Showing posts with label muslimah. Show all posts

GADIS BERTUDUNG DENGAN FESYEN ANIME LOLITA JEPUN

Bila dah ada slogan.. Bertudung tidak menghalang untuk perempuan berfesyen kadang2 fesyen tu sampai jadi pelik & tak sesuai dengan imej muslimah & bertudung. Walau ada yang rasa nampak comel tapi entah kenapa aku rasa tak sesuai fesyen Anime jepun ni untuk golongan perempuan bertudung. tetap tak nampak fungsi tudung tu untuk tutup aurat tapi lebih kepada berfesyen. Nak cakap pasal aurat bagai.. Rasa macam tak layak pulak cuma.. Nak cakap fesyen Anime jepun ni dari pandangan mata aku memang tak sesuai untuk perempuan berhijab.


Tak di nafikan comel jer fesyen ni.. Tapi biarlah jadi fesyen kanak kanak sudah.. Yang dah masuk zon akil baligh tu tak payah nak fesyen Anime sangat la. Kadang2 simple itu lebih terserlah kecantikkan seorang wanita berhijab ni. Kalau terlebih fesyen sangat pun serius nampak janggal & hilang terus imej muslimah tu.


Dah di lahirkan manusia tak payah jadi kartun sangat la kot... hahahaha... kalau dah memang comel dari dalam ko pakai purdah pun even nampak bijik mata terkebil kebil je pun tetap nampak comel katanya.

Tapi aku rasa fesyen ni maybe tak lama lagi jadi trend kat Malaysia kot. Serius memang comel cuma aku rasa tak sesuai sangat untuk di label sebagai fesyen muslimah. Dia lebih kepada fesyen jer...

Moral of the story.. bayangkan kita yang beranak pinak pakai fesyen ni, gamaknya berapa bakul kena maki?? hahahahaha

Sumber : Muslim Lolita fashion trend


ANIZONINNER NECK KURUSKAN MUKA DENGAN SEKELIP MATA

Ramai si comel berpipi bambam & dagu berlapis ada masalah nak sembunyikan pau pau berlebihan tu. Teknik make up pun tak jalan. sangat. Takkan nak pakai tudung nampak tepat2 kat batang hidung jer kan? Boleh jugak kalau nak pakai purdah lagi senang. nampak mata jer tapi bagi yang belum bersedia ke arah tu masih ada penyelesaiannya untuk menyembunyikan bentuk muka ada yang berisi & bulat tu.

Baru - baru aku ada try 1 inner neck tudung yang memang bagi aku sangat awesome. Macam magic je rasanya lepas pakai. Mana taknya.. nak pakai dia senang tak payah nak adjust teruk2 sangat. Letak jer dah elok terbentuk kat muka. Yang paling best muka yang membulat terus nampak bujur & kurus. Tengok muka dalam cermin.. Wow!! Amazing! Segala pau2 berlebihan kat muka macam hilang sekelip mata dengan inner neck ni. Memang puas hati gila la. Tu pandangan aku sendiri yang cuba...

Kelebihan AnizonInner Neck ni ada ada dalam 2 design kecil & besar. Kedua.. material kain dia sangat lembut & selesa. Tak panas.. tak melekat sangat & sangat flexible. Bukan setakat sesuai di pakai dengan tudung @ selendang tapi boleh jugak di jadikan anak tudung untuk telekung solat. Bagus.. pelbagai fungsi. Inner neck ni jenis kain lycra so senang di muncungkan ikut bentuk muka. Takde la melekat je ikut bentuk muka bulat kita sebab tu dia boleh buat muka kita nampak kecil bila kita pakai dan dia ada penutup bahagian dagu tu yang membantu menampakkan bentuk muka kita jadi kecil & kurus.

Ni contoh perbezaan pakai Inner biasa dengan Inner Neck Anizon. Boleh nampak jelas perbezaan bentuk muka tu kan?? Boleh di gayakan dengan tudung ke.. shawl ke.. selendang atau apa2 yang bersesuaian dengannya la. Harga dia RM37

Ni pulak yang design pendek. Sesuai di jadikan anak tudung telekung solat jugak boleh pakai dengan tudung, atau shawl. harga RM29

Cara penjagaan dia pun senang tapi di galakkan basuh tangan pun camtu tetap boleh basuh guna mesin basuh sekali sekala sebab dia takkan jadi kembang.. bentuk & size dia kekal sama even basuh mesin pun.

Kenapa aku rekeman?? Sebab aku dah cuba & puas hati. Yang penting selesa & dia memberi effect yang sangat bagus pada bentuk muka kita bila pakai. Biasa la.. manusia kan sukakan kecantikkan gitu. Pada yang minat nak miliki Inner neck Anizon ni boleh contact pengedar dia
FB : Hanim Husin
Whatsapp/tel No : 0169052046
Instagram :  Chocpurple_Biz



Wah retis pun guna AnizonInner Neck ni. Kelas kau jah!! Aku kalau pakai gamaknya macam retis tak? hahahaha

Kang ada yang cakap aku review gempak padahal ntah2 tak pernah pakai pun. Ok ok.. meh sini tayang sikit gambar aku melaram dengan Inner Neck Anizon ni. Tapi awas kalau nampak putih gebu tu ketahuilah.. selain bedak foundation sekilo ia juga hasil susukan 360. Tuan tanah comot jer.. kena jugak touch up muka sikit2.. Yang penting Inner neck tu tak perlu edit memang owesome. kekekeke

Maka tersorok la pau sekilo di pipi & dagu kuih lapis. kekekeke

Ni aku try letak selendang ke shawl hapa nama yang kawan asben aku dari bahrain bagi. Tak tau la kat masjid India ada ke tak shawl ni tapi ni khas dari bahrain yang di post melalui anak dia yang belajar kat Malaysia. Terima kasih Untie Arab (hahaha aku tak tau nama dia) Yang penting sangat matching dengan AnizonInner Neck ni


DESIGN TUDUNG SEKARANG LEBIH KURANG SAMA JER, TAK TIMBUL ISU CIPTA ATAU CIPLAK

Bangun pagi bila online jer terpinga2 pasal isu ciplak tudung jenama terkenal & mahal. Nak saman pengeluar tudung ciplak jenama terkenal & mahal dia. Ramai rupanya.. rasa tindakkan pengeluar tudung jenama terkenal & mahal ni agak kejam. Katanya.. tudung semua dari asas bentuk yang sama.. tak timbul isu ciplak bagai. Lagipun dua2 bisnes tu dari orang melayu beragama Islam yang nak mengangkat & mengalakkan orang berpenampilan muslimah.

Tu kata2 dari komen yang aku baca la... Tapi bagi aku isu cipta kemudian di ciplak ni macam isu yang takkan boleh di bendung pun. Apa juga barang.. apa juga jenama.. apa jugak fesyen.. apa juga design atau apa jer perkara kalau ada yang cipta.. dah pasti ada ciplak. Berblog pun sama.. ada yang mengarang ada yang copy paste jer tetap di panggil blogger even sorang bukan kerja perah otak sorang buat kerja ciplak. Manusia & hidupan dalam dunia ni ciptaan Allah pun ada orang ciplak hasil kejadian Allah ni.. buat klon ni klon tu.. Ni pulak hasil ciptaan tangan manusia. Apa nak pelik dengan Allah pun manusia tak takut inikan dengan manusia.

Isu tudung terkenal & mahal tu di ciplak.. Aku setuju dengan 1 komen ni aku tak ingat siapa.. Dia kata bila orang mula mencipta barangan tiruan dengan jenama yang sama.. pada masa yang sama membawa jenama besar itu untuk di perkenalkan sekali. Tu antara kebaikkan yang jenama terkenal & mahal tu dapat. Tapi keburukkan dia mungkin jenama yang sama tapi kualiti tu tak sama maybe akan membawa kesan negatif jugak pada jenama tu.

Tapi isu dalam mengangkat fesyen yang katanya fesyen muslimah tu.. Tak payah la saman juta2 sangat kot. Bentuk tudung ni semua sama.. beza design & corak jer kot. Ada yang macam kuih lapis berlayer & bermacam2 kaler.. ada yang sewarna berbatu bata... ada yang bertone warna warni macam pelangi.. ada yang macam taman bunga.. ada yang macam singa, harimau bagai.. Tak payah nak cop hak cipta terpelihara sangat la. Anggap macam kita cipta resepi untuk orang lain cuba sudah... Resepi sama, tukang masak berbeza rasa pun mustahil sama kan even dari resipi yang sama. Sebenarnya pi mai pi mai design & bentuk tudung semua jenama pun macam lebih kurang sama jer.. ubah sikit2 corak, warna, letak diamond, labuci,manik bagai sikit untuk nampak berbeza sikit dengan yang sedia ada. Takde istilah isu hak cipta terpelihara kalau tudung ni.


Dua jenama terkenal. Taknak mention jenama mana.. salah satu jenama yang tengah kontroversi sekarang.. satu lagi jenama yang terkenal jugak. Tak jauh beza sangat pun design dorang, kan?? SO takde isu ciplak bagai sangat

Jadi pada jenama terkenal & mahal tu sebelum menyaman pihak yang katanya ciplak tu cuba kaji balik semua tudung2 anda yang anda jual selama ni.. adakah takde sikit pun menciplak dari jenama lain? Kalau betul2 takde.. teruskan saman. Kalau rasa macam ada.. sila malu sendiri. Peace!

P/S : Mereka sibuk saman menyaman sampai terlupa hari ini hari ke 33 MH370 lenyap,senyap tanpa khabar berita. Betapa.. tiada nilai harta dunia bila menghadap kehilangan tak bertanda kerana tiada nilai mampu di bayar untuk mencipta kembali perkara yang menjadi kenangan. Marilah kita doakan buat mereka,agar misi mencari menyelamat menemui mereka atau tanda dimana mereka berada. Doakan buat semua mereka yang terlibat dalam misi ini, kerana mereka juga bertarung nyawa hidup & mati dalam misi tu. Moga Allah membuka jalan & kebenaran.


PERTANDINGAN RATU CANTIK MUSLIMAH BERUNSUR ISLAMIK

Masa duduk2 di tengahari sambil fikir nak masak apa petang ni untuk makan malam nanti tengok la berita tv9. Sebagai manusia kena jugak tengok berita untuk tahu isu2 semasa & perkembangan terkini dalam & luar negara. Tertarik pula dengan satu berita pasal pertandingan ratu cantik muslimah yang berunsur islamik yang di adakan di indonesia & di sertai ramai muslimah dari seluruh negara. Tak tau berapa buah negara yang menyertai pertandingan ni tapi yang dengar dari Malaysia & brunei pun ada.

Memang konsep dia ada islamik sebab perserta semua bertudung & harus kena pandai baca Al Quran. Tak sure surah apa maybe ikut juri la kot dia nak suruh baca surah apa kan. Syarat2 lain seperti cantik, menarik & kelancaran bertutur kata macam pertandingan2 ratu cantik lain juga menjadi penilaian.


Tapi kan.. sesuai ke adakan pertandingan ratu cantik untuk muslimah ni?? Dorang kena peragakan badan & muka jugak. Kena sumbangkan suara jugak. Isk... tak berapa Islamik jugak la kan. Nak cakap lebih2 tak berani sebab den bukan ilmuan agama atau manusia yang dalam kategori warak. Den ni pun serba serbi cacat cela & tak sempurna imannya cuma tu la den sekadar nak menyuarakan pendapat jer. Kita gunakan nama Islam untuk menghalalkan sesuatu acara dengan mencampur adukkan unsur2 Islam dengan yang di tegah Islam.

Sumber di SINI

Banyak sangat dah sekarang orang gunakan nama Islam untuk meraih keuntungan.. Orang buat filem pun sekarang umpan pendakwah2 bebas yang popular untuk berlakon. Bagi dua tiga scene pun cukup la mengumpan penyokong2 pendakwah bebas ni untuk beli tiket wayang. Konon berdakwah melalui filem.. tapi kita sendiri pun tahu yang baik tu sikit.. Yang tak berapa nak baik tu lebih banyak.

Jadi terpulang pada penialaian masing2. Korang rasa sesuai ke di adakan pertandingan ratu cantik muslimah ni?? Even ada ciri2 Islamik seperti menghafal Surah dalam Al Quran. Tepuk dada tanya Iman.. sekadar berkongsi pandangan & pendapat bukan berniat nak mengondem mana2 pihak atau tunjuk baik.

Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com