Showing posts with label online shopping. Show all posts

INI SEBAB ANDA PERLU BOIKOT DARI MEMBELI BELAH DI EZBUY

INI SEBAB ANDA PERLU BOIKOT DARI MEMBELI BELAH DI EZBUY. Tak habis habis lagi kan lekatlekit ni dengan isu ezbuy dia. Mesti la selagi aku rasa aku tak dapat hak sebagai pembeli, selagi aku rasa ezbuy tidak bertanggungjawab setelah customer membayar untuk membeli di website mereka & selagi ezbuy terus menerus cuba menyembunyikan kelemahan mereka tanpa ada usaha memperbaiki.. selagi tu aku akan sebarkan supaya bakal pembeli tidak teraniaya dengan ezbuy.


Sebenarnya di Facebook Page Ezbuy banyak sangat komplen pasal perkhidmatan mereka tapi kebanyakkan semua di delete untuk menjaga reputasi mereka. Tapi hari minggu maybe admin yang handle page tu cuti sempat la aku screenshot complaint2 dari customer yang dah membeli belah di ezbuy untuk tatapan kaki kaki shopping online ni. Supaya korang boleh nilai sendiri tahap perkhidmatan yang ezbuy bagi kepada pelanggan yang berurusan dengan mereka.

Zaman sekarang semua benda ni jadi viral & kena di dedahkan baru la pihak yang buat taik tu dapat pengajaran. Kalau tak.. dia akan selesa bagi service yang tahap logi sisa kumbahan sebab dia sentiasa ada pelanggan. Setiap hari mungkin ada mangsa baru yang akan terkena.. Jadi kalau korang nak tahu betapa logi servis di ezbuy setelah anda membeli belah kat situ sila baca komen2 dari mereka yang dah terjebak membeli di ezbuy...

Sebahagian complaint yang sempat di screenshot.. Yang lain2 banyak dah kena delete. 

Antara perkara yang paling tak boleh blah berlaku di ezbuy. minta customer topup payment yang telah dia buat. Katanya harga yang di paparkan kat website tu sekadar nak suruh orang beli tapi harga sebenar di kenakan seller lebih mahal & minta orang topup balik bayaran.

Jadi jangan terpedaya macam aku dulu bila tengok harga2 barang di ezbuy yang murah2.. Kita membeli even murah tetap kita harapan servis yang terbaik. Kesilapan kecil mungkin boleh di maafkan tapi bila kesilapan yang sama berulang kali & terjadi kepada ramai pembeli tapi tiada tindakkan di ambil atau ganti rugi di bayar pihak ezbuy sebagai tanda minta maaf malah mereka ignore semua complaint & act macam tak ada apa2 berlaku.. Sesungguh mereka layak di boikot supaya mereka belajar untuk memperbaiki kelemahan mereka. Barang aku order sebelum ni pun dah 2 minggu tak sampai.

BARANG YANG DI TERIMA TAK SAMA SEPERTI GAMBAR DI WEBSITE, EZBUY HANYA BAYAR PAMPASAN RM1.96

TERIMA BARANG TAK SAMA SEPERTI GAMBAR DI WEBSITE,HANYA DI BAYAR RM1.96 SEBAGAI PAMPASAN DARI EZBUY. Baru2 ni aku ada terima barang yang aku shopping kat website ezbuy. macam biasa la shipping dari china. Jauh tu.. Kira kali kedua la aku membeli belah di ezbuy ni. Sebab delivery dia memang terbaik bagi aku. Pengalaman pertama bershopping kat ezbuy memang tak ada apa2 masalah bila barang sampai. Memang puas hati.


Untuk kali kedua ni.. Ada sedikit masalah berlaku bila aku rasa barang yang aku terima tak sama macam gambar yang terpapar kat website ezbuy. Barang tu sepasang seluar Jogger pants jenis design macam jeans tu. Almaklum la sekarang trend korea katanya. Aku memang minat fesyen2 korea walau tak minat drama2 korea. So aku beli la sepasang kat laki aku.. Sebab haritu aku tengok dia beli sepasang jogger pants yang jenis cotton. nampak dia macam suka je fesyen macam tu... Sebab kat ezbuy ni murah boleh la beli sepasang dua untuk suami. Nanti aku paw balik kosmetik kat dia hahaha

Harga dia memang murah. RM28.10 jer (tak termasuk shipping+Agent fee+Delivery). Kat gambar tu memang nampak cantik dah la walau harga dia murah. Tapi bila sampai warna dia pun memang jauh beza dengan dalam gambar & design dia pun sedikit berbeza. Hangpa boleh rujuk gambar kat bawah ni...

Beza sangat gambar kat website dengan barang yang di terima

So aku hantar complaint kat email. Depa reply & seller bersetuju nak bayar pampasan sebanyak 3 Rmb kalau convert ringgit malaysia bari singgit lebih jer. Tapi item tu memang depa tak ambil balik la. Aku cuba demand minta vocuher membeli belah tak dapat jugak. Depa bayar RM1.96 je sebagai pampasan. Wat de hek sungguh. Nasib baik seluar tu bila pakai nampak cantik & asben aku suka. Kalau memang out of taste nak mengamuk jugak la rasa. Tapi dia suruh order lagi sepasang warna yang lebih gelap.. tu bermakna dia selesa & suka la.

Seluar yang asben aku pakai tu la seluar yang di maksudkan. elok pulak bila di pakai. Kalau tak pakai nampak macam seluar bundle jer. Jangan nak mention pasal perbezaan ketinggian pulak. Sesungguhnya aku memang pendek hahaha

Cuma aku tak boleh terima hakikat sikit bila pampasan di bayar RM1.96 tu. alang2 kau tak payah bayar lagi bagus. Sakit pulak hati kita ni, awak!! Kalau ikut include shipping semua tu maybe dalam RM34.80 macam tu la. Barang harga RM34++ dapat pampasan cuma RM1.96.. lawak of the day sungguh. Aku bagitau laki aku pun dia gelak hahahaha. Apapun harga seluar tu masih murah sebab kat luar maybe harga dalam RM60-RM70 jugak. Cuma tips membeli belah kat ezbuy ni kalau nak beli sikit2 rugi bayar shipping tu.. beli banyak jimat jugak shipping kos dia. Sebab mula2 aku beli shipping dia agak mahal berbanding yang kedua. Yang pertama aku beli 2 pasang pants jer. Yang kedua aku beli 6 item.. seluar baju kasut bagai.

Moral of the story.. Apapun itulah risiko membeli belah secara online. Kita hanya pilih berpandukan gambar kalau barang yang dapat berbeza sikit dari gambar tu memang perkara biasa berlaku.

KECEWA BEG YANG DI BELI DI ZALORA TAK SAMA MACAM GAMBAR

KECEWA BEG YANG DI BELI DI ZALORA TAK SAMA MACAM GAMBAR. Serius.. memang aku frust sangat tau. Yelah.. menunggu barang yang di order sampai kerumah umpama menanti anak pertama lahir. Punya la excited, tak sabar, cempeqa & segala bagai rasa ada. Tapi bila sampai & buka bungkusan barang tu sangat sangat mengecewakan. Inilah episod sedih bersama zalora katanya...


Alkisahnya bermula. Aku order satu korean bag ni hari isnin lepas. Sebenarnya dah lama aku usya tapi macam biasa aku akan ambil masa yang lama nak buat payment. Selalunya aku perkasamkan dulu dalam draft. Aku ni bukan la suka sangat shopping online tapi aku memang selalu usya barang2 kat zalora & lazada. Kalau ikut harga lazada lebih murah tapi design kadang2 zalora la lebih cantik. Ada satu beg yang aku order.. kat lazada pun ada jual cuma sebab beg kat zalora ni aku tengok design zip dia bentuk bunga tu menyerlah lagi kecomelan beg tu so aku decide beli dengan zalora je la walaupun lebih mahal & kena bayar postage. Kalau kat lazada beg tu lebih murah cuma design dia tak secantik zalora & free postage. Kira jimat banyak la kalau kat lazada tapi sebab untuk kepuasan nafsu serakah ni, tetap beg kat zalora tu jugak jadilah pilihan nafsu katanya.

Kalau lepas buat bayaran tu.. Punya menghitung hari la beg sampai. Order dah petang hari isnin mungkin dalam selasa tu baru proses untuk hantar. Rabu dah cuti nuzul al Quran maka khamis (hari ni) la sampai. Service penghantaran zalora memang cepat tapi sayangnya bila berlaku item yang di order tak sama bila kita dapat.. kau tahu macam kena cincang lumat perasaan aku ni. Rasa nak pergi buka puasa lepas tu carut berkajang kajang. Tapi sebab akal masih berfungsi dengan baik maka aku call zalora tanya macam mana nak buat item yang di pesan tak sama bila aku dapat.

Kalau hangpa kat tempat cheq apa perasaan hangpa? Menangis bawah bantal Uolls.. Bear tu acik tak minat nak.. acik nak beg jer. hahaha

Macam biasa step pertama email gambar beg tu kat zalora.. lepas tu tunggu la depa respond. Tempoh dia katanya 3 - 4 hari bekerja. Sebab beg tu bukan barang dari zalora.. supplier lain punya maka depa terpaksa komplen benda ni dengan supplier tu. Lepas tu kena return balik barang & tunggu dorang deliver balik barang yang sepatutnya. Kesimpulannya kat sini, mungkin lepas raya la kot aku dapat beg yang aku nak tu. Tapi lepas Zalora bagi penjelasan ni maka hampa la harapan aku nak pakai beg comel tu... Sat na.. nak pi nangis belakang pintu.


Mungkin kesilapan ni bukan dari pihak zalora.. Zalora ni macam orang tengah tolong pasarkan saja tapi tetap la jugak frust dengan zalora. Satu nama besar dalam bidang perniagaan online. So nama Zalora akan terpalit jugak. Tapi lepas perbincangan dengan pihak seller beg ni, katanya beg yang dalam gambar kat website Zalora tu memang tak ada, berkemungkinan gambar lama yang tak update so dia cakap dia cuma boleh refund & say sorry je la. Nak push pun beg tu memang dah tak wujud jadi apalah pilihan yang ada. So untuk memudahkan dua2 belah pihak aku terima je la beg tu. Sebab 1 tali dia ada fungsi boleh sandang & boleh galas macam bagpack. Antara ciri2 beg yang aku suka tu ada selain partition dia pun banyak. Takpe la.. mungkin kesilapan yang tak di sengajakan. Tapi pada seller lain jadikan pengajaran ok! Jangan guna gambar barang yang memang dah tak wujud. Benda tu boleh mengelirukan pembeli. Zalora pun sentiasa la remind seller supaya tak berlaku benda macam ni lagi. Bila berlaku of course customer rasa tertipu. Sapa yang dapat nama.. Zalora jugak.

Takde la buruk sangat, kan?

Bukan semua orang bab membeli ni lebih kurang, Kalau orang yang jenis lebih kurang tu mungkin dia malas nak bising2 bila berlaku perkara macam ni tapi aku rasa sebab lain sangat barang tu memang tak puas hati la. Kita tengok & beli yang kita nampak cantik tapi yang kita dapat macam taik.. Sapa tak angin, ye dak. Jangan ingat orang suka bershopping ni hanya tengok & beli ok.. tapi mereka memang ada kaitan dengan 11 perkara ni >> 11 Tanda Seseorang Itu Sangat Serius Dalam bershopping << Baru la di katakan pem'shopping' tegar. hahaha

Moral of the story.. sebab tu la membeli cash & carry ni lebih baik dari shopping online tapi tu la dekat2 musim perayaan ni pepaham je la. Bergesel bontot la nak pilih barang. Pilihan taknak bontot leper di hari raya.. maka membeli secara online cuma risikonya macam yang aku kena la. Ikut nasib je.. Kalau nasib baik dapat macam dalam gambar, kalau nasib tak baik dapat macam minta penampar.

JANGAN MEMBELI DI ZALORA SEBELUM ANDA BACA NI

JANGAN MEMBELI DI ZALORA SEBELUM ANDA BACA NI. Ramai dah buat persediaan raya walau yang dekat adalah puasa. Aku macam biasa la.. Tak pernah nak prepare awal. Time time macam ni aku rilex je. Baju raya ke hapa masih tak ada plan nak cari lagi. Nanti2 la... Tak ada baju raya baru, baju2 yang ada pun tak jadi masalah aku nak pakai raya.  Biasa la kehidupan aku sangat simple.. Yang penting anak aku mesti pakai baju raya yang baru. Sebab mak bapak aku besarkan aku dulu tak pernah skip baju raya so anak aku selagi aku mampu aku takkan skip baju raya untuk dia walaupun baju2 dia dengan aku boleh kata tiap2 bulan beli.


Bagi yang malas nak bersesak kat luar nak beli baju raya sekarang ni dah tak susah. Online bersepah orang jual.. Bukan setakat baju raya segala mak nenek ada boleh order je nanti sampai la depan pintu rumah. Antara menawarkan baju baju raya dengan design terkini adalah Zalora. Sapa tak kenal Zalora kan.. Portal Online Shopping yang terkenal di alam maya. Aku pun pernah la dua kali dapat berkolabrasi dengan zalora & dapat la vocuher membeli belah. Alhamdulillah.. service dia tip top. Penghantaran dia pun sangat cepat. Barang yang sampai pun tak ada cacat cela kat mana2. Aku pun pernah beli handbag untuk mak aku dari Zalora. So far walau tak secepat macam di area kl/selangor bila pos ke kampung tapi takde la lama sangat. Dalam seminggu tu dah dapat. Sebab nun jauh kena hantar kat kampung aku di kedah.

Tapi bagi sesiapa yang tengah dok window shopping baju raya kat Zalora sekarang jangan beli apa - apa lagi sebelum anda dapatkan benda ni. Menyesal ok kalau lepas payment baru korang tengok ni. Mesti hentak2 kepala atas keyboard. Jadi sebelum proceed meh tengok dulu kat sini >> Ini Cara Untuk Anda Dapat Diskaun Bershopping Di Zalora << Jadi membeli belah la secara bijak, Ok!


Moral of the story.. Sesapa rasa tak nak bercium bontot, bersesak macam kat Jalan Tar semata mata nak beli kelengkapan raya boleh la beli kat Zalora. Boleh rilex & tenang jer... peluh pun tak keluar katanya. hehehhee

RM8 ANDA BOLEH MEMBINA SEBUAH RUMAH MELALUI 4 ONLINE SITES NI

RM8 ANDA BOLEH MEMBINA SEBUAH RUMAH MELALUI 4 ONLINE SITES NI. Zaman IT.. apa yang takde jual secara online. Dari sekecil kecil benda sampai la sebesar besar perkara semua ada. Kalau yang jenis anti sosial memang sepanjang hidup dia dalam rumah je memang tak payah keluar rumah. Sebabnya.. nak beli barang runcit, barang dapur, barang rumah, pakaian,makanan bagai semua boleh beli secara online & ada delivery sampai ke depan hidung. Tu dia.. betapa teknologi memudahkan manusia dan sebab tu la manusia semakin malas.


Jangan terkejut kalau korang nak buat rumah untuk golongan yang memerlukan pun boleh di beli bahan binaan tu secara online serendah RM8 jer... Macam mana RM8 korang boleh membina sebuah rumah kepada golongan yang memerlukan?? Macam tak logik je kan? dah tu beli barang secara online pulak tu...

Takde apa dah nak pelik zaman sekarang ni Dik Ooi.. Macam2 benda boleh buat hanya semudah main clik clik je. Tak kira la clik guna mouse atau touch screen.. semua boleh. Dengan gabungan 4 syarikat terkenal ni tentu korang terkejut apa yang korang boleh buat dengan RM8. Memang korang takkan sangka korang mampu buat benda ni dengan serendah RM8. Tak caya meh tengok kat sini >> Ini Yang Berlaku Jika Anda Membeli Belah di 4 Pusat Membeli belah Online ni. Tentu Anda Tidak Percaya Apa Yang Anda Boleh Buat << Aku pun mula2 pun buat buat terkejut jugak tengok. Konon macam tak percaya la.. hahahahaha

Zaman sekarang nak melakukan sedekah cukup mudah.. Dengan media sosial yang ada banyak golongan memerlukan di viral untuk memberi peluang kepada kita memberi sumbangan. Ingat sedekah itu adalah pembuka pintu rezeki. Insya Allah.. dengan bersedekah, moga Allah perluaskan rezeki buat kita semua. Sedekah seringgit pun besar ganjaran pahalanya apatah lagi kalu beringgit ringgit.

Moral of the story.. Moga dengan sedekah ikhlas dari kita semua membantu golongan yang benar benar memerlukan contoh seperti kerajaan Malaysia sekarang. Dengan kita sedekah melalui GST & cukai2 lain... maka Malaysia bertambah maju & kaya raya. hehehehehe

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com