BERBALOI KE HADIAH KERETA DENGAN HANYA SURUH KIRA ANAK PATUNG
BERBALOI KE HADIAH KERETA DENGAN HANYA SURUH KIRA ANAK PATUNG. Sekarang ni tengah berlangsung Sukan SEA yang ke 29 maka banyak la penaja penaja mahupun syarikat syarikat besar mula mengadakan promosi. Macam macam la cara depa nak buat promosi.. ada buat sale, ada bagi diskaun tak masuk akal & ada juga buat contest & bagi hadiah gempak gempak.Salah satu yang terlibat sebagai penaja Sukan SEA ke 29 ni adalah TM Unifi.. Kemain dia buat contest bagai. Tapi agak menarik jugak contest yang di anjurkan TM Unifi bersempena sukan SEA ni. Contest nampak simple jer.. Tapi hadiah dia memang tak menahan Lijah OOi.. Kalau dapat ni boleh menayang masa balik kampung raya tahun depan.. Sebab raya tahun ni kalau nak menayang pun dah tak sempat. Sebab raya haji tinggal tak berapa hari je lagi.. Lepas tu dah habis la raya. Kena tunggu tahun depan pulak.
Tak kisah la.. Konsep balik kampung ni bukan tunggu raya puasa & raya haji ja kan.. Segala raya yang di raikan di Malaysia ni asalkan ada cuti umum memang boleh la balik kampung ye dak.. Apa nak kesah raya tambi ka.. saya ah seng ka.. raya leman ka.. Kita satu malaysia katanya. Raikan semua raya dengan sebaik mungkin hehehehe...
Ops sorry terkonar baring pulak.. Tadi nak cerita pasal contest yang TM Unifi anjurkan sempena Sukan SEA.. Hangpa rasa berbaloi ka hadiah kereta dengan suruh kira menatang ni ja >> Korang rasa skill mengira korang hebat tak? Cuba kira ni, mana tau menang kereta baru! << Berbaloi tak berbaloi hangpa tengok dulu baru bagi jawapan. Mana yang berjaya meneka tu jangan lupa cepat cepat submit jawapan yer hehehehee
Apapun nak mengira menatang macam tu perlu fokus. Kena buat dalam keadaan tenang.. Jadi sila lakukan di waktu tengah malam yang sunyi... Hanya terdengar lolongan anjing sayup sayup di luar. Sesekali angin menerpa masuk, lalu terbuai langsir. Maka membangkitkan suasana seram sejuk.. Time tu baru boleh kira hahahaha.