Showing posts with label lelaki pakai bedak. Show all posts

BILA LELAKI BERBEDAK

Ni bukan cerita lelaki lembut, lelaki patah atau lebih di kenali dengan pondan or makNyah ok. Ni al kisah lelaki yang memang lelaki.. Yang bernaluri lelaki, ber imej lelaki & bernafsu normal seperti lelaki.

Hasil carian google. Sekadar Hiasan

Selalunya lelaki yang straight ni jarang la kita nak tengok dia berbedak bagai pergi kerja atau keluar rumah kan?? Biasanya dorang lepas mandi jer.. pakai baju.. sikat rambut.. & siap. Takde pula nak tempek2 apa2 kat muka tu tapi masih ada segelintir lelaki yang suka berbedak (kecuali yang nak jadi raja sehari tu, biasa la kan??). Pelik ke?? Tak lah..

Dulu kat ofis Sang Lekit pun ada sorang mamat ni, teruna lagi (mengikut status la.. lain2 tak dapat nak pastikan. kekekeke) kalau datang ofis tu siap berbedak. Kadang - kadang berlip gloss lagi tau. Bedak tu bukan bedak tepung tapi compact powder lagi. Bila di soal siasat dia pakai jenama miyami (produk cosway). Bagi yang tak tau bedak miyami ni 2 way (Foundation+powder). Korang bayangkan la betapa gebunya kulit muka dia yang hitam manis tu bila di sapu bedak miyami 2 way ni.

Ni la rupa bedak miyami 2 way tu

Dulu lucu jugak tengok mamat tu.. dah la bercompact powder & lip gloss bagai.. Jalan pula kepit - kepit. Geng pula dengan akak - akak kat ofis tu. Tapi nak curiga naluri kejantanan dia.. selalu juga dok dengar cerita check in.. check out hotel dengan awek.. Op's. Bukan la nak mengaibkan dia cuma keliru dengan identiti. Sang Lekit bagitau aktiviti yang dia selalu cerita kat ofis tu bagi nak mengambarkan perwatakkan dia yang mengelirukan sang lekit jer.

Mungkin dia cuba menjadi lelaki sejati seperti yang di jadikan.. tapi pada yang sama naluri kegadisan tu pun ada sikit - sikit kot. Apapun dia tak cuba melawan fitrah, jadi dia sedaya upaya la kot cuba menjadi seorang lelaki. Tapi jangan jadikan teladan pula aktiviti sampingan dia tu dengan alasan tak mahu terjebak dalam pergaulan songsang hanya kerana memiliki sedikit kelembutan dalam naluri seorang lelaki. Tak elok tu! Banyak lagi cara lain boleh buat, kan??

Apapun ini cuma perkongsian kisah untuk pembacaan ringan bukan tujuan mengaibkan sesapa. Sekadar bercerita tentang apa yang berlaku di sekeliling sang lekit jer. Kalau ada mana2 pihak yang terasa dengan penulisan sang lekit terlebih dahulu sang lekit minta maaf yer.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com