Perjalanan balik dari kampung ke Selangor darul ehsan ni sempat jugak singgah di tempat yang terkenal dengan cerita seram, mistik & aktiviti paranormal kat perak ni.. dimana lagi kalau bukan sebuah istana lama bernama Kellie Castle. Tapi sayangnya kami hanya tengok dari jauh.. nak masuk time tu masih boleh. Tak silap tiket dia singgit je sorang tapi memandangkan anak aku yang baru je recover dari gangguan mistik ni.. hurmmm.. takpe. Tak payah aku cari penyakit walau hati ni ada juga keinginan nak jejak kaki masuk ke dalam & tengok sendiri.. & kalau boleh merasai keseraman dalam kellie's castle tu nak jugak rasa. Al Maklum la aku ni kan peminat cerita seram..
Kalau korang nak tau kisah2 seram di kellie castle ni korang google je Kellie castle macam2 kisah ada. Yang pasti pengalaman seram bukan pengalaman lucu. Aku nak share aku takde kisah seram dengan kellie castle.. tak sempat nak berseram katanya... kekekekeke