Showing posts with label budak 12 tahun kawen. Show all posts

12 TAHUN PAHAM KE TANGGUNGJAWAB ISTERI?

Semua orang rasanya dah tahu pasal kes pengantin budak2 yang hingus pun tak berapa kering lagi. Amboi.. takkan la 12 tahun pun tak reti nak lap hingus sendiri?? Ok.. ok.. tak baik tau mengambarkan budak tu macam kanak2 rebina yang masih pakai lampin. Ok.. 12 tahun dah pandai cintan cintun. Dah ada perasaan nak menggatal bila tengok budak laki ensem apatah lagi kalau ada budak laki yang nak tackle dia.. mesti kegedikkan tu terserlah sebab budak2 sebaya tu bukan pandai sangat cover excited dia, kan??

Gambar ni pinjam dari FB orang kampung je.
Bila dah wujud perasaan gedik2.. perasaan nak loving2 dengan budak laki lepas tu ada respond dari budak laki maka terjadi lah cinta monyet. Bila dah cintan cintun.. yang si gadis sunti 12 tahun ni memang la tahap kematangan dia bawah paras yang sangat2 bahaya atau erti kata lain sangat2 la tak matang tapi tahap keberanian dia melawan cakap mak bapak juga di paras bahaya. Yelah.. bak kata bapak dia, terpaksa bagi kawen sebab dia taknak balik rumah & nak duduk rumah boipren dia. Betul tindakkan bapak tu.. sang lekit pun tak salahkan si bapak. Memang sang lekit percaya si bapak pun fikir kawenkan anak dia dalam usia 12 tahun tu bukanlah yang terbaik tapi itulah jalan yang paling baik yang ada dengan perangai anak dia tu. Dari anak dia jadi mak orang sebelum nikah dalam usia semuda tu ada lagi bagus anak dia jadi bini orang dulu sebelum terjadinya mak orang kan.

Tengok muka sengsorang.. yang pompuan 12 tahun & yang laki 19 tahun tu memang agak jelas depa dua2 orang pun bukan reti sangat tanggungjawab laki bini ni. Yang bangka pun kadang2 tak paham lagi yang mana tanggungjawab & yang mana ko tak perlu tanggung & jawab inikah yang kategori baru nak masuk remaja. Depa cuma fikir.. dengan kawen tu je depa boleh jumpa selalu, loving2 selalu & kemana saja berdua orang tak ganggu. Tapi bila kita cakap pasal jodoh.. terpaksa kita redha sebab semua tu rahsia Allah. Allah dah tulis untuk kita bila kita lahir.. bila kita kawen & bila kita mati. Cuma perkahwinan dalam usia mentah tu perlu banyak perhatian & bimbingan orang tua. Budak2 la katakan.. macam depa buat perangai sebelum kawen.. ikut hati lepas kawen pun still kebudakkan tu takkan hilang atau berubah sekelip mata.

Nasib baik budak laki tu dari keluarga yang ada bisnes sendiri, kira dia boleh la menumpang cari makan dengan bapak & teruskan bisnes family kalau tak goyah jugak kalau ekonomi tak kukuh tapi nak kena bela bini dalam usia yang muda macam tu. Apapun sang lekit doa kan adik2 tu berbahagia hingga ke akhir hayat. Kes hangpa tu buat kampung akak pemes dik. sebab budak laki tu sekampung dengan sang lekit tapi sang lekit tak kenai la. budak sangat.. kita ni dah balusia la katakan.. (Baby lanjut usia = Balusia). Tapi dari penerangan kawan sekampung tu agak kenai2 gitu la mak bapak dia.

P/S : Kalau dulu daku 12 tahun tu still dapat duit raya lagi.. adik ni lepas ni agaknya dapat duit raya lagi tak?? kekekekeke


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com