JANGAN TERTIPU! PRODUK DI BAWAH PENGKELASAN MAKANAN TIDAK BOLEH DI IKLAN KAN UNTUK MERAWAT LUAR ATAU DALAMAN

2/06/2018 02:50:00 PM suria lekatlekit 1 Comments

JANGAN TERTIPU! PRODUK DI BAWAH PENGKELASAN MAKANAN TIDAK BOLEH DI IKLAN KAN UNTUK MERAWAT LUAR ATAU DALAMAN. hangpa perasan tak.. Kadang kadang ada penjaja produk ni terutama jamu atau apa2 produk berbentuk makanan tambahan (supplement) tak kira dalam bentuk jus ke, tablet ke, kapsul ke hapa.. bila kita tanya dia nombor pendaftaran KKM dia akan jawab.. Produk dia tak perlu berdaftar dengan KKM sebab di kelaskan sebagai produk makanan. Betul la tu.. Produk di bawah pengkelasan Makanan tak perlu KKM tapi hangpa kena tengok juga dia claim apa tentang produk dia.

Claim maksudnya.. dia iklan fungsi produk dia tu untuk apa? Contoh dia jual produk jus atau jamu.. Kemudian dia kata boleh merawat masalah dalaman, menguruskan badan, mengetatkan tut.. merancang kehamilan, meningkatkan kesuburan.. Kalau claim dia macam tu dia bukan lagi dalam kategori produk makanan. Sebab produk dia di ambil dengan cara makan atau minum dengan claim merawat bagai.. Dia kena ada Nombor MAL KKM. Kalau dia bagitau tak perlu bermakna dia bohong. Samada di bohong hangpa produk dia mampu memberi kesan rawatan macam dia claim atau dia tipu Ingredient produk dia.

Sebab produk dalam pengkelasan makan apa yang saya baca dia cuma boleh ada bahan bahan makanan bukan bahan bahan untuk merawat apa2 masalah atau penyakit. Produk makanan adalah produk yang diambil untuk tujuan keperluan zat dan nutrisi badan dan bukanlah untuk tujuan-tujuan perubatan seperti merawat penyakit dan sebagainya. Produk makanan hanya dibenarkan untuk membuat tuntutan pada nutrien tertentu sahaja dan bukannya pada produk.

Produk-produk yang digunakan untuk tujuan menjaga kesihatan, mengekal atau mengembalikan fungsi anggota badan dan yang lebih khusus untuk merawat atau menyembuhkan penyakit merupakan produk ubat.

Produk ubat bukan sahaja tertumpu kepada ubat hospital sahaja malah produk suplemen kesihatan seperti produk-produk vitamin dan mineral, produk ubat tradisional yang mengandungi campuran herba-herba, bahan mineral, bahan dari sumber semula jadi serta produk-produk homeopati.

Selain itu, produk yang mengandungi bahan-bahan makanan yang diformulasikan dalam bentuk dosej dan dijual untuk tujuan perubatan juga adalah dikategorikan sebagai produk ubat. Contohnya, kapsul bawang putih, kapsul atau cecair minyak zaitun, kapsul atau cecair minyak kelapa dara dan lain-lain lagi.

Contoh akuan fungsi bahan yang diluluskan adalah seperti vitamin C yang dapat membantu penyerapan zat besi daripada makanan; Zink penting untuk tumbesaran dan lain-lain lagi.

So hangpa kena faham juga produk yang tidak memerlukan berdaftar dengan KKM adalah produk di bawah pengkelasan makanan & produk tu memang tak boleh claim merawat apa apapun macam produk ubat. Kalau dah jamu atau jus2 menggunakan bahan bahan herba & claim boleh merawat macam macam masalah tu tapi dok membohong kata produk dia tak perlu berdaftar dengan KKM mohon jauhi pengedar/agent/seller tu yer. Dia membohong ok. Kalau benda macam tu pun dia dah tak bertanggungjawab untuk memberitahu perkara yang benar.. Kalau berlaku apa2 kemudaratan kat hangpa nanti.. sah sah.. dia takkan bertanggungjawab. Silap haribulan dia spin cerita untuk menampakkan hangpa yang salah.

Kebiasaannya, produk ubat yang berdaftar dengan KKM pun tidak dibenarkan untuk meletakkan sebarang kenyataan atau tuntutan menyembuhkan penyakit pada iklan dan label produk ubat tersebut. Malah, sekiranya produk-produk ubat ini ingin mengiklankan produk mereka di pasaran atau media, mereka perlu mendapatkan kelulusan daripada Lembaga Iklan Ubat terlebih dahulu.

Yang semakin berleluasa sekarang adalah produk-produk makanan yang diiklankan untuk tujuan perubatan. Ia bukan sahaja menyalahi undang-undang malah ia juga bertentangan dengan tujuan sebenar produk makanan yang seharusnya dijual untuk fungsi membekalkan zat dan nutrisi seharian dan bukannya untuk merawat penyakit.

Perlu diingatkan bahawa membuat tuntutan perubatan terhadap produk makanan adalah satu kesalahan di sisi undang-undang. Sekiranya pengusaha atau pengeluar sesuatu produk ingin membuat tuntutan perubatan atau kesihatan pada produk mereka, maka mereka perlu mendaftarkan produk mereka dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah melalui Agensi Regulatori Farmasi Negara (NPRA) di bawah KKM.

Sekiranya sesuatu produk dijual dengan tuntutan untuk tujuan perubatan, maka produk tersebut adalah produk ubat dan bukanlah produk makanan. Sesuatu produk ubat seperti produk suplemen, herba tradisional, jamu dan vitamin perlulah mendapat kelulusan dari Pihak Berkuasa Kawalan Dadah terlebih dahulu dan diberikan nombor kelulusan MAL sebelum boleh dijual di pasaran. Manakala produk makanan tidak sepatutnya mempunyai sebarang nombor pendaftaran atau kelulusan KKM seperti yang selalu dinyatakan oleh para penjual.

Moral of the story.. Penjual produk sekarang even kau tengok berimejkan islamik.. Takzirah dari pagi membawa ke tengah malam. Caption dia petik agama manjang.. Kadang2 bukan boleh percaya. Depa pun menipu boleh tahan. Golongan penunggang agama ni ramai.. Semata mata nak meraih syurga dunia, tampil dengan imej niqab serban bagai.. Jual produk menipu orang. Jadilah pengguna bijak. Banyak membaca Insya Allah kurang kena klepet (tipu).

Sumber Jom Kenal Ubat


1 comment:

  1. I like this! Betul tu, sedang beras pun kena label betul2 ikut Akta Pelabelan Makanan, apa lg benda2 yg claim mcm2 benefits.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com