dah rasa rumah 7 juta pun bocor try pindah apartment murah macam rumah den ni. Insya Allah tak bocor... Ni depan rumah den pun ada 2 lagi kosong. Nak ke? Boleh den rekemen kat owner dia.. Dapat jugak komisyen katanya. Hahahaha

Ha kau! Minta jutawan menyewa rumah buruk.. kau hado? hahaha.. Yelah.. dari kena tadah besen kan. adalah lebih baik duduk rumah murah tapi bila hujan boleh guling2 tanpa risau rumah banjir.

Orang kaya kaya ni sembang semua benda juta juta jer.. nak kongsi cerita happy pun pasal juta juta.. Nak marah pun kes juta juta.. Kita yang baca hanya terlopong je dengar harga banglo dia.

Takpe la Dato Aliff syukri mungkin Allah nak sentiasa ingatkan Dato begitulah orang2 susah yang rumah pun atap bocor bila musim hujan. Nak2 lagi yang rumah kecik.. situ la makan & situ jugak la tidur. Bertabahlah sambil cari penyelesaian terbaik.

RUPANYA DATO ALIFF SYUKRI TERLAJAK LARIS SEORANG DISLEKSIA

RUPANYA DATO ALIFF SYUKRI TERLAJAK LARIS SEORANG DISLEKSIA. Sambil santai tengahari aku memang suka jugak tengok rancangan talk show macam Wanita hari ni. Sebab banyak jugak topik2 yang best di bincangkan dalam rancangan tu. Topik hari ni 'Apa Saja Demi Anak'. Best dengar Dato Terlajak Laris ni berkongsi cara & pengalaman dia membesarkan anak. Walaupun dia jutawan kosmetik tetap dia membesarkan anak secara sederhana. Dia lebih menekankan pendidikkan agama & akademi. Yang best tu katanya mainan anak anak dia pun dia beli kat kedai2 2 ringgit atau kedai2 borong biasa yang murah2 je. Paling mahal pun dia kata RM10 je mainan anak anak dia. Sangat2 low profile. yelah.. dia pun membesar sebagai orang susah kan.


Dalam celah2 perbincangan topik terkeluar pulak pengakuan Dato Aliff Syukri bahawa dia seorang disleksia. Dia yang mengaku ok bukan aku yang buka rahsia dia. Katanya ada seorang anak dia juga mewarisi genetik tu. Dia sendiri pun sebenarnya tak faham apa tu disleksia sampai dia pernah tanya doktor tu penyakit terencat akal ke hapa.. Memang slamber sungguh Dato terlajak Laris ni kan? hahahaha... Tapi dia positif terima kekurangan dia terus berusaha sampai dia di level sekarang. Yang lawak tu.. dia nak sebut disleksia pun tak reti. Bini dia yang kena tolong explain. Betul2.. ting tong Dato terlajak laris ni tau. Gelak aku tengok dia dok pot pet kat Wanita Hari ni. Selalu dok tengok dia cakap pasal produk dia jer.

Kalau dato Aliff Syukri tak cakap tak siapa tahu dia seorang pengidap Disleksia sebab seorang pengidap disleksia memang takkan nampak dengan pandangan mata kasar. Ciri2 dia bukan nampak dari fizikal pun.. Kalau yang tak tahu apa tu disleksia ni secara ringkas tentang disleksia..

Disleksia bukannya satu penyakit, tetapi merupakan salah satu gangguan dalam pembelajaran yang biasanya dialami oleh kanak-kanak. Lazimnya, masalah pembelajaran yang dihadapi adalah seperti membaca, menulis, mengeja, dan kemahiran mengira. Oleh itu dyslexia merujuk kepada mereka yang menghadapi masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal.

Mereka yang mempunyai Disleksia bukannya menghadapi kecacatan malah sebahagian daripada orang-orang yang terkenal juga mempunyai disleksia. Sesetengah mereka yang mempunyai keadaan disleksia mempunyai kesukaran untuk menyebut perkataan yang panjang, dan ada yang sukar mempelajari turutan seperti nama bulan, dan sifir. Setiap orang dengan disleksia mempunyai masalah yang tidak serupa dengan orang lain dengan disleksia.

Disleksia bagi aku bukan kecacatan cuma kekurangan kecil yang bukan penghalang pengidapnya untuk hidup normal macam orang lain. Saiful Nang juga seorang disleksia.. dia juga kategori orang yang berjaya. Jadi pada mereka yang ada anak disleksia atau pengidap disleksia tak payah rasa rendah diri sangat. Anggap je ia satu anugerah dari Allah..

Tu la kan.. Nak berjaya atau nak jadi kaya tak semestinya kena cemerlang dalam akademi jer tapi kena rajin berusaha untuk capai matlamat. Hidup tanpa matlamat memang takkan berjaya & matlamat tanpa usaha takkan kemana.

Moral of the story.. Setiap kekurang & kelebihan dalam diri seseorang tu Allah jadikan tidak ada yang sia sia. Ia sebenarnya melengkapi kehidupan kita. Manusia takkan mungkin jadi sempurna 100%. Jadi jangan rasa rendah diri dengan kekurangan yang kita ada..

PANAS! DUIT DALAM ACCOUNT DATO ALIFF SYUKRI TERLAJAK LARIS LESAP

PANAS! DUIT DALAM ACCOUNT DATO ALIFF SYUKRI TERLAJAK LARIS LESAP. Terbaca post terbaru di FB Dato Aliff Syukri pengasas produk D'herbs yang terkenal dengan tagline terlajak laris. Dalam post tu katanya.. duit dalam account Al-Rajhi Bank dia lesap di curi oleh seorang individu yang di gambarkan macam orang yang rapat & di percayai selama ni. Tak tak di nyatakan apa pertalian dia dengan orang tersebut.


Dalam laporan polis yang di buat.. katanya dia memamsukkan sejumlah wang dalam account Al Rajhi bagi tujuan untuk membuat pinjaman nak beli kereta ferrari & bayaran bulanan di buat melalui account bank tersebut tapi malangnya dia dapat call dari bank kata baki dalam account dia tidak mencukupi. Setelah siasatan di buat katanya ada individu yang membuat pengeluaran melalui ATM mesin sejak 2013 lagi. Mak Aii.. dah bertahun duit kena curi baru perasan sekarang. Almaklum la orang kaya.. account banyak tu pasal kot tak perasan. Tak macam kita account banyak pun dalam account tu tak semua angka banyak. hehehe


Tu la kan.. Dalam hidup ni kita tak jangka orang yang bakal tipu kita tu siapa. Sebab tu la sepercaya macam mana pun kita dengan sesama manusia kita kena ada rasa was was walau sedikit. Tu sebagai langkah keselamatan awal. Manusia boleh berubah nak2 lagi bila berkaitan duit. Kadang2 dia lupa duit tak boleh beli kepercayaan kali kedua.

Moral of the story.. Dengan siapapun kita berurusan sentiasa berwaspada. Orang jujur dalam dunia ni dah semakin pupus.

**yang menarik : MASIH SELAMATKAH BUAT PERKARA NI KAT STESEN MINYAK

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com