PENONTON SAMAN PENERBIT & PENGARAH KALAU FILEM TAK BEST?
Filem bocor nak saman jutaan ringgit. Agaknya tertuduh tu nanti ada duit tak nak bayar saman?? Kalau blogger la yang di heret & di tuduh tu nanti.. macam mana agaknya.Dato Yusof Haslam & syamsul Yusof mula mengamuk sebab kes filem KL Gangster 2 yang terlebih dulu di tayangkan secara percuma kat online & boleh di download full movie lagi. Sampai Dato Yusof haslam keluarkan statement nak saman jutaan ringgit kepada si pelaku yang memuat turun filem tu kat online. Ok la.. mencuri salah tak boleh di nafikan. Mereka berhak ambil tindakkan bila barang mereka kena curi. Tu pun tak boleh di nafikan. Tapi kerugian belum tentu lagi berapa.. entah2 kalau filem tu betul2 best mesti orang sanggup beli tiket & tengok lagi sekali sebab katanya filem yang terbocor tu hanya 50 peratus kualitinya daripada segi kandungan, kesan dan CGI serta belum dibuat 'final mix' dan sebagainya. Jadi mesti la orang nak tengok filem tu lagi dengan kesan bunyi yang gempak & effect yang hebat kan??
Sumber Sinar Harian
hahahahaha.. kalau lah boleh aku rasa David Teoh la paling banyak kena saman sebab filem2 dia majoriti menyemak panggung je.(ini pendapat peribadi den pada filem2 keluaran metrowealth yer.. Tak salah kan kalau den rasa filem dia banyak yang tak best dari best) Yelah.. Orang bisnes memang macam tu. Orang seni hasilkan karya.. orang bisnes hasilkan duit. Bila orang bisnes berkarya.. Duit jadi benda utama maka karya cuma jadi kambing hitam saja untuk mengaut keuntungan.
Jadi isu pasal filem bocor tu.. Tak salah kalau Dato Yusof & Syamsul nak cari dalang punca filem tu bocor sebelum tayangan. Tu hak mereka jadi kat sini takde la pertikaian dari den. Nak saman pun saman la.. Den jangankan nak tengok yang free showing tu.. Kat Pawagam pun tak terdetik kat hati nak tengok filem tu. Pi mai Pi mai.. jalan cerita sama ja.