Showing posts with label produk ubat. Show all posts

MAKSUD DRUGSTORE YANG RAMAI RUPANYA MASIH TAK TAHU

MAKSUD DRUGSTORE YANG RAMAI RUPANYA MASIH TAK TAHU. Terpanggil makcik lekat lekit nak menulis pasal ni. Bukan apa makcik kan sangat prihatin dengan pengguna di Malaysia katanya. So, makcik memang suka la menulis entri entri khidmat masyarakat. Sebab makcik masih lagi berpegang dengan pendapat.. "Apa yang remeh bagi kita, belum tentu sesuatu yang remeh bagi orang lain" Maksudnya yang kita rasa benda tu macam kacang je atau alah.. semua orang tahu benda tu.. Tapi tak mustahil ada yang masih tak tahu & tercari cari jawapannya.


Contoh macam satu perkataan yang macam trending orang sebut sekarang 'Drugstore'. Kita dok sebut nak beli apa2 produk skincare/kosmetik, ubat ke hapa better beli kat drugstore lebih selamat. Masing masing pulun dok suggest drugstore sana drugstore sini.. Tapi kita lupa nak explain apa itu drugstore pada mereka yang mungkin tak tahu menatang apa drugstore. Kedai macam mana tu drugstore ni?

Sebenarnya kan.. Saya sendiri pernah di tanya.. drugstore tu apa? Kedai apa? Tapi cuma masa tu tak dapat petunjuk & hidayah pulak nak tulis kat blog. Just explain terus pada yang bertanya. Di sebabkan baru baru ni ada hamba hamba Allah yang mula terpesong pemahamannya tentang drugstore & cuba memanipulasikan fakta tentang drugstore so adalah lebih baik Ahkak menulis kat blog ni. At least kalau orang google jumpa jugak la info pasal drugstore.

Ada yang cuba translate drugstore tu sebagai tempat penyimpanan dadah. Katanya Drug bermaksud dadah & store tempan simpan barang so dia simpulkan drugstore sebagai tempat simpan dadah. Maka katanya produk yang di jual di drugstore ni jadi belum tentu selamat maybe mengandungi dadah atau kimia yang merbahaya jugak. Tak sure statement ni datang dari seller produk ke sapa.. Cuma terbaca info dari geng #SkuadPenggunaBijak jer..

Bagi yang tak faham & tak tahu apa itu drugstore.. Drugstore ni kalau di translate ke bahasa melayu bermaksud kedai ubat tapi selalu kita sebut farmasi la. Contoh macam farmasi farmasi yang ada kat luar sana.. termasuk guardian, watson bla.. bla.. bagai. Bukan kedai ubat atau booth2 jamu tu yer. Ni farmasi yang di iktiraf di mana untuk memasarkan sebarang produk kat dalam tu mestinya produk yang telah menjalani ujian makmal. Ketat juga la nak letak produk kat farmasi ni.. Tak berapa banyak info apa yang prosudernya tapi bukan simply2 kau nak letak produk yang cuma berdaftar dengan KKM tanpa ada bukti sokongan lain yang menyatakan produk ekau tu solamat yo milah.

Drugstore bukan tempat simpan dadah yer anak anak sekalian.. Jangan pergi drugstore kau minta nak beli dadah sepaket pulak. Senang paham macam ni la drugstore tu = Farmasi. Simple. hang tak payah nak berbelit sangat pikiaq drugstore kedai dadah bagai. Kalau dah farmasi tu Insya Allah.. Majoriti produk atau ubat yang di jual selamat. Bukan kata 100% produk drugstore ni guna bahan semulajadi even ada chemical pun di dalam dos yang di benarkan & di luluskan untuk di pasarkan.

Jadi.. Para pengguna sekali, moga dengan info santai ala ala membawang ni memberi manafaat kepada semua. yang mana salah faham tu moga lebih faham. Nak lebih info merujuk la kepada yang lebih pakar.

Moral of the story.. Bak kata pepatah, 'Malu bertanya sesat jalan'. So kalau hangpa jenis malu atau sombong nak bertanya.. maka dapat la kemaluan kembali. Kalau ada salah info dalam entri ni mohon betulkan di ruangan komen yer.

JANGAN TERTIPU! PRODUK DI BAWAH PENGKELASAN MAKANAN TIDAK BOLEH DI IKLAN KAN UNTUK MERAWAT LUAR ATAU DALAMAN

JANGAN TERTIPU! PRODUK DI BAWAH PENGKELASAN MAKANAN TIDAK BOLEH DI IKLAN KAN UNTUK MERAWAT LUAR ATAU DALAMAN. hangpa perasan tak.. Kadang kadang ada penjaja produk ni terutama jamu atau apa2 produk berbentuk makanan tambahan (supplement) tak kira dalam bentuk jus ke, tablet ke, kapsul ke hapa.. bila kita tanya dia nombor pendaftaran KKM dia akan jawab.. Produk dia tak perlu berdaftar dengan KKM sebab di kelaskan sebagai produk makanan. Betul la tu.. Produk di bawah pengkelasan Makanan tak perlu KKM tapi hangpa kena tengok juga dia claim apa tentang produk dia.

Claim maksudnya.. dia iklan fungsi produk dia tu untuk apa? Contoh dia jual produk jus atau jamu.. Kemudian dia kata boleh merawat masalah dalaman, menguruskan badan, mengetatkan tut.. merancang kehamilan, meningkatkan kesuburan.. Kalau claim dia macam tu dia bukan lagi dalam kategori produk makanan. Sebab produk dia di ambil dengan cara makan atau minum dengan claim merawat bagai.. Dia kena ada Nombor MAL KKM. Kalau dia bagitau tak perlu bermakna dia bohong. Samada di bohong hangpa produk dia mampu memberi kesan rawatan macam dia claim atau dia tipu Ingredient produk dia.

Sebab produk dalam pengkelasan makan apa yang saya baca dia cuma boleh ada bahan bahan makanan bukan bahan bahan untuk merawat apa2 masalah atau penyakit. Produk makanan adalah produk yang diambil untuk tujuan keperluan zat dan nutrisi badan dan bukanlah untuk tujuan-tujuan perubatan seperti merawat penyakit dan sebagainya. Produk makanan hanya dibenarkan untuk membuat tuntutan pada nutrien tertentu sahaja dan bukannya pada produk.

Produk-produk yang digunakan untuk tujuan menjaga kesihatan, mengekal atau mengembalikan fungsi anggota badan dan yang lebih khusus untuk merawat atau menyembuhkan penyakit merupakan produk ubat.

Produk ubat bukan sahaja tertumpu kepada ubat hospital sahaja malah produk suplemen kesihatan seperti produk-produk vitamin dan mineral, produk ubat tradisional yang mengandungi campuran herba-herba, bahan mineral, bahan dari sumber semula jadi serta produk-produk homeopati.

Selain itu, produk yang mengandungi bahan-bahan makanan yang diformulasikan dalam bentuk dosej dan dijual untuk tujuan perubatan juga adalah dikategorikan sebagai produk ubat. Contohnya, kapsul bawang putih, kapsul atau cecair minyak zaitun, kapsul atau cecair minyak kelapa dara dan lain-lain lagi.

Contoh akuan fungsi bahan yang diluluskan adalah seperti vitamin C yang dapat membantu penyerapan zat besi daripada makanan; Zink penting untuk tumbesaran dan lain-lain lagi.

So hangpa kena faham juga produk yang tidak memerlukan berdaftar dengan KKM adalah produk di bawah pengkelasan makanan & produk tu memang tak boleh claim merawat apa apapun macam produk ubat. Kalau dah jamu atau jus2 menggunakan bahan bahan herba & claim boleh merawat macam macam masalah tu tapi dok membohong kata produk dia tak perlu berdaftar dengan KKM mohon jauhi pengedar/agent/seller tu yer. Dia membohong ok. Kalau benda macam tu pun dia dah tak bertanggungjawab untuk memberitahu perkara yang benar.. Kalau berlaku apa2 kemudaratan kat hangpa nanti.. sah sah.. dia takkan bertanggungjawab. Silap haribulan dia spin cerita untuk menampakkan hangpa yang salah.

Kebiasaannya, produk ubat yang berdaftar dengan KKM pun tidak dibenarkan untuk meletakkan sebarang kenyataan atau tuntutan menyembuhkan penyakit pada iklan dan label produk ubat tersebut. Malah, sekiranya produk-produk ubat ini ingin mengiklankan produk mereka di pasaran atau media, mereka perlu mendapatkan kelulusan daripada Lembaga Iklan Ubat terlebih dahulu.

Yang semakin berleluasa sekarang adalah produk-produk makanan yang diiklankan untuk tujuan perubatan. Ia bukan sahaja menyalahi undang-undang malah ia juga bertentangan dengan tujuan sebenar produk makanan yang seharusnya dijual untuk fungsi membekalkan zat dan nutrisi seharian dan bukannya untuk merawat penyakit.

Perlu diingatkan bahawa membuat tuntutan perubatan terhadap produk makanan adalah satu kesalahan di sisi undang-undang. Sekiranya pengusaha atau pengeluar sesuatu produk ingin membuat tuntutan perubatan atau kesihatan pada produk mereka, maka mereka perlu mendaftarkan produk mereka dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah melalui Agensi Regulatori Farmasi Negara (NPRA) di bawah KKM.

Sekiranya sesuatu produk dijual dengan tuntutan untuk tujuan perubatan, maka produk tersebut adalah produk ubat dan bukanlah produk makanan. Sesuatu produk ubat seperti produk suplemen, herba tradisional, jamu dan vitamin perlulah mendapat kelulusan dari Pihak Berkuasa Kawalan Dadah terlebih dahulu dan diberikan nombor kelulusan MAL sebelum boleh dijual di pasaran. Manakala produk makanan tidak sepatutnya mempunyai sebarang nombor pendaftaran atau kelulusan KKM seperti yang selalu dinyatakan oleh para penjual.

Moral of the story.. Penjual produk sekarang even kau tengok berimejkan islamik.. Takzirah dari pagi membawa ke tengah malam. Caption dia petik agama manjang.. Kadang2 bukan boleh percaya. Depa pun menipu boleh tahan. Golongan penunggang agama ni ramai.. Semata mata nak meraih syurga dunia, tampil dengan imej niqab serban bagai.. Jual produk menipu orang. Jadilah pengguna bijak. Banyak membaca Insya Allah kurang kena klepet (tipu).

Sumber Jom Kenal Ubat



20 JENIS PENYAKIT YANG TIDAK BOLEH DI IKLANKAN UNTUK JUAL PRODUK

20 JENIS PENYAKIT YANG TIDAK BOLEH DI IKLANKAN UNTUK JUAL PRODUK. Sepanjang berkecimpung dalam dunia blog.. Bermacam macam produk saya buat review.. Memang banyak yang terlepas pandang. Dulu mungkin ikut je apa yang client nak saya tulis dalam review tu.. Tapi sekarang bukan la kata pandai cuma dah ada pendedahan tentang apa yang boleh di iklankan & apa yang tak boleh.. So, akan di perbaiki dari masa ke semasa la. Yelah.. sebagai blogger kita bertanggungjawab juga la apa yang kita tulis kan..


So untuk segmen khidmat masyarakat hari ni.. Mai la sini saya nak share dengan hangpa semua terutama seller2 produk la. Depa ni kadang2 tak tau.. Yang jahat pengeluar & founder produk la tak bagitau padahal depa tau benda ni tak boleh. Semasa depa nak berdaftar dengan KKM tak kira nak apply NOT atau MAL.. rasanya depa dah tau tak boleh buat tuntutan berlebihan (Overclaim) dalam iklan produk depa. Tapi besa la kan.. Jenis ada batu besar atas kapla punya orang dia bukan fikir dah kesan pada pengguna yang dia pikiaq (fikir) Masyuk.. Banyak Masyuk.. banyak untung. Neraka? Lambat lagi nak mati.. Dah kaya raya sampai tak tau nak buat apa dengan harta yang ada esok, taubat la. Macam confirm nyawa dia panjang kan?

Benda ni bukan je salah dari segi undang2 malah salah dari segi agama juga tapi sapa yang kesah kan? Jadi kita sebagai pengguna la kena belajar & bijak. Jangan sampai di pijak pijak oleh pengeluar & pengedar produk yang misi depa memang nak kejar syurga dunia. Macam dok kata tadi.. Nak fikir syurga neraka katanya mati lambat lagi. Sempat nak taubat..

Antara penyakit yang tidak boleh di iklankan untuk produk tak kira la produk kosmetik, supplement atau ubatan adalah..

1. Penyakit Buah pinggang
2. Penyakit Jantung
3. Kencing Manis
4. Sawan
5. Lumpuh
6. Batuk kering
7. Kusta
8. Kanser
9. Darah Tinggi
10. Penyakit urat sarat Yang berkaitan hubungan seks
11. Penyakit Venerus
12. Lemah Fungsi Seks
13. Frigiditi
14. Kemandulan
15. Sakit Mental
16. Ketagihan dadah
17. Pekak
18. Asma/lelah
19. Hernia
20. Penyakit Mata

Yang paling banyak produk suka claim adalah boleh sembuh kanser, darah tinggi, kencing manis, Asma/lelah & yang claim paling popular dari produk ubat/supplement tradisional macam jamu adalah memulihkan masalah lemah seksual bagai. Kat situ dah terang terang satu kesalahan depa buat cuma kita ja sebagai pengguna atau seller bawahan ni mungkin tak tahu benda tu jadi satu kesalahan undang undang.


Paling penting yang kita kena makesure kalau produk yang bernotifikasi (ada nombor NOT KKM) itu hanya untuk produk kosmetik. So dia tak boleh sama sekali claim produk dia boleh merawat sebarang penyakit. Contoh ada skincare yang berasaskan krim hormon ni. Kalau cuma ber NOT KKM dia claim boleh rawat masalah dalaman bagai tu memang dah overclaim.

Untuk produk ubat macam jamu bagai tu.. Mesti ada no MAL KKM. Tapi tetap tak boleh claim boleh rawat & sembuhkan 20 penyakit kat atas tu yer. Memang boleh jumpa bersepah pengedar produk iklankan produk depa boleh merawat penyakit bagai.. Depa nak overclaim tu depa punya pasai. Kita sebagai pengguna jangan mudah terpedaya. Kalau rasa melampau sangat sila report kat sini http://moh.spab.gov.my/eApps/system/index.do

Jadi sama sama kita belajar. Saya pun sebelum serius banyak perkara yang tak tahu. Main review jer. Tapi bila berlaku musibah.. Secara tak sengaja saya banyak belajar tentang perkara ni. So apa saja info yang saya dapat dari mereka, Insya Allah saya akan kongsikan untuk kebaikkan bersama.

Moral of the story.. Syurga dunia memang untuk orang kaya. Ada orang sanggup merisikokan kesihatan orang lain untuk meraih kekayaan maka kita yang tak kaya yang obses nak cantik & sihat la kena lebih bijak. Ubah persepsi.. Miskin tak bererti boleh di buli & di perbodohkan.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com