RUPANYA FAREEDA TU BUKAN JENAMA TUDUNG

4/15/2014 02:30:00 PM suria lekatlekit 11 Comments

Pagi pagi dah terbaca entri Kak Seri Kandi Jauhar pasal Fareeda. Almaklum la sekarang ni tengah hot dengan isu tudung Fareeda kan. Aku sebenarnya malas nak up story pasal tudung fareeda kat blog melekit lagi penuh sensasi pedas panas bagai ni. Yelah.. aku ni kan jahat. Bagi pandangan apapun semua kedengaran jahat jahat belaka. Tapi jangan risau semangat berblog & meluahkan pendapat tu takkan mati hanya kerana anggapan orang. Yang positif aku jadikan pengajaran jer.

Pasal Fareeda tu.. Nak tergelak jugak sebab selama ni kat Malaysia kalau sebut Fareeda tu kita tahu satu jenama tudung yang mahal lagi cantik tapi kat negara lain Fareeda bukanlah sesuatu benda yang sangat mahal & bukanlah cantik tapi mungkin sedap di makan setelah di masak. Kalau korang nak tahu kat sebuah negara ni Fareeda tu adalah sejenis ikan. Hahahahahaha

Nak tau ikan Fareeda ni ada kat negara mana meh tengok kat blog kak Seri Kandi Tanah Jauhar

Rupanya banyak nama tudung ni pinjam nama ikan. Selain fareeda.. bawal pun sejenis nama ikan jugak. Lepas ni boleh la sapa2 nak buat tudung sendiri 7 layer dengan jenama sardeen pulak ke. hahahahahaha

Apapun entri ni bukan nak kondem fareeda ke hapa.. Yelah kena bagitau. Sebab apa jer datang dari aku ni ada sesetengah orang pandang negatif jer. So kena jelaskan secara terperinci. Entri ni sekadar entri santai dengan info menarik yang aku cedok dari blog kat Seri Kandi Jauhar. Mesti ramai yang tak tahu kan pasal ikan Fareeda. hahahahahaha

11 comments:

  1. hahahhahahah.. tadi rasa mcm dah reda ketawa tapi ni dah senak balik perut menahan ketawa, rahang pun dah stress ni, hahaha

    ReplyDelete
  2. hehe, baru tahu ni
    tapi yelah kan, tudung banyak guna nama ikan...hehe

    p/s - bila cik lekit kata, yelah aku ni kan jahat teringat adik saya =)

    ReplyDelete
  3. wahaahaha, berlagak je lebih, padahal taraf2 ikan merah aje kau ya.. hahaha

    ReplyDelete
  4. erk...biar betul...kalau x salah itu ikan biji nangka ke apa ntah..x pun ikan gerut...hehehehe....

    ReplyDelete
  5. salam mami lala..

    eehe...ikan merah la..
    kui kui kui... :p

    ReplyDelete
  6. Kiranya ciplak jugaklah ni. Tak tkut ke ikan tu saman depa...ekekekee...

    ReplyDelete
  7. Tudung bilis ada tak? Nak bagi nama tudung niii. Hehehehe

    ReplyDelete
  8. ikan ooo.. ikan... tak nak saman ke orang yang menciplak namamu? ikan jawab, ala.. bawal dah berdekad lama namanya diciplak.. lagi kesian... kui3..

    ReplyDelete
  9. hihi...pandai dorang nak lariskan jualan

    ReplyDelete
  10. kah kah ikan fareeda pun ada..
    itulah kehidupan :)

    ReplyDelete
  11. mesti sedap dan mahal ikan tu... huhu

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com