Showing posts with label produk selamat. Show all posts

MASALAH JERAWAT TAK SUDAH, MEH TRY ELEXA SERUM

MASALAH JERAWAT TAK SUDAH, MEH TRY ELEXA SERUM. jerawat ni bukan setakat remaja baru akil baligh je hadapi.. Mak mak dara yang umur senja nan merah macam saya ni pun tak pernah settle masalah jerawat. Dari anak dara sampai dah ada anak dara sendiri.. Jerawat setia mendampingi katanya. Dah macam saka pulak kan spesis jerawat ni. Tak boleh nak berjauhan langsung. Untunglah orang yang jenis kulit susah nak berjerawat even tak jaga sangat pun tetap kulit licin. Nyamuk hinggap pun boleh mengelungsur jatuh kebawah sebab tak ada tempat berbonggol nak berpaut katanya..


Lambakkan produk jerawat di pasaran ni kadang kadang tak tau nak pilih yang mana satu. Silap pilih terguna produk beracun pun susah juga kan? Walaupun produk yang selamat pun kadang kadang tak sesuai jadi semakin membiak pulak jerawat. Kat situ penting kita kenali jenis kulit, masalah kulit & keperluan kulit sebelum membeli apa2 produk skincare ni. Yang selalu jadi tak serasi sebab kita tak tahu apa keperluan kulit kita.

Memang banyak produk produk yang membantu masalah jerawat ni.. Tak kira di jual secara online atau di drugstore salah satunya produk Elexa serum.


Sedikit pengenalan berkenaan produk Elexa serum ni. Dia memang di formulasi kan untuk membunuh bakteria jerawat & menghalang pertumbuhan jerawat yang baru. Antara kandungan bahan yang terdapat dalam Elexa Serum ni adalah Azelaic Acid di mana fungsi dia memang untuk settle kan masalah jerawat ni la. Paling penting tidak merengsakan kulit & sangat lembut pada kulit.

Sedikit info berkaitan Azelaic Acid 
Asid Azelaic Termasuk dalam kandungan asid yang digunakan untuk pengelupasan yang sememangnya ada fungsi untuk membantu masalah jerawat. 
Azelaic Acid adalah asid di hasilkan secara semulajadi dari biji barli dan gandum. Mempunyai sifat anti-bakteria, anti-radang, dan sifat-sifat dan sifat-sifat lain menjadikan Azelaic Acid berfungsi sebagai bahan utama dalam produk penjagaan kulit untuk merawat jerawat. 
Azelaic Acid mempunyai sifat-sifat yang bergantung kepada pH, yang bermaksud kandungan ini harus berada di tahap keasaman yang tepat untuk berfungsi, iaitu pada pH 4.9 yang lebih kurang sama dengan pH kulit manusia. Di samping itu, Azelaic Acid berfungsi sebagai exfoliator yang lembut atau exfoliator lembut (penglupasan nipis & lembut) yang akan membantu membersihkan liang-liang tersumbat dan mengangkat lapisan atas kulit supaya permukaan kulit licin lagi. Kandungan ini juga dikatakan untuk mengurangkan masalah masalah kulit yang menyebabkan kemerahan dan faedah anti-oksidan. 
Apabila digunakan pada kulit, Azelaic Acid boleh diserap ke dalam liang-liang, dan melawan bakteria jerawat dari dalam kerana sifat anti-bakterinya. Apabila bakteria yang menyebabkan jerawat telah diselesaikan, jangkitan yang berlaku di liang-liang akan pulih lebih cepat, bersama dengan pengurangan jerawat. Oleh itu Azelaic Acid juga merupakan alternatif kepada benzoyl peroksida untuk merawat jerawat dengan risiko yang lebih sedikit atau kesan sampingan berkat sifat anti-radang Azelaic Acid yang boleh melegakan kemerahan dan keradangan di kawasan jerawat. 
Azelaic ACid, yang membantu mencerahkan kulit. Ini boleh berlaku kerana Azelaic Acid menghalang proses menghasilkan melanin yang memberikan pigmen warna kepada kulit. Sekiranya terdapat lebihan pengeluaran melanin, maka kulit akan kelihatan lebih gelap atau hiperpigmentasi. Dengan kandungan Azelaic Acid, pengeluaran melanin dalam beberapa kawasan kulit dapat dikurangkan, sehingga kandungan ini dapat digunakan untuk merawat hiperpigmentasi, bintik hitam, dan kulit kusam. 
Pada tahun 2002, FDA (Pentadbiran Makanan dan Dadah) meluluskan Azelaic Acid untuk digunakan sebagai rawatan untuk jerawat

Tu serba sedikit berkaitan dengan  Azelaic Acid & macam mana dia boleh membantu masalah kulit jerawat yang terdapat dalam produk Elexa Serum ni. Penting kita tahu juga fungsi bahan yang terdapat dalam sesuatu produk untuk tahu apa manafaatnya bila kita guna.


Ni nak bagitau Elexa Serum bukan penyelesaian semua masalah kulit yang biasa kita baca pada claim produk yang kategori overclaim. Segala jeragat, sopak, panau bagai dia claim boleh sembuh hanya dengan tenyeh tenyeh produk dia katanya. Elexa serum memang dia cuma fokus pada masalah jerawat sahaja. Kesan dia tak ada la pakai seawal 3 - 7 hari dah nampak kesan kebabom.. mak kau gebu bagai. Sekurang kurangnya 4 minggu keatas penggunaan secara consistent baru boleh nampak kesan positif tu. Jangan expect macam produk kilo bermekuri.. seminggu dah gebu gebas tapi akhirnya muka korang macam semak belum di tebas.


Satu lagi ia bukan produk pemutihan kulit juga. So jangan expect juga guna produk ni kulit hangpa yang lahir lahir memang sawo matang lepas guna terus bertukar jadi kulit emma maembong putih melepak tu yer. Sematkan di hati kulit yang cantik bukan di nilai dari warnanya tapi kulit yang cantik adalah kulit yang bersih & sihat.

Elexa Serum jenama tempatan yang bahan bahanya import dari Switzerland. Tapi jangan risau produk ni selamat kerana dah menjalani RnD, ada labtest, di kilangkan di kilang bertaraf GMP (Good Manufacturing Proces), berdaftar dengan KKM & ada certificated halal JAKIM.


NOTIFIKASI KKM (NOT KKM) BOLEH SEMAK DI WEBSITE NPRA


Produk Elexa Serum juga ada semua kriteria produk selamat seperti

✓ Ada lab test
✓ bernotifikasi KKM (NOT KKM)
✓ Formulasi dari Switzerland
✓ Bebas Paraben
✓ Bebas SLS
✓ Tiada bahan berbahaya
✓ 100% Halal
✓ Setaraf Jenama Antarabangsa
✓ Telah diuji secara klinikal dan melalui proses RND selama setahun 
✓ Diproses di Kilang ISO, Islam dan Bertaraf GMP .

Kalau di lihat pada packaging pun cukup kriteria termasuk ada alamat pengilang. Normally produk yang selamat ni berani dedahkan alamat kilang berbanding produk yang krik.. krik.. krik. Depa takkan letak alamat kilang.


Antara bahan yang terkandung dalam Elexa Serum ni

❖ Azelaic Acid
❖ Lemon
❖ Sakura
❖ Aloe Vera
❖ Jojoba Oil

Bagi yang tercari cari produk yang selamat & cukup kriteria yang di perlukan untuk membantu masalah jerawat tu boleh try Elexa Serum ni. Kena di ingat produk yang selamat pun belum tentu sesuai dengan semua orang jadi kena try & error juga. Tak ada produk yang 1 produk sesuai dengan semua orang yer.. So jangan tertipu dengan claim produk produk macam tu. Tu semua konspirasi membongak untuk melariskan jualan.


Untuk info lanjut berkaitan produk Elexa Serum korang boleh la jenjalan di FB page 
 Facebook : Elexa Beauty Malaysia 

Atau hubungi :
 Whatsapp : www.wasap.my/60182087077  

PEGAGA DALAM L'OREAL CENTELLA ESSENCE WATER MEMANG BEST OK!

PEGAGA DALAM L'OREAL CENTELLA ESSENCE WATER MEMANG BEST OK! Daun pegaga ramai yang tahu selain sedap di buat ulam atau kerabu.. Banyak khasiat juga untuk kesihatan & kecantikkan kulit. Kalau orang orang kampung ni memang biasa dengan petua nak awet muda makan ulam pegaga. Kat kampung senang nak cari daun pegaga ni.. sebab tumbuh meliar dalam hutan & kalau tanam pun senang nak membiak sebab mak saya pun ada tanam pokok pegaga ni. Daun dia ada hijau berbentuk macam bulat sikit. Susah lahai nak explain hangpa tengok ja gambar kat bawah ni.

Ni la rupa daun pegaga. Pokok dia jenis tumbuh merimbun & menjalar atas tanah

Centella asiatica atau lebih dikenali de­ngan n
ama pegaga di negara ini ialah sejenis ulam yang bukan sekadar memiliki kebaikan dari segi kesihatan dalaman, malah memberi impak besar kepada kecantikan se­seorang. 
Herba daun hijau berbentuk kipas itu biasa terdapat di Jepun, India, China dan Indonesia. Namun, kini ia semakin mendapat perhatian masyarakat Barat yang mula menyedari kebaikannya. 
Ia juga dikenali ­dengan nama Gotu Kola di India dan sering ditemui di kawasan berair. ­Pegaga boleh dimakan begitu saja sebagai ulam setiap hari, direbus atau dikisar menjadi minuman. 
Lebih menarik, perubatan tradisional turut menggunakan pegaga untuk merawat parut.
Pegaga dikatakan mampu merawat ­kerosakan kulit secara tradisi selain meningkat­kan peredaran darah untuk memberikan wajah lebih berseri kepada mereka yang rajin me­ngamalkan makan daun pegaga atau minum air rebusannya. 
Apabila disapukan pada kulit, sifat antibakteria, antikuman dan antiradang yang ada pada pegaga dilihat dapat mempercepatkan pemulihan luka dengan merawat tisu yang rosak dan mengurangkan parut. 
Bahan aktif pada pegaga yang merang­sang peredaran darah mempercepatkan proses pemulihan di bahagian luka atau terbakar selain menggalakkan pembentukan kolagen, sekali gus me­ngurangkan masalah seperti parut atau regangan kulit. 
Amalan meminumnya dikatakan mampu menjadikan wajah kelihatan awet muda kerana ia membantu menyuburkan kulit, rambut dan kuku. Ini kerana ia menyokong pembentukan kolagen, seterusnya me­ngelakkan kulit kendur atau kehilangan lembapan semula jadi.
Pegaga juga dikatakan mampu meningkatkan aliran darah dan mengurangkan masalah berkaitan termasuk urat bersimpul atau salur darah lemah hingga menimbulkan urat berwarna ungu pada betis dan paha. 
Bagi yang bimbang de­ngan kemunculan tanda penuaan, pegaga boleh dijadikan alternatif rawatan wajah memandangkan ia ­memiliki sifat yang mampu menegangkan kulit apabila disapu dan dibiarkan beberapa minit. 
Istimewanya, ia me­ngandungi pelbagai nutrien antaranya asid asiatik, kalsium, potasium, fosforus, beta karotin, vitamin C, tiamin, niasin dan riboflavin.
Bukan sekadar pencuci wajah, pegaga juga boleh dijadikan penyegar yang disapu bagi menegang­kan kulit dan menjadikannya lebih tegang. 
Pegaga menawarkan rawatan alternatif yang murah, berkesan dan mudah. Bagaimanapun, bagi mereka yang me­ngalami masalah kesihatan serius, penggunaan herba untuk merawat perlu dirujuk kepada doktor.  -Sumber Harian Metro-

Sebab daun pegaga ni banyak khasiat untuk kecantikkan kulit maka L'OREAL paris tengah memformulasikan khasiat pegaga ni dalam produk depa yang di beri nama Revitalif Micronized Centella Essence water.


Actually secara tak sengaja saya ter try produk ni sebab dapat free sampel 22ml dari Home Tester club. Bila dapat produk dari Home Tester Club ni wajib cuba & bagi feedback selepas 7 hari menggunakannya. Sebab produk ni produk drugstore di mana keselamatan produk ni lebih terjamin. Of course la dah menjalani RnD sebelum di pasarkan. Dah di uji khasiat & kesan dia. L'OREAL kot bukan brand Totok skincare ke hapa. Insya Allah saya yakin produk ni tidak mengandungi bahan terlarang yang membahayakan kesihatan pengguna.

Mula mula try tu kalau kita rasa best mesti la kita review yang positif kan? Sebab Home tester Club ni dia tak kata mesti bagi good review. Kalau sesuai & bagi kesan baik.. Tulis la review pengalaman guna tu dengan jujur. Kalau sebaliknya pun depa tak saman pun. Sebab memang setiap produk tu mustahil la ada sesuai dengan semua orang & semua jenis kulit.

Bila kita guna rasa best selain essence water ni mudah nak consistent. Sebab cara pakai dia.. tuang atas tapak tangan lepas tu tepuk tepuk seluruh muka je. Jenis pemalas macam den ni memang suka sangat la lahai produk produk macam ni.

Selepas try sebotol Centella essence water yang 22ml dapat free sampel tu.. Saya tak ragu ragu dah nak teruskan penggunaan produk ni. terus Topup botol 130ml beli kat watsons. Sebab tak ada packaging 22ml yang di jual. Yang ada 130ml je..


Produk ni yang best bila kita pakai.. Yup boleh rasa kesan positif tu dalam masa 7 hari. Tapi tak la 7 hari tu dari nenek kebayan kau bertukar jadi puteri gunung ledang. Cuma rasa la kulit kau lembab, lembut, segar & kalau kusam tu dia nampak cerah sikit. Sekaligus kalau ada masalah tona kulit tak sekata tu.. dapat membantu juga secara tak langsung. Cerah bukan putih yer jangan salah faham. Produk ni bukan produk pemutihan kulit & takkan mengubah warna kulit asal hangpa ok!

Tapi kalau hangpa jenis kulit berminyak memang tak rekemen untuk guna. Mungkin buat kulit hangpa semakin berminyak. Untuk normal & kulit kering.. Yup sangat sesuai. Atau jenis kulit kombinasi macam saya.. Saya terpaksa matching dengan Garden Of eden Mild cleanser untuk keringkan minyak & seimbangkan kelembapan kulit dengan pakai Centella Essence water. Hasil gabungan cinta antara benua ni, Local produk (Garden Of eden) & international produk (L'OREAL) bukan dapat anak pan asian yer.. tapi nampak kesan kulit saya dah tak berminyak atau kering bagai di gurun sahara lagi. Kulit lembab, lembut & bila sentuh rasa licin. Dah tak ada rasa kasar kasar sebab jerawat pasir berdengung tu.


Centella Essence water ni secara tak langsung berfungsi sebagai pelembab so saya tak guna lagi pelembab gel atau krim. Kita sedia maklum kan.. pelembab sangat penting untuk kulit. Tanpa kelembaban yang cukup kulit akan cepat kedut. Muka boleh nampak tua sebelum usia. So jangan pandang remeh kepentingan pelembab kepada kulit yer.

Saya tak ingat berapa lama saya guna L'OREAL Centella Essence Water yang sampel produk 22ml.. tapi macam lama guna la tahan. Kira berbulan juga. Memang boleh nampak kulit lebih lembab, lembut, segar, tegang & cerah. Kulit kusam kita sedia maklum akan buat kulit kita nampak gelap & tidak bermaya. So pendapat saya centella essence water ni memang berkesan untuk masalah kulit kusam juga.

Produk ni ada khasiat untuk anti penuaan.. Yelah menggunakan extrak pegaga yang saya dah share khasiat dia kepada kecantikkan kulit. So, yang mana dah nampak kesan kesan penuaan tu elok la start amalkan. Terutamanya yang dah start nampak kesan garis garis halus kat muka tu. Sebab benda ni dia kena bermula dari awal. Bukan dah kedut baru tergedik gedik nak pakai.

Cara guna
Macam saya cakap memang senang sebab tu saya pilih nak teruskan guna L'OREAL Revitalif Micronized Centella Essence Water ni. Cuci muka macam biasa. Kalau nak scrub ke apa buat dulu yang basic cuci cuci tu.. Lepas tu lap sehingga kering. Tuang Essence water atas tapak tangan & tepuk tepuk seluruh muka.

Rekemen untuk guna 2 kali sehari. Pagi & malam. Bagi yang bekerja nak makeup.. makesure apply dulu essence water baru apply makeup. Malam sebelum tidur boleh tempek tempek. Simple.

Bau dia orang putih kata 'just nice'. Tak la wangi macam perfume & terlalu natural sampai bau pure daun. Senang cakap bau dia pun macam tak bau sangat la. Selesa la bagi yang ada masalah dengan bau ni.

Testur dia pulak macam serum. Pekat tak pekat sangat & cair pun tak cair sangat. Bila kita apply elok je melekat kat kulit.

Macam saya rutin saya sekarang memang cuci muka & apply essence water ni je. Seminggu sekali tu scrub la muka (tu pun baru nak scrub balik muka lepas lama tinggalkan akibat malas hahaha). Sebab sekarang ni saya memang jadi malas nak apply apa2 jenis krim muka.. Rasa essence water ni pun cukup la buat kulit saya tak kusam, kering & comot sangat walau tak la secantik bidadari sorga.

Harga RM65 untuk 130ml (mengikut kiraan boleh tahan sehingga 6 bulan). Kalau kat drustore tu buat sale lagi murah. Ada sampai 50%. Yang ni saya beli RM52. Untuk pelaburan setengah tahun katanya.. Harga tu kira murah la. Tak payah nak topup setiap bulan.


Ada jual kat watsons, guardian, certain farmasi atau mall/pasaraya. Alah L'OREAL ni produk yang senang nak cari. Online pun ada jual. Tapi kalau nak beli online macam kat lazada atau shopee.. Make sure beli dengan Official L'OREAL atau Official Guardian / Watsons. Jangan beli dengan seller seller risau takut fake product ke apa. Sebab ada seller dari china kat shopee jual murah nak mati beb! Aku pun risau nak beli kalau dah murah sangat. Dah la dari china sana nu..

Bagi yang rasa L'OREAL Revitalift Micronized Centella Essence Water memenuhi keperluan & sesuai dengan masalah kulit korang boleh la try. Bagi saya memang saya puas hati guna setakat ni. Memang tak nampak kesan tak baik maybe sesuai dengan keperluan kulit saya. 

MUKA KERING BAGAI GURUN SAHARA TRY HADA LABO HYDRATING LOTION

MUKA KERING BAGAI GURUN SAHARA TRY HADA LABO HYDRATING LOTION. Tu dia tajuk.. kalau tak cerekarama memang tak sah kan kau ni lekatlekit!! Alah.. Nak drama sikit pun dah cebik. Rilex brother.. brother rilex.. Saja lahai nak bagi gempak sikit. Baru la hangpa ada hati nak clik entri kami & baca kan? Kalau tajuk pun boring.. depa scroll laju laju ja kalau nampak kat news feed FB tu. So, misi tak capai kat situ.

Sapa yang jenis ada kulit kombinasi memang kadang kadang macam benci tau nak cari skincare. Kadang2 kulit jadi berminyak sampai boleh buat minyak dagu katanya. Bila berminyak tu mula la subur bagai di baja jerawat. Terpaksa la pakai skincare untuk solve masalah oily skin & jerawat tu.

Normally kalau jadi macam tu memang saya akan cari Garden Of eden Mild cleanser & saya akan pakai bersama acne serum & acne gel. Bila pakai mild cleanser ni memang membantu masalah kulit berminyak & acne serum & acne gel ni untuk kecutkan jerawat. Tapi yang jadi masalah.. Mild cleanser ni dia akan meneringkan sikit kulit sebab dia nak keringkan minyak & jerawat tu. Tapi benda ni sangat effective untuk solve kulit berminyak & jerawat saya.

Saya dah biasa dengan fenomena ni.. So tak la mengelabah bewak sangat. Saya memang dah prepare apa yang saya perlu buat step by step. Selepas masalah kulit berminyak tu settle.. Saya akan guna produk yang melembabkan balik kulit saya. Saya memang suka bereksperimen dengan brand brand produk yang ada kat drugstore. Baru baru ni saya try Hada Labo Hydrating Lotion. Memang tak pernah try sebelum ni.

Bila kulit saya rasa dah mula kering sikit.. saya try apply hydrating lotion ni. So far selepas 3 hari tu memang tak ada masalah kulit kering terutama kat bahagian tepi mulut. Kat situ memang port biasa jadi kering kalau pakai mild cleanser ni. Akan rasa tegang sikit & bila kita pakai bedak dia jadi macam berbulu.. Tu tanda tanda kekeringan kulit la tu.


Selepas 3 hari tu memang totally kulit dah tak kering even saya masih pakai mild cleanser & gel jerawat tersebut. Malah rasa kulit nampak lebih segar & tak kusam jugak. Yelah.. bila kulit kita cukup kelembaban ni dia memang akan memberi effect segar kan? Kalau kering & kusam.. memang muka kau sedih dik! Pakwe tengok pun rasa nak tapakkan je muka kau tu kekekeke

Setakat ni.. Gabungan produk walau dari lain brand.. macam cleanser saya guna dari brand Garden Of eden, Acne & scar serum pun garden of eden, Acne Gel dari cosmoderm & hydrating lotion dari brand Hada Labo. memang tak ada masalah apa apa untuk kulit saya. Saya memang sejenis tak suka beli skincare jenis 1 set.. Saya cari mengikut keperluan kulit saya la. Memang dari dulu campur2 brand tapi semua produk drugstore la. Kalau beli set mesti ada item yang macam tak serasi dengan kulit saya so jadi membazir kalau tak guna.

Ni yang saya guna semasa kulit saya berminyak, masalah jerawat & selepas tu kering pada bahagian tertentu macam tepi mulut tu. Memang sangat membantu produk produk ni

Hada Labo ni bagi yang tak tahu produk dari Jepun. Kalau ikut info di belakang botol dia. Rekemen untuk kulit normal & dry skin. Tak rekemen untuk oily skin guna sebab pernah try masa kulit tengah oily memang tak membantu langsung. Dia akan menyebabkan kulit semakin berminyak.

Cara nak guna dia pun senang.. Sebab tu saya pilih hydrating lotion ni. Tuang atas tapak tangan kemudian tepuk tepuk je seluruh muka. Kalau saya.. saya cuma pakai malam sebelum tidur sebab bila bangun pagi muka rasa.. Masya Allah.. best sangat. Kulit rasa lembut je. Lepas cuci muka tu.. rasa licin walau kulit kau masih bersiku liku dengan tumbuh tumbuhan jerawat hahahaha...  Siang memang saya tak guna. Tapi ikut rekemen yang tertulis pada produk guna 2 kali sehari. Maybe boleh guna pagi & malam. Bergantung pada keselesaan sendiri la. Yang penting kena guna secara consistent untuk mendapatkan kesan positif pada kulit.

Testur lotion ni dia macam gel cair yang berwarna jernih. Kalau pegang macam melekit tapi bila apply pada kulit dia perlahan lahan meresap dalam kulit & tak bagi kesan melekit pun. Dia akan bagi rasa lembut & kering pada kulit. Memang selesa pakai sebelum tidur

Apapun produk yang baik & selamat pun bukan sesuai dengan semua jenis kulit & semua orang. Sekiranya hangpa guna tetiba rasa macam ada kesan tak berapa best ke apa.. Tu mungkin produk tu tak sesuai dengan hangpa la. Takde istilah kulit tengah detox ke apa.. Please try produk lain. Mungkin ingredient produk tu alergik dengan kulit hangpa ke apa.. So jangan gigih sangat nak guna.


Harga Hada Labo Hydrating Lotion ni.. Haritu saya cuma beli yang trial. Yang botol kecik 30ml. Harga tak sampai RM10 kot.. dalam RM4 ke RM6 macam tu la. Bagi yang baru pertama kali nak try boleh try yang botol 30ml ni dulu. Saya beli kat watsons. Tapi hada labo ni ada juga jual kt guardian atau certain2 farmasi lain. Tak kisah la kat memana.. ada je kau beli je nyah!

Moral of the story.. Pilih la produk selamat agar kesihatan kulit & organ dalaman anda tidak terjejas. Elak guna produk yang tak tahu kat mana kilang memproses.. produk yang tak ada bukti dah di R&D, tak ada dermatogy test atau apa2 ujian makmal atau analisis dari makmal yang di iktiraf untuk elak anda terguna produk beracun & berisiko pada kesihatan kulit & diri anda. Produk skincare (Kosmetik) setakat berdaftar dengan KKM je belum menjamin selamat di gunakan. Daftar hanya kelulusan untuk di pasarkan.. bukan KKM bagi kelulusan selamat di gunakan ok! So sila faham!

JERAWAT KERING & KECUT SEAWAL 3 HARI LEPAS GUNA AIKEN TEA TREE OIL

JERAWAT KERING & KECUT SEAWAL 3 HARI LEPAS GUNA AIKEN TEA TREE OIL. Baru baru ni saya ke Kota Bharu kelantan untuk hadiri perbicaraan kes saman keatas saya. Hari pertama sampai cik J pun ikut sama singgah ke muka. Almaklum.. bila kesana bukan melepak dalam bilik je.. saya perlu keluar ke mahkamah, pergi makan.. Bermakna balik bilik untuk rehat & tidur. Memang bila keluar dari rumah ni nak treatment muka susah sikit. Almaklum banyak masa muka dengan makeup je. Orang pompuan la katakan.. kekekeke


Dari sebiji jadi dua biji ada siap bagi pakej berkembar tu jerawat. Allahu.. Terasa diri ku begitu hodoh dengan kehadiran Cik J ni tau. 2 hari berturut turut saya perlu hadir diri ke mahkamah.. So saya rilex dulu. Balik bilik baru saya sapu acne cream tapi macam tak effective pulak acne cream bila sampai KB. dah la sana agak panas.. Kulit pun apa lagi berpesta minyak kat muka menambah baja pada para jerawat untuk membiak dengan jayanya.

Hari ke 4 tu bertolak balik.. Singgah la sekejab kat Guardian nak cari ubat jerawat katanya. Sebelum ni saya pernah guna Acne serum garden of eden memang effective tapi di sebabkan harga dia macam over budget buat masa sekarang.. Sebab saya nak kena berjimat sementara nak bagi laluan selesaikan kos guaman & kos2 lain yang berkaitan kes saman saya ni. Survey la produk yang harga mampu milik.

Ternampak la produk Aiken ni.. Sebab kat rumah memang dah ada Cleanser & toner Aiken ni. Apa salah try Tea Tree Oil dia..

Balik rumah lepas cuci makeup semua.. muka dah terbogel tanpa apa2 baru try sapu tea tree oil ni. Bau dia tak payah mengharap la macam bau pontianak harum sundal malam yer.. Dia memang tak wangi. Bau tumbuh tumbuhan yang maybe ada orang tak tahan tapi bila review kat group.. ramai yang kata ok je sebab bau dia bau dari bahan semulajadi.

Bila kita sapu pada jerawat akan rasa macam berangin (mint) & kalau jerawat tu ada kesan luka mungkin kita tergaru memang akan rasa pedih sikit tapi sekejab je. Yang bestnya Tea Tree Oil ni.. even namanya Oil.. dia tak macam minyak masak seri murni ye tuan tuan & puan puan.. Memang bila apply dia akan meresap dalam kulit kemudian.. kering tanpa kesan berminyak atau melekit. So bila2 masa nak pakai tak jadi masalah. Lebih selesa la bila apply kat muka. Takde la rasa macam orang minyak sangat kan..

Dalam masa tiga hari tu boleh nampak jerawat kecut & kawasan jerawat tu akan sedikit mengelupas & kering. Maybe proses nak matikan jerawat & menyahkan jerawat tanpa meninggalkan kesan kotoran degil (parut) kot. Tapi tak suggest hangpa pi tenyeh 1 muka ok. Satgi satu muka hangpa jadi kering pulak. Cuma sapu bahagian jerawat. Kalau ada masalah kulit berminyak tu.. sangat membantu tea tree oil ni tau. Boleh nampak minyak kat muka mula mengering... Untuk balance pastikan cleanser hangpa guna pun bersesuai juga. Takut kering sangat muka dah macam gurun sahara pulak.

Aiken Tea Tree Oil

Harga dia memang tak mahal.. RM13.88 untuk 10ml. Boleh beli kat mana2 drugstore macam guardian atau watson. Certain farmasi maybe ada jugak. Lagipun produk Aiken ni rasanya senang cari.

Cara penggunaan 
Bersihkan muka & lap sampai kering
Kemudian sapu pada kawasan jerawat

See.. drugstore pun banyak produk mampu milik, selamat & berkesan. Dah kenapa korang mesti pilih produk yang korang sendiri tak tau kat mana kilang memproses, dah menjalani R&D ke tidak, ada di lakukan ujian makmal bagi memastikan bebas bahan terlarang ke tidak... Kat drugstore produk kebanyakkan dah ada clinical & dermatology test sebelum di pasarkan. So, pilih produk yang selamat supaya kulit anda bukan sekadar cantik malah lebih sihat.

Sangat rekemen untuk guna 3 item dari produk Aiken ni kalau muka korang breakouts (jerawat + Berminyak) untuk kesan yang lebih effective. Sebab setiap satu item ada fungsinya nak bagi balance. Sebab penggunaan cleanser & Tea Tree Oil akan sedikit mengeringkan kulit tapi toner membantu memberi kelemabapan & buat kulit kita jadi balance. Tak kering & tak berminyak.

Jadi pada jurujerawat sekalian.. Jangan biarkan muka anda di selubungi jerawat. Try atasi masalah tu dengan Aiken Tea Tree Oil ni. Tapi kesan pada setiap kulit mungkin tak sama. Kena try & error.. Review ni cuma untuk memudahkan ada survey produk untuk mengatasi masalah jerawat sahaja.

CETAPHIL GENTEL SKIN CLEANSER UNTUK KULIT ALERGIK

CETAPHIL GENTEL SKIN CLEANSER UNTUK KULIT ALERGIK. Sapa kat sini yang ada masalah alergik yang teruk? Tak kira la teruk ke mild ke.. Yang penting ada masalah alergik tak kira la kat mana bahagian badan.. Terutama muka la. Alergik bahagian lain maybe boleh tahan lagi kalau kat muka ni.. Allahu.. Yelah bahagian yang memang orang akan pandang kan? Bayangkan muka bila kena alergik.. merah, gatal gatal & bengkak.. Tak tahan wei!


Sebelum tu jom kita kenali apa itu alergik dulu.. Alergik membawa maksud alahan.. Alahan tu tak semestinya tertumpu pada satu perkara. Ada orang alergik dengan sesetengah makanan & ada orang alergik dengan habuk & ada jugak yang alergik dengan sesetengah jenis kain..

Baru baru ni saya mengalami masalah alergik agak panjang. Dekat sebulan masalah alergik saya tu. Sampai doktor KK buat satu surat refer ke pakar di hospital untuk mengenalpasti apa yang menyebabkan saya tiba2 mengalami masalah alergik ni. Saya sendiri tak tahu sebab sebelum ni saya tak ada masalah alergik dengan apa2 makanan ke apa. Tapi saya perasan lepas saya tukar cleanser satu brand terkenal ni.. Terus muka saya jadi alergik. Tapi saya tak sure la sebab skincare atau apa. Sebab bila dah alergik semua skincare yang saya biasa guna pun dah tak boleh guna. Muka saya akan jadi gatal sampai saya terpaksa stop semua rutin skincare saya.

Tapi sekarang saya tahu.. saya dah alergik dengan certain makanan. Punca berlaku alergik dengan tiba2 ni doktor kata.. Maybe sebab imun badan tu dah tak tahan. benda yang maybe dulu takde masalah pada kita boleh bertukar jadi alergik.

Sepanjang saya alergik memang saya stop semua skincare tapi tu la takkan nak cuci muka pakai air paip je. Saya cari jugak la cleanser yang boleh guna untuk masalah alergik saya. Ada suggest Cetaphil so saya try..

Cetaphil ni pun dia banyak cleanser ikut masalah kulit. Sebab kulit saya dah sentitif & alergik saya pilih Cetaphil Gentle Skin Cleanser. Sebab memang untuk kulit sensitif. Bukan untuk cuci muka je tau.. Tapi boleh guna satu badan. Tak pedihkan mata... Boleh di gunakan untuk baby juga.


Apa yang best Cetaphil Gentel Skin Cleanser ni.. Dia tak ada bau.. tak ada buih. Tapi bila kita cuci muka.. Muka jadi rasa lembut & lembab. Tak keringkan kulit. Dan yang paling penting dia ngam untuk masalah alergik saya. Maknanya bila saya guna dia tak buat kulit saya semakin gatal atau jadi keradangan (merah merah tu).

Alhamdulillah la.. Dia tak menyebabkan jadi ruam ke, jerawat ke.. Saya rasa kulit lebih sihat guna cleanser ni & masalah alergik pun sangat membantu. Lagipun untuk kulit sensitif & alergik memang tak sesuai guna cleanser yang ada perfume, foamy pun tak sesuai.. Jenis2 cleanser berbuih meriah karipapusing tu memang serius kalau saya tak sesuai. Kena cari mild cleanser jenis gel, tak berbuih & tak ada perfume. Maksudnya tak ada apa2 bau wangi atau apa2 bau. Bau natural jer.

Alhamdulillah.. dekat sebulan dah kot rasanya guna Cetaphil Gentel Skin Cleanser.. Masalah alergik 90% memang dah ok. Dah tak payah nak pergi klinik & ambil ubat hari hari macam sebelum ni. Surat yang doktor buat suruh refer nak tahu apa yang menyebabkan saya alergik pun.. saya tak pergi ambil appointment sebab saya dah tahu saya alergik dengan certain makanan & skincare walau sebelum ni saya tak ada masalah alergik dengan semua perkara tu. Tapi sebab doktor pun kata.. Alergik ni boleh berlaku bila imun badan kita jadi sensitif. Tak semestinya benda tu akan jadi sejak azali. Dia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja dengan tiba tiba macam berlaku kat saya ni.

Jadi pada yang ada masalah kulit sensitif & alergik boleh try jugak Cetaphil Gentel Skin Cleanser ni. Tapi di ingatkan kadang2 penerimaan setiap produk pada kulit kita tak sama. Ada orang pakai ok.. ada yang tidak. Dalam soal ni saya jenis try & error.. Sebab tu penting untuk kita kenalpasti masalah & jenis kulit kita supaya melalui labeling produk tu.. kat bahagian penerangan tentang produk (selalunya di belakang produk) tu kita boleh tahu sesuatu produk ni untuk apa, jenis kulit yang macam mana & cara guna yang betul supaya tidak mendatangkan kesan sampingan kepada kita.

Harga untuk Cetaphil Gentel Skin Cleanser 125ml lebih kurang RM17.00++ macam tu la. Boleh beli di drugstore seperti vital farmasi, guardian, watson & maybe certain Mall @ pasaraya ada jual. Yang tak jumpa jual cetaphil ni booth2 atau kedai jamu jer. Jarang nampak jual hehehehe.

Moral of the story.. Produk yang selamat pun belum tentu sesuai untuk semua orang apatah lagi produk yang terang terang mengandungi bahan terlarang atau beracun.. Even nampak serasi di luar kulit kita sekalipun tak bermakna dia selamat untuk kita atau sesiapa sahaja. Sebab tu penting untuk kita memilih produk yang sesuai dengan keperluan kulit kita & bebas bahan terlarang & racun yang tidak selamat untuk di gunakan.

PRODUK YANG SELAMAT PUN BELUM TENTU TIDAK MENDATANGKAN KESAN BURUK

PRODUK YANG SELAMAT PUN BELUM TENTU TIDAK MENDATANGKAN KESAN BURUK. Tu dia lama tak mengupas kupis & kopek isu produk ni kan. Hari ni macam ada masa sikit nak gentel2 jerawat kat muka.. ops.. nak kupas kupis & kopek isu produk ni maka jari jemari abang saleh.. erkk.. jari jemari lekatlekit pun bernari nari atas kebot mencoret sepatah dua kata pasal salah faham tentang produk.


Ramai yang suka pertikai.. Kenapa saya beli produk kat drugstore ada clinical approve tapi bila pakai jerawat membiak bagaikan di baja? Kata produk drugstore yang ada clinical approve ni selamat.. Kenapa muka saya breakouts.. Argh.. semua ini agenda yahudi!!

Tu dia tak pepasal Yahudi bersalah kan? Asal yang buruk semua agenda Yahudi.. Sebenarnya hangpa kena la faham. Tak semestinya produk yang selamat itu sesuai dengan semua jenis kulit atau semua orang. Selera kita pun berbeza apatah lagi keperluan kulit & badan kita. Kalau semua orang sama.. Dalam dunia ni tak payah nak buat banyak banyak produk. 1 produk pakat2 guna la kan.. Sebab yelah, semua orang sama je. Kalau guna semua dapat kesan yang sama.

Sebab tu di pasaran ada pelbagai jenama & fungsi sesuatu produk. Pada packaging produk pun depa dah letak cadangan atau kulit yang macam mana sesuai untuk pakai produk tu. Kena rajin la baca. Jangan hanya berdasarkan testimoni & viral terus berpusu pusu hangpa ambush drugstore nak dapatkan produk tu. Lepas tu tak sesuai hangpa kata produk tu yang bermasalah menyebabkan kulit hangpa breakout bagai.

Nak lagi selamat kalau ada bajet lebih.. Jumpa pakar. Nanti dia akan buat pemeriksaan pada kulit & dia akan cadangkan produk apa & macam mana yang sesuai untuk kulit hangpa. Kalau bajet so so jer.. Kena pandai la tahu apa keperluan kulit, masalah kulit.. Bertapa lama sikit kat drustore/farmasi tu untuk baca Ingredient & direction pada produk. Den pun selalu buat macam tu kalau nak try apa2 produk yang baru.

Berbeza pulak dengan produk yang terang terang dah KKM keluarkan press release & di war warkan seluruh alam ada mengandungi bahan terlarang yang boleh memberi kesan kemudaratan kepada pengguna. Walaupun hangpa dah pakai bertahun tahun tapi muka dok lawa macam orang bunian sekalipun takkan mengubah ingredient dalam produk tu menjadi selamat. Dia tetap mengandungi bahan terlarang & merbahayakan kesihatan pengguna. Cuma effect dia pada setiap orang tak sama. Ada orang dapat kesan buruk tu cepat.. ada orang lambat. Sedar sedar dah nazak selagi organ dalaman.

Jadi.. Kita tak boleh claim semua produk yang selamat tu confirm selamat & sesuai dengan semua orang. Dia maybe boleh jadi tidak serasi & tidak selamat untuk sesetengah orang walau tidak mengandungi bahan terlarang. Macam tu juga dengan produk yang tidak selamat & mengandungi bahan terlarang.. even anda guna dah lama tapi masih cantik jugak tak tun tuang.. Tak bermakna ingredient dalam produk tu selamat untuk anda. Ia tetap merbahaya.

Moral of the story.. Kita berbeza jadi skincare kita jugak mungkin tidak sama. So, kena rajin study & belajar.

OXY COVER UBAT JERAWAT YANG MURAH, BERKESAN & BOLEH DIDAPATI DI FARMASI

OXY COVER UBAT JERAWAT YANG MURAH, BERKESAN & BOLEH DIDAPATI DI FARMASI. Masalah jerawat ni bagi spesis jurujerawat macam eden memang tak pernah berakhir cuma tak la seteruk dulu macam zaman zaman jahiliah dok pakai produk bukan bukan.. Walaupun produk bukan bukan tu nampak legal je di pasaran. Almaklum banyak produk merbahaya sekarang memang nampak legal. Tu pengguna pun terpedaya.. Tapi orang kata pernah jadi bodoh tu bukan satu dosa tapi kalau bodoh sepanjang zaman sampai orang dah suap info sampai ke otak tapi tetap tak boleh hadam.. Tak boleh buat apa. Kena anggap memang spesis ni di lahirkan untuk terus kena klepet.

OXY Cover Acne pimple medication

Di sebabkan kurang rehat, kurang tidur, banyak fikir.. Maybe faktor jerawat pun datang bertandang. Yelah.. Muka pun tak berapa nak belai belai sangat sejak dua menjak ni. Bukan sejak dua menjak dah.. Dah dekat 6 bulan banyak perkara terabai.. Sebab kes saman yang belum selesai. So, Cik 'J' pun mula nak datang bagi kasih sayang walau orang tak hingin pun dengan dia.

Satu tabiat saya.. Saya suka garu & picit jerawat. Tu punca jadi berparut.. Mula2 naik sebiji lepas tu.. dua biji lepas tu dan lagi lagi lagi.. Tak tahan la juga kalau depa dok buat pesta muda mudi kat muka den ni. Kemain depa.. Lagi di biar lagi menjadi jadi kan? Jaga kau..

So, Ahad lepas sempat singgah guardian nak beli barang mandian. Alang2 dah menapak kat situ.. Cari2 juga ubat jerawat ni. Tu yang terbeli OXY Cover ni..

Testur dia macam foundation tapi dia sejenis cream untuk merawat jerawat. Maybe sambil cover sambil merawat. Satgi ada yang kata.. eleh banyak ja produk claim macam tu. Konon cover cela sambil merawat padahal tak merawat apapun. Overclaim jer..

testur dia memang macam foundation

Betul.. Banyak produk kosmetik yang suka claim macam tu lebih2 lagi yang di lahirkan dari kilang OEM ni. Tapi sebenarnya tak ada pun fungsi merawat tu.. namun bukan semua la. Pengeluar & penjual produk yang tak beretika & tak jujur je suka buat macam tu. Yang baik baik bawah lindungi kaabah takkan buat macam tu sanggup menipu pengguna untuk melariskan produk.

Tapi yang OXY Cover ni lain. Dia bukan sekadar gebang ok! Sebabnya den dah guna.. Den tau la yang mana dia klepet ke tak..

Saya tak guna sebagai cover.. Sebab kat rumah kan. Saya guna untuk rawat jerawat. Memang berkesan sangat. 2 - 3 hari jerawat memang kecut. Tapi cream ni memang agak kuat. Pada packaging dah mention kulit yang sensitif dengan bahan Benzoly Peroxide sejenis bahan kimia yang di gunakan untuk merawat jerawat tak rekemen nak guna. Cara nak tau macam mana kulit hangpa sensitif dengan bahan ni.. Try dulu guna dengan cara letak pada jerawat. Kalau tak ada kesan yang hangpa rasa buruk boleh la guna. Macam saya ok jer. Dia cuma mengeringkan & mengecutkan jerawat macam den nak la.


Tapi rasanya kurang sesuai kalau nak di gunakan macam foundation mungkin akan buat kulit hangpa kering & mengelupas. Cuma sesuai untuk guna pada jerawat jer. Untuk cover macam foundation rasa better cari produk lain. Lagipun dia dah mention acne pimple medication kan.. So, better guna untuk rawat jerawat je la. Jangan nak tenyeh satu muka macam pakai foundation. Kalau kulit hangpa kering & mengelupas jangan salahkan produk. Dia dah mention pada packaging.

So far rasanya OXY cover ni paling cepat & paling berkesan untuk masalah jerawat terutama yang jenis jerawat sebiji sebiji tu. Yang jenis sebiji sebiji tu kadang2 di tumbuh nalla.. punya besar. 1 kilo pun boleh nampak jerawat dulu dari tuan punya jerawat katanya. Rekemen hangpa try OXY cover ni. 2 - 3 hari tu jerawat kecut & kering. Serius tak tipu. Ni bukan cobaan ok.. ni betul betul..

Harga dia masa den beli ahad lepas kat guardian RM11.00++ jer.. tak mahal mana pun. Masih mampu beli. Tak payah dok guna produk mengarut.. Kat drugstore pun banyak produk mampu milik boleh pilih untuk merawat masalah kulit muka.

Yang bagusnya produk dari drugstore.. Lebih jujur. Dia akan bagitau siap - siap produk ni macam mana. Mana OXY Cover dia bagitau awal awal.. Ubat ni agak kuat mungkin ada orang tak sesuai. Bukan macam produk2 kilo, semuanya elok. Semuanya organik & natural bagai.. Padahal tu dia.. bersepah kantoi ada merkuri la, hidrokinon bagai. Sebab nak masuk drugstore semua kena declare di label produk. Kena mention semua perkara.. Alamat pengilang, cara penggunaan, bahan yang di gunakan & ada beberapa perkara lagi. Boleh rujuk entri ni SEBELUM MEMBELI APA2 PRODUK KOSMETIK/SKINCARE PASTIKAN SEMAK SEMUA LABEL INI TERLEBIH DAHULU

OXY Cover ni berdaftar dengan KKM sebagai ubat yer.. Ubat jerawat. Jadi dia ada No MAL. Den dah check memang ada berdaftar & No MAL yang di paparkan pun sahih. tak payah meragui lagi kejujurannya hehehehe

berdaftar sebagai MAL dalam kategori ubat  yer

Nak dapatkan produk ni boleh beli kat drugstore. Tak sure kat farmasi mana lagi ada jual tapi saya beli kat Guardian je. Maybe farmasi lain pun ada jugak kot.

Akhir kata selamat merawat jerawat buat semua jurujerawat di malaysia... hehehehe

P/S : Bukan paid review yer.. Ni review produk beli sendiri & guna sendiri.

LELAKI NI BUAT PENDEDAHAN SELEPAS GUNA PRODUK DARI DRUGSTORE UNTUK RAWAT JERAWAT BATU

LELAKI NI BUAT PENDEDAHAN SELEPAS GUNA PRODUK DARI DRUGSTORE UNTUK RAWAT JERAWAT BATU. Aku ni pun antara pengguna skincare atau cosmetic yang di beli dari drugstore. Seperti yang hangpa sedia maklum.. kami ni shopping skincare memang kebanyakkan kat guardian ja. Kami ni seorang yang tidak setia pada satu jenama produk.. Kami suka cuba untuk lihat kesannya. Alhamdulillah setakat ni walau dok tukar - tukar produk yang di jual kat guardian tu.. Takde la kesan sampingan, muka jadi berjerawat batu, bernanah bagai. Rasanya lebih sihat kulit kami berbanding masa jadi pengguna local skincare dulu..


Produk dari drugstore ni memang kau takkan cantik dalam masa 7 hari patah lagi jerawat hilang dalam masa 3 hari. Mustahil sangat. Rasanya aku terjebak dengan produk dari drugstore dah bertahun tahun.. Dulu gila produk bio essence.. abis semua aku nak cuba. Lepas tu rasa macam bosan aku tukar la.. Sekarang aku guna Cleanser dari Garden of eden, moisturize, bio essence& ada satu whitening cream aku malas pakai brand nano white. Makeup remover aku guna brand bio essence.. Sekarang ni memang tengah mood malas nak membelai muka sangat katanya.. so memang tak berapa macam macam sangat la skincare aku ada. Tunggu mood rajin tu datang esok.. penuh balik koleksi skincare aku. hehehehe

Cerita pasal skincare tadi terbaca satu perkongsian kat media sosial seorang mamat ni share produk yang dia guna untuk rawat masalah jerawat batu yang agak serius la kat muka dia. Semua produk tu dia beli dekat drugstore ok! Dia sendiri mengaku guna produk drugstore ni memang hangpa tak payah feeling sangat la muka hangpa gebu gebas dalam masa seminggu. Kesan dia paling awal pun kalau aku guna boleh nampak dalam 2 minggu.. tu pun bukan terus lawa. Nampak la kesan pemulihan tu. Kira ada beza jugak la sebelum & selepas.

Lelaki ni kata dah setahun la dia guna produk ni untuk rawat masalah jerawat batu dia.. So far memang nampak perubahan ketara sangat. Produk yang di guna adalah cleanser dia guna brand Cetaphil, untuk rawat masalah jerawat dia guna DalacinT, untuk hilangkan parut dia guna produk mederma & untuk siang katanya dia pakai Moisturizer dari produk Cetaphil. Kalau hangpa ada masalah jerawat try la guna produk2 tu.. Dia ni pun spesis macam aku memang suka campur brand produk tapi kalau beli dari drugstore ni, Insya Allah kalau kena dengan keperluan kulit tak ada masalah campur brand produk. Yang penting hangpa kena tau apa masalah kulit, keperluan kulit hangpa ja.


Akhirnya.. selepas istiqomah merawat muka dia yang penuh jerawat batu dengan produk dari drugstore ni.. Inilah hasilnya..


So, kenapa perlu pilih produk yang tiada bukti di ujikaji, tak tau kat mana kilang pemprosesannya sedangkan ada je jual produk yang tidak berisiko & terjamin keselamatannya  yang mudah di dapati kat luar sana. Cash & carry jer.. Alah sekarang ni kalau kata kat tempat hangpa susah nak jumpa farmasi macam guardian & watson tu. Guardian & watson pun ada jual secara online.. Kat website lazada pun ada jual produk2 yang di jual kat guardian. Memang seller dia dari guardian. Aku pernah try beli sekali haritu.. So far so good. Beli kat lazada ni kalau berlaku apa2 terhadap barang kita beli tu at least mereka ada fast action & bertanggungjawab. Senang nak tuntut gantirugi atas kerosakkan atau kehilangan semasa proses penghantaran tu. Sebab tu aku rekemen beli dengan lazada hehehehe.

Moral of the story.. Semua orang nak cantik termasuk aku. Tapi.. Sayangilah diri anda. Jangan obses nak cantik sampai abaikan kesihatan diri. Pilihlah produk yang selamat.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com