Showing posts with label anugerah. Show all posts

TERKINI! CARA NAK BAGI AWARD KEPADA KAWAN BAIK ANDA DI FACEBOOK

TERKINI! CARA NAK BAGI AWARD KEPADA KAWAN BAIK ANDA DI FACEBOOK. Zaman dah berubah jadi cara berkawan pun berubah mengikut peredaran zaman. Kalau dulu istilah kawan adalah orang yang kita sentiasa jumpa, boleh berbual, sentiasa bersama.. lepas zaman kawan melalui pena. Ambil alamat kat majalah kemudian kirim surat.. lepas zaman tulis surat masuk ke era IT. Semua berkawan depan skrin je.. even lepak semeja pun tetap depa berinteraksi melalu media sosial. Seolah2 macam tak ada kat depan mata jugak.


Betapa zaman merubah segalanya. Kalau dulu cara nak menghargai seorang kawan ada yang karang puisi, sajak.. Ada budget sikit bagi hadiah atau tujukan lagi tapi zaman sekarang dah ada cara paling mudah untuk menghargai seorang kawan katanya. Dengan memberi Award melalui facebook. Tu dia.. lepas tu semua pemberian kita maya maya belaka. Tak ada lagi sesuatu berbentuk fizikal atau material yang boleh kita simpan untuk jadi kenangan.

Aku ni ada ke kawan baik selain family aku, suami & anak? Entah la aku sendiri pun tak sure sapa kawan baik aku.. Yang pasti masih ada kawan yang masih baik dengan aku kat alam maya ni. Sentiasa menyokong jatuh & bangunnya aku. Masih tetap menjadikan aku kawan walaupun kadang2 aku ni suka juga berperangai annoying. Terharu jugak dengan sokongan kawan2 yang macam tu. Cuma yang aku mampu ucap terima kasih jer..

Jadi pada sesiapa yang ada kawan baik atau kawan yang baik di facebook tak tau cara nak hargai mereka meh la kita pakat memberi mereka award ni mengikut kategori mereka yang korang tahu >> Cara Untuk Menghargai Kawan Baik Adalah Adalah Memberi Award Ni << Mesti kawan kawan anda terharu terima award ni percaya. Mesti persahabatan maya korang akan lebih happening. Tak caya try la.

Moral of the story.. Seorang kawan yang baik adalah seorang yang baik. Maka jadilah seorang yang baik, Insya Allah secara automatik anda akan menjadi seorang kawan yang baik. hehehehe

TENTANG KREW KABIN AIR ASIA YANG ANDA MUNGKIN TAK TAHU

TENTANG KREW KABIN AIR ASIA YANG ANDA MUNGKIN TAK TAHU. Air Asia paling banyak promosi tiket penerbangan sepanjang tahun. Gila beb dia punya promosi.. boleh kering account kalau ikut nafsu serakah ni. Flight ke oversea pun tiket murah giler.. Tak pelik la kan.. dia punya tagline pun penerbangan tambang murah. Kalau mahal memang tak kena la dengan tagline dia ye dak??


Aku antara golongan yang hanya mampu naik flight Air Asia jer.. Almaklum la belum mencapai level kaya rasa setaraf Najib Tun Razak. Takpe la.. Tu pun aku cukup bersyukur dengan kehidupan aku sekarang. Hidup sebagai orang kebanyakkan ni sebenarnya banyak hikmah cuma kita perlu enjoy dengan hidup kita je baru kita dapat hikmah tersembunyi. Sekurang kurangnya hidup kita tak banyak amanah sangat macam orang kaya. Sebab kaya tu pun satu Ujian dari Allah.. Allah menguji bagaimana depa gunakan harta depa yang banyak tu. Samada ke jalan Allah atau ke jahanam.. Amanah mereka pada manusia lain jugak banyak. Sebab Allah kurniakan kekayaan melalui mereka adalah untuk berkongsi dengan orang yang memerlukan. Sebab dalam rezeki tu ada rezeki orang lain. Kalau depa tak jalankan tanggungjawab & amanah tu.. Banyak soalan kubur nanti kena jawab. Jadi bersyukur kita andai kita tak di lahirkan sebagai orang kaya. Taraf hidup setakat ni pun belum tentu lepas soalan kubur lagi.. Apatah lagi kalau harta berkepuk kepuk.

Berbalik pada cerita kapal terbang ni.. Walaupun Air Asia ni syarikat penerbangan tambang murah tapi service dia not bad sangat la. Kalau nak layan tahap sultan tu memang takde la.. tapi Alhamdulillah la.. Pengalaman dengan Air Asia sebelum ni bagi aku ok je. 

Apapun tahniah Air Asia.. Kalau ada jodoh kita bersua lagi. tahun 2015 nampaknya jodoh kita tak ada maybe 2016 nanti kita bersua.. Kalau ada rezeki. ye dak.

USTAZ KAZIM ELIAS TERIMA PINGAT DARJAH DATO PADUKA MAHKOTA PERAK

USTAZ KAZIM ELIAS TERIMA PINGAT DARJAH DATO PADUKA MAHKOTA PERAK. Tahniah kepada Dato Paduka Ustaz Kazim Mohd Elias Atas kurniaan Darjah kebesaran dari Sultan Perak Tuanku Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah. Murah rezeki Ustaz Kazim.. Dari Ustaz dapat Dato dari Dato dapat dato Paduka. gamaknya kalau aku tulis blog dengan bersungguh2 boleh dapat Dato tak? hahahaha


tak payah berangan la lekatlekit Ooi.. Melekat la kau kat situ di tepian blog katanya. Bukan kata tak boleh berangan.. Berangan pun orang kata salah satu langkah pertama untuk menuju kejayaan. Langkah pertama jer.. Bukan dah berjaya ok. Kalau setakat kau berangan tapi seinci pun tak gerak masih dok terbongkang atas katil layan angan angan.. Mereput la kau kat situ sampai kiamat. Apapun semua kena di sertakan dengan usaha, doa & tawakal. Yang paling penting kurang merungut & merintih.. Lebihkan tindakkan & usaha.


Ustaz Kazim Elias ni... erkk. dato Paduka Ustaz Kazim Elias ni dulu mula2 nak popular kat youtube je. Tapi tu la.. Sebab dia memang sangat berbakat dengan dakwah yang mampu menarik minat ramai orang maka setapak demi setapak dia melangkah ke level sekarang. Walaupun macam2 kontroversi dia hadapi sepanjang karier dia sebagai pendakwah sampai katanya pernah nak berhenti berceramah. tapi tak sure sekarang dia masih berceramah ke tidak. Apapun.. Dia juga salah seorang contoh yang baik. Sebab dia di lahirkan sebagai seorang anak yatim yang menempuhi hidup yang susah. Kalau korang pernah baca entri aku pasal kisah sedih spender ustaz kazim.. korang dapat bayangkan betapa susahnya hidup dia masa tu. Tapi tu la.. bak kata pepatah arab.. Man Jadda Wa Jadda. Siapa berusaha pasti berjaya. Dengan usaha beliau.. dia berhak menikmati apa yang dia dapat sekarang.

Moral of the story..  Aku dok tunggu sapa gamaknya blogger pertama yang mampu meraih gelaran Dato sebab penulisan blog. Tak mustahil pun kan? Orang berenang pun boleh dapat dato.. inikan orang menulis.

TERBONGKAR! INI PERLU ANDA TAHU TENTANG DIGI WWWOW AWARDS

TERBONGKAR! INI PERLU ANDA TAHU TENTANG DIGI WWWOW AWARDS. Digi WWWow Awards kini kembali. Yang mana rasa blog hangpa best sangat sila calonkan diri yer. Setakat dok perasan sorang2 je tak guna jugak, buktikan dengan mempertandingkan blog anda di Anugerah tersebar setiap tahun Digi WWWow Awards. Macam aku ni bukan taknak join bertanding tapi aku kan suka low profile. Satgi kalau calonkan diri kena join event tu aku tak mau la semua orang lari bila nampak muka puaka aku kat situ. hahahaha... Alasan sangat tau!


Hari ni blog puaka lekat lekit kembali berpuaka setelah kembali ke pangkal jalan puaka dengan header seram. header sweet like kencing manis sebelum ni rasa macam tak berapa taste pulak aku tengok. Rasa bukan identiti blog lekat lekit. Kena puaka2 sikit baru orang tak rasa blog aku kena hack hahahaha...

Bila dah berpuaka ni mula la ada entri hot & spicy.. kontroversi & sensasi. Rasanya ramai makhluk alam maya tahu kewujudan majlis Anugerah yang bernama Digi WWWow Awards. Antara anugerah yang di pertandingkan adalah anugerah untuk blogger dalam kategori apatah aku dah lupa. Sebenarnya bukan anugerah untuk blog jer banyak anugerah lain seperti untuk mereka yang popular kat median sosial & ramai pengaruh. Banyak kategori.. untuk bussines online. Nanti korang tengok je kat sini MAJLIS ANUGERAH UNTUK BLOGGER & PENGGUNA MEDIA SOSIAL

Tapi ramai yang tak tahu apa kepentingan Majlis Anugerah Digi WWWow Awards ni di adakan. yang ni aku confirm ramai yang tak tahu jadi aku nak bongkarkan pada korang semua sesuatu yang mungkin korang tak pernah tahu selama ni. Kalau korang nak tahu meh baca pembongkaran ni kat sini >> Ini Sebab DiGi WWWow Awards Kembali Lagi <<

Jadi sapa yang dah calonkan diri dalam Digi WWWow Awards ni tak boleh nak buat apa. teruskan meraih undian je & aku ucap semoga berjaya. Kami2 yang picisan di pinggiran skrin ni cuma tumpang gembira je untuk hangpa. hahahaha

Moral of the story.. Sebelum mencalonkan diri dalam apa2 anugerah penting untuk kita tahu apa kepentingan majlis macam tu untuk kita bukan hanya untuk penganjur. Jangan kita di jadikan alat jer untuk keuntungan sebelah pihak. Peace Yo!

AYAHANDA KIPIDAP RANI KULUP DAPAT GELARAN DATUK DARI SULTAN MELAKA

Tak tau la aku tak tahu atau memang benda ni belum di hebahkan kepada orang ramai. Semua orang dah kenal dengan Ayahanda Rani Kulup yang di gelar #kipidap. Orang paling banyak buat laporan polis terhadap isu2 semasa yang berlaku di Malaysia. Sampai Azwan Ali pun angkat spender putih bila dia warning nak buat laporan polis terhadap AA.. Dalam banyak2 orang akhirnya AA gentar jugak dengan Ayahanda Rani kulup. Memang kipidap betul!


Terbaca kat astroawani isunya.. pasal konon sultan melaka (sultan yang tak di iktiraf) menjual gelaran Datuk kepada Ayahanda Rani kulup tapi dia nafikan kurniaan tu atas jasa Ayahanda Rani Kulup yang banyak membuat laporan polis atas keprihatinan beliau kepada perkara2 yang berlaku di Malaysia. Tapi Ayahanda Rani kulup tak pernah guna gelaran tu. Kata Sultan Melaka sebab dia dah ada gelaran Ayahanda tapi aku rasa Ayahanda Rani kulup pun tak confident kot kurniaan sultan melaka tu. hehehee

Sumber Astroawani

Apapun aku baru tau rupanya Sultan Melaka pun boleh kurniakan darjah kebesaran pada rakyat jelata. Tapi kalau kesultanan Melaka dia pun tak di iktiraf apatah lagi darjah kebesaran kurniaan Dari kerajaannya...

Moral of the story.. Tunggu jugak bila Ayahanda Rani Kulup nak buat laporan polis terhadap 'Orang Orang Besar' kat Malaysia ni. hehehehe


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com