Showing posts with label roti jala. Show all posts

YANG SUKA MAKAN ROTI JALA MESTI TENGOK NI

YANG SUKA MAKAN ROTI JALA MESTI TENGOK NI. Roti jala takde mana2 negara claim lagi kan sebagai makanan yang berasal dari negara mereka. Aku sendiri pun tak sure asal usul roti jala ni yang aku tau dulu kat Pasar Malam di kampung aku ada orang jual roti jalan yang kalau makan mesti menjilat jari. Almaklum la orang kampung aku memang pandai masak katanya hahaha..


Sedikit info tentang roti jala bagi yang tak tau langsung pasal roti jala ni.

Roti jala merupakan makananan kegemaran di Malaysia, dan juga di negara-negara ASEAN. Roti Jala adalah sejenis hidangan berbentuk jala. Roti jala dimakan bersama kuah. Bekas khas yang mempunyai beberapa lubang biasanya digunakan bagi menghasilkan roti jala yang dimasak di atas kuali leper.

Roti Jala sering kali menjadi pilihan pada perayaan istimewa dan dihidangkan dengan kari atau gulai ayam atau daging. Roti jala dinamakan sedemikian kerana bentuknya semasa dibuat seperti jala menangkap ikan.

Terdapat dua jenis kuah, iaitu kuah manis (popular di negeri-negeri pantai timur), dan kuah gulai, terutama gulai ayam (popular di pantai barat.) -Sumber Wikipedia-

Tapi tu tipikal roti jala yang biasa kita boleh nampak orang buat atau jual. Tapi roti jala ni memang takde jual kat mana mana.. Gila kau kalau macam ni punya roti jala boleh kategori makanan mewah dah. Nak tau roti jala yang satu ni macam mana meh tengok kat sini >> Yang Suka Makan Roti Jala Tentu Tak Pernah Tengok Kombinasi Macam Ni <<

Kalau sebelum ni kita boleh dapat sekeping roti jalan 30sen tapi kalau set roti jala 2 keping macam ni tak tau la berapa puluh hengget kan? Asal sedap katanya bayar lebih pun takpe, kan. Janji lepas makan tak rasa nak menyumpah seranah. hahaha

CANTIK TAPI TAK MENAIKKAN NAFSU

CANTIK TAPI TAK MENAIKKAN NAFSU.Tu dia tajuk mengundang kaki kaki porno untuk datang membaca katanya. Asal sebut nafsu jer semua mula terfikir ke satu arah jer. Padahal yang berkaitan nafsu ni ada banyak perkara. Tapi tu la nafsu paling besar seorang manusia fikir adalah nafsu seks je tu yang bila sebut nafsu otak dia terus fikir adegan ranjang. Sabaq sikit noh.. Jangan sangap sangat.


Nafsu yang tak naik aku nak cerita takde kena mengena pun dengan kisah di ranjang atau kisah haram dalam semak, hokay! Ni kisah pasal makanan jer... Bukan makanan batin! Amboi hangpa..  pemikiran tu kalau tak konar baring sangat boleh tak?? Ni nak cerita pasal makanan colorful sekarang. Sebab trend sekarang kpop @ korean fashion yang memang warna warni. color block katanya. Tudung kaler lain.. baju kaler lain.. kain/seluar kaler lain.. kasut kaler lain. Kadang2 dah nampak macam ice cream padlepop pulak dia punya colorful.

Sebab kpop melanda Malaysia.. Bukan takat pakaian je.. makanan pun nak kpop jugak katanya. Kpop macam mana tu? Terbaru aku tengok roti canai warna warni.. Cantik. Ni buat menu makan beradap untuk pengantin pun nampak berseri atau hidangan untuk birthday party pun menarik tapi cuma nampak menarik je la.. Pada pandangan mata aku tak menyelerakan langsung tengok roti canai colorfull tu. Tak tau maybe faktor usia dah melangkah ke zon bangkalusia ni kan.


Tadi pun ternampak roti jala colorfull pulak... sebelum pernah jugak nampak orang upload laksam warna warni. Semua yang warna warni tu memang tak menaikkan nafsu selera aku langsung even nampak cantik. Tetap warna2 asal makanan tu jugak buat meleleh air liur.


Tu pada pandangan mata & nafsu serakah aku la.. Aku cuma cakap bagi pihak aku je jangan tetiba ada makcik2 atau minah2 ronggeng sentap pulak macam kes laksa haritu. Korang punya taste bukan sama dengan aku punya taste, ye dak??

Moral of the story... Warna warni ni yang menarik untuk kanak kanak je.. mak bapak kanak kanak selalunya tak ghairah sangat dah dengan warna warni makanan macam tu.

P/S : Semua gambar aku rompak kat google je. hehehe

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com