MAKAN DURIAN DI KLIA, DATO ALIFF SYUKRI TAK HORMAT PERATURAN & ORANG AWAM
Alkisahnya tadi tengok Dato Aliff Upload gambar dia sedang bersila atas lantai KLIA bersama beberapa individu lain menikmati durian musang king tanpa rasa bersalah terfikir jugak aku. Tak beragak langsung dia ni punya nak tunjuk betapa kehidupan dia walaupun bergelar jutawan sangat low profile. Bagus la.. Walaupun jutawan tak demand nak makan kat tempat high class.. Tu patut di puji. Cuma yang tak bagusnya dia makan durian tak kena pada tempatnya. Tak kisah nak makan apa2 kat mana2 pun tapi kena tengok jugak sesuai ke tidak dengan keadaan sekeliling tu.
Low profile sampai hilang rasa hormat pada peraturan & orang lain pun tak boleh jugak. Aku bukan tak pernah ke KLIA cuma aku tak sure boleh ke tidak makan kat ruangan menunggu. Tapi setahu aku memang tak boleh la. Cuma yang aku tau ramai yang buat macam tu. Bersila atas lantai sambil makan. Setakat makan nasi,roti & lauk pauk yang tak berbau kuat & bau dia cepat hilang.. Mungkin pengawal kat situ boleh tolak ansur tapi kalau makan durian. Kita sedia maklum la.. Durian tu jenis buah dia berbau kuat. Dan kita kena tahu bukan semua orang suka makan durian & suka bau durian. Jadi kalau kat tempat2 macam tu.. Tak berapa sesuai sangat la kau nak buat perangai amazon makan durian dengan bangga konon nampak kau sangat Melayu & low profile walau nak pergi bercuti ke negara omputih.
Tolong la.. Kalaupun pengawal kat situ bagi muka kat kau, hormati jugak hidung orang lain. Kesian orang yang memang tak suka bau durian ni. Saya pun orang kampung malah adik beradik saya pun orang kampung tapi kebanyakkan adik beradik saya tak makan durian apatah lagi bau durian. Bukan semua orang kampung yang berperangai selekeh macam tu. Saya faham dato nak tunjuk kat orang lain yang kehidupan dato sangat low profile tapi please la Dato.. Durian kot.
Ni kalau pengawal kat situ tegah pun boleh jadi isu jugak. Almaklum la orang terkenal ni. Silap sepatah perkataan pun boleh jadi masalah negara katanya. Serba salah jugak la kan.. Ni bukan sebab dengki dato boleh holiday kat oversea.. Tapi Dato Sebagai orang ada ada jagalah imej tu sikit.
Moral of the story.. low profile sampai sama level dengan tanah sekalipun tak semestinya kita kena bersikap selekeh tak kira tempat. Cara dato aliff syukri tu bagi aku tak nampak low profile tapi nampak dia tidak menghormati orang sekeliling & peraturan yang di tetapkan.
Low profile kepala bapak die.sampai jemput aznil nawawi buat show kat rumah setiap barang harga tak di buang low profile nenek die
ReplyDeleteMaybe dato' teruja sangat :)
ReplyDeleteHehehe ... Masa hantar MakPak gie umrah last year, memang saya makan nasi goreng kat ruangan menunggu... Nak gie food court takot tak sempat... Tapi make sure lah tak tumpah & tak meninggalkan sisa makanan... Tak de plak pak guard tegur... Saya pun tak pasti boleh ker makan kat situ... Wallahua'lam...
ReplyDeleteeemm.. tak semua kenyataan orang terkenal/popular tu buat orang lain suka.
ReplyDeleteYalah, nak low profile pun tengok gayalah kamera hala ke mana! Makan durian macam ni, kat tempat beraircond lagi, aduhai. Pengsanlah sesiapa yang tak suka durian ni.
ReplyDelete