Showing posts with label perbuatan. Show all posts

BUANG BAYI DALAM KAWASAN MASJID DI PUJI & DIPANDANG MULIA OLEH MASYARAKAT

BUANG BAYI DALAM KAWASAN MASJID DI PUJI & DIPANDANG MULIA OLEH MASYARAKAT. Semalam terbaca satu viral kat page Oh!media.. Alkisahnya seorang ibu meletakkan atau bahasa kasar membuang bayi dia di masjid bersama sekeping surat. Dalam surat tu menyatakan dia tidak mampu nak jaga anak dia. Di letakkan budak tu dalam kotak & di tinggalkan dalam masjid. Macam biasa aku pun spesis rajin juga membaca respond dari nitezen ni.. Majoriti sokong perbuatan dia dengan alasan dia tak berkemampuan & cara dia buang anak dia at least cara selamat. Takde la buang dalam longkang, dalam tong sampah atau dalam semak katanya...


Yer betul la dia letak anak dia tu kat tempat orang nampak elok & selamat tapi jangan ingat tak berisiko. Masjid pun sekarang bukan tempat selamat sangat dah sebab manusia sekarang dah tak takut dengan hukuman Allah.. Dalam masjid pun kita boleh nampak macam2 kejadian yang berlaku. Bukan setakat mencuri.. ada yang sampai berani nak menculik kanak kanak dalam kawasan masjid. Inikan bayi sekecil yang memang tak mampu protect diri sendiri. Bayangkan dapat kat sindiket perdagangan manusia.. Entah apa nasib baby tu kan? Tu salah satu risiko..

Yang kedua aku tetap tak bersetuju dengan perbuatan membuang anak even dalam kawasan masjid dengan alasan tidak mampu tu. Sebabnya.. Bagi aku banyak cara anak tu boleh di serahkan kepada orang lain dengan cara yang lebih baik & selamat. Bila aku cakap hantar je kat kebajikan masyarakat ada orang cakap.. Ingat senang ke? Banyak songeh nak ikut saluran undang undang ni.. Ok ok.. aku paham. Memang banyak prosuder nak kena buat. Tak nak ikut saluran undang2 dengan betul.. boleh je bagi kepada keluarga angkat yang nak jaga anak kau. Ramai orang yang nak anak tapi tidak di kurniakan rezeki.. Baru2 ni kes culik bayi kat hospital tu. Betapa dia nak anak.. sanggup buat perkara menyalahi undang - undang.

Nota yang di tinggalkan bersama seorang bayi dalam kotak di kawasan masjid

Dengan buang macam tu bagi kesan pada masa depan anak tu sendiri.Bayangkan dia besar & sejarah tertulis bahawa mak dia buang dia dalam kotak letak dalam masjid. Lebih menyedihkan berbanding mak dia serahkan dia pada keluarga angkat untuk di jaga. Dulu masa aku kerja kat sebuah proton dealer ada seorang perempuan datang nak beli kereta.. bila dia bagi maklumat diri dia sangat kesian bila tengok surat beranak dia.. banyak ruangan tiada maklumat. Nama ibu takde, nama bapa apatah lagi, tempat lahir semua tak ada.. Warganegara pun tak ada ok! Cuma kalau tak silap aku,  dia di beri PR je.. Tolong la fikir semua kesan tu sebelum buang anak dengan tiada identiti macam tu.. Kalau betul kau sayang tapi tak berkemampuan bukan cara tu kau nak selesaikan masalah.

Ramai orang positif dengan perbuatan wanita tu.. Aku nampak benda tu mengalakkan lagi orang lain buat perkara yang sama bila terlahirnya anak yang mereka tak mahu atau tak mampu bela. Jangan sampai satu hari nanti setiap hari ada saja bayi di letakkan kat kawasan masjid & masyarakat terus memuji & bersimpati kepada si pelaku. Tak mustahil masjid boleh jadi pusat pembuangan bayi jugak suatu hari nanti sebab kita terlalu positif pada perkara yang terang terang sebenarnya tidak betul caranya.

Kita kena tahu.. buang bayi menyalahi undang undang negara boleh di kenakan tindakkan undang undang. Jadi.. buat macam tu pun belum tentu si ibu terlepas dari masalah malah dia menambah masalah yang ada jika di sabitkan kesalahan. Kenapa kita perlu menggalakkan orang melakukan kesalahan? Bagi la solution yang lebih baik.. Jangan asal ada cerita sedih sikit kau dah rasa betul semua perbuatan yang memang salah tu. Jangan membandingkan perbuatan yang salah dengan kesalahan yang lain tak kira la yang lebih kejam atau tak. Sebab kau buang anak dalam longkang ke buang anak dalam kawasan masjid ke.. kedua dua perbuatan tu adalah salah.

Islam pun mengharamkan perbuatan membuang bayi ni. Anak tu di lahirkan bersama rezeki. Memang aku tak sokong perbuatan membuang bayi tak kira la kau buang kat tempat yang kau rasa selamat dengan keadaan anak tu yang sihat & baik. Jangan hanya fikir masalah si ibu & minta orang duduk di tempat dia membayangkan apa dia tanggung & rasa.. Cuba letak diri anda dalam nasib si anak yang mungkin akan membesar, remaja & dewasa bersama sejarah hidup yang tercatat kisah dia yang pernah di buang ibu dalam kotak bersama sekeping nota sedih. Aku yakin dia juga akan mempertikai.. kenapa ibu dia pilih cara 'buang' bukan menyerahkan dia kepada orang yang layak menjaganya sebagai anak angkat?

Moral of the story.. Tak perlu menegakkan benang yang basah & tak perlu membetulkan apa yang salah. Tolong!! Jangan mengalakkan orang lain membuat kesalahan.. Cara tu tidak menyelesaikan masalah.

GOSIP ADALAH PERKARA YANG SEMUA ORANG BUAT

Kita ni kat laman sosial kadang2 rasa bila kita tak buat something tu macam kita baik sangat dah kan.. Contoh macam tajuk entri ni. Gosip.. tak kira la gosip pasal artis, pasal isu2 semasa, pasal orang2 sekeliling, pasal kawan atau pasal apa2 mahupun sesiapa je la. Kalau tulis dalam blog gosip pasal retis kemain keluar statement menyindir kat FB.. Baik aku layan lawak bodoh dari dok viralkan gosip katanya...

Sumber google

Macam confirm la kan kita tak pernah atau tak selalu bergosip. Gosip ni bukan takat berlaku kat FB atau blog jer.. kat group whatsapp pun bersepah orang bergosip termasuk yang pernah keluarkan statement sarcasm bila orang lain share atau tulis pasal gosip. Aku pun tak terkecuali melakukan perkara yang sama iatu gosip.. Jadi mengaku siap2 sebelum di serang segala Anon, enon, meon,peon,eton,jenah,jemah,jembalang,jin bagai...

Kita semua ni termasuk aku kadang2 terlupa apa yang kita buat & lebih nampak apa yang orang lain buat. Kita rasa macam kita dah gud gud sangat bila kita tak tulis entri berunsurkan gosip tapi kita lupa kita juga memperkatakan tentang gosip even bukan di blog. Jadi.. apa beza kita dengan yang lain? Aku tak point kat mana2 individu yer.. tapi aku point kat semua termasuk diri sendiri. Ni kira entri selain mengata orang sambil membuka pekung di dada jugak la. hahahahaha

Jadi.. sebagai manusia tak perlu la kita rasa kita je betul kan padahal kita sedia maklum setiap hari ada je dosa yang kadang sengaja kadang tak sengaja kita buat. Cuma beza yang menjadi ia nampak betul atau nampak macam salah besar sangat adalah pengaruh yang kita ada. Yang banyak pengaruh.. nampak mulia je. Yang macam aku ni.. Silap cakap bagai satu dosa yang tak terampun la kan. Tapi.. Di mata Allah.. kita tetap melakukan dosa yang sama. Tapi lumrah la kita manusia.. pandangan manusia lebih menjadi keutamaan berbading  pandangan Allah kan?

P/S : Aku tak pelik kalau ramai yang terasa dengan entri ni termasuk la aku pun terasa jugak dengan entri aku sendiri sebabnya.. kita buat maka kita akan terasa. Peace!


PERBUATAN YANG TAK SENONOH TAPI KREATIF

Manusia ni kadang - kadang nak cipta kelainan sampai jadi pelik. Kadang2 perbuatan tu sampai di luar manusia normal terfikir nak buat. Tapi tak semua perbuatan pelik tu tak elok ada jugak memberi inspirasi pada orang lain untuk buat even nampak tak senonoh atau kelakar.

Ni aku dapat dari Says. 10 perbuatan yang bagi aku kreatif tapi tak berapa senonoh sikit la. Meh kita tengok..

1. Ikat belon pada kura kura supaya senang nak jejak dia kalau lepas berkeliaran dalam rumah


2. Jadikan troli sebagai grill untuk memanggang. Hahahaha. serius yang ni tak senonoh tapi kreatif


3. Letak botol berisi batu depan pintu rumah bagi mengantikan fungsi loceng rumah. Orang datang goncang je botol tu. Ok jugak tu.


4. Yang ni totally memang tak senonoh langsung. Panggang sosej guna penyapu/penyakar sampah besi. Hak tuih punya idea. hahahaha


5. Nak senang bangun pagi bila jam loceng bunyi.. try letak paku payung dekat button untuk tutup bunyi loceng jam tu. Confirm takde 5 minit.. 5 minit dah. Bangun terus. Hahahaha


6. Ni aku tak tau idea bodoh sapa. Letak ubat gigi dalam makanan untuk memastikan nafas sentiasa segar.


7. Sebagai penganti Handfree.. Jimat tak payah beli ikat je tel ada dengan getah kat telinga. Idea lapuk dah ni.


8. Ni kalau time2 emergency tengah2 jalan lampu kereta rosak boleh jugak guna pakai. Boleh guna lampu suluh untuk temporary.


9. Ni tahap bakhil ni kalau buat. Beli pisau cukur tapi batang dia tak beli. Guna garpu plastik pengantik batang pisau cukur tu.


10. Kalau takde tempat nak parut keju buat camni pun boleh. Tak kisah la benda apa janji dia ada permukaan berlubang2 camni. hahahaha


Memang tak berapa senonoh perbuatannya tapi kadang2 time terdesak boleh jugak guna idea2 ni kan? tapi kalau sesaja nak buat tu..mungkin tidak. hahahaha

Sumber : Says


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com