PEMINJAM ALONG ANTARA YANG HARAP BANTUAN DATO ALIFF SYUKRI

6/12/2016 11:01:00 AM suria lekatlekit 14 Comments

PEMINJAM ALONG ANTARA YANG HARAP BANTUAN DATO ALIFF SYUKRI. Awal tahun haritu DatoAliff Syukri ada memuat naik status untuk memberi bantuan kepada sesiapa sahaja yang memerlukan cuma perlu hashtag #abangterlajak tolong & #aliffsyukriterlajaklaris jadi aku memanjangkan isu tu ke blog aku bagi tujuan me war war kan kepada orang ramai. Kita sedia maklum kat Malaysia ni masih ramai orang susah.  Dengan kos sara hidup yang tinggi sekarang.. yang sebelum ni cukup cukup makan pun jadi tak berapa cukup la jugak.


Aku cuma up isu tu kat blog lekatlekit.com sekadar untuk memberitahu tapi ramai pulak yang tinggalkan komen untuk mohon bantuan dari Dato Aliff syukri terlajak laris. Macam la Dato Aliff tu nak baca blog picisan aku, ye dak. Antara yang memohon bantuan dari Dato Aliff Syukri seorang peminjam Along yang katanya pinjam along masa nak kahwin. Sekarang dah ada anak, pinjaman bleum settle. Alahai.. kenapa la sampai pinjam along nak kahwin.Aku ada bagitau melalui komen di FB page dato aliff syukri tapi tak tau la dia baca ke tidak. Ada juga yang komen katanya cuba hubungi no pejabat dato aliff tapi tak berjawab. Semuanya dengan tujuan untuk minta pertolongan.


Ramai nampaknya mula mengharapkan pertolongan seperti yang Dato Aliff janjikan pada status2 di FB page dia. Mohon bersabar lah yer.. Mungkin dato aliff tengah pilih sapa yang betul2 layak untuk menerima bantuan dari dia. Almaklum la.. takut ada yang ambil kesempatan. Cuma tak tahu samada ada yang dah terima bantuan dari program yang di anjurkan tu ke belum. Hope Dato Aliff tak bagi harapan kosong lah yer.. Kesian mereka2 yang berharap tu.

Antara komen yang di tinggalkan kat entri ni >> PERLUKAN BANTUAN CUMA HASHTAG ALIFF SYUKRI TERLAJAK LARIS <<

Hope Dato Aliff Syukri sudi sudi la meluangkan masa meniliti permohonan mereka2 yang mungkin tak tahu cara yang sepatutnya membuat permohonan bantuan ni. Mungkin dalam ramai2 tu ada yang betul2 perlu di bantu.

Banyak jugak aku tengok yang memohon bantuan di ruangan komen post di FB dato Aliff syukri selepas kali kedua dia mem war war kan untuk mencari sesiapa yang perlukan bantuan dari dia. Tengok dia takde update apa2 pasal tawaran untuk permohonan bantuan ni. Sekadar nampak dia dok share aktiviti harian dia jer. Mungkin sibuk kot..

Antara komen kat FB page dato Aliff yang aku sempat screenshot. Sebenarnya banyak yang memohon bantuan dari komen di FB page dia. Tak larat aku nak attach semua.

Apapun selagi kita boleh usaha sendiri.. usaha la dulu jangan terlampau meminta minta bantuan orang lain. Kalau loan bank tu nak minta orang tolong settlekan tengok jugak la kan keadaan pemohon tu. Betul2 tak mampu atau tak. Zaman sekarang ni banyak cara kita boleh cari sumber pendapatan sampingan. Tersangkut dalam traffic jam pun boleh buat duit. Tak caya meh tengok kat sini >> Ini cara nak buat duit ketika terperangkap dalam traffic Jam << Jadi, selagi ada kudrat tu berusaha dulu. Zaman hujung jari ni orang rajin memang boleh buat duit.

14 comments:

  1. Jika dia gnakan hartanya untuk menolong org, semoga rezeki beliau tetap menaikt dan istiqomah dalam melakukan apa2 kebaikkan.. aamiin

    ReplyDelete
  2. kalau betul dia tolong, semoga Allah permudahkan urusannya

    ReplyDelete
  3. minta jasa baik dato n di murahkan rezeki

    ReplyDelete
  4. Sy nak minta tolong unt bagi sy menyelesaikan hutang ahlong..memang tersepit sangat. Hub sy 0193167996

    ReplyDelete
  5. Noraini 05/03/2017
    Assalamualaykum
    Saya seorang ibu tunggal yang mempunyai 2 orang anak yang bercita cita tinggi. Saya perlukan wang perbelanjaan anak2 saya ke Universiti. Saya tidak meminta minta, saya berusaha sendiri tetapi kebelakangan ini saya rasa sukar untuk memenuhi keperluan perbelanjaan untuk pelajaran anak2 saya. Semakin hari perbelanjaan saya makin besar. Saya cuma ingin bantuan pinjaman di mana saya cuba banyak kali untuk dapatkan bantuan dari pehak lain tapi tidak berjaya. Saya berbesar hati jika Dato' dapat membantu kami dengan cara memberi pinjaman kewangan. Saya akan bayar secara ansuran. Saya harap niat murni Dato' ini akan mendapat berkat dan semoga Dato' sekeluarga memdapat rahmat dan barakah dari Allah. Sesungguhnya Allah saja yang dapat membalas.
    Buat pengetahuan Dato' saya berniaga secara kecil kecilan menyara kelurga saya.
    Harap Dato' dapat menghubungi saya di talian 0107030717
    Semoga Allah permudahkan segala urusan. Aamiin YRA
    #abangterlajaktolong
    #aliffshukri
    #bantuan

    ReplyDelete
  6. Sy mohon bantuan dato sgt2.0124829433.klau boleh sy nak bayar balik apa yg dato bantu sy.hamba allah dlm keadaan terdesak sgt2.

    ReplyDelete
  7. Sy mohon jasa baik dato bantuan dari dato sgt2 sy amat memerlukan kewangan.sy nak mulakan hudup baru apabila sy selesai langsaikan hutang along ni.sebanyak 2k.sy siang mlm x tenteram tidur x lena.harap dpt bantuan dari dato.sy sanggup dgn apa saja syarat dari pihak dato kalau ada.amin semoga di permudahkan.hamba allah.

    ReplyDelete
  8. assalammualaikum nama saya sofea saya nak pinjam duit sbb tngh memerlukan untuk mmbayar hutang ayah saya ,, sya mmg terdesak sangat-ii saya harap ada yg bole membantu atau sudi membantu 0143810019. atau bole chat sye kat wechat id zayniea semoga tuhan merahmati kamu semua

    ReplyDelete
  9. Hamba Allah
    Salam Dato..saya perlukan bantuan kerana saya berada dalam keadaan terdesak dato..hubungi sya 016 871 5015

    ReplyDelete
  10. Asmkm Dato' Alif,

    Saya seorg pelajar ijazah lnjutan ipta ingin memohon bntuan dr Dato' utk kes aniaya sy.. Sy dianiaya oleh pihak yg xbrtggjwb mmbuat pnjmn ats nma saya tnpa pgtahuan saya.. Report polis prnh dbuat pn xselesai jg dan skrg keadaan lbh trok ble sy yg msh bljr mndpt notis bankrup.. Bank mhu sy brtggjwb jg wpun bkn saya yg buat pnjmn.. Sy prlu selesaikn sblm bln12 2017..dlm keadaan msh bljr tidak bkrja sy xmmpu utk slesaikn jmlh yg agk besr utk sy.. Sy hrp sgt dato' dpt prtmbgkn.. 0112071338

    ReplyDelete
  11. Saye ingin mnta bantuan kpda yg ingin mmbantu sye....tak tahu nk mnta tlong spe... 0197689155

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum....Maaf semuanya yg saya mencelah....Saya lihat yg mana mintak bantuan tu ni....sebelum2 ni anda semua boleh hidup kan kenapa nak memintak2...saya lihat semuanya sihat2 tubuh badan....n org yg kurang upaya pun boleh cari rezeki n sgup bekerja walaupun buta n cacat tubuh badan...ini dgn sihat semuanya nak mintak bantuan dari Dato Alif....saya bukan nak bodek or nak puji ka apa ka...saya pun ibu tungal juga n anak2 saya semua kolej...tapi dgn apa yg Allah bagi akal n kesihatan yg baik...kita berusaha la bekerja cari rezeki yg halal n kerja byk sgt diluar sana....jgn la ambik jalan yg mudah.....memg sekali ni u all mintak tolg dgn Dato..kan di lain ari pun u all nak mintak tolg lagi...fikir2 la sihat tubuh badan tu boleh ja kerja....jangan nak ambik mudah n jgan nak ambik kesempatan pada org....memang Dato suka menolg org tapi u all fikir la....org yg lebih susah dari u all tu lebih ramai lagi n cacat penglihatan n tubuh badan tetapi diorg tak minta pun bantuan dari Dato Alif...yg mana asyik mintak bantuan tu n yg sihat tubuh badan tu pi la cari keja...saya bukan nak ampu...tetapi saya meluat dgn org2 melayu yg malas buat keja n asyik nak ambik mudah n senang saja...saya mintak maaf byk2 sekiranya kata2 saya ni kasar n myakiti hati anda semua....tapi fikir2kan la..kalau tak malu pada diri sendiri..malulah pada org OKU yg kerja mbanting tulg 4kerat n malulah Allah...sebab Allah cipta kita umatnya cukup sifat n akal...Assalamualaikum..

    ReplyDelete
  13. Saya seorang Kuala dan berniaga di kuala krai, nasib tidak baik akibat satu bencana banjir pada tahun 2014, saya mengalami kerugian 600k sampai sekarang meminjam dengan kawan untuk menampung kehidupan saya. Hutang saya sekeliling pinggan 300k. Sekarang hutang, belanja harian untuk sekeluarga pun mengalami kesusahan teruk sampai tidur dan makan pun tak Lena.Harap Dato boleh menolong bantuan kepada saya untuk menulaskan semua hutang dan jasa Dato tidak akan lupa sampai bila-bila

    ReplyDelete
  14. Saya ingin mohon bantuan dato ,Saya skrang pinjam along untuk menerus kn hidup,bukan Saya x usaha buka kdai x laku,skrang Saya jual sabun cecair pinggan is dlm botol yg di kutip d tepi jln,Dan jual Choco jar htar di kdai tpi kurang sambutan,Saya perlu kn modal untuk bli kereta Dan buka perniagaan lain Dan ambik sebiji kedai ,harap dato pertimbangkan permohonan Saya yg amat memerlukan sangat,moga dato dilimpah kn rezeki berpanjangan,no whtsap Saya 0165106388

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com