Showing posts with label poll. Show all posts

PERLU WUJUDKAN SATU APLIKASI UNTUK MENYEMAK STATUS PERKAHWINAN

PERLU WUJUDKAN SATU APLIKASI UNTUK MENYEMAK STATUS PERKAHWINAN. Kita sedia maklum baru baru ni kecoh cerita seorang abang yang di tikam mati kekasih adik perempuannya.. Bila dia cuba menyakinkan adik dia yang kekasih dia adalah suami orang maka di bawa adik ni ke jabatan agama Islam untuk semak status perkahwinan tersebut. Ternyata lelaki tersebut memang suami orang.


Akibat tak puas hati kekasih si adik ni menikam si abang sehingga mati. Punya la sayang si abang pada adik.. Nak adik dia mendapat pasangan yang bertanggungjawab & boleh menjaga adik dia dengan baik sehingga terkorban nyawa bila dia nak menegakkan kebenaran. Lelaki kalau awal2 dah tipu status perkahwinan kat situ dah jelas dia gagal menjadi seorang suami & lelaki bertanggungjawab. Nak2 lagi lepas bunuh orang.. Apapun benda dah berlaku... Menangis airmata coca cola sekalipun si Abang dah pergi meninggalkan semua termasuk isteri yang tengah sarat mengandung anak pertama. Confirm benda tu akan menjadi sesalan seumur hidup kepada si adik. Harap benda tu menjadi pengajaran sepanjang hidup pada dia. Lelaki masa mengayat kau memang la lemah lembut sebab tu kau tak sangka dia boleh jadi sekejam tu sampai sanggup membunuh. Nasib baik Allah tunjuk awal2 perangai dia sebelum kau jadi bini dia..

Semalam terbaca satu post Harian Metro online kat Facebook.. Depa dok tengah buat survey patut atau tidak satu applikasi di wujudkan bagi menyemak status perkahwinan seseorang. Bagus jugak bagi aku ada aplikasi macam ni. tak payah nak ambil risiko keluar pergi pejabat agama nak periksa status perkahwinan seseorang.. semua boleh buat secara online. Aku tak rasa benda ni melanggar privacy seseorang. Bagi aku status perkahwinan tu tak perlu privacy sangat la.. Yang suka nak privacy tu yang kadang2 something wrong somewhere

Jadi kalau korang rasa setuju atau tak aplikasi ni di wujudkan korang boleh vote atau nyatakan pandangan anda kat sini >> Poll Isu Semak Status Perkahwinan << So, nyatakan pandangan anda kat sini. Memang aku tahu majoriti perempuan akan sokong aplikasi menyemak status perkahwinan di wujudkan sebab majoriti perempuan tak ramai yang suka sorok status perkahwinan. Almaklum la perempuan takde kuota bagai.. Lelaki kawen 1 bujang lagi 3 tu yang suka sangat mengaku bujang. Sebab selagi kuota tu tak penuh selagi tu ada ruang kebujangan depa. Menyampah I tau!! hehehehehe

Memang lelaki di bolehkan berkahwin lebih dari satu tapi ada term & condition dia jugak. Kalau status perkahwinan pun dah menipu.. kat situ dah 'gagal' dengan jayanya untuk berpoligami. Jadi tak payah nak ikut sunnah kawen sangat la sedang yang wajib & sunnah lain kau tak pernah nak ikut.

Moral of the story.. Kalau aplikasi macam ni di wujudkan confirm ramai lelaki & retis yang suka sorok status perkahwinan tu akan cuak. hehehehehe... Perkahwinan sesuatu yang baik kot, kenapa malu jika orang lain tahu? pelik kan???

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com