AMARAN BUAT ADMIN BLOG BELOHOG
Biarlah orang nak cakap aku ni kedekut ke, suka besarkan isu ke yang pasti sesapa saja kat tempat aku mesti rasa marah dengan apa yang berlaku. Semalam aku detect 1 blog copypaste yang sejak dari dia buka blog satu ni.. dia asyik copypaste entri aku.
banyak jugak blog dia manage tapi sapa2 pun boleh buat kalau setakat copypaste ye dak?? ni kita tak layak panggil blogger tapi kita kena blockjer
Ni Amaran buat admin Belohog.blogspot.com!! Anda di beri masa 3 hari untuk padam semua entri aku di blog anda atau tindakkan seterusnya akan di ambil. Jangan ingat dengan mention sumber dari blog aku jer kau boleh copy semua update terkini aku.. tu mustahil aku boleh izinkan. Setakat satu dua entri aku boleh la ikhlaskan tapi kalau semua kau nak bolot, sorry memang aku tak izinkan.
Ni popular post kat blog belohog hari ni ada 4 entri aku kat situ. Kisah kad raya aku pun dia bantai copy. Tu yang tersenarai dalam popular post.. ada banyak lagi entri aku dalam blog dia sejak 30 june 2014
Setakat mention camni dah rasa tak bersalah ambil semua entri aku.. hurmm kalau korang mampu senyum lagi tak?? bukan satu dua tau... rasanya semua entri aku sejak 30 jun aritu dia copy. Kalau aku biar je.. setiap kali aku update blog mesti dia copy masuk blog dia
Moral of the story.. kita boleh ambil sumber cerita tu dari mana2 blog @ page.. tak salah tapi olah lah sendiri penulisan tu. Jangan copypaste bulat2.. Kesannya pada blog yang korang curi artikel dia. Mungkin blog tu bakal berdepan dengan masalah. Jadi sebelum blog aku berdepan dengan masalah, harus aku bagi dia masalah dulu. Peace!
P/s : Dia memang dah buat auto post entri aku kat blog dia. See... kalau korang kat tempat aku apa korang rasa??