Showing posts with label susuk. Show all posts

PAKAI SUSUK RELEVAN ATAU TAK ZAMAN SEKARANG?

PAKAI SUSUK RELEVAN ATAU TAK ZAMAN SEKARANG? Sesambil mengisi masa petang aku tengok Filem susuk kat Netflix. Bukan filem susuk yang Malaysia punya ni susuk filem dari Indonesia. Berkisahkan seorang perempuan yang pakai susuk kemudian berlaku kemalangan dia jatuh dari kondo. Sepatutnya menurut doktor dalam keadaan dia memang tak akan hidup dah tapi dia masih hidup. Semua tu sebab dia ada pakai susuk yang ada pendamping.Ada satu babak dia dah di sahkan meninggal.. Nurse semua dah cabut wayar tetiba dia hidup balik. Akibat kekangan kewangan adik dia terpaksa keluarkan dia dari hospital dan bawa balik kampung untuk merawat cara kampung. Mula mula cuba rawat secara Islam tapi tak berjaya lepas tu terpaksa cari dukun susuk untuk keluarkan susuk yang kakak dia pakai. Berjaya di keluarkan tapi tak berjaya untuk pisahkan jasad kakak dia dari pendamping susuk tu sebab dukun tu tak boleh buang susuk pertama yang kakak dia pakai sebab ilmu dia tak cukup kuat untuk berlawan dengan pendamping susuk tu.

Sebab dia cari dukun orang kampung mula rasa tidak senang dengan depa mula menunjukan reaksi tak suka. Sehingga seseorang memberitahu bahawa ibu mereka juga dulu memakai susuk tapi tidak berjaya untuk keluarkan susuk sehingga jasad membusuk walaupun tidak mati. Akhirnya ibunya di kebumikan juga walau tidak berjaya menanggalkan susuk yang di pakai. Kalau hangpa nak tau kesudahan kisah tu hangpa tengok je Filem susuk tu. Sekarang ni kita kembali ke topik asal.. Masih relevan atau tak zaman sekarang pakai susuk?

Yelah lambakan produk kecantikan, spa kecantikan, teknologi pembedahan plastik untuk kecantikan bagai. Tu tak cerita produk timbang kilo yang bersepah di jual kat Malaysia ni. Semua untuk memenuhi keperluan manusia yang nak cantik terutama perempuan. Jadi perlu ke nak pakai susuk yang kita dah tahu akan ada kesan buruk dari sudut spiritual kan selain di tegah oleh ajaran agama terutama Islam. Berbanding dulu faham la selain tak banyak produk kecantikan atau pusat kecantikan, orang dulu kurang pendedahan & pendidikan dalam agama jadi mungkin kejahilan mereka itulah yang menyebabkan mereka bersekutu dengan jin & syaitan untuk memenuhi tuntutan nafsu mereka. Tapi zaman sekarang selain lambakan produk kecantikan & pusat kecantikan, penyebaran ajaran agama pun semakin meluas. Bukan alasan jahil atau kurang kemudahan lagi melainkan hanya sebab inginkan cantik secara pintas & menipu pandangan mata manusia lain dengan menggunakan perantaraan jin & syaitan yang semua orang tahu penuh tipu daya.

Pakai susuk ni bukan saja menyusahkan diri sendiri akan menyusahkan orang lain juga. Contoh bila dah tenat tak mati mati dah waris nak kena cari orang yang arif dalam rawatan spiritual macam tu. Tak tahu kenapa masih ada orang berminat nak pakai susuk susuk ni lagi sedangkan teknologi dah maju. Nak cantik tak perlu guna pendamping jin & syaitan pun. Kenapa nak menyusahkan diri? Pakai susuk pun bukan murah sangat. Nak bayar untuk perkhidmatan bomoh lagi, peralatan yang di gunakan sebagai perantaraan pun memerlukan kos. sama je kalau kau pergi spa kecantikan ke, klinik kecantikan ke atau beli produk skincare atau beauty care. Tapi kenapa pilih cara syirik & khurafat tu? Adakah sebab kesan kecantikan tu lebih cepat atau macam mana? Sebenarnya pakai susuk ni dia umpama kau pakai filter. Hakikatnya muka kau sama je. Kalau buruk tu buruk juga tapi di kaburi dengan filter di mana bila orang tengok nampak cantik. Tapi filter susuk ni dia berunsurkan perkara perkara mistik la. Orang boleh nampak secara real yang hangpa tu cantik tapi sebenarnya tak pun. Cuma di kaburi dengan pandangan dari tipu daya jin & syaitan. Sebab tu bila langgar pantang larang atau tidak buat apa apa ritual mengikut perjanjian semasa nak pasang susuk tu akan menyebabkan kesan tu jadi lebih buruk. Mungkin tanda amaran & amarah pendamping bila kehendaknya tidak di turuti.

Selain ia di lihat amalan kuno yang bertentangan dengan ajaran agama yang bagi aku dah tak relevan untuk di pratikan di zaman sekarang dimana untuk cantik kena perlu ada perjanjian dengan iblis & syaitan. Dah kena ikat kontrak dengan makhluk makhluk ghaib. Kalau boleh slow talk ok la juga ni jenis kalau dia dah deal gitu.. Gitulah kau kena ikut. Dah la syarat pelik pelik. Tak boleh lalu bawah ampai la, tak boleh makan satey la.. Entah lah. Tak faham aku yang sanggup menyekutukan Allah untuk cantik ni. Kau makeup sudah la. Balik rumah cuci je takde pantang larang apa apapun. Pakai susuk ni umpama satu penipuan pada diri sendiri & orang lain sedangkan tidak mengubah hakikat sebenar pun.

Tapi trend sekarang aku nampak makin menjadi jadi orang suka buat ritual ritual khurafat ni tak hanya untuk cantik. Untuk lariskan perniagaan, untuk jatuhkan orang lain & macam macam sebab la. Seolah olah kemajuan macam tidak mampu mengatasi kepercayaan orang pada perkara perkara syirik & khurafat. Sebab tu sekarang terlalu banyak filem filem seram berunsurkan mistik ni di hasilkan. Mungkin salah satu faktor ada yang obses & taksub pada perkara perkara macam ni. Aku terkecuali aku suka tengok filem seram tapi tidak terdetik untuk mencuba sebarang ritual ritual khurafat & syirik ni. Seumur hidup aku, aku tak pernah guna khidmat bomoh. Hanya perawat dari pusat rawatan Islam yang di percayai sahaja. Contoh darussyifa.

Kesimpulannya.. Teknologi masih tak mampu melawan amalan amalan syirik & khurafat ni. Sebab nak kata golongan tidak terpelajar je percaya & mengamalkan perkara perkara macam ni tak juga. Semua golongan ada yang terjebak dalam aktiviti macam ni. Sebab tu pentingnya didikan agama & mempratikan acara agama. Kalau tak kau pandai la macam mana pun kau tetap akan jadi bodoh juga bila kau tak ada pegangan agama yang kuat. Tak tak.. aku bukan ustazah. sebenarnya aku tengah tarbiah diri sendiri juga ni. hikhikhik.


KELIBAT SERAM DISISI BARANG KES BUNUH DIRI DALAM BALAI POLIS

KELIBAT SERAM DISISI BARANG KES BUNUH DIRI DALAM BALAI POLIS. Semalam cerita pasal anak patung misteri kat Airport hari ni kita cerita seram kat balai polis pulak. Apa.. Ingat hantu takut ke dengan polis walau depa ada pistol. Tak heran setakat pistol tu katanya.. Polis pun takut dengan depa hanya tunjuk kelibat jer.. Kau hado, kata hantu. hehehe

Gambar sekadar Hiasan. Carian Google

Cerita berkisahkan seorang polis yang handle satu kes bunuh diri melibatkan seorang wanita. Selepas ke tempat kejadian semua barang2 bukti kes bunuh diri tu di bawa balik ke balai la untuk siasatan. Termasuk la tali curtain yang di gunakan untuk mengantungkan diri tu.

Barang2 kes tersebut di letakkan di satu sudut. Sudut mana kat dalam balai tu tak pulak di terangkan secara jelas.. Penting sangat ke cerita pasal sudut tu kan sampai hangpa nak tau jugak. hahaha.. Lupakan sudut tu kita ke sudut yang lain pulak. Nak di jadikan cerita datang seorang polis wanita ni.. Pegang tali tu. Sambil puji cantik katanya. Sapa la gamaknya punya kes.. Almaklum perempuan.. Kalau tengok benda cantik tak dapat ambil dapat pegang pun jadila. Lumrah.. perempuan memang sukakan kecantikkan katanya. Dah pegang lepas tu dok goyang2 pulak tali tu.

Anggota polis lelaki yang perhatikan perempuan tu.. hanya terkaku diam. Masing masing mula rasa seram.. Nak2 lagi tak semena mena dengar anjing melolong.. Pakat berdiri tegak bulu roma bersedia untuk nyanyi lagu negara ku katanya. Polis wanita yang pegang tali tadi tu.. terus letak balik. Terus lari peluk seorang lagi polis wanita kat situ.

Salah seorang polis wanita kat situ cerita yang dia nampak susuk tubuh seorang perempuan betul2 ada sebelah tali tersebut. Yang lain2 tak nampak tapi memang rasa seram semacam seolah2 ada sesuatu kat situ. Sebab keadaan semakin menyeramkan.. salah seorang anggota polis ajak semua masuk dalam satu bilik. Masing2 tekad tak akan keluar dari bilik tu sampai siang walaupun telefon berdering tak henti2.. bunyi kertas di selak atau bunyi perabot di ubah. Gamaknya malam tu kalau ada orang awam nak laporkan apa2.. semua call tak berjawab la yer sebab polis bertugas kat balai malam tu semua takut hantu. Hahahaha

Keesokkan harinya.. walau barang kes bunuh diri tu di pindahkan ke tempat lain tapi semua mereka masih merasa seram & ada sesuatu. Maybe sebab takut sangat kot. - Sumber Cari -

Moral of the story.. Walaupun kita tengok polis kadang2 nampak hero membenteras kes2 yang katanya sedang menyeramkan negara tapi bila melibatkan gangguan mistik tak semua polis berani jugak. hehehe. Biasa la.. polis pun manusia, ye dak. Peace!

SERAM! TERKEJUT WANITA CANTIK BERTUKAR JADI TUA SELEPAS DITIDURI

SERAM! TERKEJUT WANITA CANTIK BERTUKAR JADI TUA SELEPAS DITIDURI. Ni bagus jugak di baca oleh lelaki lelaki kasanova yang suka sangat 1 night stand. Dia punya bini angkat bersepah. Bukan takat keliling pinggang, kategori keliling badan. Kiri kanak depan belakang atas bawah. Kalau buat list perempuan yang dia dok baca check in kat hotel rasanya boleh jadi novel. Tu tak termasuk yang dia ayat2 ajak minum, enjoy dalam pub atau pi karaoke. Kalau senaraikan semua tu rasanya 3 4 buah novel pun belum tentu cukup nak cerita aktiviti kasanova dia tu.

Gambar sekadar hiasan

Macam tu dengan seorang mamat ni katanya dia hidup dalam keluarga yang bermasalah. bapak kaki botol, kaki judi. Selalu bergaduh dengan mak dia. Jadi dia rasa tak tenteram la nak duduk kat rumah so dia banyak habiskan masa kat luar dengan aktiviti yang kurang bermoral. Biasa la spesis2 suka enjoy macam tu.. pusat2 hiburan & perempuan memang perkara biasa la. walaupun tak kahwin tapi honeymoon selalu. Kiranya hari2 hari hari jumaat la bagi dia. pepaham je la..

Nak jadikan satu kisah ni.. Dia berkenalan dengan seorang wanita cantik. Bentuk badan tak payah cakap la beb! Dia punya cutting no 8 la. Dari pandangan mata lelaki gatal & jahat memang cukup sempurna, cantik & menariknya. Semenjak dia kenal perempuan ni setiap hari dia rasa ghairah je. Kalau tak dapat jumpa dengan perempuan tu dia mesti rasa panas badan & baran. Sebelum ni dia dok bertukar pasangan pun tak pernah rasa macam tu punya melekat dengan perempuan. Tapi yang sorang ni.. Macam mana pun tetap dia kena juga jumpa & bersama perempuan tu.

Sampai la satu hari tu... Perempuan tu ajak dia kat hotel. Kau rasa dia nak malu2 kucing parsi ke kalau dah perempuan yang sentiasa buat dia rasa ghairah walau hanya berbual ajak pergi hotel. Sangat2 mustahil la. Bila dah sampai melarat ke hotel.. Takkan nak baca yassin bersama sama kot. Menipu sangat la tu. Dah la bukan muhrim. Berdua2 dalam bilik. Dengan lelaki yang nafsu level syaiton nirojim.. Maka berlaku seperti apa yang di harapkan syaiton. Berjoget sakan iblis meraikan malam pertama mereka tu. Sampai la keesokkan paginya. lelaki ni terbangun & tengok perempuan tu masih tidur tapi membelakangi dia. So, dia biar je la. Dia pergi mandi. Lepas mandi pun perempuan tu still tak bangun dia pun jenguk la.

terkejut beruk mak yeh kategori pop yeh yeh.. Bila yang dia nampak adalah seorang perempuan tua yang dari muka sampai kekaki berkedut seribu. Ni kalau iron pun belum mampu hilang kedut. rawatan laser pun dah tak jalan. Tua sangat dah kot.. Sebab terlampau takut perempuan cantik yang dia dah ehem hem semalam bertukar jadi nenek tua. Dengan bertuala paras pinggang. Dia capai pakaian dia terus lari sampai ke lobi baru dia pakai baju seluar.

Bila dia cerita kejadian tu kat kawan dia.. Kawan dia bawa jumpa seorang pakcik yang ada kemahiran la dalam perkara2 mistik ni. Menurut pakcik tu perempuan tua tu sebenarnya pakai susuk untuk kelihatan muda & cantik. Tapi mungkin pagi tu susuk dia terjatuh kot tu yang nampak rupa sebenar dia. Mak aii.. susuk apa dia pakai gamaknya. Dari kedut seribu nampak tegang macam anak dara. Bomoh degawan pun tak mampu nak bagi susuk macam tu. Hahaha

Sumber - Kisah Bermalam Dengan Nenek Tua -

Moral of the story... Nenek2 zaman dulu banyak masa tua habis buat benda2 macam ni je dengan cucu cucu dia >>Yang Tak Ada Lagi Pada Nenek2 Zaman Sekarang<< Tapi nenek zaman sekarang dah tak boleh terima hakikat diri tua dah tua. Dah masuk zon pinggir kubur tetap tu nak feelling muda rumaja buat maksiat dengan lelaki level2 cucu. Padan la dengan kasanova macam tu.. Sekali kau tidur dengan nenek. Padan muka!

NAK BUANG SUSUK TAPI BENDA LAIN YANG MASUK

Kesian kan? Orang tu dah dapat hidayah.. dah nak berubah kearah yang lebih baik.. nak buang kejahilan yang pernah dia buat dulu. Pergi dapatkan khidmat orang yang tahu pasal perkara tu alih2 teraniaya.. Ni la perangai buruk kebanyakkan bomoh. Depa trick konon macam merawat tapi kadang2 depa menambah penyakit dalam badan pesakit yang sedia sakit.

Sekadar hiasan

Tadi tertengok Syifa Wanita TV9, rancangan yang di hos kan pengamal perubatan Islam Ustaz Sharhan Shafie. Seorang akak ni.. tak payah sorok muka dia tak kisah orang kenal dia walau dia pernah buat silap dulu. Katanya.. memang dia nak semua orang tahu kisah dia supaya boleh di jadikan iktibar. Memang aku respect akak ni.. Betul kata dia.. buat apa nak malu dengan manusia.. kita patut malu dengan Allah..


Kisahnya dia nak buang susuk yang di pakai.. pergi la kat pengamal perubatan alternatif maybe mak bomoh mana tak tau. Konon macam nak tolong buangkan susuk dia tapi alih2 benda lain pulak di masukkan ke badan akak ni. makin bertambah masalah la si akak tu.. Terpaksa pergi berubat sana sini.. duit habis.. sakit tak baik. sampai la jumpa dengan ustaz sharhan. Sempat jugak tunjuk akak ni buang susuk berlian yang dia pakai sejak 20 tahun dulu.. memang keluar berlian tu semasa upacara yang ustaz sharhan buat.

Kalau kita ada penyakit misteri, gangguan atau berkaitan perkara ni mistik ni pergi la pada pengamal perubatan Islam yang betul2 mempratikkan rawatan cara Islam bukan macam sesetengah pengamal perubatan alternatif yang ritual perubatan dia bercampur. Ada unsur syirik & khurafat even dia menggunakan ayat2 Al Quran dalam perubatannya. Kalau yang terang2 kategori bomoh ni.. tak payah la. Kadang2 jenis bomoh macam ni ada perjanjian dengan jin & syaitan untuk tempoh2 tertentu depa kena tunaikan. Kadang2 bomoh cari makan ni.. takde penyakit pun dia hantar penyakit kat kita sebab nak kita sentiasa follow up dengan dia. Dah banyak pusat rawatan Islam sekarang.. dah tak susah nak cari.

Moral of the story.. perkara ghaib ni memang wujud & sehingga kini masih ramai manusia menggunakan perkhidmatan jin untuk tujuan tertentu sampai lupa apa yang di hajati tu semua berlaku dengan keizinan Allah even dia menggunakan bantuan dari perkara2 khurafat & syirik. Jadi mohonlah pertolongan & perlindungan dari Allah.


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com