Showing posts with label mak enon. Show all posts

BILA ANONYMOUS GELAR ANONYMOUS LAIN SEBAGAI MAK ENON

Lawak pulak aku dok baca komen2 yang meriah dengan anonymous kat entri aku yang satu ni. Entri ni memang sampai hari ni dapat views yang tinggi & memang banyak anonymous datang berkomen.. ada yang sampai bergaduh. Masing2 nak menegakkan pendapat masing - masing tapi komen yang satu ni aku rasa special case sikit.. nak tau sebab apa.. meh baca.

Kalau ada yang tak pernah kenal siapa mak enon.. Inilah dia. Selalu dalam filem dulu2 dia berlakon watak extra. Selalu watak dia yang komedi jer.. Semoga Beliau di tempatkan di kalangan orang2 yang beriman... Al Fatihah

Entri tu pasal produk Collagen + Vitamin E yang pernah menjadi kontroversi tahun lepas. Ramai yang pakai cream ni ada kesan buruk termasuk adik aku & kawan aku jugak. Tapi kat entri aku tulis ada dua pendapat dari yang datang komen termasuk Anonymous..  Ada yang kata ok... ada yang kata tak ok.

Yang best nya Anon2 ni bergaduh.. Semalam dapat satu komen Anon yang merespond komen Anon lain.. Dia meng Anon kan orang padahal dia pun Anon.. Tu yang aku rasa lawak sikit tu. hahahahaha

Ayat dia 'tak payah nak kecoh2 mak enon kat entry ni' tu kelakar sikit. Sebab dia pun mak enon sedang berkecoh jugak. Hahahahaha (boleh rujuk entri INI )

Apapun hati2 kalau guna produk ni sebab aku pernah nampak sendiri jual kat kedai serbaneka longgok2 dalam bakul jer harga dalam RM9.90. Aku tengok ada orang borong banyak pulak tu... Tetiba aku pulak terasa seriau. Normally produk skincare ni kalau yang berkualiti & selamat takde orang jual longgok macam tu dengan harga yang murah sangat sedangkan rasanya masa mula2 keluar harga dia dalam RM40. Tak sure la fake ke original tapi yang penting pada yang guna produk ni hati2 yer... Sebab packaging dia yang mahal dengan murah memang totally nampak sama je.

P/S : Mak enon adalah salah satu gelaran/nama manja untuk Anonymous selain Anon.


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com