Showing posts with label pes segera. Show all posts

CARA MUDAH MASAK IKAN BAKAR PETAI DI RUMAH

CARA MUDAH MASAK IKAN BAKAR PETAI DI RUMAH. Sapa pernah makan kat luar ikan bakar petai? Saya tak pernah pun makan sebenarnya tapi nampak banyak restoran @ kedai makan yang sediakan menu ni. Ikan bakar petai. Dengar nama pun bagi penggemar petai ni memang terliur la kan.. Bagi yang tak suka petai mungkin rasa mual la terbayang bau petai hahahaha.

Sebab rasa teringin sangat nak makan ikan bakar petai ni jadi buat sendiri lah. Almaklum la kat luar tu menu berasaskan ikan segar ni memang mahal.. Lebih lebih lagi menu bakar bakar ni. Memang tak kurang dari RM20 la tu pun ikan size biasa. Kalau besar mahal lagi. Bergantung pada jenis ikan jugak. Masak sendiri ni bukan je jimat tapi kita boleh makan puas sikit.

Alah bukan susah pun nak membuatnya.. Lebih lebih lagi guna pes segera. Lagi la mudah. Zaman sekarang bukan orang tak pandai masak tapi kadang kadang masa tu tak cukup. Depa lebih suka cari alternatif yang boleh menjimatkan masa termasuk memasak. Sebab tu la terhasilnya pes pes segera di pasaran bagi membantu golongan yang sentiasa tak cukup masak dapat menyediakan juadah di rumah. Tapi untuk yang tak pandai masak pun memang sesuai sangat la kan guna pes. Jimat ok masak & makan kat rumah even guna pes yang dah readymade.


So hari ni saya nak share cara mudah hangpa nak buat ikan bakar petai kat rumah. Kita sedia maklum kalau nak makan ikan bakar kat luar harga memang tak murah. Kalau ahli keluarga kita ramai so boleh pun besar la kalau makan kat luar. Jadi solution nak makan sedap sikit tapi dalam bajet yang murah.. masak sendiri kat rumah.

Alah setakat ikan bakar petai ni bukan susah nak buat. Nak nak lagi guna pes segera sambal cencaru sumbat ni. Walau namanya pes sambal cencaru sumbat tapi nak masak dengan ikan apapun boleh & boleh di pelbagaikan masakan yang berasaskan sambal. Contoh nak buat sambal tumis pun boleh.

Caranya mudah..

Saya guna ikan kembung size besar. Siang cuci kemudian belah bahagian belakang. Bedakan dia sikit dengan garam & kunyit lepas tu gaul pes sambal cencaru sumbat dengan petai. Lepas tu kau sumbat la kat dalam bahagian ikan yang yang belah tadi. Atau nak balut dengan daun pisang atau aluminium foil tu tak payah belah belakang ikan.. Just letak pes & petai atas ikan, balut dengan foil tu kemudian bakar/panggang.

Saya memang la tak bakar atas bara api.. Gila kau! Rumah aku tingkat 9 tak pasal pasal jiran call bomba, bomba datang berlumba lumba pulak. So saya guna Grill pan sahaja & masak/panggang atas dapur gas.


Masak la sehingga masak. Dah masak hidangkan & boleh la berjemaah menyantap hidangan yang sedap tapi sangat mudah di sediakan dengan pes segera sambal cencaru sumbat ni.


Untuk pes sambal cencaru sumbat ni rasa dia tak pedas sangat. Boleh makan seisi keluarga termasuk budak budak atau mereka yang tak tahan atau tak boleh makan pedas. Tapi kalau nak pedas boleh request, akan di buat pedas mengikut permintaan pelanggan. Yang lain lain memang dah cukup rasa, Tak perlu tambah apa apa lagi bahan perisa.

Harga dia RM15 (tidak termasuk postage) untuk 350g. Boleh masak 7 - 10 ekor ikan cencari size sederhana. Banyak kan? Boleh simpan lama tapi kena letak dalam peti sejuk la. Packaging dia pun dalam balang sudah mudah kita nak guna & simpan balik.


Tau la hangpa terliur kan? Nak tahu kat mana nak dapat pes segera cencaru sumbat yang sedap tapi harga masih murah. Yang berminat nak cuba boleh hubungi



CARA MASAK RENDANG ACHEH SEMUDAH 3 LANGKAH

CARA MASAK RENDANG ACHEH SEMUDAH 3 LANGKAH. Kembali berasap segmen dapur melekat lekit katanya. Bukan la jarang share resepi bermakna tak masak langsung. Al Maklum la kita ni kan spesis manusia yang busy & body kita ni kan sentiasa di perlukan untuk buat kerja kerja lebih penting tu terabai sikit blog sekarang. Di tambah dengan adanya si hud brown ni. Kadang kadang cuci baju hari ni esok baru ampai hahahahaha..

Tu surirumah.. Bayangkan wanita bekerja ni. Mana nak urus rumahtangga, nak bekerja.. memang masa sangat sangat limited. Semua benda termasuk memasak kena cepat. Dia tak boleh nak masak odah style sangat.. sambil masak sambil merakam lepas tu mencarut tak henti henti hahahaha. Orang sibuk ni setiap minit dia sangat la berharga. Sebab tu la sekarang ada macam macam jenis produk di ciptkan untuk memudahkan urusan manusia termasuk la memasak.

So hari ni atas keprihatinan saya nak share dengan hangpa yang memang hidup hari hari nak kentut pun tak dan katanya untuk dapat makan makanan sedap dengan masa yang sangat pantas untuk di sediakan. Sebab masih mood raya aidiladha.. Daging korban pun memasing tak luak lagi dalam peti ais tu. Meh la kita bongkarkan rahsia nak sediakan rendang acheh semudah 3 langkah sahaja.

Macam membohong je kan semudah 3 langkah tapi sebenarnya tidak.. Memang betul semudah 3 langkah sahaja.

1. Goreng
2. Masukan Pes
3. Tambah air & ayam/daging.

Lagu mana tu nak buat rendang yang kita sedia maklum sebelum ni memang banyak step penyediaannya & ambil masa untuk masa tapi boleh compress sampai tinggal 3 step.

Lagu ni hangpa wei.. Guna ke Pes rendah Acheh air tangan Kak G, senang, mudah & sedappppppppppppppp!! Pes ni memang dah di masak so nak masak pun tak perlu lama lama. Cara nak menyediakan rendang acheh guna pes rendang acheh air tangan kak G ni..

1. Mula2 goreng ayam atau rebus dulu daging

2. Panaskan kuali & masukkan pes

3. Tambah air biar masak sekejab baru masuk ayam atau daging & kelapa kering yang di sediakan bersama pes. Masak je sampai kering & tutup api

* Nak lagi sedap boleh juga ketuk serai, masukkan daun limau purut & tabur dengan hirisan daun kunyit. Tapi kalau tak nak pun Pes tu dah cukup rasa tak payah nak tambah apa apa bahan lain termasuk garam.

Dah siap satu hidangan yang boleh masak tak sampai 30 minit pun. Memang sesuai untuk kehidupan manusia akhir zaman ni. Semua nak cepat tapi sedap je. Tak sedap kang kecam.. viral bagai. hahahaha.


Saya dah try memang sedp baqhang. Rasa dia tak macam rendang kita buat. Tak guna santan tapi guna kelapa kering yang memang akan dapat sekali dengan pes. Pedas dia pun mild & manis manis sikit. Pes dia memang totally cukup rasa tak payah tambah apa apa dah. Boleh makan seisis keluarga. Budak budak pun tak ada masalah nak makan seban tak pedas sangat. Cuma orang tengah diet better elakkan.. bukan apa takut tak boleh berhenti makan pulak nanti hahahaha.

PES rendang acheh ni 1 Botol mengandungi 350g yang boleh masak untuk 2 ekor ayam dengan harga RM15 sahaja (tidak termasuk postage)


Boleh tahan lama & cara menyimpan adalah sejuk beku

Ia keluarga bumiputera & di buat secara homemade oleh orang muslim melayu. Insya Allah halalan Toyyiban.

Jadi tak ada alasan lagi asyik nak tapau je lauk kat kedai. Selain Pes rendang acheh ada juga pes pes lain seperti

➠PES RENDANG TOK
➠PES SAMBAL CENCARU BAKAR
➠PES MEE KARI
➠PES HOKKIEN MEE

Selain Pes ada juga

➧Sambal Bilis Tempe
➧Rendang Tok Segera
➧Pekasam Daging

Mana nak dapatkan PES RENDANG ACHEH ni?? Rerajin la whatsapp : www.wasap.my/60172429610/pesblog

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com