Showing posts with label event. Show all posts

RIAKNYA BLOGGER TU ASYIK TUNJUK SCREENSHOT TRAFFIC BLOG JE

RIAKNYA BLOGGER TU ASYIK TUNJUK SCREENSHOT TRAFFIC BLOG JE. Ni kalau Blogger Diana Rashid baca tajuk entri mesti terkumat kamit mulut dia melazer. Berani kau dok cari pasal. Sebab Kak Diana Rashid antara blogger yang selalu berkongsi screenshot traffic blog dia kat Facebook. Memang tak di nafikan traffic blog dia memang gempak walau dia hanya berblog dari rumah je. Dia tak ada join apa2 komuniti blogger yang popular bagai nak rak di mana ahli2 dia pun kena tempias populariti tu bila muka manjang nampak kat event2 melibatkan blogger. Pun macam tu dia mampu menjana traffic harian yang buat ada yang menangis tiap kali tengok dia share.

Ni contoh screenshot traffic blog. Aku screenshot dari google analytic & nuffnang stats. Sebagai blogger kena tahu jugak nak screenshot benda ni. Kadang2 advertiser yang nak guna blog kita akan tanya benda benda ni ok.

Riak sungguh kan blogger macam tu?? Nak menunjuk la tu.. Traffic blog dia yang berpuluh ribu sehari tu kan? Dia tak tau ke perbuatan dia tu boleh buat blogger lain yang traffic rendah akan rasa down & sedih? Dia tak takut ke nanti blog dia kena hack sebab orang dengki? Atau memang dia tak ada life asyik nak menunjuk je traffic blog. Kiranya hidup dia memang tak ada apa yang best selain blog dia jer...??

Astagfirrullah.. Isgtifar jer anak anak. Statement tu aku ulang siar jer. Bukan aku nak mengumpat blogger2 yang suka tayang traffic kat blog. Blogger Diana Rashid tu sebagai contoh jer tapi bukan dia sorang jer buat macam tu. Ramai lagi blogger yang mengamalkan cara macam tu. Bagi blogger lain yang mempertikai & tak faham kenapa ada blogger menunjuk traffic blog dia.. Meh la sini makcik nak story mory sikit..

Kami ni blogger dari rumah yang memang berblog hanya dari rumah je. Salah satu cara nak menyakinkan orang memilih blog kami untuk beriklan atau mempromosikan produk atau service mereka adalah memberitahu berapa jumlah Views & visitor di blog. Kau fikir kalau tulis blog sehari sepuluh dua puluh orang je baca blog kau ada orang nak letak iklan kat blog kau. Ada orang nak bagi kau review berbayar? Kau letak banner nuffnang pun belum tentu dapat earning kalau views & visitor kau macam tu, OK! So, kena la canang kat orang blog kita berapa banyak views & visitor supaya orang tahu blog kita berpotensi untuk di jadikan medium pengiklanan & rujukan orang lain. Lain la yang jenis muka2 selalu join event bagai.Populariti depa maybe dah level2 macam orang ni >> Inilah Orang Yang Lebih Popular Dari Retis. Pendek kata dia lagi retis dari retis << so depa tak payah struggle sangat nak advertise service mereka di blog melalui media sosial. banyak jemputan ke event2 & review berbayar. Depa blogger cari income dari event2 macam tu maybe nampak rilex je tak asyik cakap pasal blog. Hanya cakap pasal event2 depa attend jer. macam kami dari rumah ni terhad sikit. Muka kami tak glemer jadi terpaksa la meng 'glemer' kan blog kami jer. Terpaksa tunjuk kelebihan yang ada pada blog sebab tak boleh nak jual muka macam blogger2 cantik & ensem yang ada kat alam maya ni. So kami jual penulisan kami je la. Jangan pulak pertikai kenapa tak libatkan diri dengan event2 macam tu? Setiap orang ada keterbasan mereka sendiri. So jangan nak compare hidup kau dengan hidup orang lain sangat la. Kalau ada yang menyampah tu bukan masalah kami.. Tu masalah depa. hahahaha

Asyik cakap pasal blog pun orang meluat?? Blogger yang serius dengan blog dia memang akan menjadikan blog dia keutamaan. Takkan dia nak pi cerita dengan jiran2 yang blog pun depa tak tau pejadahnya menatang tu. Mesti la dia cerita kat media sosial sebab blog pun salah satu aktiviti media sosial. Macam orang jual produk atau perkhidmatan dia secara online jugak. Dah tentu dia lebih banyak cakap pasal perniagaan dia. Lain la orang memang tak arah tujuan... membebel dengan anak laki bini kat facebook je 24 jam sehari macam tinggal lain lain rumah. Macam tak hadap orang2 yang dia bebel tu hari hari kat rumah sampai perlu guna FB nak bercakap dengan depa. Kalau yang bukan blogger menyampah tu ok la maybe depa tak faham tapi sesama blogger pun rasa menyampah maybe dia mengalami stress melampau dalam hidup la kot.hehehe

Jangan buruk sangka sangat dengan blogger yang menayang traffic blog tu.. Memang bekerja dengan blog ni mesti kena menunjuk nunjuk. Blogger memang terkenal suka menunjuk pun tak kira la tunjuk traffic blog ke, tunjuk produk review ke, tunjuk dia join apa2 event melibatkan blogger sebab itu memang berkaitan dengan kerja & pendapatan yang dia dapat dari blog. Perlu ke jadi isu?? Lagipun Tu salah satu cara menarik pengiklan atau individu untuk menggunakan khidmat di blog kita. Kau tak menunjuk orang tak tahu. Berblog memang tak boleh guna konsep low profile sangat . Biarlah orang tak tahu traffic blog kita berapa.. Tak penting pun katanya. Rezeki tu dari Allah.. Memang rezeki Allah yang bagi tapi dia tak bagi dengan hanya kau duduk tadah tangan tak buat apa apa. Dalam apa cara kau nak cari rezeki pun kena ada usaha & strategi katanya. Kalaupun kau tak tunjuk traffic kau kena tunjuk yang kau mampu untuk buat kerja tu baru orang yakin nak bagi kau job berbayar.

Moral of the story.. Walau kita berkerja dalam bidang yang sama sekalipun tapi rezeki kita tetap berbeza. Walau kita sama2 ada blog tapi traffic blog kita tak sama. Tu pun berkaitan dengan rezeki jugak. Yang penting terus berusaha kalau nak berjaya dalam bidang tu.. Kalau tengok traffic blog orang yang gempak pun terus rasa down & sedih macam mati laki/bini.. Better kau pergi kerja makan gaji je la. Tak sesuai untuk kau jadikan blog sebagai sumber pendapatan. hehehehe

P/S : Blog lekatlekit.com jugak menyediakan khidmat review & iklan. Berminat boleh email ke lekatlekitgurl@yahoo.com

GAMBAR BLOGGER MELAYU DALAM ARTIKEL SAYS

GAMBAR BLOGGER MELAYU DALAM ARTIKEL SAYS. Aku ni memang rajin baca artikel2 dari says sebab kadang2 ada artikel yang menarik boleh share kat blog jugak. Nak jadi blogger bukan je kena rajin menaip entri kena rajin membaca jugak. Selain mencari sumber idea menulis.. Kita kena ambil tahu jugak info, isu semasa tak kira luar & dalam negara. Nak2 lagi blogger macam aku ni.. Dalam blog aku boleh sumbat apa je isu sebab konsep aku menulis ikut suka hati aku nak tulis pasa apapun.


Tadi dok tengok2 iklan kat 8share terclik satu artikel says ni. Salah satu tips nak menulis iklan 8share korang kena rajin baca iklan tu dulu. Kalau setakat just copy link & share memang korang takkan tahu apa isi kandungan iklan tu & korang takkan dapat idea caption2 menarik untuk di tulis tentang iklan tu. So, kena rajin sikit kalau nak earning maintain 3 angka setiap bulan yer...

Bila aku clik artikel says tu awal2 lagi dah keluar gambar sekumpulan blogger ni. 2 orang jer blogger yang aku kenal & ada dalam friendlist aku. Wah... bukan calang2 blogger boleh masuk dalam artikel says ni. hebat la mereka mereka itu. Jadi aku hulurkan dahi untuk dapatkan autograf dari depa... hahahaha

Tahniah la pada kumpulan blogger melayu ni...  Depa ni blogger yang aktif join aktiviti @ event luar berkaitan blogger jadi tak pelik la tetiba nampak muka depa terselit kat mana2 artikel, majalah, atau keluar TV. Blogger retis katakan... mesti Bro Framestone suka ni. hahahaha. Kalau hangpa nak tengok artikel says yang mana ada muka blogger lesung pipit dua ketol ni meh tengok kat sini >> 9 Fun Things You Need To Check Off Your To-Do List And Experience This August <<

Moral of the story.. Pi main2 kat kidzania pun boleh masuk artikel portal popular.. Ok aku pun nak pi main2 kat kidzania jugak la. hahahaha

BLOGGER JANGAN ASYIK CERITA PASAL EVENT ORANG JEMU NAK BACA

Sebenarnya aku was was jugak nak buat entri pasal ni. Satgi ada pulak yang kata aku ni jenis pedengki.. jeles sebab aku tak join apa2 event yang melibatkan blogger bagai. Ini bukan jeles pasal kelebihan korang ada sebagai blogger yang sentiasa dapat tunjuk muka kat banyak event2 yang berbayar mahupun tak. Sikit pun tak jeles ok. Tu semua rezeki masing2. Rezeki aku dalam berblog setakat ni Allah bagi hanya duduk depan pc & update blog dapat la singgit dua buat belanja diri sendiri hasil berblog tu pun aku dah bersyukur sangat dari masuk angin keluar asap & jadi jerebu jer, kan??

Sumber google

Semalam alkisah terbaca satu status sangat ringkas tapi entah kenapa aku macam paham makna tersembunyi walau tak di jelaskan secara detai dari seorang blogger yang di kenali sebagai Melastik Bintang. Status dia pendek jer.. "Be A Smart Blogger, Not Event Blogger". Aku ni memang suka panjangkan cerita pendek maka aku up pula status kat FB Wall aku sebagai kesinambungan Status pendek Melastik Bintang. Aku memang terkenal kalau up status mesti panjang lebar cerita. Korang boleh baca status aku & komen2 dari blogger lain kat bawah ni.


Macam dalam komen tu aku cakap.. Event2 yang di anjurkan untuk blogger ni memang sebenarnya banyak benefit. Aku sendiri pun boleh nampak  dengan event boleh menaikan blogger & blog dia. Tapi jangan la kau asyik pergi event blogger kau pun manjang cerita pasal event sebab orang baca blog bukan nak tau pasal event jer. Kalau dulu sebelum kita kenal event kita boleh mempelbagaikan cerita dalam blog takkan bila dah di kenali asyik cerita pasal event je. Orang muak jugak nak baca cuma tak semua orang berani menegur je.

Moral of the blogger event ni.. Hope takde yang kecik hati pasal entri ni. Aku tau aku bukan la sehebat korang dalam dunia blog.. cuma blogger tersembunyi di pinggiran longkang. Cuma tu la.. Jangan hanya di kenali sebab rajin tunjuk muka kat semua event yang di anjurkan sedangkan matlamat berblog tu dah terabai melainkan korang berblog hanya untuk di kenali & dapat income ribu riban tiap bulan tu tak tau la. Kalau cara cerita pasal event je boleh up blog korang.. teruskan la tapi ketahuilah.. Tak ramai yang enjoy sangat baca cerita pasal event je manjang.


UNTUK ISTERI - ISTERI YANG BERGELAR BLOGGER

Bertuah bagi pasangan yang sama2 bergelar blogger sebab minat & citarasa dorang sama. Dorang boleh beraktiviti yang sama.. dorang boleh join event2.. gathering.. suai kenal.. bersama sama sebab mereka sama2 blogger. Bagi blogger yang berjodoh dengan mereka2 yang bukan dari kalangan blogger malah tak langsung amik pot pasal dunia blog ni agak susah sikit la nak sertai aktiviti yang di anjurkan blogger mahupun  yang di menjemput blogger untuk meraikan.

Salah sorang blogger tu den la.. Laki den takde blog jauh sekali bergelar blogger. Aktiviti online dia pun terhad.. paling banyak dia asyik layan youtube ye la.. Pun macam tu kena terima kasih kat dia sebab dia tiap2 bulan bayar streamyx untuk bini dia terus berblog. Pun macam tu aktiviti yang di adakan untuk blogger memang susah sangat nak dapat join.Bukan sebab dia tak izinkan tapi jadual kerja dia tu tak mengizinkan sebab kalau nak keluar bawak lala mesti ada dady dia sekali. Sejak kawen ni rasanya pernah join untuk aktiviti yang di anjurkan untuk blogger ni sekali je.. tu pun sebab dapat tiket wayang free dari nuffnang. Time tu baru kawen & takde cik lala lagi. Tu je la kenangan selama berblog.

Yang senasib dengan den jangan bersedih. Kesedihan tu buat kita rasa stress & kekurangan. Betul.. Jeles tengok blogger2 lain dapat pi event tu event ni.. gathering bagai. Tapi jangan sampai bentak2 kaki kat laki sebab tak dapat pergi yer..  Setiap orang ada bahagian happy masing2. Macam den.. tak rasa benda tu jadi satu tekanan.. even daku juga blogger tegar dalam dunia blog ni. Sebabnya.. den enjoy je dengan hidup den sekarang. Ada suami.. anak.. tiap2 minggu boleh keluar. Boleh jugak sekali sekali pergi bercuti.. even tak dapat pergi negara2 eropah pun dalam negara & negara2 asia yang jiran2 pun tak pe la. Walau tak dapat nak menunjuk shopping kat tempat2 mahal.. pakai produk mahal2.. tayang kasut baju mahal2.. tapi tetap jugak den dapat shopping macam orang lain jugak. Cuma yelah.. blog den ni memang jenis tak banyak cerita tentang apa yang ada dalam umah den.. apa yang den beli & pakai, den makan bagai.. kecuali ada cerita best di sebalik tu. Nak tayang2 dengan niat saja nak menunjuk tu den malu sikit.. kekekekeke

Jadi tak dapat join aktiviti blogger macam blogger lain bukan satu kekurangan pada daku.. Tak perlu rasa rendah diri & sedih. Pada blogger2 yang senasib dengan daku ni, korang jangan rasa kecik hati atau rasa rendah diri. Happy & bahagia tu tak semestinya berada di luar bersama yang ramai.. Bergantung pada kita menikmati kehidupan kita sebenarnya. Terima hakikat itu lebih baik dari mengeluh apa yang kita tak dapat sedangkan yang kita dapat kita lupa pula nak ucap syukur kan??

Sang lekit rasa setakat ni enjoy je dengan life macam ni walau kadang2 ada gathering yang orang ajak join tak dapat join lepas tu berbalas sindiran yang sangat tajam menikam tapi sang lekit tak letak dia dalam hati sebab benda2 semak & sampah macam tu takde tempat dalam hati aku. Pada kawan2 yang tak memahami.. tak perlu faham pun sebab corak hidup kita tak sama.. Janji aku bahagia dengan cara hidup aku, apa kau kata tu kau punya pasal yer... kekekekeke. Cuma kau perlu tahu.. bila kita dah berumahtangga, setiap dari kita ada komitmen dengan keluarga. Kau atau aku dua2 pun ada tanggungjawab.. berbeza cuma mungkin sama ada kau betul2 tanggung & jawab komitmen yang kau ada.. atau kau buat sambil lewa tapi lebihkan untuk ber enjoy di luar sana. Nak2 lagi kaum perempuan ni.. nak buat apa pun mesti kena ada izin suami kan. Jangan ajar aku derhaka.. yer! kekekeke

Semua antara kita ada bahagian bahagia masing2.. Tak perlu kita sedih sebab tak dapat buat tu buat ni.. sebab apa yang kita dapat buat ada orang lain yang tak dapat buat. Cuma enjoy dengan apa adanya.. Insya Allah, kita juga mampu tersenyum seperti orang lain.

Lakonan semata mata.. kekekeke


** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com