Aktiviti sepanjang ramadhan bila menjelang malam mesti la terawih walau sembahyang tu tak seberapa. Lebih kepada memeriahkan masjid je. Nama pun budak - budak kan?? Kelas mengaji al-quran sepanjang bulan puasa memang di umumkan cuti. Macam biasa bergerak dalam kumpulan ke masjid. Sampai masjid sebelum bermula solat terawih mesti makan dulu. Dulu memang ada program more ni. Walau dah makan kat rumah tetap juga nak makan kat masjid. Sedap tak sedap tu tak kisah, janji makan.
Lepas makan ambil wuduk masuk masjid, ambil saf paling belakang. Mula - mula semua ok lagi. Semangat lagi berterawih. Dah sampai rakaat yang ke lima keatas mula nampak ragam macam - macam. Ada yang mula pejam celik tapi di teruskan juga. Ada yang mula berhenti dah.. Ada yang sujud terus tak bangun - bangun. Bila di ingatkan memang kelakar. Cuak juga bila sorang kawan sang lekit ni sujud terus baring & tak bangun2 sampai habis terawih. Ingatkan pengsan ke apa rupanya tidur makhluk Allah tu.