JANGAN TENGOK FILEM PAKU KALAU PENAKUT

1/28/2014 02:49:00 PM suria lekatlekit 6 Comments

Kalau review filem sebelum ni carrie yang tak scary tapi hot & spicy katanya... review dvd kedua yang aku beli sama hari dengan beli dvd carrie cuma lain kedai & lain status. Kalau carrie tu beli yang pirate tapi dvd PAKU ni den beli original ok. Bukan berlagak kaya ke hapa.. dvd tu murah je. tak sampai puluh2 hengget pun.. cuma RM9.90 tapi dari kulit yang membungkus dvd tu memang siap semua ada termasuk sticker perakuan B lagi. Menurut amoi yang jual tu katanya murah sebab syarikat percetakkan yang tak sama. Aku tak paham sangat.. tapi lantak la janji murah kualiti gambar & suara ok, dah cukup.

Filem PAKU nak kata adaptasi dari kejadian Highland tower runtuh tu tak sangat tapi dari kejadian tu di jadikan satu movie seram. Sebab starting dia ada tunjuk babak Pangsapuri yang runtuh & ada satu watak seorang wanita warga indonesia yang terselamat dari runtuhan tu macam kisah benar yang berlaku la. Cuma itu je di ambil dari kisah highland tower selebihnya mungkin idea dari kreativiti penulis cerita tu sendiri la.

Gambar carian google

Kisah ni mengisahkan seorang lelaki bernama Fahmi lakonan Johan As'ari yang tak boleh terima kematian Isteri dia. So, dia sanggup cari bomoh untuk hidupkan kembali bini dia. Kat situ memang banyak unsur2 syirik & khurafat. Standard cerita seram hantu ni memang la unsur2 tu ada kan.. Bini dia ni siang jadi manusia malam jadi pontianak yang dah di paku belakang leher masa upacara menghidupkan kembali orang mati tu. Cerita ni tak melalut sangat sampai meleret2 yang boleh buat kita menguap sementara nak tunggu hantu keluar dalam sesetengah cerita hantu yang ada. Jam pertama pun dah macam2 babak seram di tambah sound effect yang gedebum gedebam tu kalau tengok tengah2 malam memang urut dada jugak la. Kiranya puas hati la tengok hantu dalam filem ni... Sesuai dengan tema dia cerita seram & pontianak.

Jalan cerita agak menarik tak mendatar sangat atau terlalu ringkas jugak tak terlalu berbelit untuk kita faham. Pada yang memang jenis penakut tak rekemen sangat tengok. Kalau nak tengok jugak sesuai tengok cerita carrie je sebab dia cerita seram bukan cerita hantu. Kalau yang jenis taksub dengan apa yang di tonton maybe korang boleh terbayang2 pontianak ni masa nak tidur tapi bukan den la. Den lepas tengok takde feel seram sejuk bagai.. entahlah.. maybe terlampau banyak tengok cerita seram sampai tengok tengah malam pun even masa tengok tu boleh rasa feel seram habis je movie tu boleh tarik selimut & pejam mata dengan tenang tanpa di bayangi hantu2 dalam filem tersebut.

So peminat filem seram ni filem PAKU antara filem yang di rekemen untuk korang tonton. Cerita dia memang seram jugak.. tak banyak adegan romen2.. ada satu babak je tu pun sekejab. Tak tau la napa adegan tu di masukkan rasanya kalau takde pun takde effect sangat maybe dia nak tunjuk wajah pontianak bila ghairah kot.

P/s : den memang review tak detail dari mula sampai tamat yelah kang cerita semua yang niat nak tengok tak suprise lak kan. So kalau korang nak tengok... sila la dapatkan DVD/VCD atau terpulang la kalau korang nak download je kat internet.Yang penting filem ni bukan TERBITAN MIG... rasa macam sinonim lak filem MIG dengan tak best. kekekeke

P/s : Jangan salah tengok filem PAKU PONTIANAK lak even tajuk depan dia PAKU jugak kang korang menyesal tak sudah tengok filem tu.

** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE

6 comments:

  1. Akak penakut,x berani de...hehehehe

    ReplyDelete
  2. best juga dok review gini cik lekit
    sebab kalau saya nak tengok memang best pada review
    berdasarkan penerangan ni
    confirm tak tengok ni...hehe
    penakut saya ni

    cer next time letak star pula
    baru teruja...hehe

    p/s - mana lagi best, paku pontianak ke paku

    ReplyDelete
  3. Yana Yani ada review filem Paku Pontianak sebelum ni try cari... sesuai la kot Yana yani tgk :D

    ReplyDelete
  4. Salam ziarah dari bunda...

    Bunda ni penakut, memang tak tengoklah cerita2 macam ni..

    ReplyDelete
  5. salam mummy lala..
    tak tgk lagi filem ni..tp yg paku pontianak tu dh tgk adik bg soft copy.ntah ape2 citernye..
    aduhai.. :p

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com