INI SEBAB ANDA PERLU BOIKOT DARI MEMBELI BELAH DI EZBUY
INI SEBAB ANDA PERLU BOIKOT DARI MEMBELI BELAH DI EZBUY. Tak habis habis lagi kan lekatlekit ni dengan isu ezbuy dia. Mesti la selagi aku rasa aku tak dapat hak sebagai pembeli, selagi aku rasa ezbuy tidak bertanggungjawab setelah customer membayar untuk membeli di website mereka & selagi ezbuy terus menerus cuba menyembunyikan kelemahan mereka tanpa ada usaha memperbaiki.. selagi tu aku akan sebarkan supaya bakal pembeli tidak teraniaya dengan ezbuy.Sebenarnya di Facebook Page Ezbuy banyak sangat komplen pasal perkhidmatan mereka tapi kebanyakkan semua di delete untuk menjaga reputasi mereka. Tapi hari minggu maybe admin yang handle page tu cuti sempat la aku screenshot complaint2 dari customer yang dah membeli belah di ezbuy untuk tatapan kaki kaki shopping online ni. Supaya korang boleh nilai sendiri tahap perkhidmatan yang ezbuy bagi kepada pelanggan yang berurusan dengan mereka.
Zaman sekarang semua benda ni jadi viral & kena di dedahkan baru la pihak yang buat taik tu dapat pengajaran. Kalau tak.. dia akan selesa bagi service yang tahap logi sisa kumbahan sebab dia sentiasa ada pelanggan. Setiap hari mungkin ada mangsa baru yang akan terkena.. Jadi kalau korang nak tahu betapa logi servis di ezbuy setelah anda membeli belah kat situ sila baca komen2 dari mereka yang dah terjebak membeli di ezbuy...
Jadi jangan terpedaya macam aku dulu bila tengok harga2 barang di ezbuy yang murah2.. Kita membeli even murah tetap kita harapan servis yang terbaik. Kesilapan kecil mungkin boleh di maafkan tapi bila kesilapan yang sama berulang kali & terjadi kepada ramai pembeli tapi tiada tindakkan di ambil atau ganti rugi di bayar pihak ezbuy sebagai tanda minta maaf malah mereka ignore semua complaint & act macam tak ada apa2 berlaku.. Sesungguh mereka layak di boikot supaya mereka belajar untuk memperbaiki kelemahan mereka. Barang aku order sebelum ni pun dah 2 minggu tak sampai.