ORANG YANG SUKA MAKI SEMASA MEMANDU SEBENARNYA PERASAN BAGUS
Gambar Sekadar Hiasan |
Nak uji tahap kesabaran seorang manusia tu salah satu tempat jalan raya. nak2 tiba musim perayaan.. Jalan raya pun mula meriah dengan manusia nak beraya katanya. Time tu boleh tengok macam2 jenis level pemandu... Yang konon profesional.. yang konon bersopan santun.. yang konon.. lemah lembab bawa kereta.. Yang gelabah tak tentu pasal.. Yang kelam kabut macam ribut.. Pendek kata. Kadang2 kita dah bawa kereta elok2 ikut peraturan jalan raya pun boleh jadi cuak dengan pemandu yang kononnya ni..
Bila ada spesis pemandu yang kononnya ni.. Tu la punca orang mula nak jadi pemaki di jalan raya. Ada jugak Kadang2 yang suka maki hamun orang kat jalan raya rasa semua orang memandu cara salah dia je yang betul yelah. Dia rasa dia dah cukup handal memandu level2 pro dah.. manusia ni iman tak sampai sejengkal apatah lagi sabar kadang2 hujung kuku je. Bila di uji sikit dengan pemandu yang kononnya tu.. memang mencabar jugak. alih2.. penuh la wall FB dengan luahan maki hamun. Yelah.. yang tak berani nak maki hamun secara live memang kat situ je la dia tunjuk hero @ heroin.. hehehe... eleh kita semua pun buat ye dak??
Sebenarnya masalah di jalan raya ni berlaku bila pemandu tu sendiri rasa dia dah cukup bagus atau betul cara pemanduannya sedangkan dia yang salah sebab tu berlaku kejadian macam kemalangan atau hampir kemalangan. Dia tak sedar apa dia buat tu salah sebab dia rasa dia dah memandu dengan cara betul.. Ramai yang tak sedar diri.. sebenarnya dia belum cekap meluncur di jalan raya. Jadi korang nak tau korang ni memandu yang dengan betul & baik meh check kat sini >> Sejauh Mana anda tahu memandu <<
Amacam?? Dah dapat keputusan samada anda memang benar2 pandai memandu atau hanya memandai mandai je? Tu la.. Jangan rasa korang dah memandu lebih dari seabad korang dah cukup terer hokay!
Moral of the story.. Jalan raya bukan tempat berperang lidah.. Kadang2 sebab benda kecik jer depa gaduh tengah jalan sampai jam satu bandar. Jadilah pemandu berhemah, Insya Allah kita tak perlu roti ketika memandu. Peace!
betul tu kan..kat jalan raya ni kena banyak sabar..
ReplyDeletebetul...kita boleh nampak personaliti seseorang dgn cara die memandu dan tak hormati pemandu yg lain..
ReplyDelete