Showing posts with label figure up. Show all posts

BEDAK TANAKA TIADA KELULUSAN KKM??

Bab ni aku memula pun tertanya tanya jugak kan?? Yelah.. kewujudan bedak Tanaka kat Malaysia ni sebenarnya dah lama tapi pengguna di kalangan rakyat malaysia ni masa tu tak berapa meluas. Cuma orang2 mymar yang kerja buruh2 kasar je pakai. Standard retis2 mymar tak pernah pulak pakai.. Myamar2 yang golongan ada - ada pun tak pernah nampak jugak depa tempek bedak tanaka ni.

Cuma setelah gambar Nora Danish menempek bedak tanaka tersebar maka ramailah manusia berpusu2 cuba membeli bedak tanaka ni. Rega tak payah cakap la.. macam2 rega ada. Dari rega RM15 hinggalah ke RM40 pun ada orang jual walhal bedak ni kalau kat luar boleh dapat tak sampai RM10 pun seunit.

Bab rega.. tu tak kisah la. Yang sanggup bayar mahal tu suka hati la duit depa kan?? Tapi bedak tanaka ni ada kelulusan dari KKM ker?? sebab ada terbaca dari status hamba Allah ni yang profilenya tertulis salah seorang staff di KKM yang mengatakan produk ni tiada kelulusan KKM.


Sumber dari FB pemilik status

Sang Lekit pun tak berani nak sahkan produk ni samada ada kelulusan ataupun tak tapi orang yang pernah beli & sedang menjual rasanya kena alert la bab ni. Bila keluar cerita2 macam ni pengguna akan rasa was was untuk gunakannya. Yelah.. kang ambil stok banyak tetiba orang dah taknak beli kan rugi. Jadi bila kita ada maklumat lengkap pasal produk yang kita jual lebih2 lagi status halal & selamat yang di sahkan oleh mereka2 yang berwajib kan mengurangkan risiko. Jadi pada peniaga tanaka ni jangan sentap ok.. kalau ada info, bukti atau apa2 yang boleh korang share.. bagitau kalau nak tempek kat entri blog melekit ni. den boleh je tolong sebarkan.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com