Showing posts with label hashtag. Show all posts

HASHTAG KESIPUAN MULA JADI VIRAL & TROLL DI MEDIA SOSIAL

HASHTAG KESIPUAN MULA JADI VIRAL & TROLL DI MEDIA SOSIAL.  Hari ni hari kesipuan buat rakyat malaysia bila masing2 mula menggunakan hashtag kesipuan untuk mengaitkan dengan isu yang tengah viral sekarang. Bagi yang tak tau apa kejadahnya sedang berlaku takpe nanti aku bagi link entri untuk korang baca kisah di sebalik kesipuan hari ni.


Bila search guna hashtag kesipuan (#kesipuan) kat facebook nak gelak pun ada.. Sedih pun ada jugak la. Tapi bila tengok gelagat nitezen ni memang kadang2 boleh hilang stress jugak. Memang nitezen kaki troll ok! Jadi berhati hati la dalam mengeluarkan sebarang kenyataan.. Silap haribulan jadi troll memang akan kesipuan. hehehehe.

Walaupun kesipuan yang di maksudkan tu adalah perkara yang memalukan tapi kita jarang jarang dengar orang guna perkataan kesipuan. Tak tahu la perkataan tu ada dalam kamus dewan bahasa ke tidak.. Yang pasti aku rasa sejak aku sekolah dulu memang tak pernah guna atau di ajar guna perkataan kesipuan. hehehehe... Sungguh beralas & berkias kan bahasa dalam surat pembatalan jemputan tu..

Kalau korang nak baca troll2 menggunakan hashtag kesipuan (#kesipuan) boleh la search sendiri kat media sosial (FB/Twitter/Instagram).. Yang aku tunjuk kat bawah ni sebahagian dari status2 yang menggunakan hashtag kesipuan jer...


Moral of the story.. Mesti ada yang kesipuan terutama yang mengarang surat tu bila nitezen mula troll dengan hashtag kesipuan. hikhikhik

P/S : bagi yang tak faham viral hashtag kesipuan boleh rujuk entri ni : SURAT PEMBATALAN UNDANGAN KEPADA TUN MAHATHIR KE MAJLIS MELAFAZ & MENANDATANGANI SURAT SUMPAH JAWATAN OLEH SERI PADUKA BAGINDA JADI VIRAL

SENARAI PEMENANG ANUGERAH BINTANG POPULAR BH 29

SENARAI PEMENANG ANUGERAH BINTANG POPULAR BH 29. Sebab Anugerah Bintang Popular BH 29 ni aku tengok jadi boleh la update. Almaklum la hari ni melepak je kat rumah so ber mood sikit nak layan rancangan anugerah macam ni. Jadi sempat la aku tengok sapa menang sapa kalah. Yang kalah orang malas nak ambil tau tapi yang pasti artis yang menang akan lebih menyerlah lepas ni. Mesti banyak job depa dapat. Almaklum menang anugerah katanya..


Jadi tanpa membebel bebal meh kita tengok retis mana bertuah di anugerahkan paling popular tahun ni dalam Anugerah Bintang Popular BH 29..


  1. Artis baru wanita popular - Mira Filzah
  2. Artis Baru lelaki popular - Sufi
  3. Penyanyi Wanita popular - Adira
  4. Penyanyi lelaki popular - Aizat
  5. Penyampai Radio Popular - Dj Lin
  6. Artis Versatil Popular - Ifa Raziah
  7. Artis kolabrasi/duo/berkumpulan Popular - Wings
  8. Artis Komedi Popular - Abam
  9. Artis Youtube Popular - Siti Nordiana
  10. Pengacara Tv popular - Neelofa
  11. Artis Trending Popular - ayda Jebat
  12. Online personaliti media sosial Popular - Lara Alana
  13. Pelakon Tv wanita Popular - Emma Maembong
  14. Pelakon Tv Lelaki Popular - Sharnaaz Ahmad
  15. Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat - Fauziah Dato Ahmad Daud
  16. Kategori online Artis icon #respect popular - Aznil Hj Nawawi
  17. Pelakon Filem wanita Popular - Fathia Latiff
  18. Pelakon Filem lelaki Popular - Sharnaaz Ahmad
  19. Artis aksi selfie paling popular - Saharul Ridwan
  20. Bintang Paling Popular ABPH 29 - Neelofa

Apapun popular tak semestinya terbaik. Biasa la artis sekarang memang ramai yang popular tapi berbakat belum tentu. Apapun yang menang tu kategori boleh la & ada jugak artis yang aku rasa terbaik & layak menang dalam kategori dia macam Aizat, Dj Lin, Wings.. Dah rezeki depa ye dak? So redha je la itulah pilihan peminat.

Tapi bagus jugak dengan tema Respect nampak retis2 perempuan lebih sopan berpakaian. Takde menjolok & terjolok sangat biji mata. Bagus tema2 macam ni mengalakkan retis berpakaian sopan tanda respect.

Bagi yang tak menang dalam ABP BH 29 ni jangan sesedih sangat la. Tenangkan fikiran dengan pergi bercuti kat tempat tempat macam ni. Boleh feeling melawat negara eropah walau hanya pusing kat negara Asia je. Nak tahu kat mana meh tengok kat sini >>Teringin nak travel ke Eropah tapi tak cukup modal? Tengok tempat ni, macam lagi best je! <<

PERLUKAN BANTUAN CUMA HASHTAG ALIFF SYUKRI TERLAJAK LARIS

PERLUKAN BANTUAN CUMA HASHTAG ALIFF SYUKRI TERLAJAK LARIS.

TAWARAN BANTUAN INI SUDAH DI TUTUP. SILA RUJUK TARIKH POSTING SEBELUM MENINGGALKAN KOMEN. PENULIS BLOG TIDAK TERLIBAT DENGAN PEMBERIAN BANTUAN INI.

Aku cuma buat post  khidmat masyarakat jer. Tolong mem war war kan benda baik. Manalah tau ada antara pembaca blog yang memerlukan pertolongan kewangan atau apa2 bantuan untuk hidup & belajar. Kita tak tahu zaman internet ni walau kita tengok dia ada account FB pun belum tentu dia cukup makan pakai.. Nak2 lagi student. Ada yang sampai usus terkoyak sebab terpaksa ikat perut tak cukup budget nak makan. Ada orang susah yang terpaksa bayar jugak bill internet sebab nak meniaga. Itu je yang termampu dia buat dalam kudrat dia yang tak sekuat kita yang sihat macam Kak Alia Haryani. ramai orang susah di sekeliling kita tak kira alam maya atau luar alam maya.


Jadi.. dengan cara Dato aliff Syukri cuba mencari orang susah untuk di bantu melalui media sosial bagi aku satu usaha yang bagus jugak. Kalau anda memerlukan bantuan atau mengetahui sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan cuma perlu hashtag #abangterlajaktolong & aliffsyukriterlajaklaris. Kalau ada rezeki anda di pilih sebagai seseorang yang menerima bantuan dari Dato Aliff Syukri, Alhamdulillah. Kang ada yang pertikai pulak.. Nak tolong pun kena hashtag bagai.. Kita positif sudah la. Mungkin senang dia nak search denga hashtag tu nanti kat media sosial. Apa?? Ingat hashtag tu sesaja ke? Nak tahu fungsi hashtag sila search kat FB tengok..  Apa saja post yang ada hashtag tu akan keluar..


Kalau tak tau macam mana nak hashtag kat facebook.. sebagai contoh aku attach komen2 yang nak minta bantuan dari Dato terlajak laris ni...


Lebih kurang macam tu la cara nak minta pertolongan dari beliau. Bagitau apa masalah & pertolongan yang macam mana di perlukan kemudian hashtag la apa yang beliau suruh. Bukan susah sangat pun permintaan beliau. Dia tak suruh pun pakai serba pink buat posse dua jari tepi pipi dengan muka duck face. Cuma hashtag je kot.

Tu la kan.. sesiapa sahaja boleh jadi hero penyelamat tak kira orang kaya atau orang miskin yang penting dalam hati ada niat ikhlas untuk membantu sesama makhluk. Jadi tak semestinya kita perlu jadi jutawan dulu untuk melakukan kerja menyelamat bak superhero.

Moral of the story.. Biarlah apa niat sekalipun tangan yang memberi tu tapi apa yang penting tangan yang menerima dapat manafaat dari pertolongan tangan yang memberi. Niat & tujuan seseorang membantu tu biarlah Allah yang menilainya. Kita hanya manusia.. Mustahil mampu membaca niat di hati seseorang.

BILA PENDEKAR TAKUT PADA HASHTAG

Sekian lama.. Akhirnya setelah lama aku tak lawan berdebat dengan dia kat FB, tiba satu status blogger ni aku kembali bertemu di gelanggang dengan dia dan memperolehi bagi aku satu kemenangan jugak sebab dia bukan calang2 orang yang Gelar diri sebagai Pendekar **Tet**

terkenal dengan hujah2 berapi & kritikkan bukan setakat membunuh tahap melebur perasaan orang jugak la. Memang dia tak pernah tunduk mengalah dengan sesiapa.. apatah lagi dengan yang membangkang pendapat dia. Nak2 lagi orang macam aku ni.. Ilmu tak setebal mana berbanding dia mampu berhujah berlandaskan hadis,kitab, al Quran & jugak buku teks. Apa benda dia tak tahu.. kalau politik tak payah cakap la.. macam pakar. Macam semua betul je apa dia cakap.. isu2 semasa tak lekeh sangat la.. Macam dia pakar jugak. Isu nak berkempen anti orang pun tak kurang hebat.. Dia sangat2 jujur & berani mati punya. Sekali dia tak suka orang tu.. sapa2 yang sebut nama orang tu pun dia akan benci on the spot. Kalau dia dah benci tu Dia terus terang takde kias kias macam kita ni.. Buat status sarcasm bagai.. dia terjah terus orang tu cakap tak suka & akan unfriend atas alasan kau sebut nama orang dia tak suka. Kau hado?? takde kan..

Sumber google. Sekadar hiasan tapi penuh maksud tersirat & tersurat

Hebat tak beliau itu? Tu secara ringkas aku gambarkan betapa pendekarnya beliau itu.. Takkan berundur walau di acu belati tajam menikam.. Tapi akhirnya. Dia berundur jugak dengan aku. Dengan blogger yang selalu cakap berdasar pandangan peribadi jer.. Almaklum nak cakap berlandaskan hadis, al Quran atau buku teks ni tak berapa pandai sangat tapi ternyata hujah berlandaskan pandangan peribadi aku mampu buat dia berundur dari terus membaca taipan aku di laman sosial. Aku pernah cabar dia, unfriend aku kalau taknak baca komen2 aku berdebat dengan dia.. Nama kata pendekar ni.. takkan berundur gitu. Tapi terbukti kini.. dia berundur jugak. Unfriend sudah antara aku dah dia sebab debat malam sebelum hari raya korban haritu.

Kelemahan dia sekarang adalah Hashtag #kelabblogger*************. Even aku di unfriend bukan sebab #kelabblogger************ tapi sapa2 dalam friendlist dia kat Fb kalau buat status #kelabblogger***************** dia jadi trauma terus unfriend. hahahahaha... Pendekar pun ada jugak kelemahan kan, tu biasa la kan.Kalau betul2 Pendekar tak gentar sangat la setakat hashtag tu kan? Boleh tengok & pejam mata. Apa sangat la hashtag tu. Dengan hashtag camtu pun terganggu emosi ke? kalau emosi pun tak boleh lawan.. macam mana nak jadi pendekar, ye dak??.. hahahahaha

Sumber google

Takde la pendekar mana sangat. Selama ni aku respect jugak dengan kekentalan dia.. Yang tak goyang dengan sapa2 apatah lagi dengan hujah2 aku level SPM ni berbanding hujah2 dia level PHD tu. kagum bukan pasal point hujah2 dia tapi pasal keberanian dia bersuara dengan lantang tanpa memperdulikan apa jugak tanggapan orang pada dia & boleh hadap apa jugak pandangan orang pada dia tanpa gigil.. Ternyata jiwa pendekar dia hanya di atas papan kekunci @ keyboard. Tapi hati dia sebenarnya sangat lemah.. kosong & sunyi.. Apapun aku sentiasa doakan Pendekar *tet* tu temui kebahagian & kasih sayang yang melimpah ruah agar dia tahu apa itu hidup. kekekekekekeke

P/S : Sebenarnya aku teringin nak tengok dia berperilaku sebagai manusia yang normal kat laman sosial ni. Yang tak sentiasa bersifat menentang.. & boleh happening macam orang lain. Kadang2 kita perlu jadi orang biasa untuk kita nikmati kehidupan kita macam orang lain.. Tak perlu jadi luar biasa sehingga kita sendiri hidup dalam tekanan yang kita sendiri ciptakan.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com