Walaupun anak aku seorang picky eater tapi dia tidak mempunyai masalah berat badan atau masalah kesihatan. Sebab salah satunya dengan memberi susu formula yang menepati keperluan dia untuk sentiasa aktif, cergas, sihat & menampung nutrisi yang dia tidak ambil dari makanan.
Contoh susu formula yang anak aku minum sekarang friso gold. Susu Friso Gold Nutrien dalam bentuk asalnya lebih mudah untuk dihadam. Friso Gold dengan teknologi LocNutri™ menggunakan haba yang sederhana semasa proses pengahasilan susu agar nutrien dipelihara sebab kepanasan melampau ketika penghasilan susu mungkin mengubah struktur asal .
Syarikat pengeluar Susu Friso Gold terkenal dengan kepakaran dalam tenusu dan menyediakan tenusu untuk kebaikan kepada berjuta-juta orang di lebih daripada 100 buah negara, setiap hari. Selama bertahun-tahun, para saintis mereka telah mencipta satu proses khas yang merawat susu dengan penjagaan rapi pada setiap langkah pemprosesan, dan memastikan banyak kebaikan dalam susu formula mereka. Ini tidak mustahil kerana mereka sendiri yang melakukan setiap langkah memproses, dari ladang ke kilang. susu yang berkualiti tinggi akan di hantar terus dari ladang ke kilang di mana kebaikan yang disimpan dengan baik bagi memastikan anak anda mendapat kebaikan dari susu yang mereka minum itu.
Kebanyakkan susu formula yang ada di pasaran tidak di membantu sistem penghadaman & menyebabkan sembelit. Anak aku dulu pun pernah mengalami sembelit yang setiap kali nak membuang air besar. Sistem penghadaman yang baik dapat mengelakkan sembelit. Jadi perkara utama yang perlu di titik berat dalam memilih susu formula anak anda adalah yang mudah di hadam supaya tidak berlaku masalah sembelit. Friso Gold membekalkan nutrisi yang membantu penghadaman kanak kanak. Jadi dapat mengatasi masalah sembelit tu. Selesai satu masalah anak aku selepas minum susu Friso gold ni.
Selain itu Friso Gold diimport 100% dari Belanda dan tidak mengandungi sukrosa. Sukrosa atau gula tambahan ni memang tidak elok untuk kanak kanak. Lagi kurang kandungan sukrosa adalah lebih bagus untuk kesihatan anak - anak kita. Kadang2 susu formula kanak kanak yang mempunyai kandungan gula tambahan yang banyak akan menyebabkan kanak kanak menjadi terlalu aktif & boleh menghadapi masalah obesiti. Ia juga boleh membuatkan kanak kanak susah untuk memberi tumpuan, menjadi cepat tantrum, penyebab ekzema & banyak lagi. Jadi elakkan memberi anak anda susu formula yang banyak gula tambahan.
Friso Gold jugak mempunyai Vitamin D Vitamin B5 dan C, Selenium, GOD, zat besi dan DHA bagi membekalkan nutrien penting yang membantu tumberasan kanak kanak dan menyokong daya ketahanan semula jadi mereka. Sangat penting daya ketahan diri seorang kanak kanak untuk memastikan mereka tidak cepat jatuh sakit bila melakukan aktiviti di luar atau bersosial dengan rakan sebaya di sekolah atau tempat - tempat permainan. Jika kanak kanak menghadapi masalah penghadam dan masalah kesihatan atau kerap jatuh sakit.. memang anak - anak itu tidak akan kelihatan ceria & tak ada mood nak bermain. ia jugak akan memberi kesan kepada kita sebagai ibu bapa. Bila anak kerap sakit.. Dah tentu ibu bapa pun turut rasa tak gembira kan. Sebab tu pentingnya membina ketahan diri dalam dalam seorang kanak kanak untuk memastikan mereka sentiasa bersemangat melakukan apa saja aktiviti.