BILA BLOGGER RASA DIRI DIA HEBAT...
Blog & laman sosial terutama FB & twitter satu benda yang dah macam merpati sejoli. Jarang dengar orang tulis blog takde relate dengan laman sosial. Laman sosial medium untuk mempromosikan blog sebab laman sosial lebih mudah nak ramaikan jemaah dari blog. Konsep follow blog tak macam kumpul friend kat FB. FB lagi mudah untuk meramaikan majlis berbanding blog walau kita follow orang pun belum tentu orang follow kita balik. Sebab tu hak individu.. berbanding FB bila kita sent request untuk friend.. kalau dia approve dah kedua2 nya dah dapat kelebihan dari jumlah friendlist.
Yang mukadimah panjang ni sebenarnya nak cerita apa.. hahahahaha.. sorry termelalut pulak. Bila kita dah ramai follower blog ramai friendlist kat FB di tambah pulak ada fanpage yang ramai LIKE kita mula rasa diri kita hebat. (Kita tak merangkumi semua yer.. terpulang la sapa yang terasa maka dialah orang tu). Buat apa pun mesti ada orang respond & feedback. Mula la rasa level diri tu lebih tinggi dari orang lain sampai rasa diri tu hebat sangat dah. Salah betul tak boleh nak tegur. Maybe kaki mengampu & menumpang teduh bawah glemer orang akan angguk2 & support jer apa yang si glemer buat. Betul salah tetap dia cari point jugak nak betulkan supaya boleh buat ayat support & puji2 melambung. Yang salah tu dia tetap pejam mata rapat2.. buat2 tak nampak.
Yang rasa hebat makin mengebat.. sapa tak sokong apa dia buat maka itu musuh. Sapa kata apa dia buat salah walau betul salah.. Pasti terkeluar dari ahli jemaah kawan2. Fenomena biasa yang kita boleh lihat terutama adik2 yang baru ada follower ribu riban. Kalau den la.. tak kira kau adik2 ke.. abang2 ke.. kakak2 ker.. kalau den rasa tak betul den cakap jer. direct to the point. Ada ku kesah kau top ke tidak. Tapi jenis yang banyak pengaruh ni kadang2 guna pengaruh dia untuk buat dia rasa sentiasa betul walau salah pun. Kau fikir malaikat kiri kanan kau pun akan terpengaruh ke dengan ramai manusia2 yang rabun jadi pengikut kau tu?? Jadi.. sapapun kau.. kalau buat salah sila accept la. Kadang2 orang tegur untuk kebaikan.. Taknak keterlanjuran tu sampai memudaratkan diri. Jangan anggap setiap teguran berunsur dengki & khianat untuk menjatuhkan kita sedangkan kita sendiri sedar apa yang kita buat tu sebenarnya salah.
Jadi pada semua termasuk diri sendiri yang pun tak lepas dari buat silap.. Setiap teguran sila timbang, tapis, kaji & selidik dulu. Tak boleh kita judge semua teguran tu berunsur khianat & dengki bila yang menegur tu tak sepopular & se hot kita sebab kadang2 orang tak heran pun dengan kau punya kemahsyuran tu.. Siti Nurhaliza pun kalau orang nak hentam.. orang hentam jugak inikan pula kita2 yang cuma blogger di persisiran pantai gitu. Entri ni sekadar mengingatkan diri sendiri & juga semua yang membaca. Manusia yang akan menuju kegagalan bila dia rasa diri dia dah cukup hebat & tak boleh terima teguran atau perbezaan pendapat.. Jadi sentiasa rasa diri kita insan yang masih belajar yang memerlukan teguran & pandangan orang lain untuk kita sentiasa belajar & terus belajar.
P/s : Terasa dengan teguran tu biasa.. den pun kadang2 terasa tapi akan jadi tak berapa biasa bila orang tegur, kita tahu salah tapi tetap jugak taknak accept. Tetap jugak nak cari point salahkan orang lain.
Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE
saya stuju dengan entry ni...ramai yg gitu...
ReplyDeletePsstt... Siapa tu? Siapa tu? (tengah mood nak bergosip ni, hehehe)
ReplyDeleteSylarius Yusof.. entri ni umum. takde point sapa2. sapa terasa maka dia la buat.. hahahahaha
ReplyDeletebetul tu kak.ada jugak org yg melaga2 kan blogger ni.hmm xpaham btol.rara ni? buat entry syok sendiri.ahahahaha
ReplyDeleteManusia ni macam2 tapi ramai jugak yang ada sikap macam tu.
ReplyDeleteHehe betul la tu..Ade je jumpa tp kalau rase tulisan die tu semacam pas bace tu xde la nk komen..
ReplyDeletebetul tu.. setuju sangat... eh ini bukan mengampu tau.. hihi
ReplyDeleteRasanya KZ tak termasuk dlm kategori yg suria tulis tu..
ReplyDeleteOp's kak diana. Nanti jadi kontroversi cakap camtu.hahahahaha.. entri ni UMUM.. memang berlaku dalam dunia blog pun. Senang cakap sapa terasa dia la buat. kekekekeke
ReplyDeletesaya setuju dgn entri ni...i'm new blogger...jom singgah
ReplyDeletehttp://izzriidris.blogspot.com/
setuju dgn entry ni.. bila dh makin ramai followers makin kuranglah nk bertegur sapa.
ReplyDeleteKalau berblog pun boleh jadi famous amous ke?? Saya rasa.. blog dengan FB macam sama je fungsinya.. Kalau jadi famous amous.. takut jugak eden..hehe.. berblog sekadar bersuka ria saja..nak kongsi ilmu bersama orang lain..
ReplyDeleteSalam mummy Lala..
ReplyDeletehihi..mcm2 kerenah.. :p
"Bila rasa diri tu singa walhal cuma seekor kucing maka orang yang melihat akan ketawa terkencing kencing." - tak menahan.. hihih.. :p
saya punya blog biasa2 je..lakiku menjadi pembaca setia hihihi
ReplyDeleteItu lumrah:)
ReplyDeleteErrmmm.. Lumrah setiap orang merasakan diri itu hebat..termasuk lah saya. Hahahahaha.....
ReplyDelete