UNTUK JERAWAT.. NIXODERM ATAU CELLMULA AC CLEAR SPOT GEL
UNTUK JERAWAT.. NIXODERM ATAU CELLMULA AC CLEAR SPOT GEL. Lama rasanya tak buat entri pasal skincare ni. Bukan kata tak dak skincare produk yang saya try untuk di review tapi kekangan masa nak menulis tu terhad sangat. Di samping mood pun sekejab up sekejab down. Mental tak berapa nak sihat sangat katanyaDi kesempatan yang ada ni moh ler kita cerita sikit pasal skincare. Almaklum la.. den dengan jerawat ni macam perjanjian sehidup semati pulak. Tak banyak sebiji dua mesti juga dia nak menempel.so selalunya memang sentiasa ada la apa apa produk untuk atasi jerawat kat rumah den.
Sebab terpengaruh di tiktok saya ada juga la terrrrrr... Beli krim ubat Nixoderm. Salah satu fungsi krim ni untuk rawat jerawat. Padahal saya kat rumah guna Cellmula AV clear spot gel. Saja nak try Nixoderm ni sebab harga dia pun murah. Ramai sangat dok review kat Tiktok tu.
Kita cerita pasal nixoderm dulu lah.. pertama kali apply dia rasa panas & pedih sikit kat kulit dalam beberapa tempoh. Mungkin dalam seminit dua gitu. Sebab Nixoderm ni bukan skincare tapi ubat yang berdaftar sebagai MAL kkm.
Nixoderm ni bagusnya jerawat kering & kecut dalam masa 1 hari. Tapi yang tak bestnya.. bahagian jerawat tu nanti dia jadi kering & mengelupas yang nampak ketara. Lepas dah rata bahagian jerawat tu dia akan meninggalkan kesan parut yang hitam sangat. Tu dari pengalaman saya guna la.
Untuk Cellmula AC Clear Spot Gel untuk jerawat ni dah lama saya guna. Saya guna bersama moisturizer dari jenama yang sama sebab boleh di gunakan masa muka breakout & untuk kulit berminyak juga. So far AC clear spot gel ni dia ambil masa sikit untuk jerawat tu betul betul kering & kecut sepenuhnya. Normally 3 - 5 hari. Tapi yang bagusnya tidak meninggalkan kesan parut atau kalau adapun selalunya tak hitam pekat. Tu pun maybe sebab garu atau picit la. Tapi parut coklat yang lite lite sajo. Bila guna dengan moisturizer dia.. parut tu akan perlahan lahan pudar & hilang.
Bila kita sapu AC Clear Spot Gel ni pun tak ada rasa panas je, perit atau apa. Sebab produk adalah produk berasaskan bahan semulajadi. Lebih selamat untuk kulit terutama yang jenis kulit sensitif macam saya.
Bila saya cuba kedua dua produk ni apa boleh saya katakan Nixoderm ni agak 'keras' sebab dia dalam kategori ubat. Berkemungkinan sesetengah kulit tak dapat terima & mungkin boleh berlaku keradangan atau iritasi. Tapi bagi kulit yang dapat terima boleh guna sebab Nixoderm adalah produk farmasi yang berdaftar sebagai ubat dengan KKM.
Untuk cellmula AC Clear Spot Gel ni.. lebih mesra kulit sebab natural produk. Tak perlu menahan pedih atau panas cuma perlu sabar & terus consistent guna sehingga masalah jerawat tu selesai. Cellmula ni produk korea yang juga berdaftar dengan kkm sebagai kosmetik produk. Bukan produk kilo atau OEM. Produk ni antara produk yang dah melalui RnD di korea. Mungkin kat Malaysia tengah nak up.
Bagi hangpa yang ada masalah jerawat boleh try la yang mana mana hangpa rasa sesuai dengan masalah jerawat hangpa. Kedua duanya cara guna sama. Sapu pada bahagian jerawat sahaja. Kalau dah jerawat satu muka.. satu muka la sapu.
Untuk Nixoderm boleh beli di Vital farmasi atau drugstore seperti guardian atau watsons.untuk Cellmula produk boleh dapatkan dari pengedar sah mereka di malaysia iatu Puan Suzana.
Facebook : https://www.facebook.com/suzanawati.shafii
Tips : Untuk jerawat cepat kecut & kering selalu saya gunakan gel jerawat bersama acne patch. Lepas sapu gel jerawat tu saya lekat acne patch. Boleh la try kot kot berkesan pada hangpa.
Jadi untuk jurujerawat sekalian.. semoga perkongsian ini dapat membantu anda. Pilih produk yang selamat & berdaftar dengan kkm. Tapi kena ingat produk yang selamat pun perlu ada keserasian dengan kulit. Bukan semua kulit boleh terima semua produk. Setiap kulit itu berbeza penerimaan sesuatu produk jadi penting untuk pilih produk yang betul.