NAK BUANG SUSUK TAPI BENDA LAIN YANG MASUK
Kisahnya dia nak buang susuk yang di pakai.. pergi la kat pengamal perubatan alternatif maybe mak bomoh mana tak tau. Konon macam nak tolong buangkan susuk dia tapi alih2 benda lain pulak di masukkan ke badan akak ni. makin bertambah masalah la si akak tu.. Terpaksa pergi berubat sana sini.. duit habis.. sakit tak baik. sampai la jumpa dengan ustaz sharhan. Sempat jugak tunjuk akak ni buang susuk berlian yang dia pakai sejak 20 tahun dulu.. memang keluar berlian tu semasa upacara yang ustaz sharhan buat.
Kalau kita ada penyakit misteri, gangguan atau berkaitan perkara ni mistik ni pergi la pada pengamal perubatan Islam yang betul2 mempratikkan rawatan cara Islam bukan macam sesetengah pengamal perubatan alternatif yang ritual perubatan dia bercampur. Ada unsur syirik & khurafat even dia menggunakan ayat2 Al Quran dalam perubatannya. Kalau yang terang2 kategori bomoh ni.. tak payah la. Kadang2 jenis bomoh macam ni ada perjanjian dengan jin & syaitan untuk tempoh2 tertentu depa kena tunaikan. Kadang2 bomoh cari makan ni.. takde penyakit pun dia hantar penyakit kat kita sebab nak kita sentiasa follow up dengan dia. Dah banyak pusat rawatan Islam sekarang.. dah tak susah nak cari.
Moral of the story.. perkara ghaib ni memang wujud & sehingga kini masih ramai manusia menggunakan perkhidmatan jin untuk tujuan tertentu sampai lupa apa yang di hajati tu semua berlaku dengan keizinan Allah even dia menggunakan bantuan dari perkara2 khurafat & syirik. Jadi mohonlah pertolongan & perlindungan dari Allah.
betul tu kak sokong. takleh simply percaye je bomoh2 yg bertauliah ni. kene carik2 betul2 ikut islam.
ReplyDeleteYe.. Bomoh² dan raja bomoh mana boleh percaya. Bkn nak menambah baik,menambah penyakit je nanti.
ReplyDeleteBahaya betul. Saja dia nk org tu berubat dgn dia semula kot lepas tu
ReplyDeleteBetul tu Suria. Memang ada jenis bomoh yang entah apa-apa dibuatnya supaya kita datang follow up balik kalau tak baik sakitnya. Akak ni bab bomoh membomoh memang kurang percaya sikit walaupun percaya adanya alam ghaib dan sebagainya.
ReplyDelete