CARA MUDAH MASAK IKAN BAKAR PETAI DI RUMAH

10/04/2019 09:46:00 AM suria lekatlekit 1 Comments

CARA MUDAH MASAK IKAN BAKAR PETAI DI RUMAH. Sapa pernah makan kat luar ikan bakar petai? Saya tak pernah pun makan sebenarnya tapi nampak banyak restoran @ kedai makan yang sediakan menu ni. Ikan bakar petai. Dengar nama pun bagi penggemar petai ni memang terliur la kan.. Bagi yang tak suka petai mungkin rasa mual la terbayang bau petai hahahaha.

Sebab rasa teringin sangat nak makan ikan bakar petai ni jadi buat sendiri lah. Almaklum la kat luar tu menu berasaskan ikan segar ni memang mahal.. Lebih lebih lagi menu bakar bakar ni. Memang tak kurang dari RM20 la tu pun ikan size biasa. Kalau besar mahal lagi. Bergantung pada jenis ikan jugak. Masak sendiri ni bukan je jimat tapi kita boleh makan puas sikit.

Alah bukan susah pun nak membuatnya.. Lebih lebih lagi guna pes segera. Lagi la mudah. Zaman sekarang bukan orang tak pandai masak tapi kadang kadang masa tu tak cukup. Depa lebih suka cari alternatif yang boleh menjimatkan masa termasuk memasak. Sebab tu la terhasilnya pes pes segera di pasaran bagi membantu golongan yang sentiasa tak cukup masak dapat menyediakan juadah di rumah. Tapi untuk yang tak pandai masak pun memang sesuai sangat la kan guna pes. Jimat ok masak & makan kat rumah even guna pes yang dah readymade.


So hari ni saya nak share cara mudah hangpa nak buat ikan bakar petai kat rumah. Kita sedia maklum kalau nak makan ikan bakar kat luar harga memang tak murah. Kalau ahli keluarga kita ramai so boleh pun besar la kalau makan kat luar. Jadi solution nak makan sedap sikit tapi dalam bajet yang murah.. masak sendiri kat rumah.

Alah setakat ikan bakar petai ni bukan susah nak buat. Nak nak lagi guna pes segera sambal cencaru sumbat ni. Walau namanya pes sambal cencaru sumbat tapi nak masak dengan ikan apapun boleh & boleh di pelbagaikan masakan yang berasaskan sambal. Contoh nak buat sambal tumis pun boleh.

Caranya mudah..

Saya guna ikan kembung size besar. Siang cuci kemudian belah bahagian belakang. Bedakan dia sikit dengan garam & kunyit lepas tu gaul pes sambal cencaru sumbat dengan petai. Lepas tu kau sumbat la kat dalam bahagian ikan yang yang belah tadi. Atau nak balut dengan daun pisang atau aluminium foil tu tak payah belah belakang ikan.. Just letak pes & petai atas ikan, balut dengan foil tu kemudian bakar/panggang.

Saya memang la tak bakar atas bara api.. Gila kau! Rumah aku tingkat 9 tak pasal pasal jiran call bomba, bomba datang berlumba lumba pulak. So saya guna Grill pan sahaja & masak/panggang atas dapur gas.


Masak la sehingga masak. Dah masak hidangkan & boleh la berjemaah menyantap hidangan yang sedap tapi sangat mudah di sediakan dengan pes segera sambal cencaru sumbat ni.


Untuk pes sambal cencaru sumbat ni rasa dia tak pedas sangat. Boleh makan seisi keluarga termasuk budak budak atau mereka yang tak tahan atau tak boleh makan pedas. Tapi kalau nak pedas boleh request, akan di buat pedas mengikut permintaan pelanggan. Yang lain lain memang dah cukup rasa, Tak perlu tambah apa apa lagi bahan perisa.

Harga dia RM15 (tidak termasuk postage) untuk 350g. Boleh masak 7 - 10 ekor ikan cencari size sederhana. Banyak kan? Boleh simpan lama tapi kena letak dalam peti sejuk la. Packaging dia pun dalam balang sudah mudah kita nak guna & simpan balik.


Tau la hangpa terliur kan? Nak tahu kat mana nak dapat pes segera cencaru sumbat yang sedap tapi harga masih murah. Yang berminat nak cuba boleh hubungi


1 comment:

  1. Ya Allah ikan bakar tu menyelerakan sungguh!!! Senang dan mudah bila ada paste gitu kannnn

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com