BOBO PEWARIS CIKGU SHIDA
Cikgu shida dah ada pewaris?? Bila cikgu shida kawen? Bila ngandung? Bila bersalin?? Semua mesti terkejut kan?? Bagi yang dah lupa cikgu shida siapa mesti tertanya tanya jugak kan??Cikgu shida pernah mencetuskan fenomena dengan video miming dia kat youtube dulu ingat tak?? Pernah keluar tv radio majalah suratkhabar. pernah popular jugak kat blog melekit satu ketika dulu dengan macam2 kontroversi dengan status2 panas dia?? ingat tak?? tak ingat jugak.. korang google je cikgu shida nanti korang kenal la dia.
Berbalik cerita pewaris cikgu shida.. siapakah dia?? Cikgu shida masih kekal dengan status single & anak dara mustahil dia ada anak kan.. Jadi siapakah pewaris cikgu shida ni?? Hahahahaha.. jeng jeng jeng.. BOBO.
Kenal bobo?? budak laki yang mencetuskan fenomena dengan video parody lagu sayang nyanyian penyanyi seberang shae tu la. Alah.. yang suka buat video menari sambil duduk tu. Ada satu video miming dia lagu dangdut yang gelek sambil duduk tu paling sang lekit rasa.. aduhai la budak. kenapa la dengan kau ni?? hahahahaha
Hari kat sinar harian ada cerita pasal budak bobo ni..
Aksi parodinya menerusi lagu Sayang (Shae) yang dimuatkan menerusi YouTube telah mendapat tontonan sehingga 1 juta penonton.
Berjaya mencetuskan fenomena tersendiri, maka tidak hairanlah jejaka hitam manis ini menerima tawaran untuk menyertai produksi terkenal, MIG.
Bagaimanapun, kemunculannya bersama video parodi terbaru, Jahat nyanyian Stacy, menimbulkan rasa kurang senang segelintir pihak sehingga ada yang menuduhnya gila.(untuk artikel penuh sila clik Sinar Harian )
Bukan la dengki dengan Bobo mahupun cikgu shida atas tahap ketidakmaluan mereka tampil berani dengan video2 miming macam tu.. tapi kan, orang yang waras & berfikiran matang ni memang takkan buat benda2 yang memperbodohkan diri semata mata nak dapat perhatian ramai. Bukanlah nak kata depa ni tak malu.. tapi orang yang malu takkan buat apa yang depa tu buat, kan??
Cikgu Shida VS Bobo agaknya sapa yang akan lebih berjaya selepas mencetuskan fenomena dengan video parody/miming di youtube. Fenomena cikgu shida dah semakin berakhir.. Bobo tak tau takat mana boleh pergi.
Moral of the story.. Berfikiran terbuka tak semestinya sampai hilang kemaluan diri. Sekian makaseh!
** ** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE <