SEBELUM BELI SUNGLASS DI ZALORA ATAU LAZADA INI ANDA PERLU TAHU
SEBELUM BELI SUNGLASS DI ZALORA ATAU LAZADA INI ANDA PERLU TAHU. Mentang mentang la baru shopping spek itam kat zalora & lazada. Terus buat entri tu.. Yelah.. Kita kena kongsi pengalaman sendiri agar boleh menjadi rujukkan pada orang lain. Mungkin ada yang tengah dok survey sunglasses kat Zalora atau Lazada sekarang ni. Ada orang memang semua benda dia beli online termasuk pakaian dalam. Maybe dia jenis manusia macam Najib Tun Razak yang memanjang busy. Takde masa nak ukur shopping mall macam aku ni. Kalau boleh berkhemah dalam shopping mall gamaknya aku dah buat camping kat situ masa sale. hahahaWalaupun aku suka menabung kat shopping mall sekarang aku mula berjinak jinak menderma secara online shopping pulak. Sebelum ni yang aku beli online kebanyakkan supplement anak aku jer... Lepas tu kadang2 beli skincare macam sabun cuci muka yang susah nak jumpa jual kat luar. Sekarang dah mula mengketagihkan diri beli barang2 aksesori macam sunglass pulak. Yang terbaru.. baru je sampai sunglass dari Lazada. Bulan lepas ada jugak beli sunglass dari Zalora. Sebenarnya aku order dari lazada dulu tapi sebab barang ni kat oversea so shipping ambil masa dekat sebulan baru sampai. Tu yang tetiba ter order kat zalora. hehehe
Kualiti barang kedua2 sunglass dari lazada & zalora bagi aku padan la dengan harga tapi tak ada la kualiti pasar malam sangat walau harga dia konon masa sale sampai cecah harga pasar malam. Tapi kedua dua tak ada kotak atau sarung tempat simpan sunglass. Beli sendiri kat DIY. saploh hengget je kotak sunglass ni.
Tapi berbeza dengan Zalora. Ukuran tu macam takde je. Yelah.. adult size ni normally size dia semua sama. Kalau ada kat description tu pun ukuran tu tak jelas sangat. Maksudnya panjang lebar tinggi bagai dia tak bagi secara detail macam kat lazada. Aku main agak2 je masa nak beli. Aku tengok muka model yang pakai cermin mata tu & agak kalau letak kat muka aku besar mana. Tapi bila sampai ok la.. sebab aku ambil yang jenis cutting kecil. Kalau jadi besar pun tak nampak janggal. Sebab trend sekarang mata lalat kan. Sunglass besar dari muka hahaha.
Lepas ni boleh la cheq selfie ala2 retis korea. Dulu bukan takde sunglass tapi dah nam jahanam jadinya di buat si dara kecik dalam rumah ni. Almaklum la Malaysia ni panas.. mendidih bijik mata cheq bila dok dalam kereta time panas. Nak2 kalau jalan jejauh di siang hari. Tu yang gedik beli.
Moral of the story.. Nak beli apa barang pun make sure baca description sampai habis. Bukan apa.. tak baca kang terlepas pandang apa2 sampai barang atau lambat sampai lepas tu mula dok mengamuk kat media sosial. Jadi viral alih2 salah sendiri tak baca term & condition. Kan malu sendiri.