Showing posts with label orang kurang upaya. Show all posts

SIAPA SUKUR IBRAHIM YANG MULA VIRAL DI FANPAGE POPULAR

SIAPA SUKUR IBRAHIM YANG MULA VIRAL DI FANPAGE POPULAR. Mohd Sukur Ibrahim.. aku tak sure korang kenal ke tidak. Sebelum ni dia seorang blogger jugak. Aku kenal sukur ni tak silap masa isu cikgu shida yang tengah hot. Kami berbeza pandangan terhadap cikgu shida tapi sebab masing2 bersikap terbuka & menerima perbezaan pendapat so sampai hari ni Sukur & saya masih menjadi kawan alam maya yang tak pernah ada apa2 masalah terasa hati ke.. terkecik hati ke.. terkunci cintaku dalam hati mu ke.. erkk...


Sukur yang saya kenal dari pandangan mata saya.. Dia di lahirkan tidak sempurna anggota fizikal tapi sangat banyak kelebihan yang kita sendiri kadang2 tak ada. Dulu saya kenal dia sebagai seorang blogger yang sangat positif menerima kekurangan diri & menjadikan kekurangan dia satu kelebihan untuk dia berjaya. Cuba hidup macam manusia normal lain tanpa mengeluh tentang kekurangan yang dia ada. Sekarang Sukur yang saya kenal.. Seorang yang sangat berjaya... bukan sahaja seorang Usahawan carpet.. Dia bukan kayuh basikal jual karpet dari rumah ke rumah yer. Dia menyediakan perkhidmatan memasang atau menukar carpet di masjid atau surau2. Ada jugak dia buat service pasang carpet kat rumah tapi lebih banyak terima tempahan pasang carpet untuk masjid & surau la. Jadi sesiapa perlukan perkhidmatan memasang atau menukar carpet boleh la contact sukur Ibrahim.. Selain jadi tokei tukar & pasang carpet dia juga seorang motivator yang hebat. Selalu sangat tengok dia update pergi bagi motivasi serata negeri kat Malaysia. Pernah keluar TV.. yang saya ingat dalam rancangan Wanita Hari ni walau dia lelaki. hehehehe


Tiba2 Sukur Ibrahim menjadi viral lepas melangsungkan perkahwinan dengan seorang wanita yang sempurna fizikalnya.  ramai yang mengkagumi sukur & pasangannya yang sama comel sama baik hati ni. Sukur ni tagline dia.. sentiasa comel hokay! Sapa2 cakap dia tak comel tak geng! hehehe..

Gambar yang sedang jadi Viral di Page popular macam OhMedia & beautifulnara

Walaupun saya bukan orang yang sebaik sukur tapi sebab sukur orang yang baik dia sentiasa sudi menjadi kawan saya insan yang sebenarnya lebih banyak kekurangan dari dia terutama berkaitan hati. Hati dia jauh lebih baik dari saya. yer saya mengaku.. Saya kadang2 hati & hantu macam sama level je.

Tuan Sukur Yang Comel Sedang Bagi Motivasi

Sebagai seorang kawan.. saya bersyukur sukur bertemu jodoh dengan seorang wanita yang cantik. Saya pun tumpang gembira atas kebahagian sukur.. Saya doakan sukur sentiasa di kelilingi orang2 yang menyanyangi dia.. melindungi dia.. Semoga Allah sentiasa limpahkan rezeki untuk dia & permudahkan semua urusan dunia akhirat beliau. Tahniah sukur.. selamat pengantin baru.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com