BILA ANONYMOUS GELAR ANONYMOUS LAIN SEBAGAI MAK ENON

1/07/2015 09:44:00 AM suria lekatlekit 8 Comments

Lawak pulak aku dok baca komen2 yang meriah dengan anonymous kat entri aku yang satu ni. Entri ni memang sampai hari ni dapat views yang tinggi & memang banyak anonymous datang berkomen.. ada yang sampai bergaduh. Masing2 nak menegakkan pendapat masing - masing tapi komen yang satu ni aku rasa special case sikit.. nak tau sebab apa.. meh baca.

Kalau ada yang tak pernah kenal siapa mak enon.. Inilah dia. Selalu dalam filem dulu2 dia berlakon watak extra. Selalu watak dia yang komedi jer.. Semoga Beliau di tempatkan di kalangan orang2 yang beriman... Al Fatihah

Entri tu pasal produk Collagen + Vitamin E yang pernah menjadi kontroversi tahun lepas. Ramai yang pakai cream ni ada kesan buruk termasuk adik aku & kawan aku jugak. Tapi kat entri aku tulis ada dua pendapat dari yang datang komen termasuk Anonymous..  Ada yang kata ok... ada yang kata tak ok.

Yang best nya Anon2 ni bergaduh.. Semalam dapat satu komen Anon yang merespond komen Anon lain.. Dia meng Anon kan orang padahal dia pun Anon.. Tu yang aku rasa lawak sikit tu. hahahahaha

Ayat dia 'tak payah nak kecoh2 mak enon kat entry ni' tu kelakar sikit. Sebab dia pun mak enon sedang berkecoh jugak. Hahahahaha (boleh rujuk entri INI )

Apapun hati2 kalau guna produk ni sebab aku pernah nampak sendiri jual kat kedai serbaneka longgok2 dalam bakul jer harga dalam RM9.90. Aku tengok ada orang borong banyak pulak tu... Tetiba aku pulak terasa seriau. Normally produk skincare ni kalau yang berkualiti & selamat takde orang jual longgok macam tu dengan harga yang murah sangat sedangkan rasanya masa mula2 keluar harga dia dalam RM40. Tak sure la fake ke original tapi yang penting pada yang guna produk ni hati2 yer... Sebab packaging dia yang mahal dengan murah memang totally nampak sama je.

P/S : Mak enon adalah salah satu gelaran/nama manja untuk Anonymous selain Anon.

8 comments:

  1. org pkai ok die akan tegakkan la..tgu dpt kesan buruk br fikir kot..hehehhe

    ReplyDelete
  2. pena pakai gak tp mmg byk bhan kimia la. . boleh nmpk kesan dlm seminggu lps tu bila x pakai da muka akan kusam balik. . huhu

    ReplyDelete
  3. Hahahaha... tapi dlm family kami Mak Enon tu merujuk kpd watak yg baik2.. klu yg kepoh2 tu kita sebut Kak Nam..

    ♡serikanditanahjauhar

    ReplyDelete
  4. sy pon pakai sabun dan krim siang dia..krim mlm sy xpakai sbb melekit sgt..stkt ni Alhamdulillah..Muka sy elok je pakai benda tu dah 3,4 botol ( btl ke panggilan botol ni, lantak la mls nka pk,hahaha ).. btl lah apa anon tu ckp..depends pada penerimaan kulit seseorg..x semestinya org yg bermslh tu disebabkan benda tu tp mungkin kulit dia yg alah..

    ReplyDelete
  5. kalau longgok2 gitu je memang tak yakin nak beli lah..bahaya

    ReplyDelete
  6. Anon.anon ni..kekadang malas nak layan..

    ReplyDelete
  7. popular sungguh entry tu ye suria
    adik saya kata KKM dah keluarkan statement kata tak selamat
    adik saya keja denga JKN, dia lagi tahulah kot
    saya tak ingat apa bahan yang digunakan
    tapi memang tak selamatlah sebab menghakis kulit

    ReplyDelete
  8. Kesian Mak Enon, dah lama pergi tapi sekarang ni jadi nickname alam maya untuk segala Anon yang ada :) Kelakar juga ni. Memang tak tahu nak komen apa dah sebab dah gelak besar siap-siap. Anon mengata Anon, apa kes ni? Itulah orang buat salah nampak, sendiri buat salah kalau tak tengok cermin memanglah tak nampak :)

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com