Showing posts with label terhempas. Show all posts

TERKINI.. PESAWAT PENUMPANG TERHEMPAS DI SINAI,MESIR

TERKINI.. PESAWAT PENUMPANG TERHEMPAS DI SINAI,MESIR. Bila baca berita berita pasal pesawat terhempas ni macam tersentap jantung. Yelah kesan trauma pesawat MAS MH370 yang masih hilang & pesawat MH17 yang di tembak jatuh buat tengok kapal terbang pun dah risau. Walaupun yang terhempas tidak melibatkan rakyat malaysia tapi tetap melibatkan nyawa manusia.


Terkini terbaca tentang pesawat penumpang milik Rusia dalam penerbangan dari Sharm El-Sheikh, Mesir ke St Petersburg dilaporkan terhempas selepas terputus hubungan dengan menara kawalan selepas 23 minit selepas berlepas dari takling el-Sheikh.


Apalah nasib 224 orang yang berada dalam pesawat tu masih tidak di ketahui.. namun kita doakan yang terbaik saja. Semoga Allah permudahkan segalanya buat mereka yang terlibat tak kira mangsa kemalangan atau anggota penyelamat.

Macam2 malapetaka berlaku sekarang ni. Mungkin ia peringatan dari Allah yang jarak kita dengan kematian semakin dekat.

PESAWAT AIR ASIA DARI SURABAYA KE SINGAPURA PULA HILANG

Ya Allah.. gigil rasa baca berita ni.. Sekali lagi pesawat penumpang hilang dari radar. Dah muncul pun macam macam spekulasi menakutkan tapi aku tak nak sebutkan kat entri ni cuma aku berharap semoga pesawat air asia tu selamat di temui.


Sama sama lah kita doa yang terbaik. Mungkin ada sesuatu Allah nak tunjukkan kepada manusia yang semakin lupa.


LAGI PESAWAT PENUMPANG TERHEMPAS DI TAIWAN

Selepas MH17 harap takde lagi mana2 pesawat dari mana2 negara kat dunia ni yang bawa penumpang yang akan terhempas tapi nak buat camna mungkin Allah nak tunjuk kemurkaanNya pada manusia yang telah banyak melakukan kerosakkan di bumi Tuhan ni.

Sumber google sekadar hiasan

Urut dada jugak terbaca tajuk dari artikel berita astroawani tentang berita terkini sebuah pesawat penumpang terhempas di Taiwan. Ya Allah.. Tak terkata. Terbayang MH17.. terbayang MH370 yang masih hilang. Trauma aku jadinya nak naik kapal terbang walau kita semua tahu bila sampai masanya.. takkan lewat atau cepat barang sesaat.


 Sumber Astroawani

Semoga Allah beri ketabahan buat semua ahli keluarga mangsa nahas pesawat untuk tahun ni... Dan jangan lupa doakan mereka yang berpada di Syria & Palestine. Moga Allah memberi kemenangan pada Umat Islam seluruh dunia. Doa moga negara kita terhindar dari segala ancaman & malapetaka. Amin..

SENTAP! 2 BAYI DALAM PESAWAT MH17

Semalam sempat dengar ucapan dari PM kat TV yang umumkan mulai hari ni sehingga 21 July bendera Malaysia akan di kibarkan separuh tiang di seluruh Malaysia bagi menyatakan kesedihan terhadap trajedi pesawat MH17 yang katanya di tembak & terhempas di sempadan Russia.


Masa PM umumkan jumlah mangsa yang terkorban mengikut negara.. Hati ini benar2 sentap bila di celah - celahnya ada 2 orang bayi dari Malaysia dari Jumlah 44 orang yang ada dalam pesawat MH17 (Kalau aku tersalah dengar tolong betulkan). Berkaca mata (bukan pakai spek yer.. bertakung airmata) jugak la. Setiap kali baca @ tonton berita kemalangan ni.. Paling aku sentap kalau ada melibatkan kanak kanak & bayi. Bukan kata yang dah besar tak sedih.. Tapi entahlah lebih sedih kalau terselit bayi dalam kisah trajedi macam tu mesti terus mood jadi suram.

Macam tu jugak bila melihat orang dok share gambar bayi & kanak2 Palestine @ Syria yang tercedera atau terkorban dalam serangan tentera Zionis. Hati jadi tak keruan setiap kali melihat seolah2 aku melihat anak aku, shahila dalam wajah setiap kanak2 yang tercedera atau terkorban tu. Kadang2 aku sendiri tak boleh selami betapa kuat mereka yang dok share gambar kanak2 dalam keadaan ngeri akibat terkena bom peluru bagai... Aku yang tertengok sebab muncul kat news feed FB pun bagai di rentap naluri seorang ibu ni.

Takde apa yang mampu kita hantar sebagai perisai untuk mereka yang dalam peperangan selain doa.. & pada mereka yang terkorban dalam tarjedi MH17 jugak pada mereka yang masih hilang bersama MH370. Dengar jugak pasal pergolakkan kat sabah tapi tak dapat fakta @ info sahih tapi kita doakan jugak keselamatan buat semua mereka di sana. Tiada alasan kita tak mampu menyumbang apa2 pada mereka kerana doa tak perlu di bayar jugak tenaga yang banyak.

P/S : Semoga yang terkorban tak kira dalam trajedi MH17 atau mereka yang syahid di Palestine @ Syria.. Kini berada tenang di tempat teristimewa disisi Nya.. Amin

#PrayForPalestine #PrayForGaza #PrayForSyria #PrayForSabah #PrayForMalaysia #PrayForMH370 #PrayForMH17 #PrayForOurFamily


PESAWAT MAS MH17 TERHEMPAS DI UKRAINE

Ya Allah dalam kita masih menanti jawapan dimana hilangnya Mh370.. malam ni kita di khabarkan lagi dengan berita pesawat MH17 yang terhempas di Ukraine.

Tiada kata...


terkini.. Takziah kepada semua keluarga mangsa yang terlibat.



PESAWAT MAS YANG HILANG DARI RADAR TERHEMPAS DI LAUT ??

Ya Allah.. sentap aku baca berita terkini di blog astroawani ni tau. Nak menaip pun rasa menggigil jari.

KUALA LUMPUR: Tentera laut Vietnam mengesahkan pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 yang dilaporkan hilang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing awal hari ini terhempas ke Laut China Selatan, lapor akhbar utama Vietnam seperti dipetik oleh Yahoo News
Laksamana Tentera Laut Vietnam, Ngo Van Phat dipetik oleh akhbar Tuoi Tre berkata radar tentera merakamkan pesawat itu terhempas ke dalam laut 246 kilometer ke selatan Pulau Phu Quoc.
Sementara itu, satu laporan lain menyebut tentera laut China telah mengerahkan dua kapal penyelamatnya ke Laut China Selatan untuk membantu operasi menyelamat.
Laporan ini sekaligus menamatkan spekulasi sebelum ini kononnya pesawat Boeing 777-200 itu membuat pendaratan cemas di Wilayah Nanning di selatan China.
Agensi berita Xinhua sebelum ini melaporkan pesawat berkenaan tidak memasuki ruang udara China dan tidak membuat sebarang hubungan dengan pusat kawalan trafik negara itu
Sumber : Astroawani
**Laporan berita ni di astroawani khabarnya telah di tarik balik**

Update terkini dari FB


Ni pula aku ambil dari FB yang printscreen status fauziah gaus. Sejauh mana kebenaran kena tunggu juga laporan rasmi. Aku sangat berharap.. apa yang di katakan tu tak berlaku

ni laporan yang lebih kurang macam yang status fauziah gaos tu. sumber dari Fb jugak



Masih tak tau status semua petugas & penumpang dalam pesawat tu. Doakan yang terbaik buat mereka. Bila terkenang ada bayi dalam pesawat tu semakin hati ni bagai di rentap.

P/s : terlampau banyak spekulasi aku sendiri harap cepat ada laporan rasmi dari pihak yang sepatutnya. Apapun aku masih berharap.. apa yang di sebarkan tak berlaku. Harap sangat2. Sama2 lah kita mendoakannya


KERANDA TERBANG TERHEMPAS LAGI DI KEDAH

Bagi yang tak tau apa tu keranda terbang jangan skip bacaan entri ni sampai ke noktah terakhir sebab korang akan tau sebentar saja lagi. Adakah keranda terbang tu berkait rapat dengan kejadian mistik & misteri yang melibatkan hantu, pontianak,jin, syaitan & iblis?? Bagi yang tahu.. tahu la. bagi yang tak tahu jom kita terus membaca.


Alah.. istilah keranda terbang tu tak payah korang nak pelik sangat atau kaitkan dengan kejadian mistik.. Keranda terbang tu gelaran yang di beri kepada Helikopter Nuri yang bukan sekali dua dah terhempas rasanya banyak kali & banyak jugak nyawa terkorban. Tapi entah kenapa ia masih di gunakan.. Maybe orang2 tu berpendapat Ajal Maut Allah dah tentukan.. kalau terhempas & menyebabkan kematian pun sekadar alasan dia untuk mati jer.. Yelah.. apo nak di kato, den cuma somut meroh, ekau gajah kan?? Ajal memang kerja Tuhan tapi kecuaian kerja manusia


Kejadian terbaru pesawat nuri terhempas di Pulau Perak, kedah pagi tadi. Menurut dari sumber yang mencanang cerita ni tiada kematian setakat. 3 crew helikopter tu pun katanya tak cedera parah tang mana2 pun. Alhamdulillah.. masih panjang umur maka khidmat pesawat nuri akan terus digunakan walau macam tak berapa relevan sangat dah besi tua tu untuk terbang tinggi. Manusia pun ada umur pencen inikan pula barang2 buatan manusia kan??


Sumber gambar & berita dari blog Relevan sokmo walau dia ambil dari sumber lain jugak tapi den dapat dari blog dia je berita ni.

Jom kita mengimbau kembali kenangan nuri terhempas selama berkhidmat di Malaysia..



 Sumber Wikipedia

P/s : Kenapa ia di gelar keranda terbang? Umpama membawa jenazah jer.. Sebab sudah tak selamat untuk benda tu terbang tinggi kalau di nilai dari berapa kali dia terhempas & berapa banyak nyawa terkorban

** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE

TERKINI! KAPAL TERBANG MASwings TERHEMPAS DI KUDAT SABAH

Berita terkini yang den baca nak share la dengan semua.


Sumber Harian Metro

Takziah kepada semua mangsa yang terlibat & tercedera. Semoga semuanya akan semakin baik.

P/S : Moga tak jadi musim pesawat terhempas macam musim bas ekpress terjun gaung haritu. Semoga kita semua di lindungi Allah walau di mana juga berada

** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com