INILAH DESTINASI PERCUTIAN PALING HOT 2015
INILAH DESTINASI PERCUTIAN PALING HOT 2015. Kita dah sampai ke penghujung tahun 2015 tapi aku tahun ni nampaknya tak pergi holiday mana2 kot. takpe la maybe tahun depan la kot kalau ada rezeki lebih2. Lebih2 beli bawang.. beras.. gula.. bagai. Syiling2 tu simpan dalam tabung manatau hujung tahun cukup buat tambang pergi umrah katanya.. Insya Allah. Yelah.. Kalau ada rezeki, ye dak.Sekarang nak pergi mana tak risau sangat la tak tahu destinasi nak di tuju atau jalan ke tempat yang nak di tuju sebab semuanya ada penyelesaian semudah hujung jari. Trend sekarang kalau nak pergi bercuti ni takde la bawa diri atau bawa pakaian jer.. Depa dah stanby gadget2 elektronik untuk memudahkan percutian mereka. Yelah.. dulu maybe kalau kita ke sesatu tempat yang tak pernah pergi kita bergantung sepenuhnya pada mape kan.. sekarang waze.. google.. Tu yang paling menjadi rujukan. Mudah & cepat. Nak2 lagi smartphone sekarang boleh di gunakan pelbagai fungsi.. Bukan sekadar buat panggilan je. So memang trend sekarang pergi bercuti mesti bawa gadget elektronik.
Betapa mudahnya sekarang kan nak pergi bercuti. Dulu rasa orang2 kaya je mampu naik kapal terbang tapi sejak ada penerbangan tambang murah ni.. Semua golongan mampu merasa nak flight dah. Bukan takat boleh pergi bercuti kat tempat hot macam ni >> Destinasi Percutian paling Hot Pilihan rakyat Malaysia << malah walaupun nama penerbangan tambang murah tapi dia punya pramugari & pramugara lebih hot dari pramugari & pramugara flight yang tambah mahal.. hehehehe
Yang mana sempat pergi bercuti dalam tahun 2015 ni gamaknya destinasi hangpa semua ada dalam senarai tempat paling hot rakyat Malaysia pilih untuk pergi bercuti ni ke tidak? kalau ramai yang ke tempat tempat tu memang hot betul la kot kan.. Hot hot jugak la kan.. Nak pergi mana, nak buat apa jangan sampai hot till jahanam sudah. yelah.. hahahaha.
Moral of the story... Dah biasa duduk tempat hot hot ni.. Rasanya kalau ada rezeki nak cari tempat cool cool sikit la. Manalah tau lepas balik bercuti, jadi putih macam salji. hahaha