Showing posts with label budak 13 tahun cuba rogol perempuan cina. Show all posts

DIMANA BUKTI BUDAK LELAKI MELAYU 13 TAHUN CUBA ROGOL PEREMPUAN CINA TU?

Rasanya semua orang tahu sejak semalam kecoh & di sebar secara berleluasa pasal cerita yang kononnya di sampaikan oleh seorang lelaki cina pasal awek dia yang cuba di rogol di sebuah tandas kat stesen minyak oleh seorang budak laki laki umur 13 tahun. Konon prihatin la kita pun share la benda tu tanpa usul periksa.. Dengan kononnya niat baik taknak orang lain terkena & berhati hati.

Kalau niat tu untuk tujuan nak memberi peringatan pada orang lain memang dah baik sangat sebab kita tolong ingatkan sesuatu sebelum terjadinya sesuatu.. tapi dengan niat yang baik jer belum tentu menghalalkan cara kita. Kita yang dok share tu ada ke kita siasat betul ke tidak cerita tu?? Kita ada tak tengok bukti atau kita dapat pengesahan dari mana2 balai polis yang mengatakan ada laporan berkenaan dengan kes tu?? Kita sebar cerita sekaligus muka budak tu yang sedang di pegang oleh abang polis traffik kita terfikir tak kesannya kalau benda tu sekadar gosip semata mata. Yang dok maki hamun abis satu keturunan budak tu kita terfikir tak.. bagaimana perasaan family dia kalau cerita tu sebenarnya tak betul. Kita terfikir tak kalau2 gambar budak tu yang di pegang polis tu sebenarnya di tangkap mungkin sebab mencuri roti planta kat kedai stesen minyak.. sapa tahu?? Macam macam kemungkinan yang boleh berlaku dari satu gambar yang di sebarkan. Kita boleh cipta macam2 cerita.. Yang boleh membuktikan cerita tu betul atau salah adalah BUKTI YANG KUKUH & SAKSI YANG JUJUR. Takde siapapun tampil mengesahkan kes ni?? Takde bukti laporan polis yang di buat.. Mana lampiran laporan polis yang di buat keatas budak tu?? Mana bukti?? Kalau betul dia ada buat report mesti ada salinan report. Yang ada cuma status macam kat bawah ni jer...

Bila sang lekit cuba ke link asal yang di sebarkan kat FB nampaknya status tu dah di delete. Ni printscreen dari blog Sozcyili jer. Kat situ banyak komen2 politikus

Aku tak kata aku menyebelahi budak tu.. Cuma den pertikaikan kesahihan cerita di sebalik gambar budak lelaki melayu yang di pegang polis traffic tu yang tersebar meluas di alam maya ni. Aku tak berani share bukan aku yakin budak tu tak bersalah cuma aku tak yakin dengan cerita tanpa bukti yang kukuh. Aku cakap macam ni bukan atas dasar politik.. aku sendiri pun tak fanatik & minat dengan politik mustahil aku cakap berdasarkan politik. Rasanya komen2 aku takde berbaur politik langsung jadi buka minda sikit wahai POLITIKUS TEGAR YANG MASIH DI BAWAH TEMPURUNG.

Moral of the story jangan hanya sekali tekan button share kat FB kita tertumpang dosa fitnah yang di cipta oleh orang lain secara tak sengaja. Prihatin tu memang bagus.. tapi kalau prihatin membabi buta tu boleh memudaratkan diri sendiri je nanti. Laman sosial sekarang adalah pusat sebaran gosip yang sangat popular.. lagikan hadis boleh di palsukan inikan pula cerita pasal budak lelaki melayu 13 tahun yang di katakan cuba rogol wanita cina yang tak tau berapa umur dia. Kalau rakan sebaya budak tu atau bawah 12 tahun rasanya aku boleh cuba percaya sikit sikit sebab tengok dari size tak berapa berjaya membesar sangat budak 13 tahun tu. Jadi.. selagi tak bukti tak payah la nak sebar & aibkan budak tu. Tunggu sampai terbukti cerita tu betul & budak tu betul2 di dapati bersalah dulu nak komen apa2 pun. Kalau betul dia salah ada hukuman untuk dia walau di bawah umur, kan??

P/s : Baca entri kesinambungannya kat sini >> BUDAK 13 TAHUN DI DAKWA CUBA ROGOL TU DAH DI HADAP KE MAHKAMAH



BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com