Showing posts with label review produk. Show all posts

PENGAKUAN & PENDEDAHAN PENGGUNA BEDAK HAPPY SKIN LOTION DARI THAILAND

PENGAKUAN & PENDEDAHAN PENGGUNA BEDAK HAPPY SKIN LOTION DARI THAILAND. Kalau sebut nama maybe ada yang tak berapa familiar.. sebab bedak ni legend kan? Zaman dulu memang popular di gunakan sebagai bedak. Dari tua sehingga sekecik kecik anak di tempeknya bedak happy ni. Salah satu sebab bedak ni murah, kalau dulu senang nak dapat & wangi. memang selain bedak dia secara tak langsung jadi perfume.


Tapi sekarang ni bedak ni maybe tak sepopular zaman 80an - 90an tapi masih ada pengeluaran sehingga kini. Nak di jadikan cerita saya secara tak sengaja terpandang Happy skin lotion atau lebih di kenali sebagai bedak happy ni kat Kedai Eco RM2 masa cuci mata & poket kat sana. Sebab terimbau kenangan dulu suka jadikan bedak ni foundation.. Saya pun beli la lepas check semua labeling dia. Memang cukup kriteria.

Bagi yang tak tahu Produk Happy Skin Lotion @ Bedak Happy ni di pasarkan secara sah di Malaysia. Bukan seludup yer sebab dia berdaftar dengan KKM & ada Nombor Notifikasi pada botol bedak tu. Selain berdaftar dengan KKM, ia juga di kilangkan di kilang bertaraf GMP yang semua sedia maklum GMP tu adalah amalan pengilangan baikso kebersihan semasa produk di proses & di bungkus tu terjamin. Selain tu ia juga ada certificate Thailand Trusted Qualiti juga.


Almaklum la Blogger kan.. Semua dia nak review even tak berbayar. Sesaja la buat posting review kat Facebook.. Tapi feedback & komen di terima.. Rupanya ramai masih menggunakan bedak happy ni. Kira amalan turun temurun. Dari kecik sampai la beranak pinak & bercucu pun still setia guna bedak Happy ni. Ada yang katanya tak amalkan skincare lain selain cleanser lepas tu tempek je bedak happy ni. Kulit pun tak ada apa apa masalah.

Setakat ni dok baca feedback pengguna yang masih guna bedak Happy ni semua positif & suka. Selain memudahkan aktiviti depa depan cermin. Ada orang sejenis tak suka sangat makeup bila nak keluar.. So bagi depa tenyeh bedak Happy ni pun dah ok. tak la muka sememeh & kosong je. Ada juga seri kat situ.


Saya pun baru je pakai balik sebab rasa selesa pakai kat rumah. Setakat nak turun pergi kedai tu.. sapu je bedak happy ni cukup. Tak kuasa lahai nak bermakeup sakan sangat padahal nak pergi kedai je hahahaha. Selain tu yer.. saya suka bau dia. Bau dia sangat klasik & bagi satu feel yang best sangat. tak sama tau macam bedak2 sekarang. Bau bedak happy ni ada bau dia yang tersendiri yang buat kita feel fresh & feel good gitu.


Happy skin lotion ni tak ada la claim boleh merawat jerawat atau masalah kulit pun.. Apa yang dia tulis pada produk sebagai water-base makeup yang berfungsi sebagai foundation. Juga boleh di gunakan sebagai pewangi badan sebab boleh di gunakan di bahagian badan & ketiak sebagai dedoran katanya. Selain tu rasa mint bila kita sapu kat kulit boleh memberi kesegaran.


Cara penggunaan produk ni..

➠Ada orang guna macam bedak sejuk. Goncang2 sehingga bedak tu sebati dengan air dalam botol tuang atas tapak tangan & tempek la kat muka.

➠Atau.. goncang sehingga air & bedak sebati & sapu seperti kita pakai bedak atau foundation. Sapu rata la. Kemudian nak makeup ke apa.. selepas apply Happy skin lotion ni.


Penggunaan berterusan kalau bersesuai dengan kulit anda mungkin boleh memberi kesan kecantikkan tapi bukan la seminggu dua.. sebulan dua.. Yang amalkan Happy skin lotion ni bertahun tahun ada berpuluh tahun dari muda sampai tua katanya. So, jangan expect bedak ni ada power merkuri yang mampu memberi kesan kulit anda licin, gebu, putih, mulus dalam masa 7 hari pulak yer. Syarikat pengeluar produk ni pun tak pernah claim produk mereka untuk semua tu.

Kat mana nak dapatkan Happy Skin Lotion.. Kat online pun ada jual. tak silap pernah nampak di jual di Shopee. Selain tu di pasaraya Mydin, 99 Speedmart, certain pasaraya atau pasar mini & Kedai Eco RM2. Pergi la cari la.. Jangan la tanya den.. den tak jual. Den tolong review je sebab lepas tengok feedback kat facebook masih ramai mengamalkan Happy Skin Lotion & memberi feedback positif so apa salahnya kita share kat blog.

Happy Skin Lotion @ Bedak Happy

TENGOK APA DAH JADI DENGAN BAJU NI LEPAS CUCI GUNA SERBUK PENCUCI DELOURVA

TENGOK APA DAH JADI DENGAN BAJU NI LEPAS CUCI GUNA SERBUK PENCUCI DELOURVA. Sekarang tengah cuti sekolah.. So takde la yang mengeluh kena memberus baju putih & uniform sekolah anak - anak yang pergi ke putih melepak.. Baliknya berdaki & berhapak. Nak menyental ni bukan mudah nak Ooi.. Nak2 kesan kotoran yang susah tanggal ni. Naik muscle tangan mak nak Ooi.. memberus baju sekolah hangpa.


Almaklum la budak budak kan.. Kita dulu pun macam tu jugak. Tu baru kisah anak anak.. tak kisah mak bapak dia pulak. Yang mana bekerja & perlu pakai uniform warna putih pun satu hal jugak. Even dah tua manusia pun kadang2 tak boleh elak terkena kesan kotoran atau yang jenis kerja memerlukan pergerakkan yang banyak & luar tu.. Kolar baju kadang2 berdaki kena peluh. Setakat campak dalam washine machine memang tak tanggal daki tu.

kalau pakai serbuk pencuci atau sabun pencuci biasa ni bukan nak keluar sangat. Peluntur pakaian pulak lebih sesuai untuk pakaian yang plain putih je. Kalau ada corak berwarna sikit takut luntur warna dia kan? So macam mana hangpa nak solve masalah ni? Terus memberus dengan sekuat tenaga kah? Atau lantak la kesan kotoran degil tu.. Asal bau sabun sudah orang tak kata baju tak basuh..

Delourva Stain Remover & Fabric Perfume

Jangan macam tu yer Latipah Omar.. Jangan cepat putus asa ok! Setiap masalah ada penyelesaiannya.. Kecuali mati je tak ada nyawa ganti jual kat farmasi. Setakat nak cuci baju putih yang kotor, terkena karat atau baju putih yang jadi kekuningan sebab guna peluntur pakaian yang hangpa guna boleh je try rangkaian produk Delourva. Tu dia macam iklan tv...

Ni bukan sekadar sembang.. sembang je pun guna jugak. Nak tau sejauh mana keberkesanannya.. Daku gigih cari baju lama yang memang dah tak pakai.. Baju putih yang ada corak juga dengan kesan karat yang bertahun tahun tu. Punya kejam kan daku.. Nak buat testimoni pun cari yang paling susah nak cuci tu. yelah.. Mesti la. kalau setakat kesan kotoran biasa tu tak extreme sangat. Campak dalam washine machine, letak serbuk pencuci & biar je dia cuci.. dah settle. Tapi yang ni kau berus tahap dewatarangga pun memang susah nak tanggal. Kesan karat bertahun kot.. dengan warna putih pada fabrik pun dah kusam.. Almaklum baju lama kan. Nak tau apa berlaku.. meh kita sama2 kita tengok..

Antara rangkaian produk Delourva yang saya guna untuk mencuci kesan karat & kesan kusam pada fabrik lama ni adalah saya gunakan Stain Remover (penghapus kotoran) Delourva bagi menghilangkan kesan karat pada fabrik yang dah bertahun lamanya ni. Spray je pada kesan kotoran @ karat tu. Saya rendam lebih kurang setengah jam dalam air.. kemudian baru saya cuci. Bahagian karat tu memang saya berus juga sikit.. Sebab kesan karat tu agak berat kan.. Selebihnya saya menggunakan cucian dalam mesin basuh. Hangpa ingat mak ni rajin sangat ke nak memberus baju hahahaha.. Dah hasilnya boleh rujuk pada gambar yer..


Yang kedua saya gunakan Serbuk pencuci Delourva yang berfungsi untuk mengembalikan keputihan pada pakaian yang dah kusam atau kekuningan & menanggalkan kotoran juga. Caranya rendam dalam air panas lebih kurang 30 minit - 1 jam bergantung pada berapa teruk kesan kotoran. Macam ni kesan karat lama.. Saya rendam lama sikit campur saya lupa jugak. Tu yang terendam lama sikit lebih sejam hahahaha.

DAN INILAH HASILNYA..
Boleh nampak tak perbezaan. Tak perlu di terjemahkan dengan kata kata. Biar gambar berbicara hahahaha.

Hasilnya memang tak mengecewakan jugak. Baju buruk kembali berseri gitu. Kesan karat pun pudar & hilang dalam 90% jugak la. Tapi rasanya kalau di basuh berkali kali boleh hilang jugak ni. Untuk cucian pertama pun result dia not bad. Kesan kusam pada baju yang dah nampak lusuh tu.. Alhamdulillah, warna putih dia kembali menyerlah. Walaupun terlebih masa rendam.. Tak la mereput ke hapa fabrik tu. Malah tak melunturkan bahagian corak yang berwarna. Bermakna boleh di gunakan untuk pakaian yang bercorak atau berwarna selain putih. Sebab dia bukan peluntur pakaian yang tak boleh di gunakan untuk pakaian berwarna ok!

Ni pun kemeja putih yang dah tak pakai. Saja je den basuh guna serbuk pencuci delourva ni nak tengok kesan kuning & kusam tu hilang ke tak? Alhamdulillah ada perbezaan.

Jadi sebegai persediakan nak buka sekolah nanti.. Boleh la stanby siap siap serbuk pencuci pakaian putih delourva ni. Jangan silap walau tagline dia Sabun cuci baju sekolah tapi boleh di gunakan untuk cuci apa2 jenis pakaian & apa2 jenis kain. Manatau nak cuci langsir kena rendang masa raya ke kan? tak semestinya baju sekolah je.. Pakaian apapun boleh je. Boleh di gunakan untuk cucian tangan atau cucian guna mesin basuh. Ikut suka hangpa la nak cuci macam mana. Tapi yang pasti dia tak hilang hanya dengan rendam.. Kena cuci. Cuma produk ni memudahkan kesan kotoran tu tertanggal & mengembalikan warna putih pada pakaian putih yang dah kusam & kekuningan tu.


Yang berminat nak cuba produk pencuci Delourva ni boleh hubungi :

 Facebook : Sabun Basuh baju Sekolah 
 Call / Whatsapp :  018 989 8686

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com