Showing posts with label photographer. Show all posts

PAKEJ PHOTOGRAPHY MURAH UNTUK SEBARANG MAJLIS DARI JELITA IMAGES

PAKEJ PHOTOGRAPHY MURAH UNTUK SEBARANG MAJLIS DARI JELITA IMAGES. Sekarang photographer memang mendapat permintaan tinggi. Bukan sahaja untuk wedding malah untuk apa2 sahaja aktiviti orang sekarang nak ada gambar yang cantik sebagai kenangan. termasuklah gambar untuk hari raya atau apa2 hari keraian yang lain. Dengan lambakkan photographer sekarang ni korang boleh buat pilihan mengikut kepuasan sendiri & bajet yang ada..


Gambar ni memang sampai sekarang menjadi satu benda yang ada sentimental value.. Terutama gambar yang kita nak simpan sebagai kenangan untuk di tatap anak cucu nanti. Semua orang nak gambar yang cantik.. Kadang2 di sebabkan kita tersalah pilih photographer & dah bayar semua tapi dapat hasil yang sangat sedih mesti sakit hati kan.. Tu yang jadi viral kat media sosial tak puas hati bagai.


Sebab tu penting kita survey dulu photographer yang kita nak ambil. Zaman sekarang tak payah kita nak walk in sangat satu persatu premis perniagaan untuk servis photography ni.. Kita boleh survey melalui online. Baca komen & review dari orang yang pernah menggunakan khidmat mereka untuk mengelakkan kita tertipu atau mendapat servis yang mengecewakan.

Jadi kat sini saya nak perkenalkan pakej photography yang di kendalikan oleh Jelita Images.. Gambar gambar hasil tembakkan photographer dia pun tak kurang cantik atau hebat. Banyak juga pakej yang murah & mampu milik di tawarkan oleh Jelita Images ni.. contoh untuk Photoshoot perkahwinan.. sekarang tengah promosi pakej yang murah.. Boleh rujuk promosi di bawah...

Mid Year Sale 2017 is back!!!
HARGA PROMOSI PAKEJ PHOTOGRAPHY 2 EVENT NIKAH DAN SANDING HANYA RM1499 Sahaja!
Yaa betul!! Harga hanya RM1499 untuk NIKAH + SANDING! Cepat booking sekarang! sebelum tarikh majlis anda penuh!! rugi kalau lambat 
☺2 EVENT (NIKAH + SANDING) RM1499
☺Exclusive photobook (40ms)
☺canvas frame size 20x20
☺termasuk outdoor juga ya!!
☺gambar dalam pendrive eksklusif

 Korang boleh tengok juga hasil pihak tembakkan photographer Jelita Images kat bawah ni..








Selebihnya korang boleh tengok di Facebook : Jelita Images

Jadi kalau hangpa tengah tercari cari pakej photography untuk buat photoshoot sebarang event tak kira la majlis kahwin, hari jadi, hari raya, nak buat photoshoot untuk produk atau apa saja berkaitan gambar boleh try servis dari Jelita Images. Insya Allah photographer ni tak bawa lari duit hangpa hehehehe. Sebab gambar gambar yang di hasilkan oleh Jelita Images ni pun cantik sangat..

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai detail pakej yang lain sila hubungi,
Facebook : Jelita Images
# tertakluk pada terma dan syarat

DENGAN SMARTPHONE NI ANDA TAK PERLUKAN CAMERA DSLR LAGI

DENGAN SMARTPHONE NI ANDA TAK PERLUKAN CAMERA DSLR LAGI. Aku ada la seketoi DSLR yang mungkin dah out of date kot. Bukan aku beli, husband aku yang beli masa tengah trend orang semua gila nak ada DSLR. Kalau kat KL tu budak sekolah pun time tu usung DSLR. Kiranya laki aku masa tu terpengaruh jugak la dengan trend ber DSLR ni so dia beli la sebiji buat bagi hilang kempunan katanya.


Aku pun merasa la tekan2 butang snap kat DSLR. Mula2 beli tu rajin la jugak mengusung sana sini.. Rajin la nak berphotoshoot bagai. Bila dah lama.. Maka tersadai la DSLR tu kat situ je tak di sentuh2. Sebelum di hadiahkan seketoi Samsung Galaxy S4 Zoom aku dok guna jugak la ambil gambar untuk Instagram & blog. Tapi sejak2 dah ber samsung galaxy S4 zoom cinta dah beralih arah katanya. Dah tak kuasa nak layan DSLR sebab samsung galaxy s4 zoom ni pun camera dia cantik & gambar dia sharp jugak. Kalau pandai ambil gambar qualiti dia boleh jadi ala2 DSLR jugak tau cuma tu la aku ni tahu ambil gambar ikut sedap jari aku jer.. Tak ada bakat sangat la nak jadi photographer.

Ni gambar bunga mak aku kat kampung yang aku ambil dengan samsung galaxy s4 zoom. Ada yang salah faham ingat aku guna DSLR sebab nampak macam bokeh effect kat gambar ni. Mungkin cara tak sengaja kot sebab aku ni bukan pandai ambil gambar sangat pun sebenarnya. Rasanya aku guna mode rich tone (HDR) je untuk ambil gambar ni. Kebanyakkan gambar aku ambil guna galaxy s4 zoom memang guna mode tu je. Nampak sharp & warna asal tu tak berubah.

Tapi sekarang smartphone dengan fungsi camera memang dah gempak2 giler beb! Jangan jangan tak tahu ada yang buat kerja sambilan jadi photographer guna smartphone jer. Kau tengok dia rilex je lenggang kangkung tak usung DSLR bagai tapi sebenarnya dia ada job photoshoot tu. Harga pun harga bajet2 je dia charge. Kat FB aku ada sorang kawan yang buat kerja sambilan ambil gambar guna smartphone. Hasilnya tak kurang hebat pun. Tak tau la dia guna smartphone cap apa.. Tak tanya pulak aku cuma aku dok nampak dia iklankan service dia kat FB jer. Takde keperluan segan jugak nak tanya lebih2.. macam kita nak guna khdimat dia.

Tapi kalau korang pun berangan nak ambil gambar macam profesional photographer hanya guna smartphone pun boleh.. Gambar dia macam DSLR beb! Di tambah lagi dia ada Dual Leica Lens, boleh ambil gambar dengan bokeh effect & banyak lagi yang boleh di buat dengan camera smartphone ni macam camera DSLR.. So, tak perlu dah korang nak usung DSLR yang besar gedabak tu. Nak2 lagi kalau nak pergi travel nak kena bawa banyak barang. So dengan smartphone ni memudahkan kerja ada. Nak tahu smartphone cap apa & nak tengok gambar2 yang mampu di hasilkan menggunakan camera smartphone ni meh tengok kat sini >> 6 Sebab Anda Tak Perlukan DSLR lagi Kalau Dah Ada Smartphone ni <<

Jadi yang suka bergambar tu atau yang tengah survey smartphone baru nak2 lagi blogger yang memang perlukan gadget2 macam ni untuk buat kerja di blog boleh la risik2 smartphone ni. Manalah tau ia menepati keperluan anda. hehehe

MENGEJUTKAN! 33 GAMBAR NI DI AMBIL HANYA GUNA TELEFON

MENGEJUTKAN! 33 GAMBAR NI DI AMBIL HANYA GUNA TELEFON. Hari ni dah masuk 22 ramadan. Puasa tinggal hujung - hujung je. Time ni orang mula sibuk nak tukar perabot baru la.. langsir baru la tak kurang jugak yang dok survey telefon baru. Katanya nak cari smartphone yang ada fungsi camera yang secantik DSLR. Jadi raya nanti tak payah nak usung DSLR dah.. Senang nak selfie kat mana2 termasuk masa menziarah kubur ahli keluarga yang dah meninggal. Almklum zaman sekarang semua nak bua live update kat FB.. dia pergi masjid dia buat live update, dia ziarah kubur buat live update apatah lagi beraya kerumah orang.


Tapi kalau setakat enpon je ada fungsi camera canggih tapi skill kelaut pun gambar tetap tak nampak menari jugak even camera kau boleh nampak liang2 pori seketoi seketoi kat muka. Orang yang ada skill mengambil gambar ni kadang2 camera biasa2 pun nampak cantik. Sebab depa tau nak ambil gambar dari angle mana.. pencahayaan macam mana. Kita yang hanya reti hala lensa camera lepas tu snap je memang la takkan tahu apa semua tu. Alih2.. penuh memori card jer gambar2.

Bila tengok 33 gambar ni mula2 tak percaya jugak aku hanya pakai camera telefon je. Kalau macam ni dia punya skill ambil gambar dengan smartphone pun dia boleh buat duit jadi photographer. Tak payah nak ada dslr bagai... Tapi serius aku pun tertanya tanya betul ke semua gambar tu di ambil dengan camera telefon. Kalau korang percaya tak gambar2 ni di ambil dengan telefon >> 33 Gambar Yang Mengkagumkan ni Hanya di Ambil Guna Telefon. Biar betul? << Mesti korang pun rasa macam tak percaya jugak kan?

Rasanya akan datang photographer semua dah tak payah pakai DSLR. Almaklum la teknologi gadget elektronik macam smartphone ni dia punya update sangat laju. Baru je keluar yang tu tetiba keluar pulak yang ni. Yang lebih canggih fungsi camera dia. Almaklum trend sekarang kan selfie welfie bagai. Antara salah satu benda yang orang akan survey kalau nak beli smartphone adalah fungsi camera dia. Aku tak payah tanya la.. aku setakat ni tak kejar sangat teknologi smartphone. Aku masih ambil gambar guna galaxy s4 zoom aku. hehehe

Moral of the story.. Tak salah kau nak tukar smartphone macam kau tukar tisu pakai buang tapi ikut kemampuan la. Ada orang sanggup setahun tak tukar baju demi nak tukar smartphone. Kalau aku lebih rela tukar baju dari asyik tukar smartphone. enpon canggih tapi baju dah layak buat kain buruk pun rasa tercalar jugak imej tu. hehehe

AKSI BERSENAM BOLEH NAMPAK MACAM BERJIMAK KALAU SALAH CARA

AKSI BERSENAM BOLEH NAMPAK MACAM BERJIMAK KALAU SALAH CARA. Semalam aku ada post entri pasal gambar yang tengah jadi viral sepasang pengantin hipster ni. Almaklum la cara depa posse tu mengundang sakit mata pada pandangan mata masyarakat maka ada orang rasa benda macam tu kurang senonoh untuk di jadikan posse kepada pasangan pengantin masa ambil gambar.


Ada jugak yang backing katanya aksi & gaya macam tu sebenarnya biasa di buat kat gym, so tak ada apa yang salah kalau pasangan pengantin nak buat posse macam tu. Mungkin tu salah satu aktiviti senaman untuk mereka. Ia di panggil sandwich apa ntah.. Ok la. Untuk tujuan bersenam tu aku accept la. Di buat pun kat tempat untuk bersenam, ye dak. Tapi kena ingat.. tak semua perkara tu sesuai di lakukan untuk semua keadaan & masa. Benda yang normal di buat kat sesuatu tempat untuk tujuan sesuatu perkara tu memang boleh nampak janggal bila di lakukan pada tempat,keadaan,suasana & masa yang salah.

Contoh macam tidur.. kalau tidur dalam bilik.. dalam rumah sendiri memang tak nampak janggal tapi tetiba kau tidur dalam ikea atas sofa yang display tu. Nyenyak siap dengan gaya kuak lentang lagi.. Gamaknya orang akan pandang macam tak ada apa2, seolah olah macam kau tidur dalam bilik sendiri ke tidak? Mustahil la kan.. Confirm orang pandang pelik & zaman sekarang semua orang ada camera atas tapak tangan ni. Nak2 pulak ada smartphone dengan fungsi camera secanggih ni boleh nampak gambar macam 3D lagi >> Ini Sebab Kenapa Kaki Candid,selfie & suka Ambil Gambar Kena Ada Smartphone ni <<  silap haribulan orang ambil gambar & viralkan tak pepasal je kau dapat malu padahal kau cuma tidur bukan berjimak pun kat situ. Sebab kau tidur kat tempat yang salah maka perbuatan tidur yang asalnya takde pelik kat memana jadi sesuatu yang pelik pada pandangan masyarakat.

So kita kena faham.. apa yang mungkin tak salah atau tak di pandang luar biasa kita buat tak semestinya kita boleh buat dimana & bila2 masa saja. Kalau tak kena gaya memang bahaya. Even dah jadi laki bini pun tak menghalalkan semua perkara yang halal kita boleh buat kalau salah tempat & masa. Nak2 lagi pasangan pengantin posse dengan post sandwich macam tu. Imaginasi manusia ni sangat2 liar.. Bagi korang mungkin aksi macam tu nak mengambarkan korang mengamalkan hidup sihat & selalu ke gym tapi sebab korang baru je di ijabkabul & masih dalam busana pengantin.. Orang yang mungkin tak tahu posse tu salah satu aktiviti senaman dalam gym dah fikir bukan2. Apa ingat semua orang pergi gym ke? hehehe

Moral of the story.. Banyak lagi cara boleh kita buat untuk mencipta kelainan di hari bersejarah kita. Kenapa perlu pilih cara yang boleh mengundang salah faham & kritikan masyarakat. Pokok pangkal kalau ada malu memang banyak perkara buruk boleh di elakkan berlaku. Sebab tu mulai sekarang kita kena mula kurangkan show off gambar2 yang melibatkan kita & pasangan ni. Aku dulu pun zaman jahiliah suka jugak upload gambar tapi bila trend viral ni mula berleluasa memang berhati hati jugak. Sebab kita takkan tahu siapa bakal jadi mangsa viral seterusnya...

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com