Showing posts with label Johan As'ari. Show all posts

JANGAN TENGOK FILEM PAKU KALAU PENAKUT

Kalau review filem sebelum ni carrie yang tak scary tapi hot & spicy katanya... review dvd kedua yang aku beli sama hari dengan beli dvd carrie cuma lain kedai & lain status. Kalau carrie tu beli yang pirate tapi dvd PAKU ni den beli original ok. Bukan berlagak kaya ke hapa.. dvd tu murah je. tak sampai puluh2 hengget pun.. cuma RM9.90 tapi dari kulit yang membungkus dvd tu memang siap semua ada termasuk sticker perakuan B lagi. Menurut amoi yang jual tu katanya murah sebab syarikat percetakkan yang tak sama. Aku tak paham sangat.. tapi lantak la janji murah kualiti gambar & suara ok, dah cukup.

Filem PAKU nak kata adaptasi dari kejadian Highland tower runtuh tu tak sangat tapi dari kejadian tu di jadikan satu movie seram. Sebab starting dia ada tunjuk babak Pangsapuri yang runtuh & ada satu watak seorang wanita warga indonesia yang terselamat dari runtuhan tu macam kisah benar yang berlaku la. Cuma itu je di ambil dari kisah highland tower selebihnya mungkin idea dari kreativiti penulis cerita tu sendiri la.

Gambar carian google

Kisah ni mengisahkan seorang lelaki bernama Fahmi lakonan Johan As'ari yang tak boleh terima kematian Isteri dia. So, dia sanggup cari bomoh untuk hidupkan kembali bini dia. Kat situ memang banyak unsur2 syirik & khurafat. Standard cerita seram hantu ni memang la unsur2 tu ada kan.. Bini dia ni siang jadi manusia malam jadi pontianak yang dah di paku belakang leher masa upacara menghidupkan kembali orang mati tu. Cerita ni tak melalut sangat sampai meleret2 yang boleh buat kita menguap sementara nak tunggu hantu keluar dalam sesetengah cerita hantu yang ada. Jam pertama pun dah macam2 babak seram di tambah sound effect yang gedebum gedebam tu kalau tengok tengah2 malam memang urut dada jugak la. Kiranya puas hati la tengok hantu dalam filem ni... Sesuai dengan tema dia cerita seram & pontianak.

Jalan cerita agak menarik tak mendatar sangat atau terlalu ringkas jugak tak terlalu berbelit untuk kita faham. Pada yang memang jenis penakut tak rekemen sangat tengok. Kalau nak tengok jugak sesuai tengok cerita carrie je sebab dia cerita seram bukan cerita hantu. Kalau yang jenis taksub dengan apa yang di tonton maybe korang boleh terbayang2 pontianak ni masa nak tidur tapi bukan den la. Den lepas tengok takde feel seram sejuk bagai.. entahlah.. maybe terlampau banyak tengok cerita seram sampai tengok tengah malam pun even masa tengok tu boleh rasa feel seram habis je movie tu boleh tarik selimut & pejam mata dengan tenang tanpa di bayangi hantu2 dalam filem tersebut.

So peminat filem seram ni filem PAKU antara filem yang di rekemen untuk korang tonton. Cerita dia memang seram jugak.. tak banyak adegan romen2.. ada satu babak je tu pun sekejab. Tak tau la napa adegan tu di masukkan rasanya kalau takde pun takde effect sangat maybe dia nak tunjuk wajah pontianak bila ghairah kot.

P/s : den memang review tak detail dari mula sampai tamat yelah kang cerita semua yang niat nak tengok tak suprise lak kan. So kalau korang nak tengok... sila la dapatkan DVD/VCD atau terpulang la kalau korang nak download je kat internet.Yang penting filem ni bukan TERBITAN MIG... rasa macam sinonim lak filem MIG dengan tak best. kekekeke

P/s : Jangan salah tengok filem PAKU PONTIANAK lak even tajuk depan dia PAKU jugak kang korang menyesal tak sudah tengok filem tu.

** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE

AKHIRNYA JOHAN AS'ARI NGAKU PERMAINKAN HATI PEREMPUAN

Pagi2 lagi dah terserempak dengan status pelakon yang pernah menjadi kontroversi kisah cinta pakai buang dia dengan beberapa artis perempuan sebelum ni. Siapa lagi kalau bukan Johan As'ari.

Akhirnya dia mengaku dia pernah permainkan hati2 wanita yang pernah rapat dengan dia sebelum ni. Jadi sekarang bukan retis2 wanita yang pernah rapat dengan dia tu syok sendiri seperti yang pernah johan kiaskan bila bagi statement kat media menafikan percintaan dengan semua retis pompuan sebelum ni.

Mungkin dia mula rasa kesan dari perbuatan dia yang menyebabkan peminat dia mula hilang minat & respect so dia pun tampil membuat permohonan maaf secara terbuka di laman fb. Tapi bukan dengan peminat je dia kena minta maaf yang paling dia kena minta maaf pada semua wanita2 yang pernah di permainkan.

Hope benda ni jadi pengajaran dia pada dia sampai bila2 jangan anggap hati wanita senang di sentuh kemudian dengan mudah di tinggalkan.

P/s : den pun rasa nak muntah kalau tengok dia pegang watak gud gud sekarang.hahaha tak mampu menonton dengan gaya seorang profesional dah


JOHAN AS'ARI NAK RASA KENA BALING SELIPAR KE?

Aku tak kira aku nak tulis jugak pasal ni bukan pasal traffic semata2 tapi memang rasa macam Geremmmmmmmmm... je dengan si Johan As'ari ni kan?? Semua orang tau semalam kecoh pasal hubungan cinta dia dengan Lana Nordin putus sebab tak dapat restu dari Keluarga Johan As'ari maybe mak bapak dia rasa anak dia ni gud2... sangat sampai orang macam Lana tu tak layak join family dorang. Maybe sebelum jadi retis.. gud gud la kot tapi tidak sekarang bagi aku.

Aku tetap nak sebut dalam setiap entri aku berkenaan Johan ni even berkali kali sekalipun... Kalau sebelum ni dengan Izreen Izmida sampai ke sudah dia tak mengaku bercinta.. sampai di heret wartawan depa dua bersemuka sampai di cabar Izreen untuk bersumpah kalau betul depa tak pernah bercinta.. tapi dia tak berani sumpah dia dok buat ayat belit2 nak selamat kan diri. Ok.. fine kes pertama maybe kita boleh maafkan jer. Kes kedua yang aku ikuti shila amzah.. masa tengah rapat tengah di gosipkan even masing2 tak bagi jawapan jelas pada hubungan dorang tu tapi dari statement berkias2 orang boleh paham ada something special antara mereka.. Tup2 keluar statement dari di Johan ni nak pinang Lana Nordin & anggap shila Amzah macam adik dia je selama ni. Hati den yang baca kisah depa ni pun rasa.. alahai geremmm jugak. Masa kau nak tackle.. kemain shila la yang terbaik cukup sifat untuk di jadikan bini. Ada agama.. cantik berharta & dari keturunan baik2.. tup2 ko terpandang lurah dendam & body seksi lana Nordin terus kau geram.. tak fikir panjang terus annouce nak pinang dia dalam masa terdekat selepas 3 kali keluar dating.

Dan hari ni... Kat rotikaya keluar statement minta kena lempang dengan selipar pulak.. kononnya selama ni dia tak anggap lana nordin sebagai kekasih tapi cuma kawan rapat. Wahai wanita di luar sana... even bukan berlaku pada kita atau adik beradik mahupun sanak saudara kita sekalipun tidakkah korang rasa geremmmmmmmm... macam den ni?? Amboi buat perempuan macam diapers... lepas pakai buang. Kalau mak bapak ko rasa Lana Nordin tu tak layak jadi menantu keluarga korang.. Aku pulak rasa si Johan ni jangankan Lana Nordin.. Wanita2 di lorong haji taib pun dia tak layak dapat tau. Selagi dia rasa hati wanita tu boleh di buat macam diapers dia hanya layak bercinta dengan patung je. Dengan haiwan pun dia tak layak di sayangi & menyanyangi sebab haiwan pun ada perasaan. Bajet ko ensem & popular sangat ke.. boleh petik mana2 anak dara orang kau suka kemudian dah tak suka campak macam tu jer.




 Untuk artikel penuh korang baca kat Rotikaya

Lepas ni sapa pulak mangsa putar belit si Johan As'ari ni gamaknya. Hope takde lagi perempuan yang terpedaya dengan mulut manis si Johan ni. Terang2 la boleh nampak perangai kasanova dia. Hope mak bapak dia dapat sekolah kan balik anak dia yang dah mula hanyut dengan dunia glemer ni. Elok2 mak bapak ko hantar ko belajar agama nak bagi jadi manusia.. masuk dunia seni terus jadi tak berapa manusia. Wang, kemasyuran & pangkat dapat mengubah manusia jadi bukan manusia.. kan?? kini terbukti bukan saja dalam industri seni malah di sekeliling kita pun banyak yang macam tu.

P/s : kang ada jejantan penyokong tegar si Johan menyindir aku pulak.. tapi ada ku kesah??



PUTUS SUDAH JOHAN AS'ARI DAN LANA NORDIN

Jodoh pertemuan ajal maut semua tu kerja Allah.. Kita manusia hanya mampu merancangan selebihnya Allah yang aturkan. Macam tu jugak kisah percintaan sebulan antara Lana Nordin & Johan As'ari ni.


Restu keluarga memang sangat penting jadi.. tindakkan Johan ambil untuk putuskan hubungan sebab tak di restui keluarga tu ada baiknya jugak cuma yang tak berapa baik tindakkan dia dulu umum mereka bercinta sampai kata nak lamar Lana dalam masa terdekat tu je yang tak berapa betul. 3 kali keluar dah umum kat media.. sepatutnya ambil masa dulu.. berkenalan & tanya pendapat family. bila jadi camni semua bagi point orang mengata jer.

Sumber Berita harian

Pada lana tu hope perubahan semenjak kenal Johan tu di teruskan... Jangan lepas ni mana2 baju yang dah kena arkib sejak kenal Johan kau jadikan koleksi badan kau balik sudah. Yang baik tu teruskan.. Insya Allah, ada lelaki baik untuk kau nanti. Doa la banyak2.

Update terkini:


Well.. tak pelik sangat la Johan jenis senang lafazkan cinta & senang putuskan. Dengan Izreen Izmida dulu mati2 tak ngaku bercinta sampai ke sudah.. dengan shila Amzah.. dok tengah rapat tetiba keluar statement nak kawen dengan Lana Nordin.. Lepas tu keluar pulak statement katanya anggap shila macam adik walhal sebelum ni di gosipkan takde pulak nak cakap anggap shila tu macam adik. Sekarang baru sebulan couple dengan lana semudah tu mengalah & putuskan sebab family tak restui tanpa nampak ada usaha pun Johan nak menyakinkan keluarga dia tentang pilihan dia.. Memang kartun la Johan ni. Buat anak dara orang macam hati batu takde rasa.. tak kisah la lana tu orang pandang macam mana pun sebelum ni tapi dia tetap manusia, wanita & ada hati dan perasaan. Sekarang siapa yang tak matang & siapa yang mata keranjang?? Shila Amzah ke yang tak matang atau Johan ni yang jenis mata keranjang?

** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE

KALAU AKU JADI SHILA AMZAH PUN AKU TAK MENGAKU

Sebagai seorang perempuan memang sekental mana pun kita sifat lembut & malu tu tetap ada. Nak2 lagi yang memang membesar dengan didikkan macam tu. Bukan la nak up cerita artis manjang.. Mula2 tak rasa pun sampai nak buat entri pasal kisah drama Johan Ashaari, Lana Nordin VS Shila Amzah ni. Cukup la respond isu2 tu kat komen FB.

Sebagai seorang perempuan aku faham kenapa Shila Amzah terpaksa jugak keluarkan statement dia tak pernah syok kat Johan Ash'ari ni. Gila kau kalau pernah syok atau pernah dua2 pun  sama2 syok nak ngaku setelah di Jantan itu terlebih dahulu keluarkan statement nak kawen dengan perempuan lain & anggap perempuan sebelum ni sebagai adik. Dari tindakkan shila block si Johan dari semua account laman sosial & delete semua gambar2 yang ada Johan.. kat situ jelas sangat dah shila frust. Kat hati dia ada luka kerana si Johan. Tak payah nafikan macam mana sekalipun.. tindakkan shila tu jelas tunjuk yang pengakuan Johan nak kawen dengan perempuan lain tu bagai pisau menghiris hatinya walau dia bagi alasan delete semua gambar2 dengan Johan sebab taknak awek Johan sekarang kecik hati padahal bagi aku dalam dunia retis ni tak bercinta pun banyak aksi2 peluk pegang.. kalau setakat bergambar tegak dok sebelah kawan lelaki takkan nak touching & jeles kot.

Setakat gambar camni takkan si seksi tu jeles kot...

Kenapa dia keluarkan statement tak mengaku pernah bercinta atau sukakan Johan setelah ambil tindakkan tu? Sebab dia tu pun reti malu kot.. dia pun ada maruah.. dia pun ada keluarga. Kalau hangpa pun.. hangpa nak ngaku pernah bercinta atau sukakan orang yang awal2 lagi buat statement kat media yang mana 1 Malaysia dah tahu dia nak kawen dengan pompuan lain? Sebelum ni kemain konon shila cukup pakej untuk di jadikan isteri.. cantik, berharta, dari keturunan baik2, ada agama.. siap bagitau Ayah dia sedia nak pi pinang shila tu. kalau aku.. maybe aku ambil tindakkan yang sama macam shila kot. Tapi jangan lupa kes Johan dengan Izreen Izmida sebelum ni.. yang mana Johan pun tak mengaku dia bercinta dengan Izreen.. tapi Izreen siap tunjuk bukti2 sms & pernah cabar dia dalam melodi secara berdepan dengan dia suruh bersumpah kalau betul dorang tak pernah bercinta. Berbelit lidah Johan nak tepis even sampai sudah tak mau mengaku.


Ni kes dengan Izreen Izmida yang aku cakap tu. Korang boleh tengok sendiri
Flashback kisah dorang : Izreen turut menunjukkan bukti mereka bercinta kepada pihak media iaitu video yang dirakam oleh Johan yang diberikan kepada Izreen. Izreen mendakwa mempunyai bukti video dan SMS cinta lain tetapi mahu menyimpan saja semua itu. -Untuk artikel penuh baca kat Beautifulnara

Dari kes sebelum ni pun aku tak pelik kalaupun Shila & Johan pernah bercinta sekejab tup tup Johan kata anggap adik bila jumpa pompuan seksi & tak tahan sangat tengok body pompuan tu terus annouce nak kawen dengan sipolan sebab apa yang berlaku sebelum ni dah tunjuk perangai si Johan tu. Bila hati dia berubah jer... dan dan tak ngaku pernah bercinta. Jangan nanti dia jumpa pompuan lain.. tup tup keluar statement dia anggap Lana Nordin sebagai akak pulak masa tu harus mana2 perempuan jumpa si johan ni salam dengan tapak kaki kat muka.

Pada Johan.. ketidakmatangan kau tu jelas & jangan nak kata shila Amzah yang tak matang. Dia sememangnya tak cukup matang tapi sebagai lelaki aku tengok kau sebenarnya belum layak ke level seorang suami sedangkan masalah perempuan macam ni pun kau tak boleh handle. Jumpa je perempuan yang kau syok terus annouce.. at least ambil masa sikit. Bagi ruang.. jangan menyentap sangat. Mana tak sentapnya dak Shila tu. Tak berapa romeo sangat la kau Johan.. cuma ala2 anak buaya yang baru belajar nak membaham katak jer. Cemuih aih...

P/S : Sabarlah Shila maybe Allah belum temukan awak dengan lelaki yang terbaik.
P/s II : Puas hati dalam luahkan pendapat pasal isu ni kat blog. kalau dak dok komen kat status beautifulnara jer

** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com