DIMANA BUKTI BUDAK LELAKI MELAYU 13 TAHUN CUBA ROGOL PEREMPUAN CINA TU?

1/02/2013 11:13:00 PM suria lekatlekit 15 Comments

Rasanya semua orang tahu sejak semalam kecoh & di sebar secara berleluasa pasal cerita yang kononnya di sampaikan oleh seorang lelaki cina pasal awek dia yang cuba di rogol di sebuah tandas kat stesen minyak oleh seorang budak laki laki umur 13 tahun. Konon prihatin la kita pun share la benda tu tanpa usul periksa.. Dengan kononnya niat baik taknak orang lain terkena & berhati hati.

Kalau niat tu untuk tujuan nak memberi peringatan pada orang lain memang dah baik sangat sebab kita tolong ingatkan sesuatu sebelum terjadinya sesuatu.. tapi dengan niat yang baik jer belum tentu menghalalkan cara kita. Kita yang dok share tu ada ke kita siasat betul ke tidak cerita tu?? Kita ada tak tengok bukti atau kita dapat pengesahan dari mana2 balai polis yang mengatakan ada laporan berkenaan dengan kes tu?? Kita sebar cerita sekaligus muka budak tu yang sedang di pegang oleh abang polis traffik kita terfikir tak kesannya kalau benda tu sekadar gosip semata mata. Yang dok maki hamun abis satu keturunan budak tu kita terfikir tak.. bagaimana perasaan family dia kalau cerita tu sebenarnya tak betul. Kita terfikir tak kalau2 gambar budak tu yang di pegang polis tu sebenarnya di tangkap mungkin sebab mencuri roti planta kat kedai stesen minyak.. sapa tahu?? Macam macam kemungkinan yang boleh berlaku dari satu gambar yang di sebarkan. Kita boleh cipta macam2 cerita.. Yang boleh membuktikan cerita tu betul atau salah adalah BUKTI YANG KUKUH & SAKSI YANG JUJUR. Takde siapapun tampil mengesahkan kes ni?? Takde bukti laporan polis yang di buat.. Mana lampiran laporan polis yang di buat keatas budak tu?? Mana bukti?? Kalau betul dia ada buat report mesti ada salinan report. Yang ada cuma status macam kat bawah ni jer...

Bila sang lekit cuba ke link asal yang di sebarkan kat FB nampaknya status tu dah di delete. Ni printscreen dari blog Sozcyili jer. Kat situ banyak komen2 politikus

Aku tak kata aku menyebelahi budak tu.. Cuma den pertikaikan kesahihan cerita di sebalik gambar budak lelaki melayu yang di pegang polis traffic tu yang tersebar meluas di alam maya ni. Aku tak berani share bukan aku yakin budak tu tak bersalah cuma aku tak yakin dengan cerita tanpa bukti yang kukuh. Aku cakap macam ni bukan atas dasar politik.. aku sendiri pun tak fanatik & minat dengan politik mustahil aku cakap berdasarkan politik. Rasanya komen2 aku takde berbaur politik langsung jadi buka minda sikit wahai POLITIKUS TEGAR YANG MASIH DI BAWAH TEMPURUNG.

Moral of the story jangan hanya sekali tekan button share kat FB kita tertumpang dosa fitnah yang di cipta oleh orang lain secara tak sengaja. Prihatin tu memang bagus.. tapi kalau prihatin membabi buta tu boleh memudaratkan diri sendiri je nanti. Laman sosial sekarang adalah pusat sebaran gosip yang sangat popular.. lagikan hadis boleh di palsukan inikan pula cerita pasal budak lelaki melayu 13 tahun yang di katakan cuba rogol wanita cina yang tak tau berapa umur dia. Kalau rakan sebaya budak tu atau bawah 12 tahun rasanya aku boleh cuba percaya sikit sikit sebab tengok dari size tak berapa berjaya membesar sangat budak 13 tahun tu. Jadi.. selagi tak bukti tak payah la nak sebar & aibkan budak tu. Tunggu sampai terbukti cerita tu betul & budak tu betul2 di dapati bersalah dulu nak komen apa2 pun. Kalau betul dia salah ada hukuman untuk dia walau di bawah umur, kan??

P/s : Baca entri kesinambungannya kat sini >> BUDAK 13 TAHUN DI DAKWA CUBA ROGOL TU DAH DI HADAP KE MAHKAMAH


15 comments:

  1. sian budak tu.. muke xbersalah da terpapar.. hahaa... maybe budak tu gian nk tangkap gambar dgn abang polis kot :P

    ReplyDelete
  2. semua rasa bangga agaknya bila share benda ni.. urmmm..

    akak baru tahu pasal ni, tak buka fb & blog semalam..

    ReplyDelete
  3. betul jugak ckp puan lekit ni.. mcm pelik gk kn..drp 1 gmbr yg kite xtahu wujudnya drp mane.ntah2 budak tu buat slh len, tp di aim lain..ntah2 budak cina tu saje create cete..haih...moga ad la yg tampil perbetulkan kekeliruan ni.

    ReplyDelete
  4. saya ada nampak juga dekat fb. tapi sekeping gambar boleh menceritakan macam-macam dan belum boleh membuktikan apa-apa. siap bagi nama tu, kalau dekat luar negara, penjenayah di bawah umur tak akan didedahkan identitinya

    ReplyDelete
  5. No komen.... Biar polis yang buat kerja diaorg.

    Kat FB, ramai yang dah jatuhkan hukum pada budak ni padahal cerita sebenar kita tak tahu.

    ReplyDelete
  6. Setuju dgn kamu. Saya pon baru jer tahu. Kesian plak tgk budak tu. Kita dgr dari sebelah pihak jer. Dri pihak budak tu sendiri kita tak tahu.

    ReplyDelete

  7. Simpati pada mangsa. juga pada suspek(tak tau betul atau tidak gmbar tu).

    Apepun betul kata pengomen kat atas. biar polis buat keje then mahkamah pun buat keje.

    siap ada gambar suspek tanpa diblur plus nama sekali. bukan dalam akhbar / media .blurkan gambar then tak mention nama ke? emm..then dalam status mangsa sebut cubaan rogol.. dalam blog2 or forum trus jatuhkan atau cop suspek sebagai perogol cilik.

    Apapun kalau salah harap suspek di hukum, kalau tidak, ambil iktibar bersama.

    ReplyDelete
  8. namun soalnya…kita tahukah apa kisah sebenar yang terjadi?
    Setakat ini, rasanya polis pun belum tampil membuat sebarang kenyataan.

    http://ohgadisitu.blogspot.com/2013/01/apa-kisah-sebenar-yang-terjadi-mangsa.html

    ReplyDelete
  9. Si pipi Merah sebab tak tahu tu la better jgn nak sebar & komen yang bukan2..

    ReplyDelete
  10. salam abby..

    huhu..terlambt..x tau psl citer ni.. ni pun baru tau..

    ReplyDelete
  11. Sememangnya kita tak boleh nak tuduh apa apa dengan cerita dari 1 pihak dan sekeping gambar sahaja.. Tapi bagi saya budak muda zaman sekarang sudah terdedah dengan perkara yang tak patut.. Dari apa yang saya nmpk kat gamba ini.. Budak melayu yang umur 13 tahun ini memakai baju bercorak illuminati.. Tak mustahil budak muda zaman sekarang ingin mencuba benda yang dilarang oleh orang tua

    ReplyDelete
  12. nak merogol ke nak mencabul je..banyak beza tu..tapi wallahualam..saya pun baru tahu ni..apa2 pun kebenaran tetap akan terdedah jugak lambat laun..semoga siapa2 yg bersalah dalam hal ni pun akan dikenakan hukuman yg setimpal..

    kadang2 pelik bile org suka kaitkan satu2 perkara tu dgn politik..sangat la terkurung dalam tempurung..semuanya nak kait politik..tak paham betol..

    ReplyDelete
  13. Dah keluar berita pun.. So betul lah kan

    ReplyDelete
  14. Ayat org cina ni bukannye btol.. Mklumla da lama duk msia ni tapi xsedar lg bahasa msia ni sebenarnye bhs melayu. Sebab tu die men hentam je kata rogol.. Sebab xfasih bhs melayu..

    ReplyDelete
  15. sape budak kat atas tu???
    hodohnyee...

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com