Showing posts with label memandu. Show all posts

AWAS! PERANGAI SEBENAR LELAKI BOLEH LIHAT KETIKA DALAM KERETA

AWAS! PERANGAI SEBENAR LELAKI BOLEH LIHAT KETIKA DALAM KERETA. jaga2 kaum lelaki nak2 lagi kalau ada pasangan yang korang baru je nak ngorat kat sebelah seat penumpang. Sebab sekarang dah terbongkar satu cara nak kenalpasti perangai lelaki ketika anda dalam kereta. Bahaya ni.. Nak2 lagi yang jenis perangai tak senonoh tapi depan awek kemain cover sampai pijak semut pun semut rasa macam kena urut.


Tapi bagi perempuan ini satu perkara yang sangat baik. Dapat kenalpasti mana lelaki yang elok di buat suami atau tak. Sebab masa bercinta ni normally 50% lelaki takkan tunjuk perangai sebenar. nak tengok perangai sebenar pasangan kita tunggu la tidur sebilik,sebantal,seselimut nanti. Kalau dia nak cover perangai buruk pun lepas kahwin paling2 3 bulan pertama jer... Time mood masih honeymoon. Lepas tu bersedia la anda menghadapi realiti sebenar siapa orang sebelah kita tu. Kalau dapat yang baik.. Alhamdulillah. Kena yang perangai macam taik.. Na'uzubillah.

Jadi supaya tak tersilap pilih atau tak terpedaya dengan sandiwara semasa masa bercinta paling mudah korang nak tahu perangai seorang lelaki tu adalah semasa korang dalam kereta. Kadang2 memandu bila ada awek sebelah pun depa suka cover konon sopan san'toing' sangat tapi ada part2 depa kadang2 lupa nak cover sebab benda2 macam ni selalu berlaku secara spontan maka time ni la korang boleh pasang jerat.

Lelaki bersedia perangai sebenar korang akan terbongkar dalam artikel ni >> 5 Cara Nak tahu Perangai Pasangan Anda Ketika Dalam Kereta << Jadi lelaki memang korang susah la nak control benda2 ni maka sila la berubah dari sekarang sebelum bertemu dengan seseorang yang korang berniat untuk di jadikan jodoh. Bukan apa kalau korang berlakon baik nanti tetiba kantoi kan malu sendiri. Harap jadi jodoh yang dapat cuma bodoh. hahahaha

Moral of the story.. Seseorang yang baik akan terlihat dari tindakkannya tapi seseorang yang cuba berlagak baik pulak selalunya akan kantoi bila dia panik & beremosi. hehehe

ORANG YANG SUKA MAKI SEMASA MEMANDU SEBENARNYA PERASAN BAGUS

ORANG YANG SUKA MAKI SEMASA MEMANDU SEBENARNYA PERASAN BAGUS. Kat jalan raya memang jadi salah satu port paling banyak orang dapat dosa maki hamun orang. Tak maki hamun secara terang terangan pun mesti dia termencarut jugak kat dalam kereta sorang2. Ramai pemandu tak terkecuali jadi seorang pemaki di jalan raya tak kira lelaki & perempuan cuma beza laki ni kalau sampai mulut dia maki hamun, kaki tangan dia pun tak mustahil sama2 naik jugak. Berbeza dengan perempuan.. dia lebih kepada membebel sorang2 jer dalam kereta. Yelah.. tahu kemampuan & kudrat seorang perempuan nak tunjuk taiko sangat kecuali la yang pernah jadi viral Kiki the stereng lock. Tu pun sebab orang tua.. cuba yang langgar kereta dia abang sado badan berketak ketak.. berpetak petak.. ada berani dia hentak hentak dengan stereng lock kereta orang. Kekeke

Gambar Sekadar Hiasan

Nak uji tahap kesabaran seorang manusia tu salah satu tempat jalan raya. nak2 tiba musim perayaan.. Jalan raya pun mula meriah dengan manusia nak beraya katanya. Time tu boleh tengok macam2 jenis level pemandu... Yang konon profesional.. yang konon bersopan santun.. yang konon.. lemah lembab bawa kereta.. Yang gelabah tak tentu pasal.. Yang kelam kabut macam ribut.. Pendek kata. Kadang2 kita dah bawa kereta elok2 ikut peraturan jalan raya pun boleh jadi cuak dengan pemandu yang kononnya ni..

Bila ada spesis pemandu yang kononnya ni.. Tu la punca orang mula nak jadi pemaki di jalan raya. Ada jugak Kadang2 yang suka maki hamun orang kat jalan raya rasa semua orang memandu cara salah dia je yang betul yelah. Dia rasa dia dah cukup handal memandu level2 pro dah.. manusia ni iman tak sampai sejengkal apatah lagi sabar kadang2 hujung kuku je. Bila di uji sikit dengan pemandu yang kononnya tu.. memang mencabar jugak. alih2.. penuh la wall FB dengan luahan maki hamun. Yelah.. yang tak berani nak maki hamun secara live memang kat situ je la dia tunjuk hero @ heroin.. hehehe... eleh kita semua pun buat ye dak??

Sebenarnya masalah di jalan raya ni berlaku bila pemandu tu sendiri rasa dia dah cukup bagus atau betul cara pemanduannya sedangkan dia yang salah sebab tu berlaku kejadian macam kemalangan atau hampir kemalangan. Dia tak sedar apa dia buat tu salah sebab dia rasa dia dah memandu dengan cara betul.. Ramai yang tak sedar diri.. sebenarnya dia belum cekap meluncur di jalan raya. Jadi korang nak tau korang ni memandu yang  dengan betul & baik meh check kat sini >> Sejauh Mana anda tahu memandu <<

Amacam?? Dah dapat keputusan samada anda memang benar2 pandai memandu atau hanya memandai mandai je? Tu la.. Jangan rasa korang dah memandu lebih dari seabad korang dah cukup terer hokay!

Moral of the story.. Jalan raya bukan tempat berperang lidah.. Kadang2 sebab benda kecik jer depa gaduh tengah jalan sampai jam satu bandar. Jadilah pemandu berhemah, Insya Allah kita tak perlu roti ketika memandu. Peace!

CARA NAK TAHU SAMADA ANDA PANDAI MEMANDU ATAU BERLAGAK PANDAI

CARA NAK TAHU SAMADA ANDA PANDAI MEMANDU ATAU BERLAGAK PANDAI. Ramai orang boleh gerakkan kereta & meluncur megah di jalan raya tapi bukan semua pandai memandu dengan baik. Aku pun pernah bawa kereta & bergerak jugak la kereta tu tapi sesungguhnya aku bukan seorang pemandu kereta apatah lagi pemandu kereta yang memang pandai bawa kereta. Setakat kereta bergerak tu boleh la..


walaupun aku kategori yang tak pandai drive tapi aku boleh teka orang yang dah terer drive dengan yang kurang yakin semasa memandu. Nak2 lagi perempuan.. Kalau yang jenis dada melekat kat stereng tu, jauhilah mereka sejauhnya. Satgi ada je la depa dok buat spoil atas jalan. Bukan apa takut di sebabkan kurang cekap memandu, orang lain boleh terlibat dengan masalah yang depa buat. jenis yang dada melekat kat stereng ni orang hon pun dia mengelabah cari signal tak jumpa dah. Silap2 dia melatah tertekan brek tengah kereta kat belakang laju.. Tak ke bercium kat situ. Tapi tu la.. kalau dia tak tekad untuk drive walau dia masih tahap amatur pun sampai bila dia nak cekap bawa kereta, ye dak.

Tapi manusia zaman sekarang ni sebab confident dia tinggi. Asal dia boleh gerakkan kereta pandai tekan padel minyak & pulas stereng dia dah rasa dia memang terer sangat dah drive. Drive sambil whatsapp pun boleh katanya.. tak terer lagi ke? Tu bukan kategori pandai memandu lagi ok! Jangan nak perasan. Sila malu kalau rasa anda mampu buat benda lain sambil drive tu dah cukup hebat.

Kalau hangpa rasa nak tau hangpa ni level expert ke atau amatur meh tengok kat sini >> Sejauh Mana Anda reti Memandu << Bukan apa ada orang walau skill pemanduan dia tahap amatur tapi sebab confident dia tinggi dia rasa macam expert dah. Ada orang walau skill memandu dia memang dah high level tapi sebab dia rasa kurang yakin so dia sentiasa rasa dia masih tak cekap memandu. Korang boleh test kat link aku bagi kalau nak tau samada korang ni expert atau amatur.

Moral of the story.. tak kira kau juara racing kereta ke hapa.. Kat Jalan raya tak payah nak tunjuk skill racing sangat kalau taknak kena lesinggg!!

CERITA SERAM DI SEBALIK LEBUHRAYA PANTAI TIMUR 2 (LPT2)

CERITA SERAM DI SEBALIK LEBUHRAYA PANTAI TIMUR 2 (LPT2). Kecoh sejak semalam kisah seram berkaitan dengan lebuhraya LPT2 sampai hari ni keluar kat sinar harian. Actually aku macam jarang je baca kisah2 seram kat LPT2 ni. Mungkin terlepas pandang kot. Jadi sebagai blog yang bertemakan cerita seram katanya.. di mana ada cerita mistik di situ ada blog lekatlekit. erkk.. dia mana ada blog lekatlekit situ ada kisah seram.. Arghh.. mana2 je lah yer.


Katanya sejak LPT2 di buka sehingga sekarang banyak kemalangan maut berlaku. Ramai yang percaya kemalangan yang berlaku kat situ ada kaitan dengan perkara mistik. Ada yang menceritakan pengalaman seram melalui jalan tu. Ada jugak mangsa kemalangan kat situ ternampak makhluk menyeramkan. Ada yang mengakui bila melalui jalan tu akan rasa mengantuk yang teramat sangat sehingga hampir terbabas.

Clik untuk view yang lebih jelas


Asalnya tempat yang di buat lebuhraya ni hutan belantara. Hutan belantara memang banyak makhluk ghaib tinggal. Kita tak nampak tapi mereka wujud. Bila penempatan mereka di musnahkan.. mereka pun makhluk katanya. Ada rasa marah & berdendam. Jadi tak mustahil.. dari perasaan marah & dendam ni berlakunya gangguan mistik sehingga menyebabkan kemalangan berlaku. Faktor lain adalah kelalaian pemandu tu sendiri. Kadang2 makhluk ni melalaikan manusia sehingga hilang fokus seterusnya berlaku kemalangan.

Clik untuk view yang lebih jelas

kat mana2 pun ada makhluk yang kita tak nampak sebab tu kita kena selalu beringat. Jangan terlampau suka sampai kita lupa risiko berlaku kemalangan boleh terjadi kat mana2. Memandu dalam keadaan letih jugak salah satu punca. Kadang2 terlalu letih & kita jadi stress menyebabkan otak kita jadi kurang waras & mungkin menyebabkan halusinasi. Benda tu tak ada pun tapi sebab dalam keadaan tertekan kita boleh nampak macam2.

Clik untuk view yang lebih jelas

Jadi.. memandulah dalam keadaan yang segar untuk elak kemalangan. Pemanduan berhemah jugak faktor penting untuk dititik beratkan. Jangan terlampau taksub bila sesuatu tempat tu di kaitan dengan kejadian & cerita seram atau mistik. Sebab kalau taksub ia mempengaruh emosi & fikiran kita. Benda yang tak ada pun boleh nampak macam ada bila kita terlalu takut.

Clik untuk view yang lebih jelas




Tapi cerita seram LPT2 ni tak seseram kejadian macam ni. Yang ni lagi seram. Bayangkan sesuatu yang berusia lebih 20 tahun menyimpan perkara yang menyeramkan.. Meh tengok kat sini >> Video Tape Yang Berusia 20 Tahun Menyimpan sesuatu yang menyeramkan<<

Moral of the story.. Kalau bawak kereta macam hantu jangan salahkan hantu bila berlaku kemalangan. Jadi berhati hati di jalan raya.

Sumber Cerita : Pengakuan mangsa kemalangan tentang LPT2 berhantu

BABI PANDU MYVI

Mesti rasa.. kasar beno tajuk entri si lekat lekit kali ni. Selalunya garang2 manja jer kan. Macam ni la beb! Orang yang cerdik akan membaca isi kandungan bukan menilai dari tajuk jer. Aku pun bukan suka membabikan orang sangat tapi kali ni cuma haiwan tu jer aku rasa paling sesuai nak gambarkan apa yang berlaku. Jadi moh ler kita baca sepatah dua kata yang aku nak ucap ni.

Sedih sangat.. Kehilangan kedua2 orang tersayang yang tiada galang gantinya di dunia dalam usia yang terlalu kecil untuk memahami apa yang berlaku. Ya Allah hebat anak2 kecil tu di uji dalam usia semuda mereka.Sebab naluri keibuan aku ni amat tersentuh maka aku rasa perlu jugak aku tulis dalam entri berkenaan isu ni.

Sumber google

Tu la jangan jadi macam babi bila drive. Sebab apa aku guna perumpamaan babi bukan nak memaki tapi nak gambarkan babi kalau berlari lurus jer dia ok tapi dia memang fail kalau nak lari bentuk zik zak. Maksudnya lari kejab kekiri kejab kekanan. kalau dia buat jugak alamat tersondol la apa2 yang melintas depan dia. Macam tu bebudak Myvi yang seronok race konon macam racer profesional sangat... dia ingat macam main game kot pulas stereng. main game pun terbabas.. Inikan kat jalan raya. Bila skill racer tu tahap budak2 baru pegang stereng, maka terjadilah apa yang telah terjadi. Akibat high confident maka melibatkan nyawa orang lain jugak. Paul Walker, Pelakon Fast & Furious pun terbabas & terkorban dalam kemalangan jalan raya inikan pulak hangpa tahap myvi jer.

Rasanya babi2.. ops... bebudak tu dah mula jadi manusia kot lepas apa yang berlaku. Bagus la kalau dah mula guna otak macam manusia kalau tak sia2 di lahirkan pada jasad seorang manusia tapi akal tahap haiwan sampai kekadang rasa haiwan lagi berakal dari spesis macam tu. Bila di jalan raya itulah risiko kita perlu hadap. walau kita sebaik mungkin cuba ikut peraturan di jalan raya tapi bila ada yang buat macam monyet dapat stereng, kita jugak terdedah dengan bahaya.

Myvi je kot kau nak racing bagai. kalau kereta sport sekalipun tak kata kau boleh race kat jalan raya sesuka hati kau. Malah kereta apa sekalipun kau bawak tetap kau kena ikut peraturan jalan raya. Jangan fikir kereta kau, kau punya pasal sebab jalan raya bukan kau yang punya, bukan kau je guna & bukan kau je bayar roadtax. Kalau kau nak racing tak melibatkan pengguna lain ok la.. kau mati pun senang je takde sapa nak sakit hati. Tapi sebab bila kau berkurang ajar di jalan raya akibatnya orang lain pun terlibat tu yang mengundang marah orang lain.

Sumber google

Moral of the story.. Harap kejadian ni menghantui geng2 myvi yang terlibat sehingga depa insaf sampai tobat nak pegang stereng lagi. Apapun semoga kita semua jadikan pengajaran terhadap apa yang berlaku. Memang ajal maut ketentuan Allah tapi perkara bangang yang hangpa buat bukan salah takdir tapi salah hangpa mensia siakan akal yang Allah bagi. Sebab tu kita selalu dengar yang baik datangnya dari Allah, yang buruk dari diri kita sendiri. So, hadam betul2 kata2 tersebut sebelum nak backing bebudak myvi yang menyebabkan kemalangan & kematian sekeluarga tu. Jangan tak pepasal jadi viral, nak keluar naik myvi pun dah tak berani.

P/S : even yang terlibat tu bukan kategori budak lagi tapi sesaja aku panggil bebudak sebab tahap akal depa memang masih level budak budak

P/S : Semoga Allah mengampuni dosa sekeluarga yang maut dalam kemalangan tu & menempatkan mereka di kalangan orang2 yang beriman.


AWAS WANITA! MEMANDU BOLEH ROSAKKAN OVARI

Wah benarkan apa yang daku baca ni?? Wanita yang memandu berisiko rosakkan ovari. Aset penting tu.. Walau daku tak pandai drive tapi tak semestinya tak boleh ambil tahu pasal ni kan??

Sumber Sinar Harian

Betul ke wanita yang memandu terlalu kerap boleh menyebabkan anak menghadapi masalah klinikal?? Patut la kan kat Arab wanita tak boleh memandu.. tapi negara2 lain di benarkan kaum wanita memandu. So gugirl & women sekalian.. Macam mana kita nak cari penyelesaian masalah ni kalau memandu boleh memudaratkan kaum wanita?? Bagi surirumah macam den tak pe la.. ni bagi yang berkerjaya ni.. susah jugak, kan?

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com