Showing posts with label astro awani. Show all posts

AWAS MAKCIK BAWANG & KAK NAM! BAHAYA ASYIK TANYA ORANG BILA NAK KAHWIN

AWAS MAKCIK BAWANG & KAK NAM! BAHAYA ASYIK TANYA ORANG BILA NAK KAHWIN.  Sapa pernah lalui situasi asyik di tanya bila nak kawen akan rasa sangat Annoying. Den pun antara salah seorang yang pernah melalui situasi tu walau den kahwin sebelum usia 30an.. Almaklum la anak rantauan kan. Asal balik kampung ada je nak tanya bila nak kawen bagai.

Rasanya budaya asyik dok tanya orang bila nak kawin ni masih belum pupus. Kau bagi la kesedaran macam mana pun.. Budaya membawang dengan jodoh orang macam jodoh tu kau boleh setting je jadi, Masih berleluasa dalam masyarakat kita. Tak tau bangsa lain.. ada tak budaya macam ni tapi orang melayu memang terkenal la dengan trend membawang dengan jodoh orang.

Bak kata arwah Ayah masa semua anak anak gadisnya masih anak dara. Jodoh ni Allah dah tetapkan.. Kalau masih tak ada.. Nak paksa macam mana. Sampai jodoh nanti ada la.. See.. Arwah Ayah den sangat positif pasal Jodoh ok. Memang sepanjang hayat dia.. tak pernah dia push mana2 anak dia kahwin even ada yang dah melepasi umur yang sepatutnya dah kawin.

Tapi boleh nampak betapa happynya arwah masa den nak kawen. Excited nya Tuhan je yang tahu. Dia plan macam macam untuk wedding & selepas Wedding tapi Allah tu lebih sayangkan Ayah.. 4 Hari sebelum saya akad nikah Ayah pergi menemui pencipta selepas selesai mengisi borang nikah saya. Rezeki Suami walau masa tu bukan lagi suami.. Sebab Arwah ayah suruh balik kampung dengan bakal suami masa tu. Suruh juga balik dua dua.. Aku pun pelik jugak la tapi tak terfikir rupanya itulah hari terakhir dia. Sepanjang perjalanan tu dia asyik call tanya kat mana.. Allahu.. Sebak hati ini..

Ok ok.. Back to the topic.. Pasal spesis yang suka membawang tanya jodoh orang ni. Hope hangpa jadikan benda ni pengajaan. Jangan sampai orang yang hangpa dok asyik tanya bila nak kawen tu jadi stress & tekanan yang melampau maybe boleh jadi sampai berbunuhan macam berlaku kat Indonesia ni. Ni sebab jiran bawang asyik dok tanya bila nak kawen. Jangan ingat soalan tu simple.. Penerimaan orang lain juga 'small matter'. Ada orang benda tu buat dia down ok! Yelah.. orang lain dah kawen, dia masih tak jumpa jumpa lagi orang yang sudi jadi pasangan hidup dia. Tengok orang lain bahagia.. Sedikit sebanyak bagi kesan dalam diri mereka. Rasa sedih, kecewa, rendah diri.. Kau apa tau! Asyik dok tanya bila nak kawen.. bila nak kawen.. Orang tu balik kerja penat penat nampak muka kau je soalan yang sama kau tanya.

Sumber Astro Awani

Saya sendiri ada 3 lagi adik beradik perempuan yang masih belum berkahwin walau umur memasing dah cukup syarat sah untuk nikah & saya sendiri pun jarang nak tanya depa bila nak kawen. Saya nampak depa enjoy ja dengan hidup depa.. Ok la tu. Walaupun orang orang lain  sibuk dok tanya depa bila nak kawen. Ada tu pernah satu hari di hari raya berkunjung rumah sedara.. Macam biasa dok tanya adik beradik saya yang belum kawen siap cakap..'Tunggu apa lagi? Tunggu tua dalam kain ka?' Amboi macam nak sound setepek kat yang tanya.. At least depa tak nikah pun depa tak menyusahkan orang. Tunggu je sampai jodoh tu ada.. Macam la tak kawen menjadi satu dosa besar sangat.

Jadi.. sila la ubah budaya menyibuk dengan jodoh orang. Kalau kesian tolongla carikan kalau orang tu tak ada calon. Kalau dia tak cukup duit kalau kau concern sangat dengan dia yang tak kawen kawen kau sponsor la.. Setakat dok tanya bila nak kawen kau ingat tiap patah perkataan kau tu keluar sekali dengan duit ke. Kalau rasa tak mampu nak tolong.. Sila Tolong tutup mulut sudah. Lantak dia la nak kawen ke tidak.. Selagi dia tak datang rumah hang senduk nasi dalam rice cooker hang, cedok lauk dalam kuali hang so dia tak menyusahkan hang la walau dia tak kawen pun.

Moral of the story.. Bukan tak boleh langsung nak usik2 orang dengan isu bila nak kawen ni tapi berpada pada. Lebih elok tukar soalan bila nak kawen dengan statement yang ada unsur mendoakan kebaikkan untuk dia contoh.. Acik doakan tak lama lagi sampai la jodoh kau nak. Sedap jugak orang dengar kan??

SELFIE BERLATAR BELAKANG KEBAKARAN HOTEL MALAM TAHUN BARU

SELFIE BERLATAR BELAKANG KEBAKARAN HOTEL MALAM TAHUN BARU. Hari ni dah masuk 1 januari 2016.. Jangan ada yang tersasul tulis tarikh 2015 lagi yer. Normally awal2 tahun macam ni ramai la dok tersasul tulis tarikh.. yelah.. benda baru tak berapa melekat di hati lagi. Sementara nak terima hakikat bahawa dah masuk 2016 ni.. Tapi tahun baru di dubai mungkin menjadi sejarah buruk pada sebuah hotel mewah sebab terbakar.


Yang terbakar tu.. terbakar la. Yang dok berselfie ala2 pengantin baru lepas ijabkabul berlatar belakangkan hotel yang terbakar dengan caption macam sengaja membakar hati orang memang la tempah bala. Macam kejadian tu rancangan komedi pulak dia buat. Zaman media sosial ni kena jaga sensitiviti orang lain sebab makhluk alam maya ni semua berhati lembut mudah simpati & tersentuh katanya.. Kau buat status kurang ajar sikit confirm ramai yang akan macam kena histeria mengecam anda sehingga ke urat saraf paling halus.


Tapi memang agak biadap la zaman selfie ni.. Mereka lebih utamakan ambil gambar dari mendahulukan bantuan. Macam kebakaran besar macam ni mustahil kita orang awam boleh bantu sangat tapi kalau tak boleh tolong.. Minta tolong jangan mempersendakan. Ia mungkin melibatkan nyawa makhluk lain bukan yang terbakar tu bangunan kosong tak berpenghuni.


Jangan terlalu biadap sangat mentertawakan orang lain di timpa musibah.. sampai satu saat kalau Allah nak uji kita dengan musibah jangan nak tacing sampai tembus ke jantung bila orang pulak mempersendakan kita bila berlaku kecelakaan.

Moral of the story.. Dah suka selfie tu ambil la gambar elok2 ni sikit. Ni gambar pun blur.. Mesti dia tak tau teknik & trick ambil gambar yang cantik macam kualiti DSLR guna smartphone. Elok tengok kat sini macam mana nak ambil gambar dari smartphone tapi dapat kualiti yang macam DSLR >> Tip & Trick Ambil Gambar Secantik DSLR Guna Smartphone <<

PAWAGAM GSC MID VALLEY ADA TIKUS SEHINGGA PENONTON CEDERA DI GIGIT

Ni tahap kebersihan agak kurang memuaskan la ni sehingga mengundang para tikus untuk sama mengunyah sambil menonton dalam pawagam GSC. Tapi malangnya terkunyah jari kaki penonton... Bila dah jari kaki penonton jadi popcorn tikus, maka jadi isu hangat la.

Aduhai GSC Mid Valley bukan GSC kawasan luar bandar atau kat pekan2 kecil... kawasan bandar tu. tetiba ada tikus dalam pawagam yang datang menggigit jari kaki salah seorang penonton sehingga menyebabkan kecedaraan & terpaksa menerima rawatan di hospital memang gempak la. Kalau kawasan luar bandar & pekan kecil pun tak seharusnya berlaku kes2 macam ni jugak kan.. apatah lagi di bandar besar.


Zaman semua boleh share hanya dengan satu clik ni, memang malang la bagi mana2 pihak yang mengabaikan kebersihan di premis mereka lebih2 lagi syarikat besar macam GSC ni. Kes2 macam ni boleh mencalarkan reputasi syarikat dorang jugak. Bagi typical wanita yang memang geli dengan tikus ni... Mungkin cerita ni membuatkan dorang rasa was was untuk pilih GSC nak tengok wayang lepas ni. Kalau depa masuk jugak mesti terbayang2 tikus kat bawah kaki even takde pun pasti imaginasi mereka di hantui tikus gigit kaki.

 Sumber Astroawani

Hope GSC lebih peka soal kebersihan la lepas ni. Yelah... tempat2 gelap macam tu, nak2 lagi orang sambil menonton makan popcorn la.. sandwich la.. burger bagai.. sisa2 makanan yang jatuh tu kalau tak di bersihkan memang la seolah2 bagi tiket kat tikus2 datang.

Hope kejadian yang sama tak berlaku lagi di pawagam GSC atau mana2 pawagam yang ada kat Malaysia ni. Risau jugak.. tetiba nasib den pulak kena gigit dengan tikus, trauma tak tengok wayang gamaknya. kekekekeke

P/S : Mh370 dah masuk hari ke 29 hilang. Masih tiada petunjuk. Sungguh misteri. Jangan berhenti berdoa untuk mereka, Semoga Allah tunjukkan jalan & kebenaran apa yang berlaku pada pesawat MH370


BUAT BERHALA DALAM RUPA BENTUK SEORANG HAJI & HAJAH

Agak biadap bagi den la kan bila ada yang mengukir berhala dalam rupa bentuk seorang lelaki & perempuan muslim dan di namakan sebagai berhala haji & hajah. Selalunya kita boleh tengok setiap agama yang menyembah berhala ni dia ada rupa tertentu mengikut kepercayaan mereka takde pun pernah tengok rupa berhala dorang tu berwajah seperti penganut agama lain. Dah kenapa tetiba nak buat berhala yang menyerupai Umat Islam pulak??


Harus pihak berkuasa siasat benda ni sampai tertangkap manusia yang tak menghormati penganut agama lain. Jangan hanya nak take action bila orang Islam buat video bermesra dengan anjing je yang kononnya menghina Islam padahal.. mesej video tu jelas memaparkan ikatan kasih sayang seorang manusia & haiwan walau mungkin cara dia bergaul dengan anjing tu salah. Kalau dah sampai buat berhala haji hajah.. memang tahap melampau la jugak. Ada ke agama lain guna gelaran haji & hajah ni??


 Sumber astroawani

Pada semua rakyat Malaysia tak kira kaum & agama.. kita hidup dalam negara berbilang kaum & agama ni hope sama2 menghormati kepercayaan masing2. Jangan jadi manusia yang takde sensitiviti bila nak buat atau cakap pasal kepercayaan & agama orang lain.




Update terkini
 Ni komen den kat sinar harian online pasal isu tu.. Dan ada seorang non muslim reply komen tu. Bagi non muslim maybe takde apa yang nak di rasakan menghina atau menganggu sensitiviti sebab mereka bukan Islam.. Tapi tolong hormati, kami sebagai seorang muslim memang rasa benda ni menganggu sensitiviti kami.


** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com