SERAM! AKIBAT LANGGAR MAKHLUK HALUS DI ROUNDBOARD JALAN KE ERL PUTRAJAYA
SERAM! AKIBAT LANGGAR MAKHLUK HALUS DI ROUNDBOARD JALAN KE ERL PUTRAJAYA. Semakin menjadi jadi rajin menulis entri cerita seram sekarang ni. Almaklum la.. Mood puaka dah activated katanya. Kang aku melazer orang ada je yang tak ada kena mengena terasa hati maka meh la aku momokkan orang. Sapa2 berhak untuk rasa takut tanpa aku rasa bersalah katanya.Gambar sekadar hiasan. Sumber Google |
Ok untuk kisah malam ni.. suspek dia pontianak la. Menurut sumber cerita ni kejadian ni berlaku kepada family sepupu dia yang tinggal di presint 9 putrajaya. Peristiwa seram tu berlaku selepas katanya terlanggar makhluk halus yang berupa pontianak di salah satu roundboard di sebuah jalan yang tak jauh dari erl putrajaya.
Alkisahnya.. Kak Ros nama di beri. Tinggal bersama 4 orang anak & 2 orang adik dia lelaki & perempuan.Adik perempuan tu bernama Ika & lelaki bernama Wan. Suami Kak Ros ni kerja kat sarawak seminggu sekali baru balik. Depa ni kategori PJJ la. Nak di jadikan cerita pada satu malam, dalam jam 2 pagi.. erkk.. tadi kata malam tapi jam waktu pagi. Apa2 je la janji time tu memang time orang tidur. Tetiba adik dia si Ika tu mengadu sakit telinga sangat. Ika memang tidur sebilik dengan kakak dia & anak2 kakak dia. Adik lelaki dia jer tidur bilik berasingan. Bila di kejutkan Kak Ros ni bangun la ambil lampu suluh.. tengok ke dalam telinga adik dia kot2 luka ke hapa. Tapi punca tak dapat di kenalpasti maka di kejutkan adik lelaki dia si Wan suruh bawa si Ika ke klinik sebab nampak si Ika tu macam sakit sangat.
Maka si Wan tanpa banyak songeh bawa je si Ika ke klinik pagi2 buta macam tu. Kak Ros Tak ikut sebab anak2 dia tak ada orang nak jaga. Sampai klinik Ika je masuk, si wan tunggu dalam kereta je. Dah besar panjang boleh dah pergi jumpa doktor sendiri, ye dak. Dah habis rawatan tu Ika keluar la pergi ke kereta wan. Dia nampak ada seorang perempuan cantik dalam kereta wan senyum kat dia.. so dia senyum balik la. Almaklum la senyum tu kan sedekah yang paling senang & tak payah keluar modal. Dia ingat kawan wan so dia tak fikir bukan2 sangat la. Masa dalam perjalanan balik ke rumah tu dia tanya kat wan sapa perempuan lawa yang duduk kat seat belakang tadi. Wan pelik.. Mana ada perempuan dia bawa. Satu2 perempuan dia bawa Ika jer. So wan pun cakap la kat Ika takde dia bawa perempuan mana pun dalam kereta. Ika mula tak sedap hati wan pulak mula rasa tak puas hati. Wan patah balik ke klinik semata mata nak tanya staff kat kaunter klinik tu samada nampak perempuan dalam kereta dia ke tidak tadi. Ternyata Ika sorang je yang nampak. Kebetulan masa wan keluar dari kereta tak tutup pintu.. Tanpa sedar benda tu ikut dorang balik sampai rumah.
Sampai rumah jer ika terus lari masuk bilik & hempap pintu kuat kuat. Kak Ros pelik dengan perangai Ika, tanya la kat Ika apa berlaku. Kot2 bergaduh dengan wan ke hapa.. Ika pun cerita la dia takut sebab nampak perempuan cantik yang orang lain tak nampak dalam kereta wan. Time ni wan pun ada dalam bilik yang sama. Tiba2 Ika lari duduk bersila bawah katil sambil tangan dia menutup kedua belah telinga. Lepas tu Ika bagitau perempuan tu suruh kak Ros minta maaf sebab langgar dia kat rounddboard jalan nak ke erl putrajaya. Memang kak ros selalu lalu jalan tu hantar suami dia ke erl. Tapi kak ros berdegil tak nak minta maaf sebab katanya dia tak nampak pun apa dia langgar kenapa mesti minta maaf. Time tu makhluk tu dah masuk ke dalam badan ika. Lepas tu dengan menggunakan badan Ika.. benda tu tunjuk pada wan. Dia pun nak wan minta maaf sebab langgar dia. Amboi kemain kau cik ponti.. semua orang langgar kau. Dah kau lintas jalan tak tengok kiri kanan dulu sapa suruh. Dah tu bukan semua orang boleh nampak kau! Demand nak orang minta maaf bagai.. salah sendiri tak mengaku.
Kak Ros suruh wan Azan tapi makhluk yang merasuk badan ika tu pun ikut azan sekali lepas tu gelak2 macam mengejek pulak. Kurang asam sangat tau cik ponti ni!! Kak ros cuba berinteraksi dengan makhluk tu & suruh dia balik ke tempat dia tapi makhluk tu tak nak. Dia nak kak ros minta maaf dulu tapi sampai sudah takde orang minta maaf dengan dia. Last2 dia minta nak bawa balik anak kak Ros yang umur 8 bulan.. Amboi cik ponti sesuka je nak ambil anak orang. Kak Ros sempat halang dengan tangan sebelum cik ponti yang merasuk badan ika sentuh anak dia. kak ros cakap tak boleh! Sampai la azan subuh baru benda tu keluar dari badan ika. esok harinya tu kak ros bawa ika pergi berubat kat darussyifa bangi. Masa pergi darussyifa rupanya benda tu masih ada dengan ika & berkeras nak kak ros & wan minta maaf tapi sampai kesudah takde sapa minta maaf dengan dia. Last perawat kat situ bagi air penawar & Alhamdulillah berjaya memisahkan benda tu dari badan ika. Katanya sampai sekarang depa tak berani lagi lalu jalan tu.
Pasal minta maaf je pun... Aduhai, cik pontianak. Macam mana la depa nak minta maaf dengan hang kalau depa pun tak nampak hang tup tup hang tuduh depa langgar hang. Dah tau jalan raya hang gigih jugak nak bercekerama kat situ sapa suruh. hahaha... Lain kali ambil insuran. paling2 boleh claim kalau tercedera. hehehe
Mesti ika lepas kejadian tu takut nak duduk dalam gelap atau sorang2 kan. Yelah.. bila berlaku benda2 macam ni mungkin akan rasa sedikit fobia & trauma nak2 lagi dia nampak rupa cik ponti tu.
Moral of the story.. adakala beralah itu lebih baik dari mempertahankan ego. Rasanya cik ponti tu cuma minta depa minta maaf jer tak minta kita buat perkara2 yang syirik atau khurafat. Aku tak sure la hukum minta maaf kat makhluk ghaib tapi rasanya perbuatan tu tak ada la sampai menyekutukan Allah. Sebab tak salah minta maaf sesama makhluk katanya. Tapi biasa kita manusia kadang2 ego memang tinggi ke langit tujuh. Nak say sorry pun susah. hehehehe...
Sumber Cerita : Koleksi2 Cerita Seram Forum CariGold Terbaikk