Showing posts with label manisan. Show all posts

RESEPI PALING MUDAH UNTUK BUAT TAUFUFAH

RESEPI PALING MUDAH UNTUK BUAT TAUFUFAH. Amboi ramai betul kan peminat Taufufah di kalangan orang orang melayu even tak silap Taufufah ni sejenis dessert @ manisan kaum cina tapi biasa la Ini Malaysia ma.. Berbilang kaum. Dah tak ada istilah melayu makan masakan melayu, cina makan masakan cina atau india makan masakan india. Selagi ia halal & bahan bahan di gunakan halal... Semua bangsa & agama boleh makan.

Bila saya upload gambar My Homemade Taufufah @ Taufufa ramai juga tanya macam mana nak buat. Macam kagum sangat kan lekatlekit boleh buat sendiri taufufa padahal.. Den pun belajar dari video kat youtube. Ada cara mudah nak buat Taufufa sendiri. Memang tak sesusah macam kita gambarkan. Kalau nak tahu macam mana moh ler kita ke segmen dapur sekangkang kera lekatlekit.

Bahan bahan yang di gunakan untuk sediakan taufufah ni pun tak banyak..

1. Agar agar tali atau serbuk agar pun boleh je. Janji agar agar

2. 1 Kotak air kacang soya. (saya guna 1 kotak kecik sebab nak buat dalam 2 mangkuk biasa orang jual tu)

3. Gula merah

Dah 3 bahan tu dah cukup. Tak banyak pun kan.

Cara nak sediakan dia Taufufa

1. Didihkan air masukkan agar agar masak sehingga agar agar cair kemudian tapis

2. Masukkan air kacang soya

3. Sejukkan (Biar dia beku)

Cara nak sediakan air gula

1. Didihkan air masukkan gula merah & biar hancur sebati menjadi air gula

2. Tapis air gula merah kalau Taufufah tadi dah beku just tuangkan air gula.

3. Siapa untuk di makan..

* Kalau boleh guna air soya yang pure soya bukan air kotak. Kadang kadang air kotak ni soya dia cair sikit. Kalau air soya yang orang jual tu buat sendiri.. soya dia pekat & lebih sedap taufufa korang. Rasa soya tu lebih kuat. Tapi kalau tak ada.. soya kotak pun ok dah.

Taufufa @ Taufufah homemade by lekatlekit.com

Mudah kan? Kalau macam ni pun hangpa rasa susah.. Pi ja beli kat pasar malam nu ada orang jual. tak pun gerai gerai tepi jalan.

Sekian resepi paling mudah semudah ABC untuk sediakan sendiri Taufufah di rumah. Buat sendiri ni bukan jer terjamin kebersihannya.. Kita boleh matching rasa tu ikut selera sendiri. ye dak..

RASA BERSALAH KALAU TAK BAGITAHU PENGGEMAR CHOCOLATE BROWNIES

RASA BERSALAH KALAU TAK BAGITAHU PENGGEMAR CHOCOLATE BROWNIES. Perempuan kebanyakkan suka yang manis2 macam chocolate apatah lagi chocolate Brownies ni. Aku ni sikit2 ok la.. Sebab aku pun bukan penggemar chocolate sangat. Sebab tu masa kontroversi tak halal Cadbury aku tak gigih sangat nak makan jugak chocolate tu sebab makan ke tidak tak bagi apa2 kesan pun kat aku. Almaklum la aku kan takut kena kencing manis.. hahahaha... Ye la sangat tu!


Tapi kencing manis bukan halangan pada penggemar manisan ni selagi katanya tak kena potong kaki. Kena terus makan makanan kesukaan sampai ke hujung kaki terakhirnya. Hahahaha... huhuhu bahaya akak2.. acik2.. adik2 Ooi.. Diabetes sekarang nak hinggap tak kira tua muda dah. Walaupun kita penggemar makanan manis macam chocolate brownies sekalipun ambil la secara berpada pada yer..

Tapi ni kalau aku tunjuk kat penggemar Chocalate Brownies ni gamaknya apa reaksi depa. Melopong? Ternganga? tergamam? Terkesima? teruja? terpengsan ke macam mana tak tau la. Mau histeria 5 minit gamaknya. Tapi kalau tak bagitau rasa bersalah pulak simpan sorang2. Almaklum la konsep aku sharing is caring katantnya. takpe hangpa tengok je la kat sini apa yang sampai histeria 5 minit pasal Chocolate Brownies ni >> Yang Wajib Penggemar Chocolate Brownies Tahu Kalau tak Mesti Menyesal <<

Apapun.. pada penggemar Chocolate Brownies lepas clik link kat atas tu bawa2 bersabar yer. Jangan sampai menangis tak berlagu pulak. Itu semua Ujian hidup katanya.. Semua tu nikmat dunia je. Ingat tu.. Makanan yang sedap selalunya tak berkhasiat jadi berpada pada la nak makan sekalipun. Peace Yo!

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com